Saturday, February 15, 2014

My Engagement Day- Part 4 (Photographer)

Assalammualaikum.

Panasnya petang ni kan and Seremban dah lama sangat tak hujan. Pokok bunga kesayangan mak aku pun makin banyak yang layu. So semangat nak selfie dekat keliling rumah pun layu jugak. Khennn ! Oklah sambung balik part majlis tunang aku. Korang mesti rasa aku ni annoying kan sebab banyak sangat part untuk majlis tunang aku. Baru tunang kot tuh pun nak menunjuk-nunjuk. Astaghfirullahalazim ! Aku tak ada niat pun nak menunjuk-nunjuk, just aku nak share idea-idea yang aku buat untuk majlis pertunangan aku dengan korang semua. Sesiapa yang nak tunang tuh, mesti kadang-kadang blur jugak kan nak buat tema warna apa, nak bagi tetamu jemputan makan apa, nak buat hantaran macam mana, nak mekap macam mana. Kan kan ! Jujur cepat. Macam tuh jugaklah aku dulu. Pantang je tengok handphone mesti Google macam-macam pasal nak buat majlis pertunangan. Paling happy bila ada blog yang sharing macam mana diorang buat majlis tunang diorang from A to Z. Rasa macam bersyukur sangat-sangat and rasa nak peluk cium je orang yang buat blog pasal tunang and bagi idea vevavoomm ! Sambil-sambil tuh aku nak jugak promote orang bertanggungjawab memeriahkan majlis aku. Yeee dakkk ! Tanpa dorang ni semua, aku tak tahulah macam mana nak sempurnakan majlis pertunangan aku ni. Hehehehe.

So untuk part 4 ni pulak aku nak share siapa yang bertanggungjawab capture moment-moment masa majlis ni berjalan. Aku memang banyak gile survey dekat Facebook pasal photographer ni semua. Ada yang gambar dia memang cantik sangat-sangat tapi price dia aku pulak tak mampu. Ada yang harga dia murah sangat-sangat tapi gambar pulak aku tak berapa minat. So entah macam mana satu hari ni, terlintas dekat kepala otak aku ni pasal photographer yang ambilkan gambar untuk wedding one of bff, Hanis Syafiqa, schoolmate aku dulu. So aku pun wassap-wassap lah dengan si Anis ni. Aku tanyalah berapa harga yang dia ambil, lepas tuh aku paksa si Anis wassap semua gambar yang photographer dia ambil. Bila dah belek-belek semua gambar yang Anis bagi tuh, aku terus contact akak photographer ni. Lepas dah nego price dengan dia, so akak ni pun setuju nak bagi price yang aku rasa affordable price lah sebab dia bagi macam-macam gift dekat aku termasuklah free transportation charges. Akak ni tak silap aku duduk dekat Damansara. So korang bayangkan lah dia nak datang Seremban lepas tuh bagi pulak free transportation charges. Tak ke rasa macam, ehh nak book akak lah, nak book akak jugak untuk kita ! Huhuhu over gile kot. Akak photographer yang aku panggil akak Linda ni pun memang cepat sangat mesra dengan orang even kita first time borak dengan dia dalam telefon. Memang aku puas hati sangat-sangat lah kan.

Masa kenduri aku ni, baru lah aku jumpa dia in person dengan suami dia. So this is husband and wife business ok. Tapi yang bestnya, aku tak kekok pun nak posing depan dorang and boleh siap gelak-gelak macam dah lama kenal. Best sangat kak Linda and husband dia. Ok mehh sini aku nak bagi tunjuk contoh-contoh gambar yang dia tangkap untuk majlis pertunangan aku hari tuh :-

D3S_5643

Clean and clear takda jerawat hokeyyy ! Yang penting nampak putih. Hahaha.

D3S_5690

Bajet-bajet model majalah pengantinlah kan. Huhuhu !

1

D3S_5701

Sukanya tengok budak chebby yang comel ni. Rasa nak gigit je dia.

D3S_5732

Pakngah yang baju kotak-kotak tuh wakilkan ayah aku. Hehehe.

D3S_5736

Beria-ia makngah and maklang aku tangkap gambarf. Uwan rileks je kan uwann !

DSC_0079

Bakal mak mentua saya. Ehh tetibe baik je kan, terus hilang aku kau. Hehehe.

