Tuesday, May 17, 2011

Perasaan ketika pertama kali aku pandai bawak kereta ! Hehehehe.

Assalammualaikum !

Aduhai boringnya duduk rumah sebab tak ada apa yang boleh aku buat selain basuh pinggan, masak nasi, masak lauk, ampai baju, jemput adik sekolah and hantar adik-adik aku pergi sekolah balik. Kalau mak aku nak pergi bayar bil or pergi mana-mana, secara tak langsung aku lah yang kena jadi driver. Fuhhh !

Cerita pasal jadi driver ni kan, dulunya masa aku baru first time dapat lesen, punyalah bersemangat aku nak bawak kereta ke hulu ke hilir tau. Kiranya aku memang volunteer untuk jadi driver lah kalau mak aku atau ayah aku nak pergi mana. Punyalah semangat time tuh.

Aku ingat lagi, aku dapat lesen P seminggu sebelum result SPM keluar masa tahun 2007. And disebabkan dah kemaruk sangat nak pegang stereng kereta, next week tuh aku bantai jemput semua kawan-kawan aku yang datang dari KL dekat KTM then baru lah pergi ambil result sama-sama. Kalau difikirkan balik, bukannya diorang tak boleh datang rumah aku pun just aku ni je gatal. Yelah baru dapat lesen lah katakan. Sampai-sampai je dekat sekolah, rasa kembang nak mampos sebab semua orang pandang-pandang aku bawak kereta. Wahh ! Memang rasa nak menjerit kau ada lesen ke ?? ado ?? ado?? Hahahaha !

Tapi yang sedihnya masa ni, aku just pandai bawak kereta Myvi je sebab yelah kereta tuh kan cinonet. So senang nak cilok dekat mana-mana kan. Ada satu time tuh, aku terpaksa bawak kereta Proton mak aku sebab kereta Myvi tak ada. Dan dan time tuh jugaklah minyak habis. Aku pergilah stesen minyak sambil bawak kereta yang gedabak panjang tuh. Masa tuh adik aku ikut sekali. Kalau korang perasan lah, mostly kereta perodua like Myvi, tank minyak dia dekat belah kiri kan and tank minyak untuk kereta proton belah kanan. So disebabkan dah biasa dengan kereta Myvi je, aku pun pergilah letak kereta proton ni dekat tempat yang aku biasa isi minyak untuk kereta Myvi. So korang boleh bayangkan tak ! Dahlah tali tuh pendek and time tuh pulak aku ter-parking jauh pulak. Adoii ! Memang berusaha habis aku tarik tali tuh. Last-last minyak tumpah and membazir begitu sahaja. Balik-balik rumah aku langgar pulak pasu mak aku.

See aku memang tak boleh bawak kereta panjang. And semenjak dari tuh, aku dah tak suka nak bawak kereta Proton mak aku. Haiishhh seriau aku tau tak ! Dahlah time minyak tumpah tuh, ada makcik ni siap boleh hon-hon sebab aku lambat. Padahal bukan tak ada tempat lain yang kosong. Aku memang ingat muka makcik tuh sampai bila-bila. Aiishhh geram betul aku time tuh !

Lepas tuh kan aku ada satu habit tau bila ada dalam kereta. Kawan-kawan and family aku pun mesti tahu punya. Hehehe ! Aku memang teramat suka tangkap gambar syok sendiri aku dalam kereta tau ! Tak kiralah time tuh trafik jammed ke, ada lembu mati ke kat depan, mesti aku nak tangkap gambar syok sendiri aku. Paling syiook bila dekat Melaka. Sesiapa yang duduk Melaka mostly akan familiar dengan traffic light yang memang lama nak mampos ! So disebabkan traffic light tuhlah, beratus-ratus gambar aku tangkap dalam kereta. Hehehe !

