Saturday, January 8, 2011

Saya Blogger Negeri Sembilan !

Assalammualaikum !

Dengan secara tiba-tiba aku rasa semangat nak update blog hari. Sebab nya masa tadi aku tengah dok godek-godek blog-blog yang popular macam Fatin Liyana, Irine Nadia Marcello, Aizul Marcello and Cik Nadia Bayu. Aku terbaca lah pasal Blog Pilihan Malaysia yang memang blog ni hot lah di kalangan blogger-blogger yang top sebabnya Blog pilihan Malaysia ni lah yang buat blog-blog mereka yang top ni jadi top. Then masa dok best-best godek Blog Pilihan Malaysia ni, aku terjumpa pulak entry about Blogger Mengikut Negeri. Disebabkan rasa macam best je entry tuh, aku pun rasa macam nak join sebab tarikh tamat nak join dia 10 Januari 2011 ni.

BPM-2011-preview

So disebabkan ikut syarat-syarat nak join Blogger Mengikut Negeri ni, aku kena lah kenalkan diri aku dekat korang. Aku tak kisah. As long as korang kenal aku yang sebenar-benarnya walaupun just dalam blog yang serabut nak mampos ni.

Ok meh sini aku nak perkenalkan diri aku yang memang tak popular ni. Maklumlah baru semenjak dua menjak ni je aku aktif dengan blogging ni..hehehe. So kalau sesiapa yang satu negeri dengan aku yang join segmen ni, bolehlah kenal-kenal dengan aku eh. Nanti bolehlah kita jumpa-jumpa dekat Seremban, tak pun main bowling dekat Jusco Seremban 2. Boleh ?

Dalindareen5688

  • Nama anda ?

Kalau ikut IC nama sebenar aku Azreen Zunairah Binti Abdul Rahman. Sejarah nama aku memang banyak tapi aku malaslah nak cerita, nanti-nanti lah aku cerita ok. Nama manja aku biasalah kan, kawan-kawan aku panggil aku Areen je. Nama glemer aku rasa tak ada cuma kalau korang perasan, nama blog aku Areen Tembam ! kan. So dengan secara automatik lah aku anggap tuh nama glemer aku. Sebab apa tembam? Dah memang aku tembam. Sebab tuh lah aku letak tembam belakang nya. Lainlah kalau aku kurus kan. Boleh jugak aku letak nama Areen Kurus. Cehh berangan lah kau Areen.

  • Status anda ?

Setakat ni aku dah berpunyalah oleh boipren aku yang hensem dan comel lote. Cehh tak boleh nak puji lebih-lebih. Karang maunya seluar boipren aku koyak bila baca entry aku yang ni. Nanti takda seluar lagi nak pakai bila keluar dating. Cehh ! Tapi tak taulah kan esok, lusa, tulat kan. Hanya tuhan yang dapat menentukan jodoh aku nanti.

  • Cara nak contact anda?

Kalau nak bagi no telefon dekat blog ni, aku rasa open sangat. Tapi kalau korang ada apa-apa nak contact aku, bolehlah add aku dekat Facebook aku yang ada kat tepi blog aku tuh. Bila dah add aku tuh, jangan lupa hantar mesej dekat aku yang korang ni member blog aku. Takut nanti kalau korang tak bagitau, korang akan jadi pekasam dekat Friend Request aku. Insyaallah aku akan approve kalau korang bagitau aku.

  • Tempat tinggal anda di Negeri Sembilan ?

Aku duduk dekat  Seremban je. Kiranya aku ni orang bandar lah jugak. Tapi tak ada lah bandar sangat pun. Tapi kira bandar lah jugak. Haiyo0 apa kau merepek ni Areen.

  • Apa yang best dekat tempat yang anda tinggal sekarang?

Setakat ni yang aku rasa, Seremban ni best sebab dia dekat dengan Melaka. Tempat dimana aku belajar dan menuntut ilmu. Cehhh ! Kiranya no hal lah aku nak balik setiap minggu pun. Lepas tuh tempat aku ni ramai lelaki handsome-handsome tau. Korang silalah percaya tau. Kalau tak macam mana aku boleh dapat boipren yang satu negeri jugak dengan aku. Ok ok kejap aku nak tunjuk lelaki-lelaki yang handsome dekat Negeri Sembilan ni.

1

Zaquan and Aidil ! Hah ! Betul tak aku cakap. Handsome kan lelaki-lelaki yang ada dekat Negeri Sembilan ni. Sebab tuh aku suka duduk dekat Seremban ni, sebab boleh cuci-cuci mata tengok ramai lelaki handsome..huhu. Then dekat Seremban ni ramai jugak perempuan-perempuan yang sangat-sangat lah cantik tau. Macam :-

DSC03372

Fatin Liyana ! Kan aku dah cakap ramai yang cantik-cantik and hensem-hensem dekat Negeri sembilan ni. Rasa tersangat best tau bila dapat jumpa orang yang kita minat, kita adore secara depan-depan or buat-buat terserempak dengan mereka-mereka yang di atas ini. Bila aku rasa nak tau apa fesyen-fesyen terkini aku boleh tengok dekat blog Fatin Liyana sebab aku memang dah terserempak dengan dia face to face walaupun dia tak kenal aku and dia memang super gojess !

Kalau korang-korang yang ada hajat nak datang melawat Negeri Sembilan ni, bolehlah contact-cotact aku and lantik aku as your personal tourist guide. Hahaha rajin pulak aku kan. Takda maknanya. Setakat nak bagitau tempat apa yang best bolehlah. Nak bawak kau jalan-jalan satu nogori ? Tengoklah aku fikirkan dulu..hahaha !

map

2679862472_018f2b2342

By the way, memang secara amnya Negeri Sembilan ni kecik je. Tapi tempat-tempat yang best yang boleh kau jalan-jalan memang banyak. Just nak tak nak jek. Kalau nak, memang macam-macam tempat lah yang kau jumpa dekat Negeri Sembilan ni. Kalau tak nak, memang setakat highway Utara Selatan tuh je lah yang kau sampai. Then kalau rasa nak makan makanan-makanan yang memang pedas nak mampos, bolehlah datang dekat Negeri Sembilan ni. Takpun boleh jugak datang rumah aku. Nanti aku masakkan lah untuk korang yang datang. Kalau aku rajin..huhuhu.

Aku dah tak tau nak cakap apa and aku rasa setakat tuh je lah aku kenalkan diri aku sebagai seorang Blogger dari Negeri Sembilan. Bebboiiii !

7 comments:

Mknace said...

:):):) terbaeekkk!!!!

mie said...

kana cari awek nogori la cam ni..
masak lemak cili padi satu

fYZa said...

jom kite pi mayen boling kat jj semban 2..!

saya yg dipanggil aReeN said...

Mknace:hahaha tocei..tocei..terima kasih..huhu

saya yg dipanggil aReeN said...

mie:meh2 datang sini kalau nak awek nogori..bleyh rasa masak lomak cili api sekali...huhu

saya yg dipanggil aReeN said...

fyza:jom2...kita on jerk...x kisah pon...huhu

AL Bakr said...

Negeri Sembilan ni kecik aje, tapi penuh dengan adat budaya. Masakan memang unik sekali.
singgah tengok resipi dan blog ngomel tentang nogori.
http://mcburnkgkitchen.blogspot.com
http://state9express.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...