Friday, April 22, 2011

Pernahkah kamu-kamu semua melihat hantu ? Grrr…. !

Assalammualaikum !
Actually entry ni aku taip malam tadi. Tapi disebabkan rasa seram semacam je tengok gambar hantu sorang-sorang. Aku pun tak jadilah nak publish malam tadi. Bff aku si Wani pun dah tidur. Karang mana tau kan bila aku tengah-tengah update, ada orang ketuk pintu bilik aku ke, ada benda merangkak-rangkak datang dekat aku ke. Haiishhh ! Seram pulak difikirkan even sekarang ni siang and panas nak mampos !

So aku nak tanya korang, korang pernah nampak hantu tak? Honestly, aku memang tak pernah langsung nampak benda alah macam ni. Kalau setakat dengar bunyi yang menakutkan tuh ada. Tapi kalau nampak benda alah ni, memang Tuhan tak bukak lagi mata aku untuk tengok benda-benda seram ni. Cett ! Jangan korang pergi doakan pulak supaya tengah-tengah malam karang aku nampak benda alah yang tak sepatutnya pulak. Memang aku menangis malam karang ! Aku nak exam ni wei. Motif tiba-tiba kan. Hahahaha.

Orang pernah cakap, kalau Tuhan dah bukakkan mata kita untuk tengok benda alah tuh semua, memang lepas tuh kau akan senang nampak benda alah tuh. Even kau memang tak nak pun tengok. Tapi sekali kau dah pernah nampak, memang lepas tuh akan selalu lah kau nampak. Aku dengar cakap orang jugak yang sekali seumur hidup kita, mesti kita akan nampak benda alah tuh. Hei ! Kalau boleh aku tak nak lah. Mintak-mintak dijauhkan. Sebab aku ni penakut kot. Tengok cerita Ngangkung pun aku dah tutup mata, apa lagi kalau tengok secara life kan. Huhuhu.

hantu-sekolahan


Saja je nak tempek gambar-gambar ni. Biar bagi effect seram sikit di siang-siang hari. Hehehe. Kalau aku lah yang berada dalam gambar ni. Memang aku tak akan simpan gambar ni. Tak pun aku potong je bahagian yang menyeramkan tuh. Yelah buat apa kalau kita tengok gambar, kita sendiri rasa takut. Elok-elok sepatutnya kau tengok gambar tuh rasa happy je, alih-alih rasa seram pulak kan.


hantu361

Hah ! Yang ni pun aku rasa memang bagi effect seram nak mampos dekat aku. Manalah tahu time tuh ada angin and tutup muka perempuan tuh dengan rambut kan. Tapi aku still rasa seram jugak.


foto-hantu-suster-wanita-kuntilanak


Wei kaki dia terapung wei ! Ahhh even siang macam ni pun, segala bulu dekat badan aku ni dah tegak semacam je. Serius takut gile. Macam mana ehh orang yang tangkap gambar tuh rasa. Tak rasa nak terkencing and nak bakor ke ? Ke dia rasa macam tengok cerita Khurafat je. Jerit-jerit and lepas tuh tutup mata and tutup telinga. Ehh ! Tuh macam gaya time aku tengok cerita Khurafat tuh je.


hantu3551


Mostly gambar-gambar yang aku google semua nya datang dari Indonesia. Negara lain tak ada pulak aku tengok. Ke hantu Indonesia dah datang dekat Malaysia and merebak-rebak pergi seluruh negara. Entahlah. hehehe

Tapi kalau tengok dalam gambar ni pun, tak mustahil dekat belakang tuh memang betul-betul manusia kan. Yelah kadang-kadang orang boleh salah anggap sebab perasaan takut tuh dah menebal dalam diri tuh.

Kalau boleh aku memang mintak dijauhkan dari nampak benda ni semua. Cukuplah aku tengok dalam gambar yang macam ni je. Tak sanggup aku nak tengok secara life. Tapi kalau lah aku ternampak secara life. Aku harap time tuh Tuhan kuatkan semangat aku. Serius aku ni penakut sangat wei ! Adik aku boleh dok gelak-gelak bila aku tutup muka dengan jari and siap tutup telinga sekali. Memang dasar ! Oklah aku nak pergi mandi ni. Doakan aku selamat ehh ! Ekk motif.
Bebboiii !

8 comments:

Bulan said...

saya pernah tengok hantu masa umur 8tahun kat kampung..
hoho best woo dapat tengok hantu depan mata dalam masa 15minit!
kurang asam punya hantu kacau orang tidur..selamat la xbasah tilam malam tu hahaha ;p

Azreen Zunairah said...

bulan: ye ke...wah !! kira ada gak pengalaman..reen x pernah langsung nampak tau...hehehehe

Syuk Ry said...

boley cayer ker bnder2 cam ni..

Azreen Zunairah said...

syukry: x taulah boleh caya ke tidak..huhuhu

CikPuan Fara said...

walaupon maybe tu teknik computer.. aku tetap takot tgk gmbr2 tu.. huhuh

Azreen Zunairah said...

cik puan fara: tuh arr pasal wei..takut gile...huhuhu

Yana ♥ said...

hohohoo .. seram doe =.=''

Azreen Zunairah said...

liyana : tuh arr pasal..aku tgk pon gerun wei !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...