Sunday, June 26, 2011

Akhirnya perkahwinan di Negeri Sembilan yang complicated tuh dah selesai ! Hehehe.

Assalammualaikum !

Lamanya tak menaip dekat blog yang semakin hari semakin bersawang ni. Semakin hri semakin malas nak menaip and online. And kadang-kadang tuh, aku rasa menyampah sangat tengok blog aku ni sebab bila bukak, entry yang sama je keluar. Wei ! Ada tak sesiapa nak kerja part time tolong update blog aku ni hah ? Huhuhu.

Sebelum ni aku ada  tulis pasal macam mana complicatednya orang Negeri Sembilan kalau nak kahwin kan. Kalau nak baca lagi sekali boleh tekan dekat SINI. So aku ingatkan bila dah buat majlis ni, still senang je nak kahwin. Tak jugak ! Pon mengada-ngada jugak. Yelah nak tepung tawar pun kena ada orang tertentu yang start dulu. Kejadahnya aku tak faham langsung.

Tapi nak buat macam mana. Semua ni dipanggil adat istiadat. So kita ikut kan je lah. Layankan je ! Even kadang-kadang tuh aku rasa macam annoying sikitlah sebab banyak sangat prosesnya. Hehehe. Dahlah ! Aku malas nak cerita pasal adat-adat lagi. Jom layan semua gambar dekat bawah.

IMG_0443

Best tau bila balik kampung and jumpa saudara mara ni. Rasa macam best je jumpa balik cousin yang dulu kita tidur sama-sama dah ada anak masing-masing. Yang mampu aku buat just pandang, cium, gigit anak-anak diorang. Huahua ! Nak ada anak sendiri tak layak lagi. Hehehe !

IMG_0444

Aku memang minat betul design pelamin ni. Sebabnya, ada kerusi yang besar tuh. Aku memang suka kerusi panjang-panjang ni. Nanti aku nak kahwin nanti aku nak design kerusi macam ni lah. Hahaha ! Boleh ?

IMG_0451

Temanya warna cokolat ye kawan-kawan ! Tapi abang pengapit tuh buat spoil lah sebab dia sorang je yang berwarna purple. Hehe !

IMG_0469

Seorang lagi mangsa gigitan di pipi dari aku ! Tuhlah siapa suruh comel sangat. Anak buah aku ni memang baik sangat-sangat. Tak takut orang langsung. Aku usung sana sini pun dia dok ikut je.

IMG_0490

My Kak Tam and abang apa entah nama dia. Aku pun lupa. Biasalah kan bila baru-baru kahwin ni, abang ipar mesti macam malu-malu sikit sampaikan aku nak tangkap gambar pun, dia dok pandang tempat lain. Huhu !

IMG_0495

Last but not least ! Gambar bilik pengantin yang serba purple. Dekat luar temanya warna cokolat. Dekat dalam warna purple pulak. Aku pun pelik kenapa lain-lain warna. Nasib baik cantik ! Hehehe. Decoration bilik dia simple je. Tapi tak apa lah. Simple but nice ! Hehehe.

Ok itu sahajalah gambar yang aku nak share. Memang banyak gambar tapi aku malas nak letak banyak-banyak. Lambat bebenor uploadnya. Apa-apa pun kenduri cousin aku ni boleh dikatakan memang serba mewah. Sebab door gift pun home made chocolate yang memang banyak nak mampos ! Satu bekas tau ! Siapa nak bagi. Aku banyak kali pergi songlap cokolat tuh. Sebab sedap gile oiit ! Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

Bebboii !

 

Thursday, June 23, 2011

Serius tak boleh nak terima bila ada orang buat macam ni. Geram tau tak !

Assalammualaikum !

Actually benda ni dah lama sangat dah pun terjadi. Tapi disebabkan aku asyik teringat pasal benda alah ni. So aku jadikan lah sebagai idea untuk update blog yang semakin hari semakin berhabuk ni.

