Wednesday, February 16, 2011

Kenapa ehh cerita zaman dulu jugak yang best. Cerita zaman sekarang ni bukannya tak best tapi kurang best je ! Hehehe

Assalammualaikum !

Kenapa ehh semua cerita yang keluar dekat tv or wayang sekarang ni macam tak best je. Kalau masa zaman aku sekolah rendah and sekolah menengah dulu, boleh jugak aku dok melangok depan tv lama-lama. Boleh dikatakan semua benda aku nak buat depan tv dulu tau. Makan aku nak duduk depan tv, sambil-sambil sapu kawasan ruang tamu kat rumah aku dulu, aku buat-buat stop depan tv sebab ada cerita best, nak tunggu turn mandi pun aku boleh dok melepak depan tv. Punyalah best cerita yang ada masa dulu.

Kalau time sekolah dulu, yang aku ingatlah kan, time tuh tengah hot dengan cerita hindustan. Kau cakap je cerita apa yang aku tak pernah tengok tau. Boleh dikatakan tak cukup aku tengok dekat tv, aku siap pujuk mak aku untuk belikan vcd cerita hindustan tau. Dulu kan vcd ni macam tak popular sangat kan, so harga satu vcd pun dah dekat dua puluh hengget kan. So disebabkan dah kemaruk sangat nak tengok cerita hindustan berkali-kali, aku dok bantai pujuk mak aku untuk belikan vcd. Macam dulu kan cerita yang paling aku suka tengok ialah :-

Kuch Kuch Hota Hai

Hah ! Dalam banyak-banyak cerita kan, cerita hindustan ni lah yang paling aku minat sangat-sangat tau. Sampaikan vcd dekat rumah aku dulu tuh dah patah-patah lah sebab asyik dok pasang kat vcd player kan. Lepas tuh dah patah, aku suruh mak aku beli vcd tuh lagi. Aku suka sangat dengan cerita ni sebab aku ni salah seorang peminat Kajol and Shah Rukh Khan dulu. Setakat Salman Khan dengan Orlando Bloom memang aku tak pandanglah. Yelah sebab tak kenal langsung kan time tuh.

Lagi satu yang aku minat sangat nak tengok cerita Kuch Kuch Hota Hai ni sebab ada budak perempuan yang comel nak mati yang diberi nama Anjali. Disebabkan obses nak mampos dengan Anjali tuh, aku sanggup tuh suruh mak aku potongkan rambut aku sejibik sejiban macam Anjali tuh. Siap suruh belikan cekak rambut yang berwarna warni tuh. Lepas tuh siap suruh mak aku buatkan fringe dekat rambut aku betul-betul straight ikut atas kening aku tuh. Gile tak gile punya obses kan !

600full-dilwale-dulhania-le-jayenge-poster

Still lagi cerita pasal hero and heroin yang aku paling minat. Siapa lagi kalau bukan Kajol and Shah Rukh Khan kan. Cerita ni aku minat sebab minah and mamat dua orang ni berlakon dekat tempat yang cantik gila, apa lagi kalau bukan Eropah kan. Lepas tuh dalam cerita ni yang menariknya, si Kajol suka sangat tunjuk perangai bodoh-bodoh bangang dia tuh. Memang comel nak mampos lah wei !

Dalam cerita ni yang aku tak boleh nak terima pakai lah kan, bab scene yang Shah Rukh Khan bergaduh dengan bakal suami Kajol. Yelah, dah berdarah-darah pun boleh lagi tuh nak fight and tunjuk terror lawan semua orang jahat dekat situ. Bagus gile lah kan. Lepas tuh darah semua nak warna pink kan. Hahahaha kantoi !

pardes-wallpaper

Wah ! Yang ni cerita minah hot yang memang aku paling minat. Dia cantik gile kot wei ! Sapa lagi kalau bukan Mahima Chaudry kan. Hei aku bukan lesbian ok ! Biasalah tuh kan. Perempuan yang cantik selalunya akan menjadi idola perempuan yang budget cute macam aku tau.

Cerita ni pun aku nak tengok sebab hero dengan heroin dia jugak yang cantik and hensem. Kalau tak jangan haraplah aku nak tengok kan. Minta maaf je lah kan !

dilhaitumhaaradvd

I love u Arjun Rampal ! Stop it Areen. Dia dah kahwin dah pun ! Tapi serius wei aku masa tengok cerita ni, memang tak berkelip mata aku tengok si Arjun ni. Lepas tuh ada pulak dua minah yang memang hot gile kan  sapa lagi kalau bukan Preity Zinta dengan Mahima Chaudry.