D3S_5783

D3S_5784

Sesi tangkap gambar perasan+cantik dengan cincin memang wajib ada hokeyyy !

DSC_0102

Cincin idaman. Dengar cerita emas tengah murah sekarang dekat Kuala Pilah. Pergi serbu kedai emas dekat Kuala Pilah cepat !!

DSC_0110

Orang kuat untuk Candy Buffet. Kak Balqis (kiri) and Bibiey (kanan) .

Nanti kenduri dorang aku pulak yang kena buat. Start sekarang kena cari idea untuk dua orang ni. Belah kanan bulan 5, belah kiri pulak bulan 8. Hehehe.

DSC_0121

Kakak office and budak hotel yang baik hati sangat nak datang walaupun kenduri tak seberapa. Hehehehe.

DSC_0146

D3S_5862

D3S_5850

D3S_5838

D3S_5840

So ni je lah gambar yang aku nak share. Karang aku letak banyak-banyak, korang muntah pulak tengok gambar aku ni kan. Apa yang bagusnya kak Linda dengan husband dia ni kan, dia ada macam-macam idea nak suruh aku dengan tunang posing macam-macam. Siap bawak kertas contoh gambar lagi tuh, nak suruh kitorang ikut. Hehehe. Then Kak Linda and husband dia memang always bagi kata-kata yang positif lepas capture gambar kita orang, contoh nya, ok cantiknya gambar awak Azreen, photogenic nya awak Fazrul. Even aku rasa masa tuh mulut aku macam dah cramp and herot-herot je sebab asyik senyum je. Lepas tuh tunang aku pulak asyik je senyum-senyum sebab Kak Linda and husband dia cakap tunang aku photogenic. Cehhh bangga leteeww! Ohh lupa nak cakap, lokasi penggambaran yang entah apa-apa ni dekat depan rumah aku je. Kononnya nak buat kat taman tasiklah, kat City Park lah, memang tak sempat de ! Jangan nak ngada-ngada sangat lah kan. Kahwin nanti baru buat glamor-glamor. Hehehe.

So sesiapa yang nak gunakan khidmat kak Linda ni boleh lah contact dia dekat Facebook. Dia ada personal Facebook and page photographer dia sendiri. Boleh tekan dekat link yang aku bagi dekat bawah ni ok ! Haaa lagi satu aku lupa nak cakap, servis Kak Linda ni memang tersangat lah tiptop, sebab dia janji nak pos album dalam masa sebulan and dia betul-betul make it true. Sebulan je tau i tunggu uoollss ! So apa lagi, pergi contact and booking dia cepat. Hehehehe ! Klik je dekat bawah ni ok.

Facebook Kak Linda Idris

Facebook Twenty9 Pixture

Ok bye !

To Be Continue

Thursday, February 13, 2014

My Engagement Day- Part 3 (Lauk kenduri+Candy Buffet)

Assalammualaikum !

Terasa diri ni rajin pulak nak meneruskan perjuagan untuk menaip panjang-panjang sempena entry kenang-kenangan majlis pertunangan aku dua bulan lepas. So sekarang ni part 3 dah, and maybe akan ke part part yang seterusnya lah ye. Sampai part berapa, aku pun tak sure lagi. It depends on kerajinan aku nak menaip panjang-panjang lah ye. So sesiapa yang nak baca part 1 dengan part 2 boleh pergi dekat sidebar aku belah kanan ni ye and cari My Engagement Day. Gituueew ! Bajet retiss lah sangat kan. Macam lah ada orang nak baca ceritera kau kan. Hehehehe. Tak apa, tak nak baca pun tak apa, aku still akan taip panjang-panjang jugak.

