Monday, March 21, 2011

Sesi men-datingkan diri bersama encik boipren tersayang and Review movie Hikayat Merong Mahawangsa !

Assalammualaikum !

Wah ! Dua hari aku tak update belog dah. Bahang kepenatan dari pameran inovasi aku hari Khamis hari tuh still in the mood lagi. Rasa malas je badan ni. Lagi-lagi sekarang ni sejuk je. Memang syok lah peluk bantal sambil mimpi benda-benda yang best. Mimpi apa? Entah ! hehehe.

Actually memang aku dengan boipren aku dah lama plan nak tengok wayang tapi kitorang asyik dengan tak ada duitnya sebab dihabiskan dekat final projek, masa yang asyik pack. So lepas je final projek ni, aku memang ajak dia pulun tengok semua cerita yang ada dekat wayang sebab dah dekat sebulan lebih kot aku tak pergi tengok wayang. Kalau dulu tuh, seminggu sekali wajib tengok wayang. Dah semester akhir ni, nak tengok sebulan sekali pun susah. Tak apalah kan. Semua ni pengorbanan. Motif ! So disebabkan dah sebulan lebih tak keluar bersama-sama even kitorang ni punyalah dekat. Rumah sewa dia pun depan rumah sewa aku je. Aku dengan boipren aku pun pusing-pusung satu bandar Melaka.

First aku pergi ni sebab nak cari baju dinner untuk Malam Pra Graduan untuk hari Rabu nanti. So lokasi pertama yang aku pergi ialah Jaya Jusco. Untuk pengetahuan semua, aku tak risau nak pergi jalan-jalan mana pun sebab dah ada orang nak belanja aku. So pergilah mana-mana pun asalkan ada duit. Sampai-sapai je dekat JJ, aku yang memang dah lapar nak mampos ni ajak boipren aku pergi food court sebab dah lama tak melantak dekat JJ. So saksikanlah macam-macam gaya aku bila dah dapat makanan.

Dalindareen6562

Aksi budak perempuan yang selebet bila dah dapat makanan yang sangat-sangat berlemak. Apalagi kalau bukan ABC dengan Croquet. Ini adalah aksi control ayu lah konon walaupun bila tengok banyak-banyak kali, tak adalah ayu mana pun !

Dalindareen6563

Aksi kanak-kanak bila dapat ABC yang letaknya dalam cawan air. Nampak tak biskut rokok tuh ! Nampak tak. Jangan terpedaya ehh. Sebenarnya tak adalah panjang mana pun. Just dia belah dua and cucuk dekat bahagian atas ABC.

Dalindareen6564

Aksi cuba membesarkan mata dan membulatkan mata bila dapat sotong  yang tak lah sebesar and segodang mana pun. Motif yang sebenar hanyalah untuk tunjuk contact lens. Apa-apa pun sotong tepung tuh memang sodap gilo !

Seriously aku memang rasa lain bila keluar dengan boipren aku pakai tudung biasa macam ni. Selalunya mesti nak pakai shawl shawl bagai and ada riben tuh. Tuh yang bila pakai tudung biasa ni, habis senget-benget tudung aku. Tak tahu nak betulkan macam mana lagi. Oklah aku malas nak merepek and meraban lagi. Mehh sini aku nak review serba sedikit pasal movie Hikayat Merong Mahawangsa.

images (17)

Cerita ni pasal seorang Putera yang namo ehh Marcus yang asalnya dari Rom nak jumpa dengan Puteri China sebab kena berkahwin dengan puteri tuh untuk mengeratkan lagi hubungan negara Rom and negara China. Disebabkan banyak kapal negara Rom hilang masa belayar, so putera tuh nak carilah seseorang yang boleh bawa dia jumpa dengan Puteri China dekat Semenanjung Emas.

Nak dipendekkan cerita, Putera ni berjumpa dengan Merong yang time tuh dekat Goa, India. So dia suruh Merong ni temankan dia sampai Semenanjung Emas. Masa dah sampai dekat Semenanjung Emas ni lah, diorang kena serang dengan Geruda. So tuh je lah aku nak review. Kalau nak tahu lebih lanjut, better korang tengok sendiri. Barulah syiook ! Hahahaha.

Yang paling aku geli dengan Kemawas. Tak tahu kenapa. Yang paling aku tak tahan bila time Kemawas nak rogol Puteri China. Boleh ke dia cakap macam ni, “ bila tangan sudah dibuka,masa kan dpt ditahan airnya". Gile lucah oiit ! Hahahaha. Tapi yang penting, aku memang suka gile dengan putera Marcus ni sebab dia handsome gile wei ! Mehh sini aku kongsi kehenseman dia.

images (16)

See see handsome kan si Marcus ni. Bukan yang belah kanan yang tengah pakai serban and buat gaya berpidato tuh ok. tapi yang tengah putih mulus tuh. Aww handsome nya !

So far muka aku memang asyik mengantuk je lah. Sebab penat kot seharian berjalan tanpa arah tuju ni. Tapi apa-apa pun memang best sangat sebab dah lama aku tak keluar jalan-jalan macam ni.

Dalindareen6578

Ohh muka ku yang bulat, mata yang ngantuk and tudung yang gelembung-gelembung. Memang buruk gile lah oiit !

Dalindareen6581

Makan ABC lagi. Boipren aku dok pung pang pung pang cerita kat aku. Aku bantai tangkap gambar dia. Sebebnarnya dia tak bagi aku upload gambar ni sebab buruk. Tapi apa aku kisah. ABC yang sedap. Haiyoo sia-sia je lah diet kau selama ni Areen. Oklah aku dah ngantuk dah ni. Esok kelas pukul lapan. Presentation lagi tuh. Oklah good nite

Bebboiii !

8 comments:

Einaz Shah Rizal Thomas said...

tembam tapi comel mey.
ienaz pun tembam juga ;PP

fyna said...

wa..dah tengok cerita ni ye..fyna dok kedah saje tapi xtgk lagi..ekke

Azreen Zunairah said...

ienaz: mana ada ienaz tembam tau..cantik ada lah....

Azreen Zunairah said...

fyna:pegi tengok...pegi tengok...best gile tau

alinac lover said...

aiseh..bila yong nak p tgk ni.xde ms nk p dating lg ni.hahahha

psst..popiah durian cane eh? inti durian ke?

Cempaka R.Minta said...

hii cempaka datang

Azreen Zunairah said...

yong: haah yong...sedap gilelah...durian dia asli betul..

Azreen Zunairah said...

cempaka:hye cempaka !!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...