Sunday, August 12, 2012

Tak terfikir pun nak buat macam ni. Pape pun memang comel . Auwww !

Assalammualaikum !

Apa khabar kawan-kawan? Gile gempak kan aku, konon-kononnya hari tu nak update lah kan menu berbuka sepanjang bulan ramadhan ni. Last-last, apa pun tak ada sebab perasaan malas tuh dah menguasai diri.

Oklah, straight to the point, aku nak share satu video yang memang masa mula-mula aku nampak dekat wall facebook aku, aku tak teringin pun nak tengok. Tapi disebabkan, deria pendengaran aku terganggu oleh gelak ketawa emak aku yang sekejap perlahan, sekejap kuat then kadang-kadang mengilai-ngilai membuatkan aku pun nak join jugak tengok sekali video apa yang mak aku dok gelak-gelak. Mehh join sekali mehh tengok video bawah ni.

Actually kalau korang tengok dekat youtube memang melambak-lambak video dari 3 suara ni.

Wahh ! Tak tahulah kenapa, aku memang suka betul tengok muka yang baju merah tuh. Penuh confident ok nyanyi lagu raya tuh. Hahahaha. Seolah-olah dia lah penyanyi yang sebenarnya. Yang baju silver tu pun memang handsome and jambu. Same goes to baju biru tuh, anyonyo cute nya muka dia.

Disebabkan dah terpengaruh punya pasal dengan video ni, hari-hari aku dok replay video ni. Memang tak muaklah. And disebabkan video ni jugak, dengan semangat nya aku masukkan lagu raya ni dalam handphone and jadikan ringtone. Walawei, bebudak 3 suara ni memang bagi pengaruh betul dalam bulan Ramadhan ni.

Maybe aku je kot yang terlambat tengok video ni, sebab dalam family aku pun, aku lah yang paling last tengok video ni. Korang pun mesti cakap aku dah ketinggalan zaman kan sebab baru sekarang terhegeh-hegeh nak cerita pasal video ni. Apa-apa je lah kan. Aku share apa yang aku rasa best.

Ehh esok dah hari Isnin kan, so this week memang busy yang teramat sebab aku kena habiskan semua kerja sebelum pergi bercuti raya. Diharapkan minggu-minggu terakhir ramadhan ni, kita berlumba-lumba beribadah. Amin !

Dalindareen8941 Now, I’m officially dah jadi Uitm student. Tapi bukan full time lah. Just buat part time or Pjj je. Masa pergi register hari tuh, aku tengok masing-masing ada yang bawak anak, ada yang bawak isteri/suami and yang penting semua yang datang tuh bawak kereta besar-besar. Dengan secara tiba-tiba terasa kecil nya diri ni. Takpelah yang penting niat nak belajar tuh. So lepas ni, blog aku maybe akan dipenuhi dengan cerita-cerita pasal aku study. Maybe ok ! Tuh pun kalau aku rajin lah.

Oklah di kesempatan ini, aku nak menyusun sepuluh jari mintak maaf kalau ada terkasar bahasa selama aku berblogging ni. Dan aku nak ucapkan selamat menyambut minggu ramadhan terakhir dan Selamat hari raya Aidilfitri. Gila awal kan ucap selamat hari raya, sebab nya memang aku tahu minggu ni aku tak ada masa langsung nak update. Oklah kawan-kawan.

Bebboii !

5 comments:

CIK PELANGI said...

wah kurusnya kawan aku!

Azreen Zunairah said...

ehh tidak2..gambar menipu...

damha said...

slm aidil fitri n maaf zahir batin ye reen...terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kerna minat nk study tu masih ada...walaupun amik partime uitm pjj.....moga2 reen dpt study dgn baik n mencapai apa yg diimpi2kan selama ini....teruskan sehingga berjaya.....

Azreen Zunairah said...

salam aidilfitri jugak untuk awak damha..doakan yang terbaik untuk reen ehh

amranaiman said...

slmt hari raya :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...