Ok berbalik dekat topik lauk kenduri dengan candy buffet untuk majlis pertunangan aku ni. Aku start dengan cerita pasal lauk kenduri ok. Sabaq na sabaq naaa ! Kita cerita satu-satu. Kalau cerita banyak-banyak nanti serabut kepala kan. Oklah, untuk lauk kenduri memang aku tak masuk campur langsung sebab mak aku dengan ayah aku memang in charge 100 percent pasal benda ni. Biasalah kan, mak ayah kita lebih arif kan pasal benda ni. Lagi-lagi  untuk majlis yang besar macam ni. Untuk makluman, aku buat kenduri tunang aku ni sekali dengan kenduri sunat adik aku. So memang mak ayah aku jemput around 300 orang macam tuh lah. Bila kawan-kawan aku tanya, berapa ramai jemputan kau Areen, and then aku cakap lah 300 orang. Masa tuhlah banyak suara yang cakap, ehh ramai nya kau jemput Areen, baru kenduri tunang kot ! Buat kecil-kecil sudahlah. Aku mampu senyum je. Then aku cakap, kau datang dulu kenduri aku, nanti baru kau tahu kenapa jemputan sampai ramai macam tuh. Malas aku nak cakap banyak. Hehehe !

Bila dah sampai part lauk kenduri ni kan, aku memang serahkan bulat-bulat dekat mak ayah aku sebab dorang yang lagi tahu apa tetamu suka makan, berapa ekor ayam nak masak, berapa kilogram beras nak masak. Wahhh cerita macam lah masak sendiri kan, sebenarnya tak pun, family aku memang dah niat tak nak susahkan saudara mara. Kalau boleh biarlah dorang just datang makan-makan and then borak-borak dengan senang hati. Tak adalah kepala serabut nak fikir ayam dah habis, cordial dah tak ada, limau dah tinggal sebiji. Kannn !

So mak ayah aku decide nak ambil khidmat catering kawan rapat diorang. Pakcik ni aku dengan adik-adik aku semua panggil Pakcik Aji. Makanan dia memang sedap-sedap sebab tuh lah mak ayah aku beria nak guna khidmat pakcik Aji ni. Dia akan settle kan semua benda. So memang mak ayah aku suruh Pakcik Aji ni settle kan part khemah dengan lauk kenduri. Untuk warna tema khemah je mak ayah aku tanya aku nak warna apa, so aku memang dah lama nak nak sangat warna pink dengan biru ! Warna favorite sangat tau. Lauk-pauk pun pakcik Aji ni sediakan lauk-lauk kampung. Memang kena lah dengan semua tekak tetamu yang datang. So untuk lauk-pauk, pak cik Aji ni sediakan lauk :-

  • Ayam goreng berempah
  • Daging salai masak lemak cili api dengan bacang.
  • Ikan keli berlado.
  • Masak lemak labu
  • Tempe goreng + kacang + ikan masin
  • Ulam-ulaman + belacan.
  • Puding cendol
  • Buah-buahan

Wahhh terliur tiba-tiba pulak bila ingat kesedapan lauk-lauk ni semua. Uwaaa nak masak lemak labu, nak ikan keli sekarang !! Then nenek aku pulak tambah daging salai masak lemak cili api jugak and pulut kuning sambal. Dah niat katanya. Hehehe minta-minta murah rezeki uwan lepas ni ye uwaann !

DSC_0096DSC_0097  DSC_0093

     DSC_0091 DSC_0092

DSC_0098

Alhamdulillah lauk semua cukup and aku memang harap sangat semua orang balik kekenyangan. Mak aku lah yang tak tahan, tak boleh tidur malam katanya sebab fikir pasal kenduri. Takut lauk tak cukup katanya. Aduhai, kalau kenduri macam ni tak boleh tidur, nanti aku kahwin nanti tak tahulah macam mana dengan mak aku ni. Jangan masa tengah tidur tiba-tiba bangun pergi kira berapa ekor ayam nak masak sudah. Ngigau lah katakan. Aishhh mak ni risau sangat. Mak baca blog along kan, haa along tahu mak baca, so along nak pesan, tak payah nak risau sangat lah ! Rileks luuu, sap kok luuu. Tetiba kan. Hehehehe !

Oklah kalau sesiapa yang perlukan khidmat pakcik Aji ni, memang aku recommend sangat-sangat lah. Aku rasa pakcik Aji ni McGyver lah, tak pun  Superman, sebab semua benda dia boleh buat tau. Khemah, masak lauk, pelamin, even kau nak buat makan-makan dekat sekolah pun boleh tau. Dia merelakan diri untuk buat. Huhuhu. Lauk dia memang terbaik lah, sedap gile kot, aku tak berani nak recommend kalau benda tak sedap ni, so sebab sedaplah aku berani nak bagi contact number Pakcik Aji ni, popular lah pak Cik Aji lepas ni. So sesiapa yang berhasrat nak guna khidmat katering pak cik Aji boleh contact dekat nombor ni :- 019-621 8969