Habit tuh still diteruskan sampai sekarang. Just sekarang dah kuranglah nak tangkap gambar banyak-banyak. Maybe dah matang sikit kot. Cettt ! Hahahaha. Aku sendiri yang taip pun rasa geli bila cakap diri sendiri dah matang. Tapi tuhlah, handphone aku memang penuh dengan gambar dalam kereta yang tengah pakai seat belt, and ada jugak gambar syok sendiri celah stereng. Hehehe !

Dalindareen7103

Muka yang memang sepucat-pucatnya ! Memang bila dah duduk rumah parents ni, aku dah tak make up langsung bila keluar jalan-jalan. Sebabnya, mak aku tak bagi aku make up sangat sebab nanti nak kahwin tak nampak seri pengantin tuh. Hehehe ! Adoi beranganlah kau Areen. Umur belum nak masuk duapulohsatu tahun dah berangan nak kahwin. Oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi.

Bebboii !

Monday, May 16, 2011

Dinner with my parents ! Beshnya.

Assalammualaikum.

Saja buang tebiat kan aku nak update pagi-pagi buta macam ni kan. Sebabnya aku tak boleh nak tidur langsung sebab tengah frust habis pasal result semester enam aku. Yelah lain yang aku target untuk dapat A, subjek lain yang dapat A. At last subjek yang struggle gila-gila and memang target habis akan dapat A just dapat B+ saja. Oklah tuh, nak buat macam mana kan. Apa yang Tuhan bagi kenalah redha. Terima dengan hati terbuka.

Ahh sudah jangan cakap pasal result lagi. Huhuhu ! Aku nak cerita pasal dinner dengan parents and adik-adik aku semalam. Actually memang dah lama aku tak keluar dinner dekat kedai makan together dengan family aku. Yelah ni pun sebab aku study dekat Melaka kan. Balik Seremban pun sekali-sekala je. But now ! Bila aku dah habis belajar ni, rasa macam heaven gila duduk rumah even rutin harian adalah sama je setiap hari. Bangun-bangun pagi pergi basuh pinggan and kemas dapur and kalau rajin sikit, masaklah lauk yang sedap-sedap. Then lepas dah habis masak kena pergi jemput adik balik sekolah and hantar balik pergi sekolah. Lepas tuh online dan online.

Tapi serius best duduk dekat rumah sebab tak payah pening nak fikirkan pasal duit, pasal assignment yang tak siap lagi and whatsoever. Tapi kadang-kadang tuh rasa macam segan lah jugak nak mintak duit dekat mak aku. Yelah dah besar kan. Macam buruk je perangai bila mintak mak duit belanja. Tapi aku dulikk apa. Hehehehe ! Tapi apa-apa pun dinner dengan family, yang memang aku tersangat-sangat suka bila dah ada dekat rumah.

Dalindareen7100

Menu dinner family aku malam tuh memang sedikit banyak dari yang biasa. Terima kasih banyak-banyak dekat ayah aku yang sudi nak belanja aku yang memang dah papa kedana nak mampos ni untuk keluar makan. Kalau nak tunggu aku belanja jangan haraplah. Nak cari kerja pun malas, ada hati nak belanja mak ayah aku. Hehehehe !

Dalindareen7101

Menu dinner for that night adalah seperti berikut :-

  • Ikan siakap sweet and sour
  • Sup ekor
  • Tomyam campur
  • Kailan ikan masin
  • Sotong goreng tepung
  • Nasi pattaya untuk adik aku angah
  • Nasi goreng kampung untuk adik aku

Saja je nak list kan apa yang aku makan malam tuh. Tapi yang penting, lepas makan je perut aku memang dah bergelodak and memulas semacam. Masa isi RO Water dekat depan 7e aku ok lagilah boleh tahan sakit perut aku tuh. Bila dah angkat je botol-botol berat yang isi air tuh, serta merta aku dah tak dapat tahan. So apalagi terus aku suruh mak aku drive and pecut terus. Hehehehehe ! So korang boleh bayang kan macam mana berpeluhnya muka aku tahan sakit nak berak time tuh ! Hahahaha mak dengan ayah aku memang dah gelak habis dah. Tuhlah siapa yang suruh makan banyak kan. Padan lah dengan muka. Huhuhu !

