Assalammualaikum.
Minggu ni rutin harian semuanya dah berubah, sebabnya adik aku dah start tuisyen dekat Senawang. So memang lepas balik kerja pukul 6, sampai je rumah, lepak-lepak and borak-borak dulu dengan emak aku dekat ruang tamu, lepas Maghrib terus gerak pergi Senawang. Hari-hari okay start dari hari Isnin sampailah Khamis. Cuma Khamis semalam aku malas nak hantar adik aku, alasannya sebab nak buat assignment lah kononnya. lepas tu habuk pun tak ada. Aku bantailah tidur tak sedarkan diri. Sedar-sedar dalam pukul 11 malam macam tu, kelam kabut bangun nak siapkan assignment. Hew hew hew what a boring student life kan ! Padan lah muka.
Bila dah hari-hari hantar adik aku dekat Senawang, so memang hari-hari lah aku dengan emak aku dok survey dekat mana nak singgah makan. Ala-ala jalan-jalan cari makan lah. Aku pun pelik dengan emak aku ni, selalu ajak aku cari tempat makan yang best-best lepas tu heboh suruh aku diet. Macam mana nak diet kalau asyik makan sedap-sedap je kan. Mih mih mih. Tak lama lagi nak kahwin ni, tapi lemak-lemak dekat badan aku ni tak nampak lagi tanda-tanda nak hilang. Aishhhh
Lepas dah hantar adik aku, emak aku ajaklah aku cari tempat makan cekodok yang best. Aku dengan emak aku kan hantu cekodok. Semua tempat yang jual cekodok kitorang nak try. Kalau tak sedap kitorang complain, kalau sedap kitorang puji. Ehh ehh macam tagline pulak kan. Betul lah kan, customer is always right kan walaupun selalunya tak ada lah right sangat pun. Hehehe. Dah merayau-rayau, sekali emak aku cakap, " jomlah kita try cekodok dekat tempat yang kita biasa makan tu, mana tahu dah sedap pulak rasanya ". Aku pun iya kan je lah.
Terus gerak pergi kedai cekodok ni. Aku ok je lah kan nak makan dekat sini sebab dah terbayang-bayang dah coconut shake yang sedap dekat dekai tu. Aku rasa tak ada tempat boleh lawan. Dekat Klebang pun tak sedap macam ni tau. Before this memang aku selalu makan cekodok dekat sini, tapi bila orang yang buat cekodok dah bertukar, terus cekodok tu jadi tak sedap. Keras je ! Aku rasa kalau baling dekat tingkap mesti pecah. So boleh bayang kan tak betapa keras nya cekodok dekat situ. Start tu jugaklah aku dengan emak aku memang dah tak singgah lagi kedai tu. Dekat setahun kot tak silap aku. So sekarang ni saja je lah kan nak try, mana lah tahu kot-kot dah sedap pulak kan. Hehehehe.

Coconut shake dah sampai !
Ni lah dia coconut shake yang aku dok gebang dekat korang sedap-sedap tu. Seriously still lagi sedap. Memang rasa sangat kelapa dia tu. Tak percaya silah cuba ok. Confirm tak menyesal.
Cekodok ikan bilis pun dah sampai.
Komen : Hurmm still sama jugak. Tapi yang ni lagi teruk aku rasa, nak patah gigi bila makan. Haa over tak komen aku. Tak salah kan kalau komen macam ni. Still kuciwa !
Nasib baiklah aku dengan emak aku order asam pedas. So ada jugaklah benda yang mengenyang kan perut. Haaa over sangat kan. Cekodok portion dia sikit kot. Kalau asam pedas ni portion dia kemain lah banyak tau. Silap-silap sampai pagi esok pun belum tentu lapar lagi. Terima kasih asam pedas. Untuk makluman korang, aku memang jarang sangat-sangat nak suka lauk asam pedas orang lain masak. Yang jadi favourite of course lah asam pedas yang emak aku masak. Tapi bila rasa asam pedas dekat kedai ni, terus rasa terpikat. Sedap wei !
Nasi putih + timun + telur masin
Banyak sangat nasi kedai ni bagi tau.
Aku dengan emak aku order satu lauk je. Asam pedas daging tetel. So nasi dua pinggan dengan satu lauk asam pedas. Wahhhh terliur pulak. Saja je kan.
Lepas tu lenyek-lenyekkan daging dengan telur masin.
Whoahh memang terbaik. Merecik-recik peluh kau makan tau.
Yang paling best, asam pedas ni datang sekali dengan pakej sambal gesek. Tau tak apa sambal gesek tu? Sambal ni memang popular sangat-sangat dekat Negeri Sembilan. Tumbuk ikan bilis dengan cili api. Lepas tu bolehlah ngap. Pedas gile kot ! Memang berpeluh-peluh and basak ketiak makan asam pedas dengan sambal gesek ni tau. Huhuhuhu.
Peneman setia. Angah yang tak habis-habis dengan nasi pataya dia.
Pergi mana-mana je mesti nak nasi pataya. Lantaklah angah. Janji kenyang tak kacau orang lain,
Emak yang khusyuk makan asam pedas dengan sambal gesek. Masa ni boleh control lagi sebab baru start makan. Lepas tu mulalah masing-masing cari air nak hilangkan pedas. Apa-apa pun asam pedas dia memang sedap. Terpadam lah hasrat nak complain pasal cekodok yang keras tu.
So kalau sesiapa nak try, memang senang sangat nak cari. Landmark kedai ni ialah Klinik Tawakal. Kedai ni betul-betul bertentangan dengan Klinik Tawakal. Try ok jangan tak try !
Oklah bye !
4 comments:
kat rumah, ibu selalu masak asam pedas. huhu
Waaahh, sedapnya.... shad singgah dan follow sini dari ga angah..
done follow sini sedap nampak coconut shake tu
alamak asam pedas.. ermm terus lagi lapo ni dibuatnya... huhuhu
Post a Comment