So next story please !! Aku memang excited gile kot nak cerita pasal Candy buffet aku ni sebab benda ni semua dibuat bersama-sama dengan member-meber office aku yang lain. Kitorang dah deal macam ni tau, time kenduri aku dorang yang akan buat untuk aku, nanti kahwin dorang, aku punya turn pulak buatkan candy buffet untuk dorang. Time aku kahwin nanti tak tahulah siapa nak buat. Yelah masa tuh masing-masing dah kahwin, tinggal aku je yang tak kahwin. Buatnya dorang bawak perut time tuh, tak ke naya nak suruh suruh ibu mengandung kan. Wahhhh !

DSC_0043 

Masa buat kenduri tunang ni kan, aku memang terharu sangat sebab ramai sangat yang nak sponsor and tolong aku macam-macam. Boleh katakan rezeki time tuh alhamdulillah melimpah-ruah lah. Contoh paling terdekat candy buffet aku ni lah, kalau nak tahu, semua barang untuk candy buffet ni 100 percent di sponsor member-member office aku. Sob sob terharu sangat-sangat tau. Lap hingus kejap ! Sampaikan ada akak kepada member office aku si Bibiey willing to sponsor home made coklat untuk candy buffet aku ni. Kak Balqis yang sanggup belikan lolipop. Bella yang sanggup beli sumi yang jelly warna warni tuh. Kak Safura yang sanggup habiskan duit sewa chocolate fountain. Dapat murah pulak tuh. Kak Erna yang sanggup buat semua riben-riben tuh. Bos yang sanggup bagi kek free. Semualah budak office, terima kasih sangat-sangat. Aku beli alas meja dengan pasu je kot ! Tuh pun beli dekat Nagoya and mintak kan makcik belakang rumah jahit tepi. Lima hengget je pun ! Meja pun Bibiey yang bagi pinjam.

Bekas-bekas kecil yang isi lolipop dengan biskut tuh pun Bibiey dengan rela hati nak belikan. Haaaa nanti korang kahwin aku pulak yang buatkan, Insyallah ada rezeki lebih aku sponsor banyak-banyak ok. Limited untuk candy buffet je. Pelamin ke, kambing golek ke, aku tak tahu ok ! Malas nak ambil tahu. Huhuhu.

DSC_0045

DSC_0099

D3S_5704

D3S_5719

D3S_5712

D3S_5707

D3S_5709

Ok memang tak secomel candy buffet yang lain tapi aku memang puas hati sebab semua dekat atas meja ni habis. Budak-budak pun suka sangat ulang-alik dari candy buffet ni. Alas meja aku yang pink tuh pun tiba-tiba ada corak polkadot coklat tuh. Tak apalah, asalkan budak-budak suka. Mak budak pun tak kurang jugak, sama berderet je aku tengok beratur dekat situ. Huhuhu. Alhamdulillah, orang kata rezeki nak ke arah perkahwinan tuh Insyallah ada. Jangan lah takut-takut. Ni yang mak aku selalu pesan sebab aku selalu sangat cakap dengan dia yang aku takut duit tak cukup untuk majlis kahwin aku nanti. Semoga dipermudahkan. Amin.

Oklah sampai sini saja part 3 aku ni. Aku dah tak ada idea nak taip apa dah. Tunggulah part yang seterusnya ok.

Bye !

 

To Be Continue…. Soon…Hehehe

Tuesday, February 11, 2014

My Engagement Day – Part 2 (Baju tunang)

Assalammualaikum !

Ok memang semangat gile lah kan nak update entry pasal majlis tunang aku ni. Padahal mata dah terkebil-kebil sebab mengantuk tahap maksimum dah ni. Jangan kejap lagi mata terlelap, tangan continue menaip sudah leww ! Sebenarnya aku tak adalah rajin sangat nak buat part-part bagai pasal cerita pertunangan ni, kalau boleh aku nak buat satu entry, aku letak gambar banyak-banyak then publish terus. Habis satu cerita. Tapi disebabkan nak buat jadi kenang-kenangan, so aku menggigihkan diri untuk update ber part-part. Barulah orang rasa excited nak baca entry kau yang sangat banyak tuh kan. Gitueeeww kan !

