Wednesday, January 12, 2011

Kalaulah aku betul-betul terpikat kat dia ni..apalah jadinya eh ?

Memang semenjak-dua menjak ni aku macam tak ada mood lah. Asyik pening kepala, lepas tuh sakit tekak sampaikan nak paksa kahak keluar punya pasal, tekak aku berdarah. Ingatkan just batuk je, rupa-rupanya tuh tanda aku nak demam. And now aku memang dah macam orang yang sakit tenat nak mampos tapi yang terornya aku still boleh update blog dengan online. Terror kan aku. Aku jadi terror sebab sorang mamat ni lah. Tuh yang aku semangat gila nak update blog ni. Tapi sekarang aku bukan nak cerita pasal dia lagi. Kejap lagi aku cerita lah kot. Tuh pun kalau aku rajin..huhu.

Sekarang memang minggu yang banyak assignment nak kena hantar then presentation yang banyak kena buat then dapat lagi assignment baru. Gile tak gile sebab assignment yang aku dapat bulan lepas, sampai sekarang tak siap-siap lagi. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak siapkan sebab due date dia hari jumaat ni. Ahhhhh tensionnya aku tau. Ni lah akibatnya kalau suka sangat buat kerja last minute. Then disebabkan tension and boringlah sangat-sangat, aku dok bukak youtube and tengok balik semua lagu yang bertanding masa Ajl hari tuh. Aku macam tak puas hati lah sebab ramai yang tak suka Ana Rafali menang. Dia ok apa, lagu pun sedap, banyak maksud tersirat. kalau nak ikutkan aku memang tak paham langsung maksud lagu dia ni, Tapi disebabkan Ally Iskandar yang comel lote ni explain lagu ni pasal apa. Barulah aku paham. And aku rasa Ana Rafali layak menang.

Picture 108

Ohh Gosh ! Cantiknya Ana Rafali ni. You deserve it bebeyh ! Nanti kalau terbaca blog saya ni, sila-sila lah belanja saya ok. Kan awak dah menang besar. Gile syiook  jadi Ana Rafali ni kan. Yelah dia pulun habis semua duit malam tuh. Lepas tuh yang aku rasa macam best performance dia maybe sebab selama ni aku tengok dia pegang gitar je kerjanya. Sekali time performance Ajl hari tuh, dia dok main pegang-pegang sangkar pulak. Memang lain daripada yang lain lah. Lepas tuh aku perasan lah, muka Ana Rafali ni kalau tengok dari tepi macam muka Lisa Surihani tau. Takpelah sama-sama cantik kan. Popular pulak tuh.

lisa22

See..see. Kan aku dah cakap tadi Ana Rafali dengan Lisa Surihani macam ada iras-iras sikit. Mesti korang cakap aku nie ketinggalan zaman kan. Yelah Ajl dah lama dah habis. Dah outdated da pun. Tapi ada aku kisah, ni kan blog aku so tak kisahlah kan aku tulis pasal apa pun kan..huhu.

Ok sekarang dengan secara tiba-tiba aku jadi rajin pulak nak update pasal mamat yang aku dok sebut-sebutkan tadi. Dia ni kalau korang perasan, dia ada sekali masa Ana Rafali buat performance dia dekat Ajl. Serius masa mula-mula aku memang tak perasan sapa lelali tuh. But then lepas puas aku zoom mata aku, baru lah aku perasan yang lelaki ni pelakon cerita KAMI dulu. So meh sini aku tunjuk mamat yang dok sebut-sebut tadi, tak lain dan tak bukan…

10421_144958006355_125396766355_3186478_5343621_n

Zahiril Adzim !

