Wednesday, April 13, 2011

Serius rasa macam nak cakap What the Fat ! Tengok kan dah tercakap.

Assalammualaikum !

Aku tak tahulah apa masalahnya dengan orang-orang yang nak cari untung dalam berniaga yang gunakan cara yang salah. Tak boleh ke niat nak berniaga tuh biar ikhlas barulah pelanggan pun suka and ramai nak beli dekat kita kan. Kadang-kadang tuh aku tak pahamlah dengan diorang ni. Tengok kan aku dah teremosi. So kalau korang nak layan emosi macam aku jugak. Mohh ler layan youtube ni dengan aku.

Air Ludah sebagai pelaris air soya !

Sorrylah kalau korang tak nampak apa kebenda alah nya minah dekat atas ni buat. Mula-mula tengok video ni pun aku macam blur-blur je. Yelah kan, kejap minah dalam video tuh hilang, kejap muncul balik, lepas tuh tunduk-tunduk dekat air soya tuh. Memang serius aku tak faham apa yang minah tuh buat. Yelah mana lah tau kot-kot dia dok bau air soya yang dia bungkus tuh kan. Kotnya basi, karang dia jugak yang menjawab nanti dekat customer kan. Betul tak ? Hehehehe !

But then bila aku buka dekat youtube and baca semua komen-komen yang ada untuk video ni, barulah aku faham cerita yang sebenar. Tapi kesahihan video ni tak dapat nak dipastikan betul atau tak. Yelah kan video yang dirakam ni pun macam blur-blur kan. So macam-macam spekulasi yang boleh orang buat.

Actually video ni nak tunjukkan pasal pendatang asing yang bergelar minah yang dok bantai meludah dalam setiap air soya yang dia bungkus tuh. Benda ni semua dia buat semata-mata untuk melariskan perniagaan dia. Ada jugak ehh orang yang buat benda alah ni. Tak rasa bersalah ke bagi orang minum air yang dia dok ludah tuh ? Lepas tuh yang aku pelik sangat. Larat pulak si minah dondon ni ludah satu-satu air soya yang dibungkus tuh. Tapi nak buat macam mana kan. Nak dapat banyak duit punya pasal, apa-apa pun sanggup kan. Video ni dirakam dekat area sekitar Bangi kot. Entahlah.

Dulu bff aku yang si Sab ni selalu cerita dekat aku, mak dia kalau jual karipap mesti akan letak inti karipap tuh penuh-penuh sampai karipap tuh gemuk. Ni semua sebab nak puaskan hati customer dan jugak nak pastikan adanya return customer. Kiranya mak si Sab ni tak kisah lah kalau rugi macam mana pun as long as karipap yang dia buat tuh customer suka and puas hati. So dekat situ kita dah nampak kan keikhlasan mak dia dalam berniaga ni.

Kadang-kadang aku macam geram kot sebab bila aku beli karipap mesti kulit dia je yang lebih, yang tang inti tuh mesti secoit je dia letak. Dahlah secoit, inti tak sedap pulak tuh. Hadoi, kau nak berniaga ke tak nak berniaga. Tapi nak buat macam mana kan. Adat berniaga dah memang macam tuh, so nak tak nak kita balun kan je lah. Asalkan perut kau kenyang kan. So moral of the story, berniaga kenalah ikhlas and jangan gunakan jalan singkat untuk dapatkan keuntungan. Sekian, sampai disini sahaja tazkirah saya ini.

Bebboiii !

8 comments:

Jemari MonteL said...

memang giler ler minah tuh.... tataw hukum dose kew... haish takmo kawe kena gitu....nauzubilah

Azreen Zunairah said...

jemari montel: tuh arr pasalkan...kesian dekat org yang beli air soaya dia tuh...

xazryx said...

wtf !ludah ?yuckss !

Taufan Bin Ribut said...

jap2..ni nak bakar je die leh x??

Azreen Zunairah said...

xazryx: yup ludah tuh..serius what the helll..hahahaha

Azreen Zunairah said...

taufan: bleh je..jom bako ramai2...

LEEN said...

jom kte bako..huhu

Azreen Zunairah said...

leen: jom !! kita bako....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...