Showing posts with label Study. Show all posts
Showing posts with label Study. Show all posts

Tuesday, April 14, 2015

Dugaan bila buat part-time study.

Assalammualaikum.
Hai hai uolls ! Rajin pulak aku nak bercerita pasal apa yang aku buat sekarang ni. Kalau sesiapa yang dah lama follow blog aku ni memang sedia maklum kot yang sekarang ni aku tengah buat PJJ. Cehh macam lah ada orang follow blog merepek meraban ni kan. Huhuhuhu.

Apa benda alah PJJ tu? Bukan perhubungan jarak jauh ye. Aku dengan Sham jarak sekangkang kera je pun. Jangan nak mengada-ngada nak buat perhubungan jarak jauhlah. PJJ yang dimaksudkan dekat sini ialah Pendidikan Jarak Jauh. Kira nya part time study lah. Now aku dah 3 tahun dah buat part-time study ni dekat Uitm Shah Alam dalam Business Administration Finance. Confident je nak ambil Finance untuk degree,padahal masa diploma dulu ambil Hotel Management je pun. Cehhh !

Insyaallah kalau boleh nak dapatkan degree dalam masa 4 tahun atau 5 tahun je. Tak nak lebih-lebih. Hakak penat sangat-sangat tau uolls. Cukup-cukuplah tu. Bukannya penat belajar, tapi penat drive dari Seremban ke Shah Alam sorang-sorang. Kalau ada peneman best lah sikit. Ni tak, pukul 6.30 pagi dah gerak dari Seremban and time dalam kereta tu lah karaoke sorang-sorang sebab nak hilangkan ngantuk punya pasal. Lepas tu orang kereta sebelah pandang kau pelik sebab happy semacam je dalam kereta padahal sorang-sorang je. Nasib lah kan kalau buat degree time dah kerja ni. Ada sebab aku buat part-time study ni, hanya aku, Allah and family aku je yang tahu sebabnya. Apa-apa pun family is my priority first.



Hamboi ! Penat sangat tu. Macam tu lah aku rasa sekarang.

Kadang-kadang kawan aku time poli dulu ada jugak pm dekat Facebook nak tanya pasal macam mana nak buat part-time study ni:-

Kawan : " Areen, Areen, Areen. Nak tanyalah, macam mana kau boleh terfikir nak study part-time ehh ? Kau memang tak reti penat ehh ?"

Aku : "Gila kalau aku cakap aku tak reti penat. Penat tau tak ! Tapi relax lah kelas bukan setiap minggu pun, kalau nasib malang dapat lecturer yang suka cancel kelas awal-awal semester, kenalah hadap setiap minggu ada kelas akhir-akhir semester. Kalau nasib baik, dua minggu sekali je ada kelas. Tu pun hari ahad je pun. "

Kawan : " Ohh macam tu. Tapi bila dah buat part-time  study ni, lambat lah grad kan. "

Aku : " Lambat ke cepat ke, terpulang dekat prestasi kau setiap semester. Yang penting lambat ke, cepat ke, still akan ada semangat nak habiskan cepat-cepat. Insya Allah. Tak ada apa yang nak dirisaukan, sebab kebanyakkan part-time student ni memang dah ada permanent job. " 

Macam-macam lagi soalan yang aku dapat daripada kawan-kawan aku yang memang ada niat nak sambung belajar secara part-time ni. So hari ni aku dengan rajin nya nak list out dugaan-dugaan yang bakal korang hadapi bila dah terjebak dengan part-time study. Haaa debar-debar tak nak tau apa dugaannya tu. Hahahaha relax-relax.

  • Sentiasa tak cukup masa walaupun Sabtu Ahad cuti.
Ni lah yang aku alami sekarang. Lagi bertambah teruk sekarang sebab setiap hari, setiap minggu nak keluar dengan emak aku untuk buat preparation kahwin. Lepas tu pulak semester ni kebanyakan subjek memerlukan aku untuk submit macam-macam assignment dengan assessment. Kadang-kadang tu kejap je rasa, ehh dah hari Jumaat lah, esok cuti dua hari. Yeah !! Lepas tu sup sap sup sap keluar dengan emak aku, ehh esok hari Isnin lah. kejapnya cuti. Assignment tak siap lagi. Nak kena submit minggu ni. At the end, siapkan laju-laju semua benda malam Ahad, esoknya masa dalam office lemah longlai and muka mengantuk je. Amaran keras ehh ! Kalau aku senyap maksudnya aku ngantuklah tu. Muahahaha saja nak bagitahu kakak office aku sebenarnya. So silakan lah ajak aku berjalan-jalan. Bukan ngulor ye. Hehehehe