Ok pasal lauk kenduri, photographer, candy buffet, pelamin and hantaran semua akan aku cerita kemudian ye wahai kawan-kawan. Sekarang ni aku nak fokus cerita pasal baju tunang aku dulu. Aku ni kalau sesiapa yang memang kenal aku, akan tau yang aku ni sangat lah particular bab pemilihan baju. Sebab tuh aku dah tetapkan, baju untuk majlis pertunangan aku nanti, aku nak sesuatu yang simple, sweet and cute. Ok perkataan yang selalu aku sebut kalau nak pilih apa-apa mestilah SWEET ! Kakak office aku rajin melayan aku cari design untuk baju tunang aku. Aku pun tak tahulah kenapa, orang lain heboh nak buat baju tunang dorang se glamour yang boleh, tapi aku pulak kalau boleh nak yang cute and yang paling penting aku mesti nampak sweet bila pakai baju tuh.

Masa mula-mula fikir design baju tunang aku tu, otak aku ni asyiklah ligat berfikir nak buat design ala-ala dress. Taknak kurung moden, taknak kebaya ke. Semua aku tak nak. Kalau boleh nak dress jugak. Apa nak jadi-jadilah. Masa ni jugaklah aku bertambah rajin nak beli majalah pengantin-pengantin semua ni tau. Semata-mata sebab aku nak tengok design dress yang cute and sweet. Tapi kan masa aku dok belek-belek majalah kan, selamba badak je mak aku sound aku, beria nak buat baju, tapi kainnya tak ada pun. Macam mana nak jadi baju kan. Haah kan betul jugak apa yang mak aku cakap tuh kan. Pedih je telinga bila dengar mak aku sound direct. Hehehe ! Rasanya bulan 9 jugaklah aku pergi beli kain, padahal majlisnya bulan 12 kan.

Ok cerita pasal kain, aku decide nak tengok-tengok dulu dekat Jakel. Alah kalau dekat Seremban ni, dekat je, berhampiran dengan Jusco Aeon Seremban 2. Masa dah masuk dalam Jakel ni, aku dah pesan dengan mak aku, walau apa pun terjadi, kita mesti buat muka macam orang kaya. Orang kaya yang tak terkejut langsung bila salesgirl Jakel tuh cakap satu meter lace 800 hengget. Mak aku angguk-angguk je. Bila dah masuk je Jakel tuh, dah siap sorang salesgirl ikut aku and mak aku. Aku dah rasa tak selesa sangat. Yelah, aku tak boleh wei orang dok follow je aku dari belakang ni. Salesgirl tuh tanya, aku nak cari kain untuk apa. Aku pun dengan muka yang buat-buat macam orang kaya, cakaplah, untuk majlis tunang. Salesgirl tuh bawaklah aku pergi 3rd floor kot kalau tak silap. Masa tuh dia tunjuk dekat aku dengan mak aku semua kain-kain yang sesuai untuk buat baju tunang. Memang full dengan manik, lace bagailah. Masa tuh impian nak buat dress macam dah terbang jauh je. Aku tengok semua kain dekat situ sesuai untuk buat kurung moden je. Harga pun boleh tahan jugaklah, memang buat aku rasa nak tercekik je. Yelah, iolls ni tak biasa beli barang mahal-mahal ni tau. Pasar malam je mampu, tapi bila masuk Jakel ni, 10 kali ganda harga dia compare to pasar malam.

Bila dah berlegar-legar dekat 3rd floor tuh, mak aku tiba-tiba je panggil aku and tunjukkan kain yang elok je terletak dekat patung ni. Tengok-tengok harga kain tuh, terus rasa nak pengsan and muntah darah terus. Hehehe over tak ! Tapi salesgirl tuh pandai tau nak pengaruh aku dengan mak aku. Dia cakap kalau beli kain dekat patung tuh dia bagi free lining and dapat kain untuk baju melayu lelaki sekali. Masa tuh mak aku dah cakap, haaa oklah tuh along. Kain pun cantik, yang kain baju melayu tuh boleh letak dekat barang hantaran. Aku pun angguk-angguk je. Salesgirl tuh pulak dah siap bukak kain tuh dari patung. Memang excellence sangat marketing strategy salesgirl tuh tau. Sampai mak aku pun terpengaruh sekali. Hahahaha. Yang tak tahan tuh, masa nak bayar tuh, menggigil je tangan aku nak bayar tau. Aiishhhh !

