Saturday, May 23, 2015

Berjimba di Rumah Terbalik Melaka - Upside Down House Gallery

Assalammualaikum !

Lama dah peram entry ni. Sebab tak ada idea nak buat ayat apa, aku biarkan je gambar-gambar ni semua dalam draft. Tunggu ada ilham baru aku tulis ayat mengancam-mengancam sikit. Konon ! And now dah ada ilham, mohh lah cepat-cepat update. Kejap lagi semua idea dah lari berterbangan, seminggu aku malas nak update. Gitueeww dasar pemalas kan.

Weekend hari tu, lepas pergi kenduri kawan aku, beria aku waze dekat Melaka tempat apa yang best. Yelah, sampai Melaka je kalau tak pergi Banda Hilir, kau pergilah Dahtaran Pahlawan, tak pun makan ikan bakar dekat Umbai. Ohh I is sangat bosan ok. Waze punya waze, jumpa lah Upside down house ni. Masa ni aku cakap dengan Sham, I pernah dengar tempat ni, I pernah dengar ! Orang ramai cerita dekat blog pasal rumah terbalik ni. Jom pergi nak !! Macam best je. Disebabkan memang tak tahu nak pergi mana dah, Sham pun layan kan je. So mohh lah kita pergi cepat.



Memang senang sangat cari rumah terbalik ni. Senang lah, sebab guna waze. Cuba kalau tak ada waze, menggagau jugak cari tempat ni. Terima kasih wahai teknologi. Huhuhu. Masa aku dengan Sham sampai ni, memang tak ramai orang sangat. Tapi ramai tak ramai pun, still jugak kena beratur, Kalau nak beli tiket ni, aku nasihatkan, jangan terus beratur, kau kena pergi dalam rumah ni dulu then beli tiket. Kalau korang beratur dulu, memang berkurun lah tunggu nak masuk rumah terbalik ni. Harga tiket pun dah macam nak naik Menara Taming Sari dah harga nya, kemain lah mahal. Walaupun 15 hengget, tapi bagi aku tetap mahal. Nasib baik tak pernah masuk, so pejam mata je lah masa bayar tu.

Dah sampai turn nak masuk dalam rumah terbalik tu, ada pekerja dia bagi briefing macam mana cara nak tangkap gambar. Cara, gaya semua dia bagi tahu lah. Kalau tak tahu jugak, memang ada pekerja rumah terbalik ni akan entertain kita and tolong tangkapkan gambar. Siap bagi idea lagi gaya apa nak buat. Ok bagus-bagus, mesra pelanggan. First impression is important ok I tell you. Aku nak ingatkan awal-awal, make sure korang bawak kamera and handphone mestilah ada battery yang full ok. Powerbank kan masing-masing hado ! Apa nak risau kan. huhuhu

So let's start !



Gaya kaku and skema je time ni. Masa ni malu-malu lagi, tak tahu nak buat gaya apa. Muahahaha. 

Formula nak tangkap gambar dekat sini senang je, buat gaya acah-acah melompat then rotate gambar tu. Siap ! yang paling penting gambar kena rotate, baru lah nampak real. Kalau malas nak rotate, kau rotate kan lah handphone tu, haa nampaklah macam tengah terbalik. Mih mih mih.




To infinity and beyond ! 

Walaupun terbalik, kain still elok je terletak. Kalau betul-betul, mahu nya aku rasa kain ni selungkup kepala aku. Muahahaha. Malu nya bila bayangkan. Dah korang jangan ngada-ngada nak bayangkan pulak.


Next !



I tahu lah you semangat nak repair sinki, tapi jangan lah macam ni gaya nya abang oii ! Cuba elok elok sikit perangai tu. Muahahaha.



Sham ni lapar sangat kot ! Dah dah jangan buat perangai, makan je apa yang ada. Muahaha




Alamak tak sampailah nak capai timun tu. So kita mampu tunjuk je. Lepas tunjuk kita krohh krohh balik. Sebab tak ada mood, tinggi sangat lah. Beli kat kedai je lah, tak payah susah-susah nak masak.




Hamboi ! Ajak kawan-kawan nampak. Haa makan je lah apa yang ada dekat meja tu. Tiba-tiba donut tu nampak sedap. Uwaa nak donut.



Dari tadi kau main tunjuk-tunjuk kan Azreen Zunairah ! Kau dah kenapa? Tak ada apa, saja je, kagum sebab ada jugak pokok sakura dekat Malaysia ni kan. Ok tak kelakar. K bai.




Dah macam apa dah aku tengok gaya si Sahm ni. Tapi layan kan je lah sebab tengah bersemangat waja kan buat gaya macam-macam kan. Baring pun sanggup. Mih mih mih.



You, tolong ambilkan kerongsang atas meja tu. Ok nah ! I boleh datang dari pelbagai sudut tau, termasuklah dari atas. So you nak kagum ke tak sekarang ni  ? 




Jauhnya katil ! Jauhnya katil tu. Haa jangan nak pikir bukan-bukan ok.




Tak payahlah sampai nak masuk dalam jamban tu kan. Cuba elok-elok sikit perangai tu.



Jomlah kita kemas rumah sama-sama. I kemas side atas, you kemas side bawah. Ok set !




Before kita kemas, I nak makan dulu lah. Nak jenguk-jenguk dalam peti sejuk apa yang ada. Tiba-tiba nampak yogurt tu sedap. Diet diet !




So itulah cerita aku dekat rumah terbalik Melaka ni. Sebenarnya rumah kedai je pun, so memang kena perhati betul-betul masa sampai dekat sana. Apa-apa pun best lah bagi aku. Dengar cerita dekat Port Dickson pun nak bukak jugak. Haaa senang, tak payah pergi jauh-jauh sampai nak pergi Melaka. Dekat je Seremban dengan PD tu. Hehehe

Oklah bye !


5 comments:

muzai said...

wahhh melaka apun ada.. baru je dengar kat port dickson ada

Unknown said...

Org yang dekat Melaka ni pun tak pernah pergi lagi..huhu

Azreen Zunairah said...

Muzai : haah..ada...google2 apa yg ada dekat Melaka..terus keluar rumah terbalik ni..huhuhu

Azreen Zunairah said...

NurulDiya : Takpe2 byk masa lagi nak pergi..huhuhu

mafizah said...

Kami menyediakan penginapan berkonsepkan Apartment dan Hostel dengan harga yang berpatutan di Bandar Melaka dan Klebang, Melaka. Sesuai untuk rombongan dan pelajar sekolah. Lawati http://www.indahkembara.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...