Oklah aku tak ada idea nak cakap apa lagi. Sorry kalau entry ni sedikit meraban and merepek tak tentu hala. Hah ! Lagi satu aku nak bagitahu, sejak dua menjak ni kan, selera aku nak makan lewat malam semakin meningkat. Ada je benda aku nak kunyah. Adoii ! Makin bam bam lah badan aku. Huhuhuhu. Oklah !

Bebbboiii !

Thursday, May 12, 2011

Yeahh !! Hadiah contest dah sampai. Sukanya~

Assalammualaikum !

Hari ni aku sepanjang hari aku dok tersenyum-senyum je. Yelah bila dengar van Pos laju datang rumah aku tadi. Terus rasa nak melonjak-lonjak sampaikan mak aku pun ter-excited jugak. Huhuhu ! Mula-mula rasa macam hareem jugak. Yelah, van pos laju tuh dok hon-hon dekat depan rumah aku. Hoi bising tau tak ! Karang aku cabut hon tuh karang. Ekkk hon boleh cabut ehh ? Benda-benda yang macam hareem tuh lama-lama hilang bila abang van pos laju tuh dok suruh aku sain bagai. Aku dah senyum-senyum semacam je. Abang van pos laju tuh pun pandang pelik je dekat aku. Buruk sangat ke muka aku !

Dapat-dapat je parcel besar dari abang van pos laju tuh terus aku bukak parcel tuh depan mak aku. Sambil bukak parcel tuh haruslah tersenyum –senyum macam orang gila kan. Hehehehe. So inilah hadiah yang aku dapat. Memang cantik sangat-sangat.

Dalindareen7094

Kalau korang ingat lagi aku pernah masuk contest ni and alhamdulillah aku menang. Hehehehe ! Unexpected betul saiz handbag ni. Mula-mula aku ingat kecik je saiznya, sekali bila aku bukak boleh tahan besarlah. Tapi aku suka wei. Lepas ni kalau aku melaram pakai handbag ni, aku post gambar tuh dekat sini ehh ! Ngada-ngada betul kan. riak nak mampos aku ni.

By the way kak Mizah ! Thanks sangat-sangat sebab bagi hadiah ni tau. Terima kasih jugak sebab bagi saya menang contest ni. Huhuhu ! Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

Bebboiii !

Lauk makanan tengah hari aku hari ni ! Sedap gile wei. Huhuhu !

Assalammualaikum !

Serius otak aku rasa macam mengong-mengong sikit hari ni. Yelah mana tak nya. Aku dok mengadap tengok drama Korea yang tajuk ehh Pasta tuh dari pukul sebelas malam sampailah pukul tujuh pagi. Huahuahua. Gile tak gile aku ni. Lepas tuh aku tidur kejap and bangun pukul sepuluh setengah pagi. Hoi ! Anak dara apa ni hah. So dengan menguatkan segala semangat yang ada dalam diri aku ni, aku pun bangunlah mandi and basuh pinggan bagai.

Yang best nya hari ni, mak aku nak masak ayam kurma so dah jadi tugas anak dara pemalas macam aku ni untuk bersihkan ayam, sediakan segala bahan untuk mak aku masak. Gile jugak otak aku tadi masa tengah bersihkan ayam dekat sinki sebab tak cukup tidur. Sampaikan masa nak sediakan bahan untuk ayam kurma, punyalah banyak bawang merah aku dok potong. Yang tang halia pulak, dari saiz dia punya lah besar, aku dok kupas kulit dia sampailah jadi secoit je. So boleh bayangkan betapa tebalnya kulit halia tuh aku dok buang. Adoi parah bebeno dah ni.