*Hari-hari rasa nak ambil cuti. Muahahaha*
  • Sentiasa tak cukup masa untuk siapkan assignment.
Dah nama pun kita ni part-time study, so kena pandai-pandailah bahagikan masa kan. Aku ni still fail lagi kalau bab-bab nak bahagikan masa ni. Memang tak reti-reti balik kerja, mandi lepas tu siapkan assignment. Apa yang penting time tu, katil dah memanggil-manggil, scroll Instagram kejap, lepas tu bantailah krohh krohh. Bila dah dekat dengan hari kelas, mulalah menggelabah nak siapkan semua assignment. masa tu mulalah pesan dekat akak-akak office yang kamceng dengan aku. Hari Jumaat jangan kacau aku, aku nak siapkan assignment. Padahal hari jumaat tu lah macam-macam kerja melambak-lambak nak kena siapkan. Choii !


*Tahap kemalasan time ni memang dah di tahap yang tak dapat dibendung lagi.


  • Masalah kewangan bagi yang bergaji kecil.
Rezeki Allah ni luas. Dekat mana-mana pun ada rezeki as long kita berusaha keras. Cewahh buat tazkirah malam-malam ni pulak kan. Huhuhu. So far bagi aku, even aku ni gaji tak ada lah besar mana, still boleh cover lagilah duit minyak dengan tol nak pergi Shah Alam. tapi kadang-kadang short jugak jadinya sebab lecturer suruh beli buku lah, ada additional kelas tiba-tiba lah. Yelah kan, aku memang dah bajet setiap bulan kelas akan ada dalam dua kali atau tiga kali je. Sekali tiba-tiba je lecturer datang mood rajin dia nak buat kelas tiap-tiap minggu. Haaa memang terus lah aku manja-manja dengan emak aku kan. Mak ! nak duit belanja sikit. Hehehehe. Tak malu dah kerja pun nak mintak dengan emak lagi kan. So far bagi aku kalau korang nak buat pjj, better buat dekat Uitm lah, sebab aku dah survey yuran Uitm yang paling murah. Hehehehe hakak memang suka yang murah-murah je uolls.




So far tu je lah aku nak share dengan korang, apa yang aku rasa sepanjang tiga tahun ni bila buat pjj. Sebenarnya banyak lagi nak cakap, tapi bila dah update blog sambil buat assignment, memang idea tu banyak disekat-sekat sebab asyik fikir nak siapkan assignment je. Uwaa nak tidur cepat. Mengantuknya ! Apa-apa pun aku nak pesan, apa-apa pun lah keputusan diambil, even nak pergi belajar, nak pergi kerja ke, nak pergi mana-mana pun lah, apa yang penting restu emak ayah. Lagi best kalau korang peluk cium emak ayah before nak pergi mana-mana tu, Insyaallah selamat dunia akhirat. Amin.




*Sayang emak dengan ayah *

Dah lah aku nak siapkan assignment yang dah lama tertangguh. Jangan nak online-online lagi ye Azreen Zunairah.

Oklah bye !






Sunday, March 24, 2013

Meatball Ikea !! Menghilangkan kempunan bersama classmate !

Assalammualaikum !

Hari ni aku rasa macam penat sangat tapi bila tengok gambar dekat dalam handphone then tetibe je rasa sangat seronok sebab dapat makan sedap-sedap lepas kelas dekat Shah Alam hari ni. Memang dah lama aku mengidam nak makan meatball dekat Ikea ni tapi memanjang lah asyik tertangguh. Salah satu faktornya sebab aku ni bukanlah penghafal jalan yang berjaya. So aku rasa kalau aku pergi memang confirm confirm aku akan sesat. Second sebab tak ada peneman nak pergi IKEA ni.

So disebabkan hari ni first class untuk Part 2 aku dekat Uitm Shah Alam ni, and yang paling best aku dapat jumpa balik classmate aku time dekat poli dulu. Now jadi classmate aku dekat Uitm. Heee suka-suka ! Lepas dah berborak panjang dengan secara tetibe aku cakap nak makan meatball Ikea. Classmate aku ni pun apa lagi. Jom katanya ! Yeahhhh jom pergi melahap meatball.