Cerita ni memang ada elemen sedih and gembira lah. Yang best nya dalam cerita ni, si Preity Zinta tuh jadi tomboy. Memang syiokk gile tengok dia berlakon lah. Lepas tuh yang si Mahima Chaudry ni pulak aku rasa dia macam watak yang menyibuk je sebab kacau hubungan Preity Zinta dengan Arjun Rampal. What the fat !

Bollywood_Romance_001_dil_to_pagal_hai

Wah cerita yang buat aku menyirap sepanjang masa ! Aku pun tak tahulah kenapa tau setiap kali aku tengok cerita ni mesti rasa macam nak baling-baling je tv tuh. Yelah aku ni peminat setia Karisma Kapoor tapi dalam cerita ni pulak Shah Rukh Khan bercinta dengan Madhuri Dixit pulak ! Memang aku sang-sangat tak suka lah and rasa kesian sangat dekat Karisma Kapoor.

Eh pahal kau nak emosi lebih pulak Areen, cerita je kot, bukan kau pun yang berlakon ! Tuh pun nak emosi lebih tau. Masa time kecil-kecil dulu, kalau tengok cerita ni je mesti mak aku tutupkan mata sebab banyak censored dalam cerita ni. Tapi sekarang, aku main bedal je tengok cerita ni. Yelah dah lapan belas tahun ke atas kan.

Boleh dikatakan semua cerita hindustan zaman dulu-dulu aku minat sangat tau. Nak dibandingkan dengan zaman sekarang ni, dahlah ramai pelakon baru yang aku tak kenal then aksi lucah melampau-lampau banyaknya. Memang tak berminat langsunglah aku nak tengok cerita hindustan sekarang ni. Paling terbaru pun aku tengok cerita ni :-

poster_HISSS-2

Cerita ni memang buat kan aku nak termuntah, nak terberak semualah sebab aku ni dah lah sorang yang penggeli dengan ular so bila tengok cerita ni dengan serta merta segala bulu yang ada dekat badan aku ni meremang tau. Kalau lelaki maybe lah berminat kot nak tengok cerita ni sebab heroin dia yang jadi ular ni pun memang seksi nak mampos lah !

Kalau nak dibandingkan dulu dengan sekarang pun, memang semua dah berubah. Contohnya macam Shah Rukh Khan kan, dulu perut pun boroi and tak hensem mana pun tapi bila sekarang ni aku tengok badan dia tough lah sangat hoi ! Berlakon pun cerita action je and yang penting cerita dia tak best macam dulu lagi dah.

Oklah dah penat aku membebel meraban tah apa kejadahnya kan. Korang pun mesti dah penat kan baca entry aku yang panjang lebar ni.

Oklah bebboiiii !!!!

 

8 comments:

fiDooo said...

sebab cerita zaman dulu tu pelakonnya hebat2... zaman sekrg main sapu jek...

Azreen Zunairah said...

fidoo:
ye ehhh !!! betul jugaklah cajap fidoo tuh kan..semua pelakon tah apa-apa

Cempaka Biru said...

ha'ah.. betol2... cite zaman dulu semua touching2, message pun banyak...paling suke kabhi kushi kabhi gam...cite zaman dulu walau tengok 10x pun tak boring, tp sekrang baru tgk skali nak termuntah, apatah lagi 2 kali...

Saya juga sering review filem di blog sy, coz sy kaki wayang.. jemput ziarah jika berkesempatan...

Azreen Zunairah said...

Chempaka Biru:

memang betul pun kan..kadang-kadang baru tengok sekejap dah rasa boring yang amat kan...

insyallah reen akan dtg belog awak...thx kerana sudi menyinggah

Mr.NS said...

tgu abg jd plakon nnt,cmfrm cita smua jd bes blk..ahak3..

Azreen Zunairah said...

abg ery :
hahaha sengal gile arrr...ok2 kalu abg jadi pelakon sure meletop cite tuh...huhuhua

iNsPirAsi HaTiku said...

ooohhhhh....rindu citer hndustan yg mcm dolu2 jgk...huk3...

Azreen Zunairah said...

jom tengok citer hindustan jom!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...