Sunday, January 23, 2011

Tutorial mekap simple untuk keluar dating dengan bff ! Aku pakai webcam laptop je and just tangkap gambar. Aku tak berani nak buat video lagi. Sapalah aku kan !

Assalammualaikum !

Berani tak aku nak buat tutorial mekap ? Berani kan ! Padahal belog aku ni dah lah entah apa-apa. Merepek meraban je setiap masa sampai aku rasa korang pun macam dah nak termuntah hijau je setiap kali baca belog aku kan. Actually aku bukan rancang pun nak buat tutorial pun tapi disebabkan semalam aku nak ber-dating pergi Bandar Melaka dengan bff aku semua, lepas tuh bila mandi terfikir “ Tak salahkan aku buat tutorial mekap?”. So tuh lah yang terciptanya tutorial yang tah apa-apa ni. Up to you all lah nak baca atau tidak.

Sebelum tuh aku nak bagitau lah yang tutorial aku ni memang lain daripada yang lain. Selalunya tutorial orang buat dalam bentuk video kan. Tapi yang aku ni lain sikit. Aku pakai gambar je. Tangkap gambar pun pakai webcam laptop je. So gambar macam tak jelas sangatlah. So mehh sini aku start kan tutorial aku ehh. Muka sedikit buruk sebab lighting nya tak lawa. Yelah da kata pakai webcam kan. Ok ! Let’s get start bebeyh !

Snapshot_20110122_1

Snapshot_20110122_2

Ok macam aku, aku guna Safi Rania Gold untuk base cream aku. Aku tak pakai foundation, concealer bagai sebab muka aku jenis berpeluh. Lepas tuh bila berpeluh mulalah berminyak. So aku pakai Safi Rania Gold yang untuk menegangkan kulit tuh and sebab tuh jugaklah pipi aku tegang and montok semacam..hahaha

Korang calit-calitkan lah cream tuh ehh macam dalam gambar yang atas ni. Cream ni maybe akan buatkan muka kau maca, letak tepung komak. Tapi korang pandai-pandai lah agak kan. Janganlah letak terlampau banyak.

Snapshot_20110122_3

Hah ! kan aku dah cakap macam tepung komak ! Aku ter-over pulak tuh yang jadi macam ni. Then korang tempek kan compact powder lepas dah pakai cream Safi tadi. Compact powder yang aku guna ialah brand Silky Girl nombor 02 (natural). Aku advise kan korang pakailah compact powder ni sebab muka kita memang tak nampak berminyak langsung even ko dah berjemur kat tengah panas.

Snapshot_20110122_5

Snapshot_20110122_6

Lepas tuh korang apply kan kelopak mata dengan tulang kening korang dengan eyeshadow warna putih. Aku pakai eyeshadow MAC je. Tuh pun jenis yang cap pasar malam je. Aku tak mampu nak beli MAC yang original. Sob sob.

Sebab apa aku apply kan dekat kelopak mata dengan tulang kening? Sebabnya untuk nampak mata kita lagi cantik and nampak kening kita macam kena cukur. Hah ! Korang jangan tak tahu tau. Even kita tak cukur kening tapi kita boleh cantikkan kening kita dengan cara macam ni.

Snapshot_20110122_8

Then apply kan eyeshadow warna Gold dekat kelopak mata. Yang ni pun aku pakai eyeshadow MAC jenama pasar malam je. Tapi ok apa warna dia tau. Cantik pun cantik jugak.  Lagi satu pastikan korang apply kan eyeshadow betul-betul dekat kelopak mata korang. Lepas dah apply kan, blend eyeshadow tadi dengan berus kecil untuk nampak kan eyeshadow yang kita pakai tuh smooth.

Snapshot_20110122_10

Snapshot_20110122_11

Then ambil warna dark brown and apply kan dekat garisan hujung kelopak mata. Apply kan jugak dekat tulang kening. Jangan lupa blend kan ok untuk nampak kan eyeshadow korang tuh smooth. Ikut suka korang lah nak apply berapa banyak warna asalkan tak nampak macam opera cina sudah !

Snapshot_20110122_12

Ok ni lah masa yang dinanti-nantikan. Seriusly aku memang suka pakai eyeliner. Tak tau kenapa. Tapi bila pakai eyeliner mata korang akan nampak lagi besar dan besar. Tengok kepada ketebalan eyeliner yang korang apply lah. So hipotesis di sini. Semakin tebal eyeliner korang letak maka semakin besarlah mata korang..hahaha !

