Wednesday, January 21, 2015

Review tempat menternak lemak: Dip Dip, IOI Mall Putrajaya.

Assalammualaikum.

Yeahh exam dah habis. Berakhir lah minggu-minggu di mana time study aku akan menonggeng-nonggeng baca nota, macam-macam gaya tau. Kejap mencangkung, kejap duduk bersila, kejap baring, kejap meniarap. Akhirnya dah berakhir dah semua tu. 

So sepanjang aku exam hari tu, macam-macam lah wish list yang aku buat. Tapi semuanya pasal makan. Padahal masa 1 haribulan hari tu, dah berazam nak kurus. Nak dapatkan badan macam Fazura lah kononnya. Gitueeww. Tapi stress punya pasal, aku malas nak pikir pasal diet-diet ni. Yang penting aku nak makan. Tau tak makan ?? Haa emosi kejap. Hahaha.

So salah satu wish list aku untuk tahun ni adalah, makan dekat restoran coklat dip dip. Hehehehe. Ni semua kakak ofis aku punya pasal lah, beria masing-masing upload gambar tengah makan coklat dip dip. Apa menatang dip dip ni kan? Sebenarnya benda alah Dip Dip ni adalah satu restoran yang menyediakan dessert lah tapi semua nya berasaskan coklat. Gigih tau, dari Shah Alam aku drive pergi IOI Mall, Putrajaya semata-mata nak makan dekat Dip Dip ditemani bff Uitm aku. Hehehe. 

Kalau sesiapa yang tak pernah pergi IOI Mall tu, mehh sini aku nak bagitahu. Mall ni tersangatlah besar ok. Make sure kalau nak jalan tu, pakai flat shoes atau selipar je. Peduli kan tak nampak hot atau tidak. Yang penting korang selesa ok. Aku dengan kawan aku memang gigih lah tawaf satu IOI Mall cari Restoran Dip Dip. Last-last masing-masing give up, terus Google Dip Dip ni dekat mana. Hahaha padahal kitorang memang dekat dalam IOI Mall tapi bantai main google. Nasib baik jumpa. 
Rupa-rupanya Restoran Dip Dip ni dekat level G je pun, and paling aku geram sampai nak gigit-gigit tuh, kitorang bantai tawaf dekat dalam IOI Mall, sebenarnya restoran Dip Dip tu terletak dekat luar Mall tu. Sederet dengan Restoran Magnum Ice Cream. Kononnya nak cari barang hantaran lah kan, last-last terus tak ada mood. Sebab kaki dah lenguh. So stress punya pasal, jomlah kita melantak. 




Haa nampak tak menu dia ni. Semuanya coklat ok. Jangan kau berangan lah nak makan nasik goreng kampung ke, tomyam campur ke, puyuh sambal ke. Jangan berangan ok. Semuanya coklat and dalam kata lain dessert lah. Time ni masing-masing dah huru hara sikit, sebab excited tengok coklat and warna-warni. Perempuan ni lain sikit ye kalau tengok warna-warni. Tuh sebab perempuan suka dengan artis K-Pop sebab dorang suka pakai baju warna warni. Ehh tetibe kan. Hahaha




Harga pun not bad lah aku rasa. Excited punya pasal, sampai gegar-gegar tangan aku masa ambik gambar. Hahaha. Time ni harga dah jadi no 2 dah, masing-masing dah dibayangi oleh coklat, coklat dan coklat. Aku ambil Brownies Crepe, kawan aku pulak ambil Brownies cake je.



Haa ginilah rupa restoran Dip Dip ni. Owner dia mat salleh tau uolls. Tuh yang baju belang-belang tuh.  Dah lah handsome. Walaupun botak, still handsome tau. Nasib baik hakak ni dah di booking oleh orang. Ngada sangat statement tuh kan!



Brownies kawan aku dah sampai. Sedap sangat brownies dia. Memang luar dia crunchy and dalam dia lembut je. Makan pulak dengan ais krim. Pehh pehh pehh meleleh air liur hakak tau. Sambil menaip ni pun terliur. Tahan je lah.




Yeahhh aku punya dah sampai. Brownies Crepe nama dia. Actually benda alah ni hanyalah sejenis lempeng tapi dalam dia ada kek brownies nipis then dicurahkan dengan coklat. Sedap sangat. Aku suka ok. Tahun depan aku datang lagi. Tahun ni tak boleh dah. Diet wei diet.




Air pulak, aku ambil Caramel Frappe, bff aku pulak ambil coklat apa entah. Aku nak puji caramel frappe dia, memang sedap ya ampun. Nora bagi 5 bintang. Ehh tetibe.




Harap maklum ye. Makan semua benda ni sangat kenyang hokayy ! Aku sampai ke malam tak makan sebab kenyang sangat. Dah lah Brownies crepe yang aku order ni besar. Kenalah share dua orang. Aku paksa gak kawan aku makan dan perabiskan. Hahaha



Aku rasa dia kena tukar tagline dia lah. Macam, all about chocolate ke. Haa kan kelas tak. Memandai-mandai bagi kat kau kan Azreen Zunairah. Huahuahua.


Dah lah aku tak boleh tengok lama-lama dah. Nanti aku nak makan dan makan dan makan lagi. Kang gigih lah aku nak drive dari Seremban ke Putrajaya. Aishh tak boleh diet wei, kena diet.

Oklah bye !







2 comments:

nur nabihah yunus said...

Mesti sedap. Saya geng makan coklat. Tapi, saya kalau makan selalu manis2 gusi pun bengkak huhu. Sedih. Kalau coklat macam tu, nak tau makan dan minum tiap2 hari hehe

Nama restoran pun comel je. Hihi

Afiqah Azmee said...

ya allah best gilaaaa terliur sgtt@ tak pernah try lagi ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...