Friday, March 11, 2011

In relationship is better than being single. Siapa setuju dengan aku sila angkat laptop !

Assalammualaikum !

Sebenarnya nak dekat 3 kali aku keluar masuk tandas. Entahlah kenapa kan ! Aku asyik nak terkencing je. Macam pelik pulak sebab aku rasa sejuk teramat sangat dekat Merlimau ni. Selama ni rasa panas ya rabbi. Hei kau ni Areen ! Bila panas merungut je kau tahu. Bila sejuk pun merungut jugak. Mana satu yang kau nak ni ! Ekk motif nak marah-marah kan.

Tadi kan, aku ada kelas Muet tau. Masa kelas Muet ni pulak, lecturer aku buat debate session pasal In relationship dengan single. So group aku dapat topik single. Menggagau jugak lah aku nak cari point untuk debate session ni. Yelah dah sah-sah lah kan aku ni In Relationship. Sekali kau kena debate pasal yang kau agree for being single. Mahu terberak-berak kau nak cari point kan. Nasib baik lah ada bff aku dua orang yang still single so senanglah aku nak tanya diorang apa yang bestnya jadi single.

So masa debate session tuh, aku bagi point yang aku agree for being single sebab senang nak pergi mana-mana. Kalau kau couple tuh, kau kena mintak permission bagai dari boipren kau. Tapi kalau single ni. Sukahati kau lah nak keluar dengan sesiapa pun. Tak ada sesiapa yang marah. Tuh point aku lah. Nampak sangat menipu kan aku ni. Bercerita pung pang pung pang yang aku agree jadi single. Padahal punyalah kau bantah habis-habisan.

So aku nak berkongsi pendapat lah, kenapa in relationship ni lagi bagus dari single. Tapi sebelum tuh, aku nak tempek gambar aku dengan boipren aku dulu. Yelah aku kan in relationship. Eleh, macam kau sorang je yang ada couple. Orang lain pun ada jugak. Tapi tak ada lah nak show off macam kau. Couple je kot. Belum kahwin lagi. Urmmm aku tahu korang akan cakap macam tuh. Aku tahu. Motifff !

Dalindareen5684

Bagi aku lah kan. Being in relationship is better than being single because:-

Kau boleh share everything dengan boipren kau tau ! Nangis-nangis sampai lebam biji mata pun boleh.

Point ni memang aku sokong seratus peratus sebabnya kan kalau kita ada boipren ni, semua benda macam problem kita or kenangan manis kita or apa-apa lah, kita boleh share dengan dia. Ye, aku tahu kau akan cakap dekat kawan pun kita boleh cerita masalah kita. Ye memang betul tapi tak semua benda yang kita akan cerita dekat bff kita kan. Even benda yang amat memalukan pun kau tak akan cerita dekat bff kau sebab for sure nanti mesti dia gelak punya. Tapi kalau boipren, kalau kau cerita pasal benda yang amat memalukan tuh, dia still akan rasa simpati dengan kau even dalam hati dia macam nak mampos tahan nak gelak huhahuhahuha !

Lagi satu kan, kau akan jadi malu sikit bila kau nangis depan bff kau. Tapi kau tak akan malu bila nangis depan boipren kau sebab kau tahu yang dia mesti akan pujuk balik. And bila kau single, then masa tuh bff kau pulak ada masalah jugak, dengan siapa lagi kau nak cerita problem kau tuh. Last-last kau simpan problem tuh sendiri and tertekan sorang-sorang.

Boleh sambut macam-macam tarikh bersejarah. Even tarikh kau beli berukband sama-sama sekalipun !

Yang ni pun aku selalu jugak buat. Tapi selalunya aku dengan boipren aku akan sambut birthday sama-sama sebab kitorang lahir dalam bulan yang sama. So masa ni lah kita akan tukar-tukar hadiah dengan boipren kita. Lepas tuh ada banyak lagi tarikh yang kita akan celebrate macam anniversary and macam-macam lagi lah.

Jenis aku dengan boipren aku ni, dia memang jenis kuat ingatan sangat bab-bab tarikh-tarikh bersejarah we all. Lain pulak jadinya dengan aku. Esok nya tuh anniversary aku dengan boipren aku, aku pergi bantai tidur kroohh krohhh  sampailah ke tengah hari esok. Last-last tengok handphone ada bermacam-macam mesej. Mula-mula gembira, lepas tuh sedih, lepas tuh gembira balik. Tapi kau memang akan rasa best sangat bila sesuatu tarikh yang penting tuh, boipren kau akan ingat. Masa tuh tak dapat aku nak gambarkan betapa aku rasa bahagia gile. Cehh jiwang lah pulak.

Cuba kalau jadi single, tarikh yang akan kau celebrate pun just bithday kot. Tuh pun kalau orang ingat, adalah sebiji kek kau dapat. Tapi kalau masing-masing membungkang tak sedar diri, jawabnya celebrate sorang-sorang lah. Kan ke sedih macam tuh kan !

Boleh dapat macam-macam hadiah and kejutan.

Benda ni pun aku sokong seratus peratus sebab boipren aku memang suka sangat buat kejutan yang macam-macam. Kadang-kadang tuh dia suruh keluar rumah sebab nak aku tengok yang dia baru potong rambut macam hairstyle yang aku suka. Even benda ni nampak remeh-temeh, tapi sekurang-kurangnya kita akan rasa lebih dihargai sebab orang yang kau sayang sanggup ubah apa-apa yang ada dekat diri dia tuh semata-mata untuk kita.

Cuba kalau kau single. Kejutan apa je yang kau akan dapat kan melainkan kejutan esoknya kelas and test cancel selepas kau berhempas pulas dok pulun  baca sepuluh bab. Tak pun kalau lagi malang, kau akan dapat kejutan April Fool. Memang sadis, tapi nak buat macam mana kan. Mak cik single yo ! Kau ado ?

So far tuh je lah opinion yang aku nak share ngan korang semua. Sebenarnya, in relationship ke, single ke. Memang tak jadi masalah and jadi bebanan pun dekat kita as long as kita dapat menggembirakan hati kita sendiri sudahlah. Oklah aku pun dah mengantuk ni. Esok nak arrange registration budak-budak yang konvo dekat poli aku ni.

Oklah bebboii !

8 comments:

noname said...

mestilah in relationship!!hehe

Azreen Zunairah said...

ellysya:betul2...haruslah in relationship kan..

Unknown said...

mujur kak ayu dah berkawin.
heheheh..
PS: hensem pakwe areen

Azreen Zunairah said...

kak ayu: thx kak..pakwe reen mmg hensem tapi girlpren dia nieyh yg x cantik..sob3

Unknown said...

masa couple semua best
taik pun cantik bila nmpk
bila dah clash kentut masa dating pun jadi bahan umpatan!
huhuhuhuhu

Azreen Zunairah said...

imzainiey:betul jugak ehh..tapi sekarang nie reen rasa bahagia jek..hahahaha..tapi masa clash dulu memang benci yg amat lah kat ex...baru perasan yg sbnrnya dia x ensem..huhuhu

nohoho =) said...

ade gak yang x best... cnth nye time gaduh...time merajuk...

Azreen Zunairah said...

nohoho:bestlah jugak...kalu gaduh...pakwe akan pujuk kan...huhuhuhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...