Snapshot_20110122_14

Snapshot_20110122_15

Aku pakai eyeliner jenama MAC je. Seriusly aku memang dah lama pakai brand ni sebab brand ni memang sesuailah dengan kulit aku. Ada orang kalau nak apply kan eyeliner, dia akan mula dari tengah kan.  Tapi macam aku tak. Aku lebih prefer start dari hujung mata. Kiranya hujung yang dekat dengan hidung lah. Sebabnya hasil dia akan lebih cantik dan smooth jek. Tapi bagi korang yang tangan still gigil-gigil lagi. So better lah korang start dari tengah. Kalau nak buat macam opera cina, boleh lah lukis dekat hujung mata macam mata aku yang atas ni.

Snapshot_20110122_16

Snapshot_20110122_18

Ok lepas tuh korang apply kan eyeliner putih dekat bawah mata korang. Yang ni pun tujuan dia sama jugak. untuk besarkan mata and nampak mata korang menawan gitu. Aku guna White Eyeliner dari Etude House.

Bila aku masuk Etude House, memang aku tak nak balik sebab dah lah kedai dia warna pink, lepas tuh banyak gile barang mekap. Ahhhh gile aku kalau duduk lama-lama dekat situ..hahaha ! Duit boipren aku pun nipis jek bila aku dah start masuk situ..hahaha.

Snapshot_20110122_20

Ok then korang pakai lah blusher. Blusher yang aku pakai jenamanya Nectar Blush from Silky Girl. Korang apply kan blusher dari hujung tulang pipi sampailah dekat bawah mata. Jangan dekat sangat dengan bawah mata. Jarak dalam 2 jari pun ok jugak lah.

Snapshot_20110122_21

Sori sebab muka aku yang masam nak mampus ni. Ada orang dia akan pakai lip gloss or something yang boleh buatkan bibir diorang wet. Kalau macam aku, aku akan pakai Vaseline sebab dia bagus-bagus sangat-sangat lah. Macam bibir aku, dia memang akan kering sentiasa. So Vaseline ni lah yang jadi peneman setia.

Snapshot_20110122_23

Then apply kan lips gloss warna merah menyala kalau nak feeling-feeling Gwen Steffani. Macam aku tak adalah over nak buat macam Gwen kan. Cukup bibir aku nampak merah sudah lah. Aku guna Lips gloss dari Avon. Rasa dia pun macam manis-manis sikit. Sebab tuh bibir aku selalu tak ada colour. Sebab aku dok hisap-hisap.

Snapshot_20110122_24

Ok last sekali korang semburkan Face Mist dari Etude House. Face mist ni untuk kekalkan mekap korang and nampak muka korang lagi berseri-seri and glowing. Lagi satu bila pakai facemist ni muka aku jadi kurang jerawat and minyak pun kurang. Suka suka.

Ok sekarang inilah hasilnya lepas macam-macam benda aku guna untuk tempek dekat muka aku.

Dalindareen6005

So inilah hasilnya ! Hah.. masa ni baru nampak muka aku sebab lighting cantik je. Ok sebelum tuh aku nak review balik apa yang aku pakai untuk mekap kali ni.

  • Cream Safi Rania Gold
  • Silky Girl 02 Natural Compact Powder
  • Eyeshadow from MAC
  • Gel Eyeliner from MAC
  • White Eyeliner from Etude House
  • Nectar Blush from Silky Girl
  • Vaseline Petrolum jelly
  • Red lips gloss from Avon

Oklah aku dari tadi tak mandi-mandi ni. Aku harap korang tak termuntah hijau dengan tutorial first time aku ni. Yelah saya kan budak baru belajar. Oklah penat dah. Bebboiii !

 

10 comments:

Nanad. said...

ohh baru tau pasal face mist tu. nak try jugak lah nnti. hehe. thanx sharing :)

fyna said...

face mist tu hrga berapa? eheh neway u comel

Azreen Zunairah said...

Nanad:

hehe try jangan tak try tau nanad

Azreen Zunairah said...

fyna:

harga dia dalam 29.90 jek..murah jek..huhu

Illiana Hidayah said...

owh..facemist ek...ok2..blh try jugak pasni..tq 4 d info~

Azreen Zunairah said...

Illiana Hidayah:

welcome..trylah..best sgt tau..

beb said...

chantek lar..beza je muke b4 n after..huhu

Azreen Zunairah said...

beb: thx beb...huhuhhu

damha said...

leh wat class solekan ni...he3333....walaupun baru belajar namun hasil solekan tu tetap mengancam...he333

Cik Purple said...

mane nk dpt Face Mist dari Etude House n...bape hengget ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...