Selepas mengharungi highway KL, kitorang terus je turun cepat-cepat semata-mata nak pergi makan meatball je. Sebab hari ni hari Ahad so for sure orang memang akan beratur panjang. Tapi apa pun kitorang berpuas hati dengan hasil tangkapan hari ni. Hehehe !

IMG-20130324-WA0004

Okay inilah hasil tangkapan kitorang hari ni, share berdua ok ! Ada chicken wing, chicken chop, meatball with strawberry sauce and dark chocolate cake. Puaslah aku kecik-kecikkan mata cari kek coklat daim. Tapi tak jumpa pun. Takut kempunan aku ambik je lah dark chocolate cake ni.

Yang aku tak tahan nama-nama dekat board Ikea tuh, memang guna Google translate habis lah. Aku dengan classmate aku dah tergelak-gelak dah tengok nama makanan masing-masing. Yelah kau bayangkan lah, macam dark chocolate cake ni, dia letaknya nama kek coklat gelap then chicken cop tuh dia letaknya cop ayam. Gila lah wei ! Memang bulat-bulat ehh ko copy paste dari Google translate. Hahahaha.

IMG-20130324-WA0002

Hei hei Kak Abby ! Merangkap classmate aku dekat Uitm, then before that classmate dekat politeknik, then before merupakan senior aku time sekolah teknik ert dulu. Kecik je dunia, pergi mana-mana mesti jumpa Kak Abby ni balik. Kak Abby ni comel je tau, cakap pun lemah lembut je. Dia single & available sekarang ni. Kalau sesiapa nak kenal dengan dia, ambil borang dekat aku dulu tau. Aku nak tapis dulu. Huhuhuhu.

IMG-20130324-WA0003

Muka yang dah hilang keseriannya sebab kelas yang berturut-turut dari pukul 8 pagi sampailah pukul 6 petang.  Nampak tak pipi aku yang makin kembung tuh. Jangan cakap apa-apa dah.Aku tak nak dengar.  Esok jugak aku diet. Huhuhu !

Sekarang ni kan bila jumpa Kak Abby, masing-masing dah ada life sendiri, kerja masing-masing, then kalau bercerita tuh, memanjanglah pasal kerja. Tak habis-habis. Oklah apa-apa pun thanks too Kak Abby sebab bawak saya ke Ikea ni ehhh  dan membelanja adik classmate mu ini. Hehehe ! Nanti belanja lagi ok.

Oklah nak tidur lah, esok kerja. Kenapalah esok Isnin, kalau aku tak nak hari Isnin tuh ada boleh tak ! Monday blues will come again tomorrow.

Oklah bye !

Sunday, February 17, 2013

For the first part, hal ini sangat meng-gumbirakan hati ini. Alhamdulillah !

Assalammualaikum !

First story.

Masa Khamis malam Jumaat hari tuh, hati aku dah start berdebar-debar dah. Yelah mana tak nya, hari Jumaat bersamaan dengan 15.02.2013, result aku untuk first part dekat Uitm nak keluar. Memang tak tenanglah aku nak tidur malam tuh kan. Tapi seperti biasa, memang sampai ke pagi aku tak sedar-sedar pun. Nampak sangat propa lebih kan kata hati tak tenang.

So time terjaga pagi tuh, tengok-tengok dah lewat, terus mandi and sembahyang semua, aku dengan semangat pergi iron baju kurung nak pergi kerja. Time iron baju tuh, hanya Allah je lah tahu perasaan aku macam mana. Rasa nak termuntah, nak batuk kuat-kuat, nak buang air semua aku rasa sebab terlampau nervous lah katakan. So pergi kerja pun dengan perasaan malas, and masa start kan enjin kereta, aku saja je tunggu lama-lama sampailah temperature kereta naik tiga bar. Kalau tak selalu tuh, hidup je enjin, tak naik pun satu bar lagi dah berdessup pergi kerja. Mana tak jahanam kereta kan.

