Tuesday, March 24, 2015

Happy 8th Birthday Nuffnang !!


Assalammualaikum

Aku dah berkecimpung dengan dunia blog ni dah lama. Since 2008 lagi, masa tu pun facebook baru nak start fofuler. Aku ingat lagi, dalam tempoh beberapa tahun dari 2008 sampailah 2011, memang blog ni tempat aku meluahkan perasaan. Kira nya macam diari harian lah, tapi bukan diari yang buku tu, ni diari online. Kelas ko ! Yelah kejap-kejap cerita pasal pakwe, kejap-kejap cerita pasal hari ni makan apa, apa yang terjadi dekat dalam kelas, apa yang aku makan time berbuka. Siap update menu berbuka setiap hari lagi. Bila difikirkan balik, macam tak matang pun ada, semua benda nak cerita dekat blog kan. Aku rasa macam nak delete je semua entry-entry lama, tapi macam sayang pulak. Hahahaha. Tapi entry-entry ni semua lah yang buatkan blog aku ni ada follower dia yang tersendiri. Cehh perasan sangat, padahal tak ada pun orang suka dengan blog kau kan Azreen Zunairah.

Memang aku berblog since 2008 lagi tapi still baru lagi dengan Nuffnang. Yelah dulu mana lah tau dengan berblog ni kita boleh kumpul side income. Ingatkan tulis pasal diri sendiri saja-saja je. Apa ekk Nuffnang ni? Nuffnang ni boleh dikatakan macam Blog Advertising Community lah. Once kita register, automatically Nuffnang akan bagi kepercayaan untuk letak macam-macam iklan dari advertising company yang lain dalam blog kita. Dengan syarat, kau memang aktif berblog. Macam aku yang suam-suam kuku ni, kejap update kejap tak, memang jarang lah nak tengok iklan kelip-kelip dalam blog aku ni. Sejak dua menjak ni je makin rancak Nuffnang bagi macam-macam CPUV dekat aku. Hehehehe. So kalau sesiapa nampak iklan Nuffnang dekat kiri kanan atas blog aku ni, jangan lupa main klik-klik ye. Hahaha. Siap pesan tu. Gitueeew kan.

Bila kita dah join Nuffnang community ni, dengan secara tak sengaja kau akan ada ramai kawan dalam bidang yang sama. Contoh macam sekarang ni lah, aku rasa baru dua kali je aku jumpa Kak Anil, owner kepada blog Anil Wanina. Tapi macam dah lama je kenal, sebab kitorang masing-masing sama kepala. Memang aku pun tak expect pun yang aku akan rapat dengan orang yang baru aku kenal. Sebabkan, aku memang susah nak rapat dengan mana-mana orang yang aku baru kenal. Aku kena perhati dulu perangai dia, ok ke tak, baru aku boleh decide boleh rapat ke tak. Hahaha ngada-ngada sangat. Tapi itu lah aku. Lain orang lain cara pembawakkannya.

So masa last week, Kak Anil wassap aku, Areen nak pergi Nuffnang punya birthday tak Sabtu ni? Aku cakap je lah, ikutkan memang nak pergi, tapi sebab tempat birthday party tu macam tak sesuai dengan jiwa rasa takda intention nak pergi. Lepas kena pujuk-pujuk dengan Kak Anil, terus setuju sebab dah termakan pujuk rayu kak Anil. Hahahaha. Gigih bangun pagi-pagi jemput Kak Anil dekat rnr Nilai and gerak pergi KL. 



Temanya 1960's katanya. Aku redah je lah pakai baju apa yang ada. Nak nampak comel sikit, pakailah headband comel-comel. Tapi comel ke ? Erkk !



Disebabkan kat dalam gelap, peng cahayaan tak cukup, dekat luar je lah kitorang pulun bergambar. Hehehe.




See see kan aku dah cakap dekat dalam gelap, nak tangkap gambar pun macam tak ada semangat je. Tapi gigihkan jugak nak bergambar sebab aku suka sangat-sangat dengan kek birthday Nuffnang ni. 




Tadi gelap ni oren pulak muka aku kan. Lantaklah ko nak. Hahahaha

































Welfie dengan kak Anil dalam kereta pulak. On the way nak balik sebenarnya ni. 


Akhir kata, memang enjoy sangat pergi birthday party Nuffnang ni. Ada rezeki jemputlah saya dengan Kak Anil lagi ye. Hehehe. Even tak kenal pun semua blogger-blogger yang lain. tapi kitorang semua mesra macam dah lama je kenal. Happy Birthday Nuffnang !!!!!

Oklah bye.




2 comments:

CikLily Putih said...

ermm k lily tak pi pun coz tak de kat kl, lagipun last minit sangat diorg anto invite kan

Azreen Zunairah said...

Cik Lily Putih : Tu lah..x ramai pon blogger melayu yang datang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...