Sebenarnya benda yang aku geram ni pun tak adalah besar sangat pun isu dia. Tapi sebagai peminat tegar dengan kartun Angry Bird, sedikit sebanyak hati aku ni rasa geram jugaklah kan. Maybe kalau korang tak hairan pun kalau tengok benda alah ni. Tapi bagi aku, kalau benda tuh comel, so kena lah jaga elok-elok. Betul tak ? Mehh ler aku nak share apa yang buatkan aku teringat-ingat and rasa geram bila ingat balik benda ni.

Dalindareen7216

Sorry lah sebab kualiti handphone camera aku entah apa-apa rupanya. Huhuhu ! Aku suruh adik aku zoom dekat sikit, tapi kereta ni laju sangat pulak. Kejap je berdesssuupp hilang. Haiyoo !

So korang perasan tak apa yang aku nampak ? Kereta ni ada letak something dekat bawah tuh. Mula-mula aku macam pelik jugak, apa lah yang dok tergantung dekat bawah kereta tuh. Bila dah betul-betul ada dekat belakang kereta tuh barulah aku perasan ada anak patung comel digantung dengan sengaja oleh pemilik kereta tuh.

Yang paling sadis tuh, patung Angry Bird yang warna merah pulak tuh. Wei ! Comel kot patung tuh. Aku nak beli pun asyik tak lepas je sebab patung Angry Bird tuh boleh buatkan semua duit gaji korang yang tiap-tiap bulan tuh habis. Ingat comel lah kan letak patung bawah kereta. Kejadahnya comel ! Haiiishhh. Oklah aku malas nak melalut lagi. Karang banyak pulak aku dok ngumpat kat sini.

Bebboiii !

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday # 2- Tak boleh makan benda ni sebab tengah pantang. Hehehe !

Dalindareen3971

Kak Limah cakap:

Sedap Nyeeeew !

( Kak limah guna bahasa Rempit kejap )

 

Monday, June 20, 2011

GiveAway : AnisUmbrella Boutique

Assalammualaikum !

Merajinkan diri lagi untuk update pasal join Giveaway. Kejap lagi dah nak tidur. Haishhh ! Sekarang ni asyik nak tidur awal je. Kenapa entah. Huhuhu. So second giveaway yang aku akan join ialah:

HeaderAutumn1 2

TEKAN GAMBAR ATAS KALAU NAK JOIN !

Serius kalau bukak je blg ni akan nampak muka tuan blog yang comel. Hehehe ! Blogshop dia pun semuanya ada skirt and dress yang comel-comel. Yang penting vintage ok ! So kalau sesiapa nak tengok blogshop dia. Kenalah join giveaway ni dulu ok ! So seperti biasa aku akan tag dua insan kesayangan di dunia blogger. Tak lain tak bukan ialah:-

Bebboiii !

 

Myeaqma 1st GA !

Assalammualaikum !
Disebabkan hari ni kerja tak terlampau banyak, aku memang rajin sangat-sangat lah nak update entry banyak-banyak hari ni. Tapi entry hari ni semuanya adalah pasal contest saja ok ! Tak ada benda lain pun. Dah lama kot aku tak join contest dengan giveaway. So GA yang pertama aku akan join ialah:-
1st GA
Kalau nak join tekan dekat gambar perempuan comel dekat atas ni ok ! Hehehehe.
So mehh aku nak bagitahu apa yang aku rasa bila masuk belog Cik Mai ni. First impression bila aku masuk belog ni, dalam hati aku cakap, ehh ringan nak mampos belog ni. Tak macam blog aku. Sama berat macam tuan dia. Hahaha. Lepas tuh yang bestnya, bila bukak-bukak je, ternampak gambar Cik Mai yang cantik sangat dekat kiri blog Cik Mai pakai baju warna peach. Betul ke peach ehh. Ke warna pink? Entah mata aku nampak warna peach lah. And apa-apa pun blog Cik Mai ni tak serabut macam belog aku. Kalau boleh, semua benda alah aku nak letak. Hehehe.
So seperti biasa aku nak tag kawan blogger merangkap kawan realiti di alam fana. Siapa lagi kalau bukan:-
Bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...