Tuesday, March 10, 2015

Omaigod !! Banyaknya Nuffnang bagi CPUV. Alhamdulillah rezeki bulan March.

Assalammualaikum.

Hai kita bersua lagi ye kawan-kawan. Jangan kata aku ngulor ye. Tak buat kerja lepas tu pergi update blog pulak. Mana ada tau. Biasalah kan mata ni bila penat tengok kertas yang melambak-lambak atas meja. Dok scroll-scroll lah apa yang ada dekat email semua and last sekali check Nuffnang pulak. Saja nak segarkan biji mata tengok duit-duit hasil titik peluh memerah otak taip macam-macam. Tak payah nak perah otak sangat lah kan. Padahal kerja aku dekat blog ni tak habis-habis merepek, kejap-kejap tu meraban lah pulak. Sesiapa yang dah lama follow blog aku memang tahu, kalau aku nak start sesuatu cerita tu memang mukadimah panjang sangat. Contohnya macam sekarang lah.

So bila dah bukak Nuffnang, saja-saja lah kan nak tengok CPUV yang Nuffnang bagi. Berkali-kali aku kelip-kelip kan mata, gosok-gosok mata. Wauu biar betul Nuffnang ni. Banyak gila CPUV dalam blog aku ni. 




Alhamdulillah, bukan senang tau nak percayakan Advertiser untuk letak iklan dalam blog kita. Memang susah sangat. Aku ni dari tahun 2008 dah bersama dengan Nuffnang pun rasa susah sangat-sangat nak dapatkan CPUV tau.

Memang ramai blogger yang cakap, kalau nak dapatkan CPUV yang banyak, update lah entry baru selalu. Ye memang, itu aku tak nafikan. Tapi kalau setiap masa kau dok update tapi dalam entry tu semuanya merepek-repek, tak boleh jugak nak buat Advertiser percaya dengan kebolehan blog kau. Sekarang ni kalau boleh memang aku nak letak entry-entry baru setiap hari tapi tu lah, penatlah, mengantuklah, malas nak bukak PC lah. Macam-macam hal. Saja je nak jadikan alasan sedangkan kita semua tahu kalau nak cari rezeki ni mana boleh bagi banyak alasan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Khennn. Poyo sangat ayat kan.

So lepas ni aku akan berusaha update cerita-cerita baru lagi. Yelah nak kumpul duit kahwin kan, kenalah gigih mencari rezeki. Ingan senang ke, merepek-repek dekat blog tapi orang bagi kita duit. Kan kan. 

Oklah bye !



2 comments:

CikLily Putih said...

congrats!!

Azreen Zunairah said...

uwaaaahhh blogger femes datang blog kita lah...thx cik lily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...