Sunday, January 16, 2011

Betul ke cerita Khurafat best ? Orang ajak aku tengok tapi aku kecut sebab aku penakut. Boleh ?

Assalammualaikum

Woahhhh ! Heboh sana sini aku dengar orang dok cerita pasal movie Khurafat yang tah best tah tidak tuh ! Aku ni kalau nak tengok cerita seram, macam dah serik dah. Yelah aku bukannnya tengok sangat pun cerita tuh. Karang kejap lagi aku dok tutup-tutup mata. Kalau dulu aku jenis orang yang tutup telinga. Yelah tak dapat dengar suara pun jadilah asalkan dapat tengok cerita-cerita seram ni. Tapi sekarang ni, dua-dua aku tutup. Membazir gile kalau tengok wayang tau. So sekarang aku nak taulah. Best ke cerita Khurafat yang korang dok canang-canang tuh? Aku nak tau gak ! Jangan lah kedekut dengan aku. Mehlah share dengan aku.

 

khurafat1

Macam-macam eh Syamsul ni buat movie tau ! Dulu kalau movie bab-bab yang drift ni. Serahkan je lah dekat dia. Bab-bab kereta nak mahal-mahal and nak jadi hero. Bagi je lah dekat dia ni. Memang semua dia sapu habis lah. Takkan bagi can !! Then aku ni jenis kalau nak tengok cerita hantu mesti awal-awal aku kena kencing dulu. Kalau tak maunya aku terkencing dekat dalam panggung wayang tuh. Tak terkencing, aku terkincit..hahaha ! Kalau yang bab terkincit tuh aku rasa melampau lah kan. Kang syahdu jek orang bau aroma ke-kincit-an aku karang. Errk ! Ada eh ejaan ke-kincit-an ?

images (4)

Eei ! Kenapalah hantu jugak yang nak peluk kau ! Sah-sah kau memang hot lah sampaikan hantu pun memendam perasaan dekat kau. Tak mau lah aku tengok. Dengar lagi cerita-cerita kawan aku yang kata cerita ni banyak terkejut. Haiyo0 tak nak lah aku. Dulu nak katakan aku mana ada penakut macam sekarang ni. Boleh dikatakan aku lah yang selalu takut-takutkan adik aku and kawan-kawan aku dekat asrama dulu. Kalau dekat asrama lagi best. Aku siap-siap pakai bedak sejuk aku and tempek satu muka then aku sarungkan kain telekung. Pastuh siap-siapkan dengan torchlight sekali. Aku ni dulu katil bawah. Kan asrama dulu mostly katil dua tingkat or double decker kan. So aku punya katil yang dekat tang bawah tuh.

So bila dah prepare semuanya, aku startlah muncul perlahan-lahan dari bawah katil. Habis semua kawan-kawan aku yang tido dekat katil atas kena sergah dengan aku tau.

images (6)

Hah ! Lebih kurang macam sebelah kanan tuhlah rupa aku dulu-dulu. Best tau main-main takutkan orang ni. Lagi-lagi kalau ada geng nak takutkan orang, lagilah syiokk ! Beramai-ramai takutkan orang sampai pernahlah kakak dorm aku dulu demam sampai dua minggu sebab aku dok takut-takutkan. Even aku dah berkali-kali buat taktik yang sama dengan cara pakai telekung dengan bedak sejuk, tapi still budak-budak dorm aku boleh takut dengan aku tau. Pelik betul lah ! Agak-agaknya memang rupa aku ada macam hantu kot.

Nak katakan memang dulu kalau aku pergi toilet tengah malam bute pon, aku boleh hati kering pergi sorang-sorang. Selamba badak je buat bodoh bila dengar bunyi yang tah apa-apa dekat bilik air tuh. Lepas tuh aku boleh pulak takut-takutkan orang dekat tangga asrama. Cara aku = kain cadar warna putih+bedak sejuk. Nanti aku dok bungkuslah badan aku dengan kain cadar tuh then aku dok bertenggek dekat tangga asrama tunggu orang balik prep. Dulu aku dekat sekolah asrama agama, aku jahat. Orang pergi prep, aku dok melepak dekat bilik..hahaha.

