Wednesday, February 2, 2011

Ragam-ragam budak-budak yang online dekat facebook. Tak ada kena mengena dengan sesiapa ehh. No heart feeling ok !

Assalammualaikum !

Wah ! Dengan lajunya aku update belog aku lepas mak aku dah bayarkan bil berukband aku ! Memang macam hampeh sikitlah ehh disitu. Bila dah dekat-dekat nak sampai due date berukband kena bayar, internet dah macam siput sedut dah, lembab or moist nak mampos ! Bila dah bayar ni, hah ! ambik kau, klik satu link cepat nak mampos loading nya. Kadang-kadang tak sempat nak loading, dah appear website yang kau nak tuh ! Dunia..dunia kan.

Bila cakap pasal dunia, boleh dikatakan satu dunia sekarang tengah hot dengan satu website ni yang boleh kau cari jodoh dengan cara search je nama-nama siapa then kalau hensem atau cantik sikit kau add lah. Then website yang boleh buatkan kau dengan member-member lama kau yag lahir satu hospital dulu untuk buat reunion ceremony, then ada jugak yang boleh majukan sesuatu bisnes kau tuh. Sebagai contoh kau meniaga tapai ubi campur belacan, so kau post lah gambar tapai ubi belacan kau tuh dekat website ni then tagged lah semua member kau dekat gambar tuh. For sure ramai yang tertarik dengan produk inovasi kau tuh ! Website ni memang korang tau sangatlah kan ! Yelah website apa lagi kalau bukan Facebook !

766259644_96570a3c3a

Aku memang dah lama ada account Facebook. Tak silap aku since aku dari form 5 lagi. Tapi time tuh kan tak hot lagi Facebook ni, orang dok layan MySpace jek so memang fb aku tak layan langsung lah. Then bila dah masuk poli barulah aku aktif balik, tuh pun sebab nak main game punya pasal.

Bila aku dah lama berkecimpung dengan dunia Facebook ni, aku tengok macam-macam ragam yang kadang-kadang menggelikan hati aku, boleh buat aku nangis, kadang boleh buat aku menyampah nak mampos ! and sometimes juga aku boleh rasa sedih and kesian sangat-sangat tau. Tapi tuhlah Facebook. Tipulah kalau sesiapa yang ada account Facebook ni tak pernah rasa semua benda yang aku cakap tadi. Kalau tak rasa, mehh sini aku lempang laju-laju nak ! Yelah orang lain yang ada account Facebook boleh terlebih emosi bila ada status-status sedih, kau boleh tak ada rasa apa-apa. What the fat ! Meh lah sini aku list kan ragam-ragam yang dok bantai cerita tadi :

Jenis yang rajin nak mampos ! tukar relationship diorang.

Satu hari  si Matpet bin Matpot tukar relationship dia yang dari single ke in relationship macam ni :

Matpet in relationship with Diknon”

Hah ! Lepas tuh berduyun-duyun orang komen yang berbunyi macam ni :

  • Wah bila kau tackle dia ni ! Melepas lah aku. Aku minat dia dulu kot !
  • Tahniah ! Korang dua orang memang sepadan sangat.
  • Alah layaklah dengan muka kau wei. Si Diknon bukan cantik mana pon. (Ni tak sebab jeles, mesti sebab kedengki )

Lepas tuh beberapa hari lepas tuh Matpet tukar relationship dia pulak:

Matpet bin Matpot is single”

Hah ! Lepas tuh masing-masing tunjuk simpati terutamanya yang girl-girl desperate lah:

  • Takpelah, nak buat macam mana kan, dah tak ada jodoh.
  • Wah cepat nya you single ! Takpe, I kan ada .
  • Layaklah dengan muka kau ! ( ni spesis kedengki tadi lah )

Jenis yang rajin nak mati update status !

Benda ni memang aku tabik springlah sebab aku pun tak rajin nak update status Facebook macam ni tau:

Pagi-pagi celik je mata, Matpet bin Matpot pun hupdate status macam ni:

  • Good morning semua ! Ahh busuk nya bau mulut aku, aku pergi gosok gigi dulu ehh !

(5 minit kemudian)

  • Ahh beshnya gosok gigi tadi, mak kita beli ubat gigi cap kodomo lion ! Aishhh rasa nak terberak pulak. Kejap tau.

(5 minit kemudian)

  • Puasnya berak tadi. Syok-syok tengah berak, terkentut pulak ! Memang heaven.

(5 minit kemudian)

  • Laparnya ! Nak pergi sarapan lah. Mak kita buat tapai ubi belacan. Selamat menjamu selera.

(5 minit kemudian)

  • Sedapnya tapai ubi belacan yang mak kita buat. Nak sikit? Datanglah rumah !

ae461bb03bdce93dbad9-L

Ahhh ! Kau rasa annoying tak bila setiap kali kau tekan refresh or reload balik page kau. Matpet bin Matpot ni punya status je yang appear dekat wall kau. Gile annoying kan !

Jenis budak-budak baru nak up punya status !

Matpet bin Matpot ni baru je form 4 and disebabkan nak orang rasa dia comel gile nak mati, dia suka sangat update status macam ni:

  • Wawww ! Harieww nieww mak kiteww mawsak kuewtiaww bewwlacan ! Sapew-sapew yawg nak raseww silewwlah dawtang rumah kiteww !

