Thursday, February 3, 2011

Mehh sini aku nak cerita pasal Junior Masterchef Australia ! Jeles betul aku tengoklah.

Assalammualaikum !

Rajinnya aku nak update tengah-tengah malam ni kan ! Tak taulah kenapa tapi dengan secara tiba-tiba aku rasa sedih sebab cuti semester aku tak lama lagi akan habis. Hari Ahad ni je aku akan balik Merlimau, Melaka kesayangan aku tuh. Ekk ! Disebabkan tuh jugaklah aku dok bantai tengok macam-macam resipi kat internet sebab nak buat untuk family aku. Masa tengah sedap-sedap tengok makanan yang sedap-sedap, sekali terkeluar gambar ni, memang saja nak sekat nafsu makan aku yang tengah membuak-buak ni.

ts

Siapa pernah tengok cerita ni ? Angkat laptop ! Sebab aku pun tengah semangat angkat laptop ni. Alah kalau korang tak pernah tengok pun, korang still boleh tengok dekat youtube pasal benda ni. Lagipun cerita dia dah habis pun so memang nasib kau lah tunggu loading yang lama-lama dekat youtube tuh.

Lagi satu kan kalau tengok dekat tajuk cerita ni, dia cakap pasal chef-chef kan. For sure punyalah korang akan ingat. Alah ni mesti pasal pertandingan antara chef-chef yang terhebat ni. Nak tengok siapa yang boleh buat makanan paling sedap. Hei ! Salah semua itu ye. Memang masa mula-mula aku tengok cerita ni pun aku rasa macam malas nak tengok. Yelah, dah naik muak kot aku tengok orang masak-masak je ni. Tapi bila starting dia dah tunjuk budak-budak sebaya adik aku yang darjah dua tuh yang masak. Aku jadi macam excited pulak nak tengok. Ok meh sini aku tunjukkan bakal-bakal chef yang sebaya dengan adik aku tuh !

696903-junior-masterchef

See see ! Comelkan budak-budak ni semua. Masa baru nak starting cerita, aku ni punyalah kedengki siap cakap “ Boleh ke diorang semua ni masak ? Eleh ! Setakat masak telur mata dekat pan pastuh lambung-lambung, aku pun boleh ! Aku siap pakai kuali lagi tuh !” Gile kerek tak kerek aku kan ! Tapi bila dah tengok apa benda yang diorang nak buat. Aku terdiam terus. Malas nak cakap apa-apa dah.

056049-tayla

Dalam banyak-banyak budak yang ada dalam cerita Junior Masterchef ni, aku paling suka si Lucy ni. Tak tahu lah kenapa tapi yang penting memang sangat-sangat best bila dengar dia bercakap. Even benda yang dia masak tuh simple je and tak adalah menarik perhatian juri sangat, tapi the way she talk buatkan juri suka sangat-sangat dengan dia. Kau tengoklah cara dia pakai mesin dekat atas ni. Even aku yang budak hotel katering ni pun terkial-kial masa first time guna mesin ni. Tapi Lucy relaks je. Kau hado? Nan hado !

557611-junior-masterchef

Kalau yang boy pulak, aku memang minat sangat dengan Piere ni. Macam mana ehh nak pronouce nama dia ni betul-betul ehh. Ok ikut aku cakap tau. Piiii-Yea !!! Ok dah pandaikan nak sebut. Kalau Pii-Yea ni, dia memang suka sangat masak makanan tradisional dari negara dia. Dia dok negara mana ? Aku tak ingat pulak. And faktor yang sebab kan aku minat dekat dia ni sangat mungkin kerana Piii-Yea ni handsome kot ! Hadoii, dengan budak-budak pun jadi ehh kau ni Areen. Tapi serius kalau kau tengok muka dia, memang cair beb aku cakap. Lagi-lagi kalau pandang betul-betul dekat mata dia. Ahh meroyan aku !

junior

Comel dan hot kan mereka. Aku tak pandang sangat kat budak-budak perempuan sebab yelah nafsu perempuan kan. Mesti nak pandang kat budak lelaki yang comel-comel je. Empat orang ni memang pandai masak gile lah ! Kalau aku join competition pun aku rasa memang tak layak kot ! Yelah first sebab aku ni dah terlebih umur walaupun masih nampak macam muda-muda gituu ! Second pulak, aku ni manalah reti sangat nak masak, so layak ke nak join competition? Masak kat dapur pun tergagap-gagap lagi, ni nak join competition !

8708237

Lastly, budak perempuan yang belah kanan tuh jugak yang menang. Isabella nama dia. Dia umur 2 tahun kot, kalau tak silap aku lah. Kan aku dah cakap tadi aku tak ambik tahu sangat pun pasal budak-budak perempuan. Korang tak percaya kan ! Tapi apa-apa pun aku tak sabar nak tunggu second season Junior Masterchef ni keluar kat tv. Boleh lah aku try test apa yang diorang masak kan. First season ni aku tak dapat nak follow sangat, yelah dah balik Seremban baru aku tengok Astro so aku harap second season ni, aku dapat lah tengok sepenuhnya.

page

So inilah antara hidangan yang budak-budak cinonet tuh semua buat. Nampak bestkan and nampak simple je. Tapi bila tengok diorang buat macam susah je. Apa-apa pun memang nampak sedap semua benda yang diorang buat. Aku suka and rasa nak masuk dalam tv tuh then pergi cekup satu-satu semua makanan yang ada. Ekk motif !

Oklah kepala aku pun dah pening melalut and meraban dari siang tadi. Lepas tuh tadi masa tengah syiokk tengok tv dengan family aku, aku sedap je kentut. Kalau tak ada bau tak apa jugak, ni bau dah lah macam belacan basi, Lepas tuh bau dia lama pulak tuh. Aduhai !

Oklah bebboiii !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...