Monday, March 16, 2015

Butterfly Project Event : Pimp My Chu Lip Lipbalm by Mentholatum di Kare Cafe, One Utama

Assalammualaikum

Siapa yang suka bibir kering ? Mesti tak ada sesiapa yang suka kan. Dah lah kering lepas tu mesti rasa bibir tu macam kasar je kan. Eiii tak best langsung kan. Rasa macam tak cantik je jadinya.

Disebabkan nak bibir sentiasa moist dan tak kering, hari Sabtu 14 Mac lepas, aku beranikan diri untuk join event yang dianjurkan sepenuhnya oleh The Butterfly Project. Nama event ni pun comel sangat, Pimp My Chulip bersempena dengan produk keluaran Mentholatum yang baru iaitu Chu Lip lipbalm. Dah lah nama pun dah comel, then event ni pun diadakan dekat tempat yang memang comel, bertempat di Kare Cafe, One Utama. Thanks Mamasan Tammy sebab invite I. Hehehe




Credit : Sumber Google

Beginilah jadinya kalau aku dah excited tengok benda-benda comel. Semua benda aku lupa. Sampaikan nak tangkap gambar Kare Cafe pun aku boleh lupa. So kita guna pakcik Google je lah. Hehehe.







Comelkan decoration dalam Kare Cafe ni. Bila dah rasa semua benda comel, semua tempat aku nak tangkap gambar. 

Tujuan utama Event Pimp My Chulip ni diadakan adalah untuk memperkenal kan apa bendanya Chu Lip ni. Haa mesti korang pun blur-blur lagi. So meh lah aku bagitau, senang cerita kan, Chu Lip ni adalah lip balm. Tapi kenapa nama dia Chu Lip ?

Kalau nak tahu, Chu Lip ni maksudnya cium atau kiss. Haa tau dok apa cium apa kiss? Tipulah kalau cakap tak tahu. Mih mih mih. So memang senang sangat nak bawak Chu Lip ni pergi mana-mana. Campak dalam handbag, rasa bibir kering, terus kiss je Chu Lip. Memang senang sangat kan.

Dah nama pun event ni, Pimp My Chu Lip. So semua butterfly diarahkan untuk design Chu Lip ikut kreativiti masing-masing. Masa ni aku dah cemas dah. Wei design apa lah nak buat ni ? Aku tak kreatif woi. 





See see macam-macam kan barang yang ada untuk kitorang semua design Chu Lip masing-masing.
Nampak tak ada telur warna pink, hijau, purple tu ? Itulah Lip balm yang bernama Chu Lip. Haa comelkan. Aku rasa ni lah first time aku tengok lip balm bentuk comel macam ni.

Masa ni aku memang dah aim, aku nak Chu Lip warna pink jugak, tak kira nak jugak. Lepas tu nak riben banyak banyak. Nasib baik dapat sebab masa ni masing-masing dah berebut ambil barang-barang comel ikut taste masing-masing.






Mana tak gile jadinya bila nampak semua benda comel ni. Aku rasa macam aku nak letak semua je item-item comel ni dekat Chu Lip aku. Muahahaha tamak ! Comel gile kot.




Gambar perasan diri cantik haruslah diselitkan okeyh !


Before kitorang semua start untuk design Chu Lip masing-masing, semua butterfly diberi peluang untuk tengok design-design Chu Lip sekitar kafe. Sambil-sambil tu boleh lah cari ilham nak buat design apa kan. Huhuhu.









Comelnya !! Macam mana lah dorang ni boleh creative sangat design Chu Lip sampai jadi macam ni. Kalau aku memang tak pandai lah kan nak lukis macam-macam. Dekat sini aku tabik sesiapa yang kreatif sangat design Chu Lip sampai jadi rupa macam ni. Anda memang tersangat-sangat lah kreatif. 

Tahniah !



Memula tu dah berangan dah, nak letak rambut biru dekat Chu Lip aku nanti. Tapi disebabkan tak berapa nak kreatif, impian yang sungguh mendalam itu hanya disimpan rapi. Sob sob. Cewahh skema sangat ayat. 




Blogger yang memang cantik : Najlaa' Aqilah




Event Chu Lip ni memang sangat menitikberatkan elemen-elemen warna. Dekat mana-mana pun mesti nak colourful sampaikan file folder dengan cawan pun dah colorful. Macam tahu-tahu je yang iolls ni minat dengan polkadot. Hehehe.





Masa ni adalah penerangan tentang produk Chu Lip. Memang tak sangka yang produk ni semua dari Jepun. Patutlah design dia comel-comel. Then kitorang semua kena design Chu Lip ikut kreativiti masing-masing and terus upload gambar dekat website Chu Lip sebab ada contest Pimp My Chu Lip yang berlangsung dari 5 March hingga 31 March. Kalau rasa nak menang Ipad Mini and produk Chu Lip ni boleh join.