Ahhh tension nya aku bila baca status macam ni ! Dahlah kena eja satu-satu. Baca status satu ni pon ambil masa sampai setengah jam terkemut-kemut !

Jenis yang suka bagi application dekat orang lain !

Hah ! Perasan tak kadang-kadang orang banyak post kat wall kau pasal application nak cium lah , nak senyum lah, bagi bunga rose lah, bagi hadiah lah sampai penuh wall kau ! benda ni aku tak kisah pun sebab lagi banyak aku dapat, tandanya lagi ramailah orang yang take care dekat aku. Ye tak ! Tapi kalau banyak sangat, memang aku remove lah sebab kadang-kadang laptop aku boleh jadi hanged sebab benda-benda ni semua.

Jenis yang suka nge-tagged kawan-kawan dengan gambar tah apa-apa !

Hah yang ni aku memang pantang. Pernah sekali tuh ada orang tagged aku gambar badan-badan manusia yang dah hancur sebab eksiden ! Seriauu aku nak tidur malam-malam. Lepas tuh ada satu masa dulu tengah hot pasal breast sorang perempuan ni keluar ulat-ulat lepas pakai bra yang tak dibasuh dengan betul. Yang kawan aku ni punyalah syiokk tagged sorang-sorang kat gambar ulat tuh ! Ahh serius geli !

Then bila dah tiba time raya, ramailah yang tagged aku dengan gambar kad raya. Mula-mula satu komen yang datang lepas tuh masing-masing pakat ramai-ramai dok borak-borak kat situ. Gile annoying sebab dorang borak benda yang tak ada kaitan dengan aku..hahaha !

Status dari boipren kepada girlpren nya atau dari girlpren kepada boiprennya !

Hah ! Matpet bin Matpot ni time-time in relationship dengan Diknon suka sangat post dekat wall Diknon yang berbunyi macam ni:

“ Ohh sayang, I love you until the end of my SPM”

Yang si Diknon ni pulak balas :

“ Ohh B, bestnya dengar you cakap macam tuh. I Love you to0 B !

Hahaha yang ni memang terkena kat batang hidung aku sendiri lah sebab aku pun memang suka post kat Wall Facebook boipren aku dengan status yang boleh buatkan kawan-kawan aku termuntah hijau. Tapi memang aku menyampah kalau status kau tuh, kau nak hupdate beribu-ribu kali macam kau sorang yang ada boipren or girlpren. Sekali sekala sudah lah ! Jangan over ! Memang lah masing-masing ada hak nak tulis apa-apa pun tapi hello ! Facebook ni semua kawan-kawan kau ada ! So paham-paham sendiri lah ehh.

Ok lah tuh je lah yang aku nampak setiap kali aku bukak Facebook aku. Tapi apa-apa pun, disebabkan Facebook ni lah aku boleh terleka sebab enjoy sangat. Ingat ! Sebab Facebook jugaklah seseorang boleh putus dengan boipren or girlpren dia, sesorang boleh bergaduh dengan bestfriend dia and sesorang boleh jadi musuh dengan orang lain. So fikir dulu sebelum nak post apa-apa or buat apa-apa. Ada paham ?

Penat dah aku melalut and meraban ni. Thanks kerana sudi membaca and ingat ehh ! Entry ni tak ada kena mangena dengan sesiapa pun, benda ni semua umum. PEACE ! No heart feeling ok.

Dalindareen6251

PEACE NOT WAR !

Saja nak tempek gambar aku dekat sini. Oklah bebboiii !

11 comments:

echa said...

btol3!!
memang gini la ragam2 yg de kt fb 2
sye sokong =)

Azreen Zunairah said...

echa : hahaha memang betol pon kan..hikhikhik

Mr.NS said...

reen mmg ska mkn blacn yek..nnt wt la stuffed chiken serve wit belacan sos xpn wat slad jgn gn 1000 island..tp gn blacn dressng..perg gmpak la..haha..

Tyra Nylea said...

sometimes they're misused the kemudahan kan... hahahaa.. facebook oh facebook... menyampah2 pon rmi yg lyn lg kan... ;)

Azreen Zunairah said...

abg ery: sukalah jugak..tuh yang asyik post dlm entry tuh...huhuhu.gilo lak aii nak wat produk camtuh..hahaha

Azreen Zunairah said...

tyra:tuhlah kan..benda yg kita nyampah..tu yg kita lagu nak layan kan..huhuhu

Izyan said...

yan plg bnci budak2 yg tulis mcm nak g new lew..tergeliat lidah nak sebut...kan kan..

Azreen Zunairah said...

izyan:haah kan yan...mcm ayat mat mat rempit jek..hahaha

ada mokhtar said...

biasala bila dah tak da kerja sangat kan.. semua benda nak tulis kan.. btw, cik epal pun pernah tulis pasal ni gak.. macam-macam ragam kan kita boleh tgk kat fb =)

Azreen Zunairah said...

ada mokhtar: haah kan..cik epal pun ada gak cite pasal benda ni kan..setuju sangat dengan semua benda yg dia cakap..suke lah baca belog dia kan..

damha said...

cantiknyer mata azreen yg ditempekan dlm blog tu...he333

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...