Thursday, December 11, 2014

Dugaan Bertunang

Assalammualaikum !

Mengada-ngada sangat kan bila nak buat entry pasal dugaan bertunang ni. Heboh macam kau sorang je yang tengah bertunang. Habis tu orang yang dah kahwin tak ada dugaan ke? Hehehe. Tak adalah semenjak dah setahun bertunang ni, ramai sangat kawan-kawan rapat yang tanya. Ehh kau bila tunang ni, ada gaduh-gaduh tak? Ehh kau bila bertunang ni, apa dugaan yang paling hebat sekali? Haa kan, macam-macam soalan, lepas tu aku mampu senyum je. Sebab aku pun tak tahu apa sebenarnya yang aku boleh cakap. Tahun ni pulak memang ramai kawan-kawan yang semuanya nak melangkah ke alam bertunang, so memang ramai lah yang whatsapp aku, tanya apa yang kena buat, nak beli baju dekat mana, nak buat hantaran apa, nak bagi orang makan lauk apa. Tapi apa-apa pun aku happy jawab semua pertanyaan kawan-kawan aku tu. Sebab perempuan ni, prinsip hidup dia senang je, bertunang sekali seumur hidup, kahwin sekali seumur hidup and bercinta dengan seorang je seumur hidup. 

So dekat sini aku nak list kan dugaan-dugaan yang berlaku sepanjang tempoh aku bertunang ni :

Masalah kewangan / masalah duit
Benda ni aku rasa semua bakal pengantin akan alami benda yang sama. Tak cukup duit. Tak cukup duit. Tak cukup duit. Kecuali kau memang anak orang kaya, tak payah nak fikir pun pasal preparation kahwin semua ni. Bagi aku benda ni memang dugaan yang besar untuk aku ditambah pulak sekarang ni aku buat part-time study. Dulu ada jugak cakap dengan emak, lepas habis belajar lah along kahwin. Tapi disebabkan tak menyabor nak kahwin, haa teruskan jugaklah projek nak bertunang ni. Sebab fikir masa tu, sampai bila nak berkawan tanpa ada ikatan apa-apa ni kan. Masa nak tunang je excited rasanya, habis je kenduri semua. Biasa je aku rasa. Preparation je nak gempak kan !

Sekarang ni, semua benda nak keluar duit, booking mak andam pelamin semua kena letak deposit, nak booking photographer pun kena letak deposit, nak beli cadar baru, nak tempah baju nikah lagi, nak beli goodies, barang hantaran lagi. Memang kena kuatkan semangat lah. Nasib baik untuk katering, memang fully aku guna duit hantaran yang Sham bagi and emak ayah aku pun tambah sikit-sikit. So dekat situ dah boleh bajet berapa yang kita kena simpan. Kadang-kadang tu kan, sebab duit pun aku boleh bergaduh dengan Sham. Lepas tu teruslah tak mesej tak call sampai seminggu terus. Nampak sangat budak-budak kan masing-masing. Yelah kadang-kadang kita dah plan, bulan ni nak beli barang hantaran sama-sama, tup tup tengah bulan ada je benda yang memerlukan kita keluar duit. Contoh terdekat macam aku ni lah haa, dah plan dah nak simpan duit gaji sikit, lepas tu dapat tahu ada additional class pulak minggu ni. Heiii mulalah kan rasa nak meroyan, ingat Seremban dengan Shah Alam dekat ke. Wuwuwuwuwu.



Mudah terasa / cepat sentap
Dulu masa sebelum bertunang, aku rasa hidup aku ni ok je. Kalau boleh tu kan, rasa nak jumpa setiap minggu. Kiranya bahagia je lah aku rasa. Tak ada nak touching-touching bagai. Sekarang ni, bila Sham tak whatsapp mulalah asyik nak sentap je aku ni. Bila dah sentap, startlah meroyan fikir bukan-bukan. Bayangkan lah, bila tengok whatsapp yang aku hantar dekat Sham menunjukkn satu tick pun aku dah meroyan-royan rasa nak marah je. Tak tahu sebenarnya kan yang Sham tak bukak mobile data dia. Sob sob. So penyudahnya aku istighfar banyak-banyak, lepas tu menangis puas-puas. Macam tak logik je kan nak nangis sebab whatsapp satu tick je. tapi itulah hakikat yang berlaku. 
Huahuahuahua



Makin malas nak berborak atau mesej
Yang untuk makin malas berborak tuh boleh bagi bagi dekat aku lah. Kalau jumpa Sham tu kan, aku boleh mengadap handphone then main semua game dekat phone. Tak cukup handphone aku, aku guna pulak handphone Sham untuk main games. Tahu-tahu je Sham dah habis makan and ajak balik. Huahuahua. Yang pasal mesej tu boleh bagi dekat Sham lah sebab dia sekarang ni pemalas yang amat nak balas whatsapp aku. Kadang-kadang tuh kan, last seen dia memang menyakitkan hati untuk tengok. Contoh nya aku hantar whatsapp dekat dia 8.00 pm macam tu, lepas tu tengok-tengok last seen dia 8.01 pm. Haaa mulalah aku meroayan hantar whatsapp banyak-banyak kan, lepas tu mulalah fikir Sham ada perempuan lain. Typical pemikiran wanita zaman sekarang yang ada whatsapp. Hahahaha.


So tu je lah yang aku boleh bagi contoh-contoh dugaan yang berlaku masa aku bertunang ni. Kadang-kadang saja je ngada-ngada nak gaduh. Lepas dah dapat burger benjo dengan burger daging, terus elok je mood aku. Tapi jangan ingat mood aku boleh dibeli dengan makanan ehh. Kalau dah marah tu, marah jugak. Erkk mata ke atas tangan dibahu lidah terjelir sekali. Huahuahua. So kepada sesiapa yang nak bertunang tu, aku ucapkan selamat datang ke dunia yang penuh pancaroba. Kuatkan mental dan fizikal anda ok !


Oklah bye !


4 comments:

Nur Zayyani Liman said...

Salam kenal..semoga ke jinjang pelamin..yg penting sabar dn positiv je..inshaaAllah bole harungi ape je..

Azreen Zunairah said...

salam kenal jugak...insyaallah..akan setiasa positif dan sabar..huhuhu

Myra Anne Noridin said...

Hehehe.sonok kan.dulu saya masa becinta 9thn masing2 ske wat hal sendiri. Skali bila dah bertunang, tunang asek nak amek tahu hal kita. Rasa pelik lak. Hahaha

Azreen Zunairah said...

Myra Anne :hahahaha kita plak terbalik..walaupun dah mmg slalu jumpa...kita malas nak layan dia..dia pon malas nak layan kita..huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...