Saturday, March 23, 2013

Satay tulang yang terbaik ! Waa ngidam ~~

Assalammualaikum !
Time tengah berusaha nak kecik kan peha, nak kecik kan lengan time tuhlah mak aku ajak pergi beli satay tulang. Macam tau-tau je kan anak perempuan dia ni tengah mengidam habis dekat satay tulang. Yelah mana tak nya, bila balik kerja je mesti nampak asap berkepul-kepul dari kedai satay. Then hasrat nak beli satay tuh pun semakin membuak-buak. But then, sampai je dekat kedai tuh, nampak orang beratur punyalah ramai. terus cancel plan pecut balik rumah terus. So hari ni mak aku nak belanja satay tulang, apa lagi kan. Peluang keemasan jangan dilepasan. Hal-hal nak kecikkan peha ni kita tolak tepi dulu. Muahahaha boleh kan !

Setahu aku lah kan, dekat Seremban ni dua tempat je yang aku tahu ada jual satay tulang ni. Satu dekat Dataran Senawang, berdepan dengan Ice Room. Then yang lagi satu dekat jalan Pantai. Dekat dengan kilang koko. Dah malas nak merepek panjang-panjang. Jomlah tengok kesedapan satay tulang yang memang marvelous ni. Huhuhu !
16022013276
Waaa sedapnya. Yang ni masa aku makan dekat Dataran Senawang. Orang Seremban mesti tahu punya tempat ni dekat mana. Secucuk  satu hengget. Oklah. Memang berbaloi-baloi ok. Satu je cara nak nilai satay dia sedap ke tak. Kau tengok kuah kacang dia. Rasa dia ummmpp sedapnya or phuiii ! Kalau sedap kuah kacangnya, automatically satay dia pun rasa sedap jugak. Silap-silap kau nak hirup-hirup kuah kacang tuh. Macam yang terjadi dekat aku lah, malu nak hirup, aku ambil sudu makan kuah kacang tuh sahaja. Ok pelahap aku tahu ! Hahahaha. Kalau sesiapa nak rasa satay ni jangan lupa-lupa roger-roger ok. Especially orang luar Seremban lah. Alang-alang aku tunjuk jalan, boleh belanja aku makan satay ni sekali kan. Huhuhu.
02032013365
Teaser entuk next entry ok ! Nanti aku cerita pasal bff aku si Wani ni ehhh ! Wani nanti pergi Korea belikan souvenir Hello Kitty yang comel-comel tau. Love you so much ! Semoga kita bertemu kembali. Ahhh aku tetap akan pergi jumpa kau balik Wani. Tak puas nak borak-borak.
Ok bye !

4 comments:

CIK PELANGI said...

Dating dengan wani xajak aku pun!

Azreen Zunairah said...

dating x dirancang lah wei !!!!! terus je pegi jumpa dia..huhuhu

n a d. said...

Dekat dengan kilang koko? Kilang koko yg kat ampangan tu ke? Macam best je tengokkkkkk.. *telan liuq*

Azreen Zunairah said...

kilang koko yang jalan pantai tuh nanad...jalan arah ke lekas highway..dia betul2 sederet ngan 7e ngan klinik satu malaysia..huhuhu..datanglah...huhuhu..bleh reen blanje..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...