Monday, January 2, 2012

Selalunya masa bersama kawan baik adalah masa yang paling terindah dalam hidup =) -Part 1

Assalammualaikum semua !

Serius rindu sangat-sangat nak update cerita yang entah apa-apa dekat blog yang serabut tak tentu hala ni. Bukan apa, hujung minggu aku banyak dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti lebih berfaedah gamaknya. (Ohh kau nak cakap berblog ni tak berfaedah lah ehh Areen). Bukan itu maksud aku, kebanyakan hari sabtu and ahad, aku banyak ikut mak aku pergi kenduri kahwin and balik kampung. Kadang-kadang tuh, disebabkan malas nak ikut aku duduk melangok tengok tv je dekat rumah.

Baru-baru ni pun mak aku ajak balik kampung sebab dekat kampung aku ada buat kenduri sikit. Nasib baiklah kawan aku ada yang nak ikut balik kampung. So tak adalah aku mati kutu sorang-sorang dekat kenduri tuh. Actually kawan aku si Furzanne ni teringin sangat nak ikut aku balik kampung. So dengan hati yang gembira lagi excited, aku terus setuju bila dia kata nak ikut aku balik kampung.

Bila dah sampai dekat kampung tuh, aku terus bawak dia jalan-jalan satu kampung. Sambil-sambil tuh nak dok usha mamat kampung. Oppsss ! Kawan aku tuh je lah yang usha. Aku just jeling-jeling je sebab tuh je yang mampu. Hahahahaha !

Dekat Seri Menanti, Negeri Sembilan ni tak ada banyak tempat pun yang aku boleh si Furzanne ni jalan. Tuh pun aku just boleh bawak dia pergi Istana lama Sri Menanti. Lepas tuh tak tahulah kenapa malang sangat nasib kitorang, istana tuh dah tutup. Tak boleh nak masuk. Dia ada limit time yang kita boleh keluar masuk. Kempunan aku nak masuk tau. kesian si Furzanne tau.

Disebabkan dah tak boleh nak masuk dalam istana tuh, kitorang just snap-snap gambar dekat tempat raja bersiram je. Tuh je lah yang mampu kan.

Dalindareen8028

Actually rumah yang jadi background kitorang tangkap gambar ni kunci. Malas nak tangkap dekat rumah nenek aku. Disebabkan rumah belakang ni comel, so ia adalah tempat yang ideal untuk snap-snap gambar kitorang yang perasan-cun-habis ni.

Dalindareen8043

Maaf lah ye kerana gambar tersangat lah jauh. Sebenarnya aku just nak tunjuk istana lama Sri Menanti dekat belakang aku tuh je. Korang semua nampak kan and pernah tengok kan. Jangan kata tak pernah tengok tau. Semua belajar Sejarah kan. Malang betul nasib kitorang tak dapat masuk dalam istana tuh ! Ahhhhh tension.

Actually tempat yang aku berdiri tuh tempat raja bersiram. Kau jangan nak berangan lah tiap-tiap malam kau boleh skodenga anak raja bersiram. Acara ni just diadakan bila salah seorang anak raja kahwin. Masa tuhlah korang boleh ramai0ramai tengok anak raja tuh bersiram. Ehh salah-salah. Disiram oleh dayang-dayang nya. Muahahaha !

Dalindareen8046

Si mak dara dan si dara. Huhu. Cousin yang paling rapat dengan aku dalam seantero dunia ni. Tapi sekarang susah dah nak ajak dia keluar sebab dia dah kahwin. So pergi mana-mana harus dengan izin suami ok ! Farah kenapa kau kahwin dulu. Kita kan sebaya wei !

Dalindareen8049

Memang dah tak ada tempat lain yang kitorang boleh tangkap gambar. So harap maaf lah kalau korang muak tengok muka kitorang yang sememeh ni. Ehh muka aku sorang je lah. Si Furzanne comel kot dengan spek and gaya ala-ala K-pop nya.

Dalindareen8054

Ok bangunan putih yang jauh dekat belakang tuh, barulah istana bari Sri Menanti. Aku pernah masuk dekat dalam tuh pun sebab ada jamuan raya. Kalau hari lain jangan harap boleh masuk.

Oklah tuh je lah yang aku boleh cerita kenangan teriandah bersama bff aku si Furzanne and cousin aku si Farah. Ada banyak lagi cerita.

Nantikan Part 2 pulak ehhh !

Bebboiiii.

5 comments:

AnakPakZohar said...

bestnye spen time dengan kawan.. ^^

Azreen Zunairah said...

yad'z : harus beshh ! huhuhuhu

Nazri Noh Photography said...

salam
suke baca story morry awk
memang best tau
http://nazrinoh.blogspot.com/

Azreen Zunairah said...

Nazri: macih2..nanti baca lagi ehhh

damha said...

slm reen...dah lama reen x wat entry baru ye....entry sejarah istana sri menanti ni mmg best...saya lom pernah sampai lg tempat ni..istana tu dekat dgn umah kg reen di n9 ka....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...