Assalammualaikum !
Actually aku memang nak update belog yang tak semenggah ni dari tengah hari tadi. Tapi aku biarkan je jadi draft sebab start tengah hari tadi aku dah pengsan sampailah ke petang tadi. Memang gile lah lama aku tidur. Ni semua sebab exam punya pasal. Satu hari aku tak tidur sebab dok menghafal semua nota-nota tuh semua. Alhamdulillah satu paper iaitu Human Resource Management dah lepas dah ! Subjek yang memang killer nak mampos. Lepas ni lagi banyak subjek killer yang aku kena hadapi. So kawan-kawan silalah doakan aku ehh.
Hah ! Aku nak tanya pasal satu benda ni. Betul ke makanan dekat Seoul Garden atau dipanggil Taman Seoul ni sedap nak mampos ehh ? Aku tak pernah makan tapi bila dengar kawan-kawan aku cerita, aku pun jadi teringin nak makan. Cakap je lah apa-apa pasal makanan, sure aku orang yang first akan berminat nak dengar cerita kau. Hehehe.
Hah ! Ni lah tempat yang aku dok gebang tadi. Kalau keluar dating dengan boipren aku, memang kitorang tengok dari luar je lah. Sebab aku dengan boipren aku lebih prefer nak makan steamboat dekat Johnny’s. Walawei ! Memang serius sedap. Kalau sesiapa yang tak pernah makan dekat Johnny’s, aku nasihatkan korang pergilah try. Dahlah murah lepas tuh makanan dia semua sedap-sedap.
Tapi sekarang ni aku bukan nak cerita pasal Johnny’s tapi nak cerita pasal Seoul Garden. Aku tadi pergilah dok godek-godek google and bila search Taman Seoul, terus tak keluar. Hahaha apa ke bengong kan. Mana nak keluar kan. Aku tipu je, bila aku search Seoul Garden macam-macam gambar makanan yang sedap keluar. Serius lepas exam ni aku nak ajak semua bff aku makan dekat situ. Mehh sini aku nak tunjuk gambar hasil ke-google-an aku.
Wei asal kau nampak sedap sangat hah ! Ni yang aku tak sabar nak terjah kau lepas exam ni. Aku dah terjah nanti siaplah. Memang aku tak bagi can. Aku nak balun semua makanan yang ada dekat situ. Kan dia buffet, so dah masuk dalam terms All You Can Eat lah kan.
Sedap gilelah wei ! Aku tak pergi lagi pun, dah nampak macam sedap. Nanti dekat sana nanti aku nak melantak puas-puas. Boleh ? Hahahaha !
So sesiapa yang pernah makan dekat Seoul Garden, silalah bagi tahu macam mana rate dia dekat sana, macam mana sedapnya makanan tuh. Bagitahu tau. So mehh sini aku nak tempek gambor masa aku makan dekat Johnny’s. Dah lama dah makan dekat sana, tapi saja je nak tempek.
Nampak sedapkan wei ! Please lah cakap sedap. Tapi memang sedap pun sebab sampai balik dating tuh pun aku rasa kenyang gile ! Oklah aku nak sambung study balik sebab tak tahu nak cakap apa.
Bebboiii !
20 comments:
johnny's is also my favourite food stop!
seoul garden pun! haha
kalau nak rasa puas mkn memang johnny's and seoul garden la paling best!
specialnya seoul garden: variety food, eat all you can! memang puass :)
najlaa: wahh !! macam sedap je...huhuhu...
yong pernah p..harga xde mahal sgt rasanya..dalam rm29 kot..ke rm49 ek..ala lupa hehhe.
tp kalo p time lucnh lg murah..hrga student asing rasanya..
pastu leh makan semuaaaaaaa makanan.
sebelum p tu elok jangan makan pape..sbb p sana baru isi hehhehe
yong: ye ke yong...rasa nak pergi makan kat sanalah...dah lama gile teringin tau...huhuhu
serious dap beb...
p la cuba...aku dah try dah....
try tgk kat blg aku....
http://ila-nurfadhilah.blogspot.com/2011/04/jalan-jalan-cari-makan-sambil-menternak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+_welcomeToMyLif3_+%28%28*_*%29+..WeLcOmE+tO+My+LiF3..+%28*_*%29%29
ila: ye ke wei...huisshhhh nie yg makin x sabo aku nak try nie...huhuhu
tak pernah try lagik tapi kalau ramai yg kata sedap boleh gak nak cuba2 hiks
sEoul Garden... memang hotspot mama & hubby setiapkali pg Mahkota parade, Melaka...Hehe.
Bak kata pepatah hubby... makan kat SG ni makan sampai mati... hik2x.
Yup before nk pg 2 better kosongkan perut sebab makanan kt situ mmg sdp & kite boleh mkn xde limit tw!
So kite enjoy!:-)
sarah: tuhlah kan..reen pon x pernah rasa gak..teringin gile nak rasa..mcm sedap je..huhuhu
mama: wahhh !! da kalau mama cakap mcm tuh..nie yg membuatkan reen jadi lagi x sabar nak pegi ni..huhuhu
penah mkn sekali..mmg sedap..
zura: wah semua cakap sedap ni..x bleh jadi nieyh !!
sedapppp nyerrrr...
mya: hahaha nampak sedapkan...huhuhu
nurul: insyaallah reen join ehh
gambo blog ko wat ak lapar ah...huhu..nak g gak mkn mknn korea!! ^.^
hanan: tuh arr pasal..nanti aku pun nak rasa gak..hehehehe
Sedapnya Steam boat.
Zamre Bin Abdul Wahab
Masakan korea - separuh masak
- Zamre Bin Ab. Wahab
sedap !! ni yg kat QB ka ?? heheh..
Post a Comment