Sampai je tempat kerja, benda first aku buat, aku check email aku semua. Wahh dah nampak dah perkataan Uitm Examination Result ! Aku terus klik and tengok semua detail secara perlahan-lahan. Fuhh suspen betul. And secara spontan aku terus cakap yeahh semua lulus. So semua kakak dalam office aku dengar and nak tahu berapa pointer aku. Berapa pointer aku ? Terpaksa lah dirahsiakan. Gile nak bagitahu. Buat malu je. Hahaha ! Tapi yang penting tak ada subject pun yang kena repeat and aku boleh teruskan Part 2 dengan jayanya. Hehehe.

cgpa

Result aku tak seberapa pun and tak dapat dean list pun. Tapi aku bersyukur yang aku tak ada subject yang kena repeat. Memang aku takut aku kena repeat sebab masa time exam hari tuh, semua benda aku baca last minit. One day before nak exam tuh lah aku pulun baca semua. So aku rasa banyak yang aku tak dapat jawab masa exam hari tuh. Time exam tuh pun, sempat aku imagine meja aku dekat office yang melambak-lambak dengan kertas. Ohh sungguh tak tenteram hati aku time tuh. Tapi Alhamdulillah dengan izin tuhan dan doa mak ayah aku, aku lulus semua. Alhamdulillah !

IMG-20120904-WA009

So gudluck yaaaww for Part 2 as PJJ student !

Second story

Hari ni semua benda berlaku sebab tak dirancang. Semua nya bermula sebab ehem-ehem aku punya motor, roadtax nya dah mati and disebabkan jalan nak ke Kuala Pilah tersangatlah banyak JPJ and polis trafik, so amat bahaya kalau dia balik Bahau dengan tak ada roadtax.

Emak aku pun cadang, kita hantar lah ehem-ehem sampai Bahau, nanti boleh singgah kampung kita nanti sebab nak ambil ubat Imran yakni adik aku yang ada sakit pelik. Hahaha ! So aku terus lah mesej ehem-ehem and volunteer nak hantar sampai Bahau sebab aku confident time tuh mak aku ada sekali.

Tup tup pagi-pagi Subuh tadi ehem-ehem aku call, tanya jadi tak nak ikut dia balik kampung. Dia dah bagitahu mak dia yang aku ikut sekali. Ohh apa yang telah terjadi ! Aku just plan nak hantar dia sampai pekan Bahau je, so sampai dekat pekan tuh, suruhlah adik ehem-ehem jemput dia. Tapi dah lain dah jadinya. Aku cerita dekat mak aku and straight dia cakap dia tak dapat ikut sebab malam ni ada kenduri dekat belakang rumah aku. Apa ni mak ! Siapa nak ikut along ni ?

So dari pagi tuh lah aku rasa dah tak sedap badan, kejap-kejap sakit perut lah. Macam-macamlah. Tanya mak aku, baju apa yang sesuai nak pakai. Nak cakap apa dengan mak ehem-ehem. Semua aku tanya.  Then petang tuh, bergerak jugak aku teman ehem-ehem balik kampung dia dekat Bahau. For the first time hokeyy selepas 5 tahun aku kenal dia, aku ikut dia balik kampung.

Sampai-sampai kampung dia berteman ehem-ehem dengan adik aku, aku nampak mak dia pakai baju polka dot. Wahh maju orang kampung sekarang. Baju semua berfesyen tau and rumah ehem-ehem tersangat lah comel.

Cover cun sikit, borak-borak sikit and senyum lebar-lebar sampai kejang otot muka. Wayang gile aku rasa hari ni. Emak tolonglah anak mu ini ! Then dia tanya bila nak langsungnya majlis dengan ehem-ehem. Ohh alamak ! Aku ke yang kena jawab semua soalan tuh ? So jawabnya, aku teruskan je lah kejang kan otot muka aku dengan senyum lebar-lebar. Wei serius tak tahu nak cakap apa. Hahaha !

Then disebabkan nak rushing punya pasal sebab nak ambil ubat Imran dekat kampung aku, terus minum and makan laju-laju sebab nak kejar masa punya pasal. Salam-salam dengan mak ehem-ehem and tetibe rasa best dapat kenal mak ehem-ehem. Erkkk motif sangat kan !

Bawak ehem-ehem jumpa nenek aku, and nenek aku tanya macam-macam soalan. Hahaha pandai-pandai lah jawab ye wahai ehem-ehem. Sorry yang teramat sebab entry kali ni panjang pulak ceritanya. Tapi tuhlah, semua benda yang berlaku ni for the first time ! But its doing well. Alhamdulillah.