Hasil tangkapan. 

Tadi beria sangat kan nak ambil semua item tapi last-last ni je yang aku dapat. Nasib baik sempat ambil rambut blonde dengan riben polkadot tu. Chu Lip warna pink pun aku sempat ambil. Yeahhh !

Dan hasilnya....

Jeng... 

Jeng....

Jeng.....

Jeng.....

Jeng.....






Hahahaha jangan gelak ok ! Aku tahu tak cantik. Gigih tau buat tocang dekat rambut blonde tu. Muahahaha. 





Kak anil punya. Salah seorang blogger yang memang kuat tergelak. Dia tengok dia punya Chu Lip sendiri pun boleh tergelak. Padahal aku rasa comel je.  Hahahaha




Bergabung Meletop !!!








Ni lah Kak Anil yang aku cakapkan tu : Tekan sini untuk baca blog Kak Anil






Masa nak letak Chu Lip yang aku design tu, time ni macam dah pasrah je sebab ada ramai lagi yang design Chu Lip lagi cantik dari yang aku buat. Muahahaha pasrah je lah wei. 




Menyoroklah kau wahai Chu Lip berambut blonde. Jomlah kita membawa diri. Sob sob. Hahaha



Bila dah pasrah tu, perut pun tiba-tiba je rasa lapar. So aku dengan Kak Anil memang terus terjah tempat makanan. Hehehehe, Rosaklah diet guwee !



Spaghetti Bolognaise + sandwich salmon + donut gebu + cupcake sedap.

Pinggan polkadot tu memang sangat-sangat menaikkan selera aku. Nak beli jugaklah nanti. Letak satu dekat rumah.

Semuanya sedap-sedap ok ! Lagi-lagi sandwich salmon tu. Uwaa meleleh pulak air liur time ni. 





Hahaha sempat lagi pose. Masa ni aku dengan Kak Anil dah ambil makanan for second round. Lapar punya pasal. Huhuhu.



Bruschetta + fruit salad + donut gebu.

Abaikan pinggan yang atas tu, kan aku cakap ni second round. 
Muahahaha




Sesambil makan tu, organizer Chu Lip pun umumkan pemenang design Chu Lip paling kreatif. Aku memang dah out of the list lah kan. Apa-apa pun sesiapa yang short listed tu memang semuanya cantik-cantik. Geram je aku tengok. Kenapa lah aku tak kreatif macam dorang. Huhuhu. Best tau hadiah yang dorang dapat. 




Ni semua antara Chu Lip yang tak bernasib baik. Cuba cari aku punya menyorok dekat mana. 
Tak cantik 
Muahahaha.




Welfie dengan kak Anil haruslah ada. Masa ni Najlaa pun dah balik sebab dia ada event lain kena attend. So memang tak sempat nak welfie dengan Najlaa. Sedih.





Chu Lip ni ada empat jenis tau :

Purple : Arabian, Floral Shower

Pink : NY, Brilliant My Way

Dark Pink : Paris, Perfect Memories

Green : Nordic, Fancy Nostalgia.

Dekat mana nak cari Chu Lip lip balm ni ? Alah senang je, semua Chu Lip ni ada jual dekat Watson. Harga pun murah je, RM 25.90 and bila dah beli Chu Lip jangan lepas kan peluang masuk contest "Pimp My Chu Lip" dekat website Chu Lip. Kena cepat tau sebab contest ni berlangsung sampai 31 March je.  Mana tahu bila dah join tu, ada rezeki korang berpeluang menang Ipad Mini pulak kan. Huhuhu. 

Date of Contest : 5th March 2015 - 31st March 2015

Jom join cepat, cepat, cepat !


Memang best sangat bibir bila pakai Chu Lip tau. Aku baru test pakai yang Paris and so far memang bibir aku moist je sampai lah ke malam. Jom cepat-cepat grab Chu Lip dekat Watson yang terdekat ok. Huhuhu


Apa-apa info yang lebih lanjut boleh klik je dekat link yang aku bagi dekat bawah ok.




Oklah bye !







4 comments:

Fadzi Razak said...

Hai azreen, tak sempat pun kenal dengan awak hari event tu....

Next time ade event butterfly lagi, make sure we talk to each other tauuuu :D

CikLily Putih said...

ermm best kan chulip ni.. k lily pun suke.. tak sempat nak join event ari tu, busy keje la

Azreen Zunairah said...

Kak Lily : Haah memang best sangat kan...tuhlah xdapat jumpa kak lily..baru nak jumpa blogger femes...huhuhu

Azreen Zunairah said...

Fadzi Razak: Tuhlah xdapat nak beramah mesra ngan awak...sebab first time kan..so malu tucen lagi..huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...