So kain dah beli, time nak tempah pulak. Masa ni pun aku dah pening nak tempah dekat siapa. Last-last aku decide tempah dekat butik hotel yang aku kerja sebab first aku rasa selesa dengan owner butik even dia lelaki. And lagi satu sebab price dia pun berbaloi and baju tung yang dia buat memang selesa sangat bila aku pakai. Aku dah cakap awal-awal dekat owner butik tu si Danial, yang aku nak nampak kurus. Aku taknak nampak gemuk. And he really makes my dream come true. Dengan design baju tunang aku yang dia buat, aku berjaya nak sorokkan lemak-lemak dekat badan aku ni. I’m a happy girl ! So kalau sesiapa nak tempah baju dekat Danial ni, bolehlah datang hotel The Royale Bintang Seremban. Nanti korang cari Krenggea Saloon tau. Apa-apa boleh keep in touch dengan dia dekat link yang aku bagi ni.

TEKAN SINI

So aku nak tunjuklah hasil-hasil yang si Danial ni buat. Service dia memang tiptop. Dia tak kisah dengar pendapat customer yang banyak perangai macam aku. Hehehe. So jom tengok hasil-hasil Danial ni.

 

1492931_10152109258839189_695752542_n

1470837_10152109258834189_1321832950_n

D3S_5631

D3S_5697

D3S_5636

Aku memang saja nak veil labuh-labuh ni. Barulah boleh sorok lemak-lemak aku yang terjojol tuh kan. Hehehe. So kesimpulannya. Apa-apa pun choose your theme colour dulu then material jenis apa yang korang nak guna untuk buat baju tuh. Material satin ke, silk ke, chiffon ke. Apa-apa je lah yang penting selesa kan. Then pilihlah tailor yang boleh nak ikut semua yang korang nak. Tak adalah korang je yang ikut cakap tailor tuh kan. Korang yang akan membayar so korang berhak nak buat ikut kehendak korang kan. So tuh je lah aku nak cerita pasal baju tunang aku ni. Next aku akan update pasal benda lain pulak ok.

 

To Be Continue…

Sunday, February 9, 2014

My Engagement day-Part 1 (Merisik)

Assalammualaikum !

Setelah dua bulan kan ! Baru terhegeh-hegeh nak rajin kan diri menaip pasal engagement day kalau kata orang putih tu. Huhu ! Kemain sangat lah kan, siap nak ber part- part bagai. Ingat retis lah sangat. Tak ada lah, bukannya nak anggap diri tuh retis ke, hot ke. Just nak share moment diri sendiri dekat blog hitam tercinta ni. At least bila dah tua nanti, aku boleh lah cerita dekat anak cucu aku yang aku ni dulu ikut perkembangan teknologi kan. Masa tu kalau dorang nak kutuk gaya penulisan aku ke, aku tak kisah pun. Kisah lah sangat kan ! Nenek dah tua cuuu, nak maki pun tak larat dah, jangan lupa ye tinggalkan komen dekat setiap entry nenek ye. Haaa bangga lah cucu aku nanti sebab nenek dia seorang yang amat setia dengan social media ni. Hehehehe. Ok dah melalut meraban bagilah dekat kau kan ! 
Ok masa plan nak buat majlis tunang ni, aku rasa macam main-main je. Yelah masa tuh kebetulan selepas engagement day office mate aku, aku terus je pergi Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Alah sekangkang kera je pun dari rumah aku tu, tak sampai setengah jam pun. Haa dekat kan. Yelah masa tuh kan orang dok heboh pasal bom bom tuh, so harga emas turun dengan mendadak termasuklah kat Kuala Pilah ni. Masa tuh niat nak tengok-tengok and nak ikut office mate aku dengan bakal tunang dia. Masa tuh pun aku pergi dengan bestfriend merangkap tunang aku sekarang. Heheheh. 