29122012021

Sayang mak ! Thanks sebab sentiasa doakan yang baik-baik untuk satu-satunya anak perempuan mak yang sorang ni.

Oklah nak marathon Running Man dekat Astro dah tak larat. Jomlah tidur semuanya.

Assalammualaikum.

Bye !

Monday, January 14, 2013

Lumrah Kehidupan !

Assalammualaikum !

Rasanya macam dah terlambat sangat nak ucap selamat tahun baru. Tapi aku tak kira. Aku nak wish selamat tahun baru jugak ! So macam mana kawan-kawan, semua impian dah tercapai belum ? Diharap semua yang dihajati tercapailah ek ! Kalau tak tercapai lagi, boleh continue impian yang sama untuk tahun 2013. Mih mih mih ! Eh ?

So far, aku pun tak tahu apa impian aku masa 2012. Yang aku tahu, satu je impian yang memang sejak dari dulu lagi tak tercapai. Nak kurus ! Nak kurus ! Nak kurus ! Haaaa memang sejak dari dulu lagi, impian nak kurus ni just dipandang sepi je. Kadang-kadang tuh nak pandang pun tak sudi. Makanan depan mata lagi sedap mata memandang.

Tapi apa pun aku bersyukur sebab aku dikelilingi oleh family yang banyak menyokong aku tak kira lah apa pun yang aku buat. Menyokong time aku betul-betul nak sambung belajar and yang paling penting tak lokek nak membantu dari segi kewangan. Ngada kan dah kerja pun nak mintak duit dekat mak dengan ayah. Alah normal lah tuh kot, genap 25 hb je setiap bulan, dengan secara tiba-tiba duit dalam purse dah ghaib. Tak tahulah pergi mana. So disebabkan tak tahu mana hilangnya duit tuh, pinjam lah sepuluh hengget dari mak nak isi minyak kereta Bolehlah tahan sampai gaji nanti. Kesian kan aku.

Yang aku perasan lah kan, semenjak aku dah start belajar ni, duit aku dah macam air dah keluarnya. Pergi mana pun aku tak tahu. Disamping itu, aku sentiasa ada kawan-kawan yang sentiasa menasihati aku, dan juga ehem ehem yang sentiasa menyayangi aku sebagaimana mak dengan ayah sayang dekat aku. Boleh dikatakan tahun 2012 memang dah cukup-cukup bermakna lah bagi aku. Tak ditambah lagi, berjaya tambah sesuatu yang merupakan aset paling bernilai yang juga dari hasil titik peluh aku sendiri. Apakah aset itu ? Biarlah aku dan orang-orang terdekat je yang tahu. Mih mih mih ! Ehh ? Cara gelak pun dah lain. Salah satu azam 2013 jugak rasanya.

Last Saturday , salah seorang geng bas sekolah aku yang jugak merangkap bff aku masa muda remaja time sekolah teknik dulu dah bertunang. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Ditambah dia buat time malam, lagilah sejuk je suasana time tuh. Macam tak percaya, geng yang selalu teman time cuci baju dekat toilet, mandi kolah sama-sama, naik bas pergi terminal one sama-sama, ponteng kelas kimia yang 3 jam straight terus sama-sama, yang kalau boleh semuanya nak buat sama-sama, dah selangkah ke alam perkahwinan. Tak percayanya !!!

IMG-20130112-WA0004-001

Cantiknya Atiq ! Kitorang memang dah lama gile tak jumpa. Last jumpa pun masa form 5 kot. Then di umur 23 tahun ni kitorang jumpa balik. So masa nak bercakap ni, masing-masing dah segan and cakap pun cover-cover lagi. Just aku dengan Yana je lah yang still boleh nak gelak sampai kejang otot muka. Sebab kitorang selalu jumpa. Apa-apa pun tahniah Atiq. Selamat bertunang wahai Geng bas sekolah !

So esok bermulalah perjuangan sebagai student Part 1 PJJ Uitm Shah Alam. Actually exam dah start last week pon. Tapi this week aku ada lagi 2 paper yang kena seat, so debaran didada semakin terasa. Calculation ok ! Otak aku bukan nya terror kalau bab calculation ni, kalau memorize, iye itu aku. Bagilah aku buku setebal tilam sekalipon, aku akan sudi nak menghafalnya. Tapi bab calculation, ahhh tolong !