So bila dah bungkus badan aku macam hantu pocong, mulalah budak-budak yang baru balik prep menjerit-jerit tengok aku diselang-selikan dengan kata-kata macam “ Bodoh kau ! Bangang kau ni !”. Tak pasal-pasal, free-free aku kena bodoh, kena bangang. Hahahaha !

images (5)

Aku pun tak ingat sejak bila yang aku boleh jadi penakut ni tau. Tapi yang aku ingat ada satu malam tuh. Aku study sorang-sorang. Yelah masa tuh kan nak PMR, so aku ni kan jenis study last minute. Orang lain dah lama tidur, aku study lagi. Then masa tuh aku dengar bunyi katil sebelah aku. Macam ginilah bunyinya “kreekk..krekkk..krekkk”. Memang bising nak mampus lah. Tapi aku buat bodoh lagi and tak pandang pun katil sebelah sebab masa tuh aku tengah khusyuk study bertemankan lampu koridor dan bunyi dengkuran kawan-kawan aku yang tido tak hengat dunia punya.

Bila aku buat bodoh je dengan bunyi tuh. Dia senyap then datang balik tapi bunyi tuh makin kuat. Kira bunyi dia macam dekat hujung telinga aku je lah. Bila aku pandang katil sebelah aku tak ada apa-apa pun.

Sebabkan aku rasa macam tak selesa and terganggu, aku stop kan lah study aku and tidur. Memang macam hampeh, sebab time tuh aku tak dapat nak lelap kan mata. And masa tuh jugaklah aku dengar ada suara macam ni. Suara dia lebih kurang macam nenek-nenek sikit. Bunyi dia macam ni:

“Satu dah tidur, dua dah tidur, tiga dah tidur, empat tak tidur lagi !”

Lepas tuh dia senyap. Masa tuhlah aku rasa badan aku macam berat and aku rasa sesak nafas sangat-sangat. Tak boleh nak bernafas langsung. Aku lemas gile and rasa nak nangis sebab aku tak tahan sangat sakitnya. And  masa tuh jugaklah ada benda warna putih lalu depan aku, aku memang tak nampak langsung apa benda tuh. Tapi yang penting warna putih. Lepas tuh sampai pagi aku tak sedarkan diri and bila kawan-kawan aku dok kejut-kejut aku, kawan-kawan aku tak bagi pergi sekolah sebab aku demam panas.

untitledl

Semenjak dari hari tuh, aku memang jadi penakut sangat-sangat. Sampaikan nak pergi mana-mana pun even nak pergi sembahyang dekat surau yang ada dekat asrama aku tuh pun aku ajak kawan-kawan aku teman. Takut gile sebab aku selalu terbayangkan benda warna putih yang aku pernah nampak tuh.

Kalau nak tengok cerita hantu pun, aku pastikan mak aku tengok sekali sebab nanti bolehlah aku lepas tengok cerita hantu, aku tidur dengan mak aku sekali. Then seboleh-bolehnya bila boipren aku ajak tengok wayang cerita hantu, aku akan elakkan sebab aku tak nak bila dah malam nanti aku terbayangkan yang bukan-bukan. Lagi satu, aku ni memang suka tengok cerita hantu tapi disebabkan aku dah jadi penakut ya rabbi, kalau tengok dekat laptop tuh, seboleh-boleh aku bukak screen window player yang paling kecik. Tak adalah seram sangatkan.

19946_1256363501147_1591398865_30633208_1297781_n

So aku nak korang share-share lah dengan aku macam mana ceritanya Khurafat ni sebab memang aku takkan tengok langsung dekat wayang. Nanti senanglah aku nak download kalau korang kata cerita ni best..huhu. So rajin-rajin kanlah diri anda untuk meng-share dengan aku ok ! Oklah bebboiiii !

7 comments:

Oreo said...

Teringin gak nak tgk tp penakut gak.

Whoaa,cerita ni U ke PG 13 ke apa ek.?

kalau 18+ sah2 x boleh tgk

saya yg dipanggil aReeN said...

oreo:tahlah..huhu..selalunya cite hantu 18 tahun ke atas kan..kalau x salahlah..

fittiariri said...

teringin nak tgok tp takut terbayang jew...ritu tgok janin pong asyik nampak jew toyol tuh :P

saya yg dipanggil aReeN said...

fittiariri:ye ke...kita pun takut nak tengok..huhu..

fYZa said...

ehh sangat besh tau! bwu lepas tgk smlm..takot smpai terangkat kaki!

saya yg dipanggil aReeN said...

fYZa:
besh ke cerita dia??citelah mcm mana ceria dia...nak tau sgt!!!

damha said...

cerita2 seram dlm filem ni kebanyakannya adalah khurafat dan tahyul...bukan berpijak dibumi yg nyata..ianya adalah khayalan semata2...tapi jin syaitan iblis mmg ade...mereka berada dialam ghaib yg x dpt kita melihatnya..kecuali mereka yg ade ilmu khashaf...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...