Saturday, February 28, 2015

Berjimba-jimba di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti. Kampung den tuh !

Assalammualaikum !

Minggu lepas semua makcik pakcik aku ajak balik kampung. Semua bagitau lah dekat wassap nak balik hari apa. Heboh memasing. Rupa-rupanya nak buat BBQ katanya. Haa gigihlah aku malam tu bakar kek apa yang patut nak bawak balik kampung. Bab-bab marinate barang-barang bbq, makcik pakcik aku semua dah setel habis dah.

Sambil-sambil sediakan barang untuk bbq petang tu, maklang aku pun bersuara. Kawan-kawan maklang heboh pasal Ladang Alam Warisan dekat kampung kita ni. Kita ni ha?? Tak heran pun nak pergi kan. Tapi sekurang-kurangnya nak jugaklah pergi. Sekali pun cukuplah. At least bila orang tanya pernah tak pergi Ladang Alam Warisan? Ehhhh pernah hokayyy ! Siapa kata tak pernah. Gitueeee jemah sangat. Hahahaha. Aku pun layan kan je lah maklang aku, ajak adik-adik sedara aku sekali. Saja nak memeriahkan suasana. Dekat je pun dengan rumah uwan aku, memang boleh jalan kaki. Tapi saja ngada-ngada nak bawak kereta. Konon-konon tourist lah kan. Gituueeeww. Hahaha.



Dah sampai dah !! Masa masuk ni kena bayar ok. Dewasa 3 hengget, kanak-kanak tak payah bayar pun. Tapi aku still tak nak bayar jugak. Puaslah aku cakap dengan akak jaga tiket tu, kak oii saya ni orang kampung ni je pun. Rumah uwan saya kat sebelah ni je haaa. Tak payah lah bayar kak oii. Maklang aku malas nak gaduh, maklang aku pun bayarkan je lah untuk kitorang semua. Takpe nak support orang kampung maklang aku cakap. Aiissshh menyesal aku bawak kereta tau, kalau aku tahu dah lama aku jalan kaki. Hahahaha.



Saja je nak tepek muka sembab ni haa. Bila tak mekap camni lah ghupenya. Manalah emak aku tak cakap muka aku macam orang tengah pantang. Alah jalan-jalan dalam kampung sendiri je pun. Ngada-ngada sangat nak mekap bagai.



Sampai-sampai kitorang semua terus je pergi arah tempat memanah, so nampaklah papan tanda kecik dekat pokok nie. Bagus sangat kan, bagi arahan dalam bentuk pantun. Tak adalah orang sibuk-sibuk nak sentap ke, nak emosi ke kan. 




Arahan kawasan memanah. Kitorang memang tak ambil pun pakej memanah ni. Kalau nak memanah, kena bayar sekurang-kurang nya dalam 30 hengget ke 50 hengget lah. Aku ni kan bayar 3 hengget je, tu pun maklang aku yang bayarkan. So kitorang tengok-tengok je lah. Hehehehe. Nak memanah pun tak ada nafsu sebab dulu masa pergi Sunway Lagoon, aku pernah try memanah ni. Then entah macam mana tersilap langkah, berbirat lengan aku jadi nya. Sampai sekarang aku jadi serik, Huhuhuhu.



Alah maklang aku ni tak tengok kamera pulak. Nampak tak pondok besar yang ada gantung kain kuning tu? Actually benda tu untuk tempat berehat je pun. Tapi cantiklah. Rumah lama yang dah dihias cantik-cantik.



Cuba teka rumah ni untuk apa sebenarnya ? Actually rumah ni adalah restoran ok. Tapi kecil je lah. So sesiapa yang rasa lapar lepas memanah boleh lah minum-minum and makan dekat sini. 



Dah pusing-pusing dekat memanah tu, aku ternampak pulak satu tempat berbumbung ni yang cantik sangat-sangat. Ala-ala macam dalam istana je. Yelah kan, tu pun sebab pakai scallop kain kuning kan. Cuba pakai kain hitam. Memang tak lah aku nak masuk. Sebenarnya tempat ni pun adalah kawasan berehat jugak. 



Anyonyo sopan sangat bagi arahan tu kan. Guna pantun 6 kerat gituueeew. Aku pun dengan senang hati tanggalkan lah kasut. Tak ada pun rasa nak marah, apahal kena tanggal kasut pulak kan. Hahahaha emosi tak memasal.



Masuk-masuk nampak singgahsana ni kan. Terus duduk dekat situ and suruh adik aku tangkap gambar cepat-cepat. Konon-konon nak feeling puteri raja lah kan. Puteri raja lah sangat, puteri raja polka dot boleh lah.


Hahaha adik aku tangkap gambar aku elok je cantik. Sampai tang aku, terus gegar-gegar jadinya. Excited lah kan kononnya. Angle pun tak tentu hala. Sori ehh adik.



Ladang Alam Warisan ni, kawasan dia memang luas. Dekat-dekat situ je ada tempat untuk menunggang kuda. Tapi time ni adik aku ajak tengok benda lain dulu. So apa-apa pasal kuda aku cerita kejap lagi ok. Hehehehe



Dah nama pun budak-budak kan. Adik aku bantai ajak aku tengok ayam. Alahai ayam je pun. Tu pun nak kecoh. Tapi aku nak kecoh jugak sebab ayam-ayam dekat sini semua gemuk-gemuk ok. Dah gemuk macam spesies ayam belanda dah. Macam mana lah kadar obesiti dekat Malaysia ni tak meningkat kan, ayam-ayam ni semualah puncanya. Muahahaha tetibe kan !