So nak dijadikan cerita, lepas dah sampai Kuala Pilah, rasa macam nak pengsan sebab Ya Allah orang terlampaulah ramainya, and masing-masing beli emas macam beli ikan dekat pasar tuh. Berebut-rebut i tell you know ! Aku pun rasa rimas and at the same time rasa kesian dengan uncle yang jual emas tuh, kejap berlari ke kanan, kejap berlari ke kiri nak layan orang yang sungguh ramai. Aku pun duduk je lah diam-diam dekat tepi kedai tu tengok semua cincin yang ada dekat situ. Sekali tunang aku cakap, nak beli tak, kalau nak beli sekarang ok je sebab emas tengah murah. Aku pun macam terpaku, terkesiam and segala ter-ter lah sebab tak sangka dia boleh cakap macam tuh. So aku dengan penuh sopan pun cakaplah, i tak kisah, ikut you lah. Dalam hati dah pelik, cincin ni untuk apa walaupun dah tau sebenanrnya untuk tunang kan. Hehehe ! So masa tuh gigih kan lah diri ikut tunang aku ni cari bank nak cucuk duit. Takpe i sanggup, i tak kisah. Hahahaha !

Lepas dah berebut-rebut ikan kat pasar, ehh salah berebut cincin dekat kedai emas tuh. Terus balik rumah and suruh tunang bagi dekat mak dia untuk simpan kan. Masa tuh yang first tau mak tunang ok. Mak aku dengan ayah aku pun tak tau lagi tau. Haaa over tak. Bila mak tunang aku dah call semua mak aku, barulah mak aku plan dengan mak tunang aku bila nak datang risik. Masa tuh dorang dah plan untuk datang risik masa hari raya. Yeahhhhh !Time tuh bukan excited nak tunang sangat pun,just excited nak pakai cincin je.
So masa yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jugak. Time tuh nasib baik ada bff aku yang temankan, so masa tuh dia lah yang tenang kan perasaan aku ni, dia lah yang tolong pilih baju apa yang nak kena pakai. Wei nervous gile kot. Memang lah orang kata nak datang raya tapi disebalik datang raya tu ada benda lain yang tersirat tau. Masa tuh jugaklah tiba-tiba je rajin gile nak tolong mak aku masak. Hahahaha ! 

DSC_0444

Ok abaikan muka tembam. Adik aku si imran yang sebelah aku tu, kerja dia tak habis-habis gelakkan aku. Konon nampak nya aku sopan habis lah time tuh kan. Tak tau hati tuh rasa berdebar sampai nak pecah padahal orang kat luar tuh elok je sembang-sembang sambil gelak-gelak lagi tuh. Masa ni muka aku memang bogel habislah. Malas aku nak mekap bagai. Yelah kononnya biarlah bakal mak mentua aku nampak muka aku yang suci bersih tanpa mekap tuh kan. Padahal kan berkali-kali lah jugak aku tanya bff dengan adik-adik aku, ok tak muka aku togel je macam ni. Huhuhu !


DSC_0446

Sebab dah nervous punya pasal, aku siap baring-baring lagi tau dalam bilik adik aku sambil tengok dia main game. Masa sedap-sedap golek, mak aku boleh pulak panggil suruh siapkan meja makan. Dorang dah nak makan dah. Masa tuh aku dah gigil-gigil dah tau. tak tau nak buat yang mana satu. Lepas dah siap semua, terus aku masuk balik dalam bilik adik aku. Masa tuh lah mak aku bagi aku tengok cincin. Apa lagi terus pakailah kan. Huhuhu !

Then bila dorang dah habis makan, mak tunang aku beria panggil nak jumpa aku. Aiishhh masa tuh tak payah cakaplah kan malunya macam mana. Rasa nak sorok je muka disebalik langsir. Lepas dah salam-salam and cium pipi semua, dorang minta izin nak balik and dah tetapkan nak buat majlis tunang bulan 12. Aku time tuh tersangatlah happy. Happy bukan sebab excited nak tunang, tapi sebab dorang nak balik dah. So tak payah lah aku nak control cun lagi dah. Jahat tak guwe ? Kan gua dah cakap gua havoc ! Tetibe kan.
Apa-apa pun alhamdulillah, time merisik tuh berjalan dengan sangat lancar. Many thanks to bff aku si Furzanne sebab sanggup temankan and layan kerenah kawan kau ni kan. Love u so much.
So untuk majlis tunang nanti aku akan update kemudian ok sebab banyak part-part untuk majlis tunang aku ni. Banyak sangat benda aku nak cerita. Hehehehe !

Oklah bye !












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...