Wednesday, January 1, 2014

Bye bye 2013, bye bye umur 23 tahun, Hye hye 2014, selamat datang umur 24 tahun !!

Assalammualaikum !

Haaaa awal-awal pagi dah bangun kan. Bukannya kerja pun, cuti kot hari ni. Time hari kerja kemain lah susah nak bangun, kalau time cuti ni, cepat je mata tuh terjaga. Sebenarnya mata ni memang saja je nak suruh terjaga awal sebab malam tadi tak sempat nak countdown untuk tahun 2014. Sedar-sedar je bangun tadi dah 1 January 2014 tau ! Lama betul aku tidur kan. Tidur tahun 2013 , bangun tahun 2014. Ok tak kelakar langsung. Lawak dah basi sangat hoookeeyy !

Actually saja je lah nak update untuk tahun 2014 kan. Orang lain berjela-jela tulis azam yang dah tercapailah, kenangan pahit manis 2013 lah, senarai pakwe 2013 lah. Aku pun nak update jugak lah kan. I is sangat jealous right now ! Hehehe.

Bagi aku lah kan, tahun 2013 tak ada yang istimewa sangat pun just oklah dari tahun sebelum sebelum tuh kan. Azam nak kurus memang setiap tahun tak akan tercapai. Tuh memang dah lama tahu dah. Tapi Alhamdulillah, tahun 2013 ni sedikit sebanyak ada lah perubahan yang terjadi. And yang paling bermakna sekali, aku dah pun di booking oleh seorang hamba Allah yang aku pun tak tahu macam mana dia boleh terfikir nak jadi kan aku ni someone dalam hidup dia. Yelah peliklah wei ! Aku ni suka sangat lah kalau gelak tuh mesti nak gelak mulut lebar-lebar, then memanjang lah suka sangat dengan barang Hello Kitty or apa-apa lah yang comel-comel. Tak matured langsung kan. Tapi ada jugak orang nak kau kan wahai Azreen Zunairah Binti Abdul Rahman ! Ayat serupa macam nak cakap kau lah yang paling hot kan. Ehh tak ada niat pun tau.

Tapi apa-apa pun terima kasih ye wahai hamba Allah. Insyaallah saya akan berusaha menjadi yang terbaik untuk awak pada masa akan datang. Sebelum jadi terbaik untuk awak, saya nak jadi yang terbaik untuk mak ayah saya dulu. Barulah saya boleh fikir pasal awak. Hehehehe ! Harap awak tunggu okey ! Muu tunggu aku datang.

Bagi aku, di booking oleh seseorang adalah kenangan yang paling manis untuk aku dalam tahun 2013 sebab masa tuhlah aku boleh nampak siapa kawan susah senang aku, macam mana gembiranya mak ayah aku bila uruskan majlis aku, and macam mana excited and ramai nya saudara mara aku yang datang untuk majlis aku. Hari tuh tak sempat nak ucap terima kasih. So aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sanggup bersusah payah nak buat majlis yang dah lama aku rancang sehingga menjadi sebegitu bermakna dalam hidup aku. Terima kasih, Arigato gozaimas ! *Sambil kesat-kesat air mata and selemo (hingus muahahaha) *



Gedik sangat kan  nak tunjuk jari macam tuh. Credit to makngah sebab buatkan pelamin yang sangat-sangat cantik  seperti yang diharapkan. Tak mampu nak sewa-sewa dekat butik. DIY je mampu. Nanti aku cerita ehh pasal pelamin ni.

Tahun 2013 jugak, aku jadi semakin rapat dengan budak-budak kelas time politeknik dulu. Buktinya kitorang sanggup tau nak datang one of classmate wedding semata-mata nak jumpa. Yelah lama kot tak jumpa. Masing-masing ada yang dah kerjalah, ada yang continue study lah. So masing-masing dah tak boleh dah nak keluar hari-hari macam zaman poli dulu. Apa-apa pun, thanks to all my dear friends sebab still mempunyai niat yang suci untuk keep our friendship long lasting. Hehehe !


Lebiu my pren !

Cerita lagi pasal tahun 2013 tau, aku pun tak sangka, business cupcake aku boleh pulak maju tahun 2013 ni. Memang tak sangka snagat-sangat sebab sebelum ni aku just buat cupcake untuk suka-suka and sebab aku memang suka sangat kalau bab deco-deco ni. Dari suka-suka, semua ni dah jadi business untuk aku. Best sangat. Even penat tapi best sebab hasil dia orang suka. Terima kasih semua !


Apa-apa pun, tahun 2013 memang tersangatlah sweeeeeettt bagi aku. Harap tahun 2014 pun macam tuh jugak. Boss ! Sila naikkan gaji saya please. Nak kumpul duit kahwin ni. Tetibe kan ! Hahahaha

Ok bye, nak cari sarapan untuk tahun 2014. Motif ?




3 comments:

damha mdy said...

tahun baru azam baru moga kebahgiaan akan menanti reen ye...

Azreen Zunairah said...

insyallah damha..

mohamad fauzli sobri said...

follow Twitter saya @glasgowtomoon :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...