Ok yang ni ayam kampung biasa je, sebab kurus-kurus je. Sebab tu lah sesiapa yang duduk kampung semuanya kurus-kurus and selim melim je. Pengaruh makanan semua ni kan.



Haaa kau tengok ayam putih tu, kemain lah gemuk aku tengok. Rasa nak picit-picit je. Geram gile tau tak ! Lepas tu kerja asyik nak relaks je, pergilah exercise ke workout ke. Ehh tetibe lagi. Sesiapa yang pernah tengok cerita kartun Chicken Run mesti setuju kalau aku cakap, ayam putih ni sebijik macam ayam tua dalam cerita tu. Apa entah nama dia, raphael entah. Lupalah.



Spesies ayam belanda. Memang besar gedabak and rupa dia sangat-sangat horror. Aku nak dekat pun takut. Adik aku je lah yang berani acah-acah ayam belanda ni. Eii tak sanggup lah aku haii.



Lupakan mimpi ngeri dengan ayam belanda tu, sekarang ni kita tengok burung merak putih pulak. Actually ni first time aku tengok burung merak warna putih tau. Nak cakap aku jakun lah tuh kan! Tapi serius lah wei, memang cantik sangat-sangat. Rambut mohawk dekat kepala dia tu yang memikat hati aku. Rasa nak ada rambut mohawk macam tu jugak. Hehehehe.



Cantiknya, cantiknyaaaaa ! Masa ni puaslah aku jerit, sergah-sergah dia sebab nak tengok burung merak ni kembangkan ekor dia. Tapi still tak berjaya jugak. Dia bantai sambut jeritan aku adalah. Cehhh !



Dalam sangkar ni pun ada jugak burung merak yang biasa kita tengok tu. Baru aku tahu yang suara burung merak ni tersangat-sangat lah nyaring ok. Memang satu kawasan tu lah dengar. Kuat sangat.



Entah bila entah nak kembangkan ekor tu. Aku nak tengoklah woiii. Hahahaha emosi.



Yang ni burung apa pun aku tak tahu tapi kan burung ni comel sangat-sangat sebab dekat mulut dia ada janggut warna merah jugak sama macam hidung dia, Comel sangat ! Nak curik satu bawak balik and tidur sesama. Motif !



Ok ekspedisi masih diteruskan. Haa barulah nampak muka maklang aku yang comel dan cantik ni. Sebelah tu yang tak nak pandang kamera tu, adik sedara aku. Dia pun heboh dok tangkap gambar macam-macam.



Yeahh dah sampai kat tempat kuda-kuda ni semua. Actually tempat ni adalah kawasan memanah berkuda ok. Sesiapa yang nak tunggang kuda saja-saja pun boleh. Tak silap aku harga dia dari 3 hengget ke 5 hengget je kot. Murah kan. Huhuhuhu



Nampak tak rumah-rumah kampung tu semua. Actually yang tu semua chalet ok . Sesiapa yang rasa nak feeling tidur kat kawasan kampung and dengar bunyi lembu, rusa, burung merak. Boleh lah tidur dekat sini. Comel je rumah tu tau.




Kesian kuda ni kena ikat. Dah lah cantik. Sekali aku ternampak sesuatu pulak. Ohh patutlah, musim mengawan rupanya. Hahahaha first time ok !




Adik dengan cousin yang feeling-feeling main air sungai. Padahal sungai ni lalu belakang rumah uwan aku je pun. Masa kecik-kecik dulu selalulah ikut uwan aku kutip siput sedut. Sekarang ni dah besar, nak mandi sungai pun dah tak ada nafsu.



Excited sangat rupanya ni adik. Simpan sikit excited tu. Tak payah nak tunjuk sangat ok. Huhuhu.



Haa tambah lagi sorang budak kecik yang excited main air sungai. Dekat sini sesiapa yang stay dekat chalet comel tadi tu, boleh jugak mandi dekat sungai ni. Feeling kampung-kampung sangat kan. Huhuhu.



Kawasan memanah yang sangat luas. Mestilah kena luas kan. Kalau tak luas kang ada jugak yang kena panah nanti.



Ehhh ostrich ni ikut kita pulak. Dah lah kepam, hitam pulak tu. Muahahaha. Taknak lah main-main dengan awak.



Haaa ni lah yang aku cakap chalet comel tadi. Aku pun rasa nak tidur dekat sini jugak. Lepas tu buat scene iklan adabi sambil nyanyi bukak tingkap adaaabi, melazatkan, adaabi menyelerakan, mengandungi berbagai rempah, melazatkan kari dan kuah. Ehh gitueeeww kan ! Hahaha



Before naik atas rumah tu, kenalah basuh kaki dulu. Nanti aku nak suruh uwan buat satu dekat rumah kampung tu lah. Before masuk rumah, ngada-ngada posing ala-ala perempuan melayu terakhir. Muahahahaha.

Oklah tu je ekspedisi kitorang dekat Ladang Alam Warisan, sesiapa yang rasa nak pergi, mehh aku bagi alamat dia. Alah tak pun waze je Ladang Alam Warisan. Tak pun pakai google maps. Kan memasing dah ada handphone canggih kan. Huhuhu. 

Ladang Alam Warisan 
Jalan Masjid, Kampung Tengah
Tanjung Ipoh, Seri Menanti,
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh lah tengok facebook dorang dekat sini :


Oklah bye !

1 comment:

Nurul Sa'adah che mamat said...

Sis,nk tnye bayaran utk stay kat chalet tu brpe utk satu malam??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...