Auwww aku memang minat gila dengan dia ni. Dia hot nyah ! Mak mana boleh kalau ada jantan-jantan yang hot macam ni. Mulalah rasa nak usha-usha. Ni lah kerja yang aku selalu buat,dok usha-usha gambar dia dekat page facebook dia. Masa dulu time tengok cerita KAMI, aku tercari-cari jugak. Sapalah nama mamat hensem ni. Sebab aku tak pernah tengok time tuh. Then dia keluar pulak dalam cerita Merah Putih. Haa ! Barulah aku kenal sapa dia. And disebabkan muka jambu dia ni jugak, aku pernah tengok dia berlakon dengan Dira dekat cerita 100 Hari jadi. Best gile. Aku bukan tengok Dira sangat, tapi aku dok tenung-tenung Zahiril ni. Aku rasa kalau Astro kat rumah aku tuh boleh nak pause-pause bagai, or rewind ke. Maunya aku pause kan setiap kali keluar muka Zahiril Adzim ni.

59126_431115176355_125396766355_5614337_6898763_n

Alamak ! Dia sungguh hensem ok ! Aku harap-harap dia ni still single lagi. Nanti boleh lah aku buat-buat terserempak dengan dia then aku mintak sign dia lepas tuh dia mintak nombor telefon aku then kitorang pun contact-contact. Hah ! Boleh ke macam tuh? Dia kenal aku pun tidak. Just aku je yang kenal dia. Nak buat macm mana kan. Terpaksalah memendam perasaan and menaruh harapan dari jauh je.

10421_144959486355_125396766355_3186485_4461474_n

Haiyoyo0 ! Sweetnya tahi lalat dia ni kan ! Kira ada jodohlah dengan aku sebab tahi lalat dia sebelah kiri, aku pulak sebelah kanan. Just tahi lalat dia besat sikit dari aku lah. Tapi itu tidak menjadi masalah..hahaha. Gile perasan lakk aii aku ni. Kalau mak aku baca ni, memang dan dan tuh jugak dia sms aku. “Kak yong, kau ni kenapo?” . Hah ! kan dah keluar bahasa nogori nya tuh !. Ahh apa aku kisah ! Ohh zahiril Adzim. Jom kapel !

8119_162777921355_125396766355_3332062_7505946_n

Bayangkanlah kalau aku kapel dengan Zahiril Adzim ni ! Mesti aku tak pandang dah boipren aku sekarang ni. Awek-awek dekat luar tuh pun ramai yang jeles dengan aku kan. Yelah dalam ramai-ramai pempuan, aku jugak yang dia pilih. Opps jangan lupa tau. Ni aku suruh bayangkan. Bukannya realiti ok. Tapi korang doa-doakan lah aku dapat jumpa dengan mamat hensem ni. Takpun kapel terus dengan dia tanpa berjumpa. Hahaha boleh tak kalau macam tuh !

11844_167462306355_125396766355_3370941_1527876_n

Auww memang cair you tengok mata dia. Aku rasa daya penarik dia maybe dekat tang mana dia. Kalau tak, macam mana boleh berduyun-duyun pempuan komen gambar dia ni dekat facebook. Aku jeles ok ! Haha sorilah kalau korang asyik-asyik termuntah hijau dengan entry aku yang kali ni. Saja-saja je nak letak gambar dia ni banyak-banyak. Nanti bolehlah korang cuci-cuci mata tengok mamat hensem yang lagi jambu ini. Wahh ! Tengok kejap-kejap takpe. Lama-lama jangan. Aku jeles.

Mintak-mintaklah boipren aku tak online and baca entry ni. Manalah tau kot-kot dia jeles punya pasal, dia pergi buat plastic surgery ke. Serupa and sejibik sejiban muka Zahiril Adzim. Tak mau aku !! Oklah bebboiiii….

3 comments:

Tihara said...

ana rafali cumel kan..abah saya panggil anatoli..haha

saya yg dipanggil aReeN said...

tihara: hahaha sengal jek..bleh pulak dari ana rafali jadi anatoli..huhu

cik aletheea : said...

encik ZA memeang comel abes kan....kan..
sekali pandang comel abes,
dua kali pandang manis macam gule..
tiga kali pandang, i kat sini cair dah ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...