IMG_20121125_172004

“Change is the law of life. And those who look only to the past or present are certain to miss the future.”

Insyaallah saya akan cuba. Semoga tahun 2013 lebih memberi kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup saya.

P/S:

Ada kawan ofis aku pesan, kalau nak doa apa-apa pun lah. Mesti kena ada perkataan segera. Contohnya, ‘murahkan lah rezeki hamba mu ini dengan segera’. Haa begitulah lah kot. Maybe kalau kita tak ada perkataan segera tuh, hajat tuh macam tergantung kot. Kotlah ! Kalau salah aku mintak maaf. Just sharing. Sharing is caring.

Bebboiiii !

Monday, November 5, 2012

Pernah tak kita terfikir ~

Assalammualaikum !

suka

Saja je letak gambar yang banyak-banyak ni as intro entry. Sebenarnya tak ada idea pun nak cakap apa tapi tahulah kenapa dari pagi tadi sampailah ke malam ni aku pikir macam-macam benda and aku rasa aku buat kerja lembab yang amat dekat office hari ni.

Semua nya sebab aku terbaca macam-macam status budak-budak yang nak ambil SPM hari ni. Ada yang mintak dimaafkanlah dari semua kesilapan. Ada yang time ni lah buat status nak study lah kononnya, then nak bangun awal lah. And tak kurang jugak yang buat tak tahu je dengan SPM. Seolah-olah tak ada apa pun yang berlaku.

Bagi aku, zaman belajar lah yang paling paling paling best. Haaa nampak tak 3 kali aku ulang paling, so dekat sini aku nak cakaplah, waktu belajar lah yang paling best. Sebab apa aku cakap macam tuh? Sebabnya, as a student, korang tak payah bersusah payah nak fikirkan masalah. Yang korang just perlu pikir ialah macam mana nak solve kan past year question, nak study ke nak tidur time prep nanti, nak makan apa lepas balik sekolah, nak buat kerja sekolah time bila, nak copy paste answer assignment dekat wikipedia or buat sendiri.

See senangkan hidup as a student. Sebab tuh sedaya upaya time dah kerja ni aku nak try jadi student balik. Tak ada rezeki buat full time, aku buat part time. Asalkan aku boleh jadi student balik. Sebabnya aku tersangat-sangat suka belajar and jadi student.

Kadang-kadang aku terfikir. Kalau lah boleh diputarkan masa, paling dekat pun time aku SPM dulu, aku sedaya upaya akan buat yang lagi bagus dari apa yang aku dapat dulu. Bukan lah aku nak cakap aku tak bersyukur dengan apa yang aku dapat dulu, tapi kalau boleh aku nak buat lagi bagus dari apa yang aku dapat. Kalau boleh nak pergi belajar over the sea ! Haaaa over tak kalau nak berangan.

Sangat-sangat lah beruntung pada orang-orang yang dapat continue full time study. Anda-anda semua tak payah menyusahkan diri nak budget duit macam saya yang bekerja ni. Memang sangat-sangat jeles ! Wuwuwuwuwu. Fikirkan pasal study je. Tak payah fikir pasal lain kan.

Tapi alhamdulillah, tuhan still bagi peluang aku rasa full time study even just merasa untuk 3 tahun time diploma dulu. And sekali lagi tuhan bagi aku study tapi dengan cara yang lain, iaitu part time study.

So bila aku tengok budak-budak sibuk dengan SPM, aku cakap dalam hati, please lah buat betul-betul wahai adik-adik. Memang betul lah orang cakap. SPM lah penentu kehidupan korang selepas habis sekolah. Kalau bagus result korang, baguslah tempat yang akan korang dapat untuk continue study. Kalau teruk, paham-paham lah sendiri. So please lah adik-adik. Buat elok-elok ye.

Actually banyak benda lagi aku nak bebel dekat sini. Tapi memandangkan aku nak siapkan macam-macam malam ni, aku malas nak melalut panjang-panjang. tak tahulah kenapa malam ni kenapa tiba-tiba terover emosi. Memang motif sangat tiba-tiba kan.

120520101478

Ok bye !

Saturday, October 27, 2012

Please believe yourself !

Assalammualaikum !

