Friday, February 4, 2011

Contest dari Cik Alejandra Amante ! Harus gigih wei update sebab aku nak hadiah !!

Assalammualaikum !

Rajin kan aku nak update tengah-tengah malam buta ni kan. Ni semua sebab bff aku punya pasal lah ! Dia punya tagged aku dengan banyak nak mampos contest sampaikan aku dah macam ayam serama kena sula dah. Asyik termenung je dari tadi tau. Yelah malam-malam yang BLIND ni, mana lah idea nak keluar sangat kan. Tapi demi bff ku yang tersayang ye wahai Cik Atiqah Comel dot Blogspot ! , aku gagahkan diri aku ni nak join contest ni. Kalau sesiapa yang tengok ke-kreatif-an bff aku ni cerita pasal contest dia ni boleh lah tekan dekat *SiNi* ok !

Ok sebelum tuh aku nak bagitahu and kenalkan dulu siapa owner of this contest !

Photo_0003-e

Hah ni lah dia owner of this contest. Memang comel and cantik pun macam aku kan. Ekk perasan lebih lah kau ni kan Areen.  Lepas tuh kalau tak silap aku, nama dia ni Nor Hamizah kot. So sesiapa yang nak follow belog dia yang diberi nama I’m a Big Girl in a Big World ! boleh lah tekan dekat gambar header dia ni ok ! Serius dia punya header memang comel sebab aku memang minat header yang bunga-bunga ni..huhu !

Untitled

Oklah untuk contest ni Cik Alejandra ni, dia bagi hadiah yang memang menjadi idaman setiap wanita dan setiap perempuan yang muda remaja macam aku tau. Kalau nak tau ghoman ehh macam mana hadiah yang Cik Alejandra ni bagi, mehh sini aku bagi gambar hadiah dia. Biar korang jadi terkedu, terdiam, termenung,terpesona dan yang seangkatan dengannya !

6503398431 Brand : Polo Benediti Handbag

Price : RM120.00

Sebab apa aku nak sangat-sangat menang contest ni ? Of course lah sebab aku nak handbag yang macam dekat dalam gambar atas nie tau ! Gile kau taknak. Yelah tugas kau just update entry yang kebabomm ! Then kau melalut and merabanlah kenapa kau nak sangat handbag ni. See ! Memang senang sangat rules diakan. And sebab tuh jugak aku join sebab aku mana lah banyak sangat koleksi handbag ni. Tolak tambah darab bahagi, boleh dikatakan baru dua kot handbag aku. Bayangkan lah betapa kesiannya dekat aku kan, bilangan handbag pun sampai nak kira guna calculator saintifik padahal total up semua dapat dua je. What the fat !

The reason why kenapa aku nak handbag ni semua adalah… Hah ! Hamek kau. Macam nak jawab karangan time UPSR dulu dah. Yang kena lengkapkan sampai cukup 100 perkataan tuh. Ok ok sebab aku nak handbag ni sangat adalah kerana aku nak tambah koleksi aku yang teramatlah sedikit itu.

Serius masa time sekolah dulu aku memang tak minat sangat nak pakai handbag. Bukan tak minat sangat tapi memang tak minat langsung dengan handbag ni. Setiap kali mak aku nak belikan handbag untuk aku, mesti aku akan cakap macam ni :

“Alah tak nak lah mak, macam mak orang je. Dah tua bebeno dah nampaknya along ni !”

Tak pun aku akan cakap macam ni :

“Mak along ni budak sekolah lagi, mana sesuai nak pakai handbag, bukan banyak sangat pun barang yang along nak bawak tiap kali nak keluar jalan”

Hah ! Kesudahannya dekat handbag mak aku lah aku sumbatkan wallet aku yang memang besar gedabak tuh ! Sebenarnya besar bukan sebab duit banyak sangat pun, tapi biasa lah kan, time sekolah dulu, heboh budak-budak ni bagi name card yang comel-comel tuh kan. Yang siap ada gambar-gambar tuh. So aku ni yang memang terlampau rajin kumpulkan name card yang dapat dari kawan aku terus aku letak semuanya dalam wallet.

DSCN1278

Lebih kurang macam ni lah banyaknya name card yang aku dapat dari kawan-kawan aku yang sangat baik hati nak bagi aku name card tuh. Last-last mak aku dah malas nak bawakkan wallet aku and aku pun jinjing je lah wallet aku tuh.

Tapikan bila dah masuk poli kan, aku tengok budak-budak poli semuanya bawak handbag. Aku je yang still teruskan tradisi aku iaitu jinjing wallet walau kemana pun aku pergi. Package sekali dengan handphone lah aku pegang. Memang penuh tangan aku and disebabkan dah malas nak bawak wallet, poket jeans boipren aku lah yang selalu jadi mansa untuk aku sumbatkan wallet aku.

So bila macam dah rasa macam banyak barang yang aku kena bawak. Yelah perempuan kan, mesti nak bawak make up bagai, senang nak touch up kan. Aku decide nak beli handbag. Tuh pun beli dekat kedai siam yang jual handbag murah tuh. Serius masa first time aku pakai handbag, macam malu sikit sebab boipren aku dah cakap aku macam wanita berkerjaya. What the fat ! Last-last hah hamek kau. Aku bagi boipren aku je kendong handbag aku.

Lagi satu reason yang buatkan aku nak sangat menang handbag ni sebab menurut firasat aku, handbag ni macam besar je macam aku tengok dalam gambar so memang amatlah sesuai dengan aku. Yelah nanti senang aku nak sumbatkan barang mekap aku and sumbatkan sekali perfume and wax boipren aku. Jangan main-main yaww ! Boipren aku memang dah bawak siap-siap tau perfume dengan wax dia dari rumah tau..hahaha !

Walaupun Cik Alejandra ni tak suruh pun aku tempek gambar dengan handbag kesayangan aku. Tapi aku nak tempek jugak. Yelah manalah tau kot-kot Cik Alejandra boleh jadi kesian and terus pilih aku sebagai pemenang sebab tengok handbag aku yang memang murah ni.

Dalindareen6187

Sori ye Cik Alejandra sebab handbag saya tak nampak sangat lah. Tapi aku memang harap lah Cik Alejandra kesian dengan aku. By the way, jangan tanya aku kenapa aku pendek ! Sebelum terlupa, aku nak tagged the one of the most beautifel blogger yang boleh dikatakan aku minat sangat sebab dia comel ! It’s Nanad .

6 comments:

sHaH AcHu said...

huhuhu
aku doakan ko dpt handbag tuh....
lehh sumbat ak sekali time ko gi date...
kahkahkah

Azreen Zunairah said...

sha : cett kau !! asal plak nak sumabat kau sekali dalam beg tuh..sibuk jek nak ikut aku pg date kan..huhuhu

nor aishah said...

hey...jemput dtg ke blog kamu di'tag'
^_^

Azreen Zunairah said...

echa : thx dear !!!

Nadya. said...

uik. kena tag lg. hik hik. thanx. insyaallah nad akan join skali okek. hihihi

Azreen Zunairah said...

nanad:hihihi...join okeyh !!! xkan x nak bag kot nanad...huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...