Tapi disebabkan semangat nak update belog yang tak semenggah tuh hari ni, mehh lah sini aku nak tunjuk lauk-lauk yang mak aku dah masak. Saja gatal-gatal tangan. Hei ! Aku pun ada masak sikit jugak tau. Tapi masak sayur je lah. Kalau bakal mak mentua aku baca belog aku ni kan, mesti dia bangga gile dengan aku kan. Yelah sebab pandai masak sayur. Hahahaha boleh? Dahlah jangan buang masa. Jom tengok lauk-pauk yang memang menyelerakan sampai tersedut-sedut air liur kau yang meleleh tuh. Hahaha.

Dalindareen7087

See see lauk ayam kurma yang mak aku masak. Sedapkan. Aku tak makan lagi pun aku tahu memang rasa dia sedap. Sebab masakan siapa lagi yang akan jadi paling sedap kalau bukan mak kita kan. Korang nampak tak dekat tang leher ayam tuh ? See punyalah otak aku mengong nak mampus, sampaiken leher ayam yang sepanjang-panjang tuh pun aku tak potong. Tapi tak apalah kot. Tak nampak cacat pun. Cantik je aku nampak. Hahaha !

Dalindareen7089

Hah ! Tuh dia !!! Dah kata lauk hari ni berasaskan ayam kan, maka wajiblah aku masak sayur kacang panjang ni dengan ayam jugak. Tapi buat style ayam goreng kunyit lah. See ! Jangan nak pandang aku sebelah mata tau. Walaupun aku anak dara pemalas tapi bab masak sayur, aku champion tau. Hahaha boleh ? Kekwat nak mampos aku ni kan !

Dalindareen7093

So ini sahajalah lauk makan tengah hari aku hari ni. Yang sambal dengan masak lemak dekat bawah tuh, tuh lauk mak aku. Favourite katanya. Yelah mak ! Masak lemak petai dengan sambal jering, memang favourite mak lah kan. Adoii ! Kalau aku, macam kurang suka sikitlah. Hehehehe. Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

Bebboii !

Wednesday, May 11, 2011

Resipi- Udang butter yang memang sodap ! Hekhek

Assalammualaikum !

Actually benda alah ni dah lama dah aku masak. Minggu lepas punya lauklah kiranya. Tapi kira ok lah kot sebab first time try dah menjadi. And lagi satu memang senang nak mampos lah sebab aku ni jenis masak lauk mesti nak yang senang-senang je. So disebabkan resipi yang kawan aku si Sab bagi ni pun memang senang. So apalagi ! Marilah kita bersama-sama menyepahkan dapur. Before that mehh aku tunjukkan udang butter yang tak seberapa nak cantik tapi sodap ! huhuhu

Dalindareen7045

 Dalindareen7047

Nampak sedap tak ? Hahahaha. Gile over aku kan letak gambar besar gebak ni. Padahal udangnya tak ada lah besar mana pun. Ok mehh sini aku nak share resipi dia pulak.

  • Udang bersihkan and perap dengan garam and bawang putih yang ditumbuk. Kalau nak sedap, perap lagi lama pun boleh. Baru ummmmph !
  • Aku goreng udang ni setengah masak and jadi warna oren dulu. Ikut koranglah. Kalau nak udang tu garing boleh jugak. Hehehe.
  • Hiris bawang merah, cili api, daun bawang and daun sup.
  • Then ambil telur dalam empat biji and campurkan dengan susu cair. Kacau sampai dia kembang ok.
  • It’s time for masak-masak ! hehehehe
  • Mula-mula ambil butter dalam dua sudu and masukkan bahan-bahan yang dihiris kedalam kuali. Tumis sampai naik bau dia tau.
  • Then masukkan udang yang telah digoreng separuh masak tadi. Kacau sampai udang tuh betul-betul masak.
  • Bila udang tuh dah garing, masukkan pulak telur yang dicampur dengan susu tadi and kacau telur tuh sampai dia jadi macam scramble egg.
  • Dah siap !!!

See see senang je kan. Ni lah lauk yang paling senang pernah aku buat. Sebab apa senang, sebab aku malas nak masak lauk yang susah-susah. Hehehehe. Oklah aku nak pergi jemput adik aku balik sekolah pulak.

Bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...