Sebelum terlambat aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha. Kepada sesiapa yang bernama Aidil Adha, silalah sambut hari raya ni dengan meriah ehhh. Sebab bukan senang nak menyambut sesuatu yang ada sangkut paut dengan kita. Even besday pun, just akan disambut kalau ada orang teringat dekat kita and nak bagi hadiah dekat kita. Aishhh pobondo ehh kau melalut ni. Memang selalu terover kalau bab taip intro tau.

Aku perasan dalam blog aku yang semakin hari semakin tak menarik ni, takda satu pun aku cerita pasal apa yang aku buat masa study dekat Uitm ni. Ok harap maklum ehh, kalau sesiapa yang memang pembaca setia blog ni, memang akan tau yang sekarang ni aku tengah sambung belajar. Tapi bukan full time lah. Just buat part time je. Puiiii ! Ingat macam glamour sangat lah kan sampai nak ada pembaca setia kan. Takpelah, syok sendiri pun aku tak kisah sebab walau macam mana pun aku still nak cerita jugak. Hehehehe.

Aku tak tahulah kadang-kadang apa yang aku buat ni betul ke tak. Yelah mana tak nya masa time diploma dulu, aku ni just ambil hotel management je kot. Tup tup masa nak ambil degree, aku pergi ambik course Business Finance yang memang tak ada sangkut paut langsung dengan apa yang aku belajar time diploma dulu. Aku ambik course ni pun sebab aku pikir, course ni relate dengan apa yang aku kerja sekarang ni.

Susah ke tak course ni? Ya Allah mahunya tak susah course ni. Bayangkan lah budak hotel management belajar Finance. Macam orang Melayu yang sejak azali makan nasi dari kecik, tetibe kena makan kacang peas and roti tiap-tiap hari macam orang putih. Ehhh kenapa kacang peas ehh, kenapa bukan baked bean ehh. Ahhh pedulikan aja !

At first memang aku terbangak-bangak dalam kelas sorang-sorang. Terangguk-angguk sorang-sorang kononnya macam paham sangat-sangat apa yang lecturer cakap. Padahal tak pun. Nasib baiklah orang sebelah kanan aku budak accounting, yang sebelah kiri pulak memang sejak awal lagi ambil business. So apa yang tak paham, aku boleh lah tanya dorang kan. Memula aku takut jugak sebab orang cakap, sistem pembelajaran dekat Uitm tak sama macam dekat poli dulu. Tapi nasib baik, aku yang budak part time ni still lagi disuap-suap dengan nota dari lecturer. Kalau tak paham tuh, dia akan ajar lagi sampai paham. Cuma kadang-kadang masa buat assignment sorang-sorang dekat rumah, aku rasa macam susah sangat tak ada kawan-kawan dekat sisi untuk bincang sama-sama. Memang lah boleh call, skype, fb and email bagai, tapi susah jugaklah bagi aku. Tak tahu nak cakap macam mana.

Dalindareen8929

Over tak tunjuk student card macam ni. Aku memang tak puas hati sebab tetibe rasa nama aku dah macam pelik je bunyi nya. Tak complete. Sob sob. Bagi aku lah kan, memang bertuah lah sesiapa yang dapat buat full time study. Korang memang mempunyai duit yang banyak ok ! Tak payah kerja bagai macam aku semata-mata nak cari duit untuk belajar. Aku jeles ok ! Motipp.

Since aku dah buat part time study ni, even kelas pun 2 minggu sekali, aku still rasa Ya Allah apa lah susah sangat nak dapat degree ni. Yelah mana tak nya, fizikal dan mental kena kuat. Dari segi fizikal nya, aku dah gerak dari Seremban pukul 6.30 pagi semata-mata nak kejar kelas aku dekat Shah Alam tuh yang start pukul 8 pagi. Kadang-kadang dekat dalam kereta tuh sorang-sorang boleh terlelap jap. Aiishhh bahaya nya ! Dari segi mental nya pulak, after habis je waktu kerja and tak lupa jugak sabtu dan ahad, aku terpaksa terperap dalam bilik and mengadap buku and laptop sampai tertido-tido atas buku. Esok tuh tengok kertas dah berselerak and kronyok-kronyok sebab aku dah guling-guling and tido dengan lasaknya. Macam ni lah baru nampak macam study hard ok. Kau mampu ?

Aku yang sebelum ni yang merupakan peminat tegar blog, Facebook dengan twitter terpaksa melupakan hasrat mengadap dorang-dorang semua ni 24 hours macam yang aku pernah buat time diploma dulu. Kadang-kadang aku rasa macam susah and penat dengan apa yang aku dah lalui masa aku ambil degree ni. Eleh baru part 1 dah kecoh kan. Tapi nak buat macam mana kan. Dah ini jalan yang aku pilih, nak tak nak kena harungi nya jugak. Nak mintak refund dekat Uitm dah tak boleh dah, dah nak habis part 1 dah pun. Muahahaha !

Dalindareen9145

Umur dah 22 tahun pun still gile dengan sticker comel ni time masuk bookstore. Tengoklah macam mana penuh nya laptop aku dengan sticker comel-comel ni. I pakai laptop je, ipad, galaxy note semua tuh tak ada. Hehehe.

Haaaa masa first time datang kelas lah kan, aku macam culture shock sikitlah. Yelah mana tak nya, semua yang datang kelas kemain dengan ipad and Galaxy note masing-masing. Then datang kelas masing-masing bawak kereta yang besar-besar. Tapi nasib baik aku tengok tak ada pulak yang bawak lori datang kelas. Tapi rasa diri ni kerdil tiba-tiba sebab dikelilingi orang-orang yang macam ni. Tapi aku kuatkan semangat, ehh aku pun ada kereta apa. Korang ada Ipad, aku ada laptop. Lagi comel tau !

Best tak sambung degree part-time nie? Bagi aku sambung degree part time ni ada lah pro and cons dia. Best memang best sebab dapat belajar and belajar lagi. Yang tak bestnya, bila kau dah penat-penat balik kerja, tetibe kena mengadap dengan assignment and kuiz yang melambak-lambak. Nasib baiklah test aku, take home test. Tapi still jugak nak kena curi masa buat semua benda alah ni. Tapi apa yang aku nak ingatkan, fizikal and mental memang kena kuat. Duit pun kena sentiasa ada sebab buku time degree ni pun bukannya murah. Yuran nya pon boleh tahan mahal jugak. Ehh bukan boleh tahan, memang mahal pun lah.

Tapi hobi time diploma dulu still tak dilupakan. Kalau ada masa tuh memang setiap masa nak buat kek then update dalam blog. Tapi nak buat macam mana kan, ada benda lain yang perlu diutamakan.

Shuweet!003

Dah tinggal sikit baru terhegeh-hegeh nak tangkap gambar. untuk raya haji ni tetibe tekak ni teringin nak makan rainbow cake. Digabungkan pulak dengan cream cheese frosting ni, perggh ! Memang mendadak berat kau naik. Perasan tak ada lubang dekat tengah tuh, ni semua sebab kek nya yang terlalu tinggi lah ni. Sampaikan masa nak bawak tuh, kena stable kan betul-betul position nya.

Dalindareen9122

Red velvet cupcake ! Masa ni ada orang order untuk kenduri akikah. Minat punya pasal, aku tak kisah pun jadikan hobi buat kek ni sebagai side income aku. Lepas ni nak try jual pavlova dengan cake in jar pulak. Sesiapa yang rasa-rasa nak beli tuh, boleh lah pm aku dekat FB ehh. Hehehehe promote jap !

So far tuh je lah yang aku nak ceritakan. Lepas ni tak tahulah ada masa tak nak update panjang-panjang macam ni lagi ke tak. Sebab aku dah busy mengadap assignment yang melambak-melambak. Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut lagi pasal part time study ni, pon boleh pm dekat aku. Gedik kan nak suruh orang pm kau. Hahahaha ! Biarlah, aku punya blog, aku punya sukalah kan. Hehehehe !

Dalindareen9002

Time nak tunggu kelas pukul 2 kot aku rasa time ni. Saja nak tempek gambar ni, sebab aku rasa comel. Kui kui perasan lebih ! Apa-apa pun sentiasalah berdoa dekat Allah, kalau time tak ada duit tuh, jangan lah cakap tak ada duit. InsyaAllah, tuhan akan mudahkan jalan kita and maybe dia tak bagi rezeki dekat kita dari segi bentuk duit, maybe dia akan dalam bentuk yang lain. Mak aku selalu cakap, jangan sesekali cakap tak ada duit, nanti betul-betul tak ada duit. Ok mak along ingat !

Oklah bye !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...