Sunday, June 26, 2011

Akhirnya perkahwinan di Negeri Sembilan yang complicated tuh dah selesai ! Hehehe.

Assalammualaikum !

Lamanya tak menaip dekat blog yang semakin hari semakin bersawang ni. Semakin hri semakin malas nak menaip and online. And kadang-kadang tuh, aku rasa menyampah sangat tengok blog aku ni sebab bila bukak, entry yang sama je keluar. Wei ! Ada tak sesiapa nak kerja part time tolong update blog aku ni hah ? Huhuhu.

Sebelum ni aku ada  tulis pasal macam mana complicatednya orang Negeri Sembilan kalau nak kahwin kan. Kalau nak baca lagi sekali boleh tekan dekat SINI. So aku ingatkan bila dah buat majlis ni, still senang je nak kahwin. Tak jugak ! Pon mengada-ngada jugak. Yelah nak tepung tawar pun kena ada orang tertentu yang start dulu. Kejadahnya aku tak faham langsung.

Tapi nak buat macam mana. Semua ni dipanggil adat istiadat. So kita ikut kan je lah. Layankan je ! Even kadang-kadang tuh aku rasa macam annoying sikitlah sebab banyak sangat prosesnya. Hehehe. Dahlah ! Aku malas nak cerita pasal adat-adat lagi. Jom layan semua gambar dekat bawah.

IMG_0443

Best tau bila balik kampung and jumpa saudara mara ni. Rasa macam best je jumpa balik cousin yang dulu kita tidur sama-sama dah ada anak masing-masing. Yang mampu aku buat just pandang, cium, gigit anak-anak diorang. Huahua ! Nak ada anak sendiri tak layak lagi. Hehehe !

IMG_0444

Aku memang minat betul design pelamin ni. Sebabnya, ada kerusi yang besar tuh. Aku memang suka kerusi panjang-panjang ni. Nanti aku nak kahwin nanti aku nak design kerusi macam ni lah. Hahaha ! Boleh ?

IMG_0451

Temanya warna cokolat ye kawan-kawan ! Tapi abang pengapit tuh buat spoil lah sebab dia sorang je yang berwarna purple. Hehe !

IMG_0469

Seorang lagi mangsa gigitan di pipi dari aku ! Tuhlah siapa suruh comel sangat. Anak buah aku ni memang baik sangat-sangat. Tak takut orang langsung. Aku usung sana sini pun dia dok ikut je.

IMG_0490

My Kak Tam and abang apa entah nama dia. Aku pun lupa. Biasalah kan bila baru-baru kahwin ni, abang ipar mesti macam malu-malu sikit sampaikan aku nak tangkap gambar pun, dia dok pandang tempat lain. Huhu !

IMG_0495

Last but not least ! Gambar bilik pengantin yang serba purple. Dekat luar temanya warna cokolat. Dekat dalam warna purple pulak. Aku pun pelik kenapa lain-lain warna. Nasib baik cantik ! Hehehe. Decoration bilik dia simple je. Tapi tak apa lah. Simple but nice ! Hehehe.

Ok itu sahajalah gambar yang aku nak share. Memang banyak gambar tapi aku malas nak letak banyak-banyak. Lambat bebenor uploadnya. Apa-apa pun kenduri cousin aku ni boleh dikatakan memang serba mewah. Sebab door gift pun home made chocolate yang memang banyak nak mampos ! Satu bekas tau ! Siapa nak bagi. Aku banyak kali pergi songlap cokolat tuh. Sebab sedap gile oiit ! Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

Bebboii !

 

11 comments:

sumaiyah mokhtar said...

pengapit lelaki bikin spoil la, heheheh :)

Azreen Zunairah said...

sumaiyah: haah kan..saja lah tuh nak tarik perhatian..hahaha..

damha said...

wah dah lama sangat reen x update blog ni sampai bersawang2...rupa2nya lik kg hadiri kenduri kawin...tentu meriah kan dgn gelagat gila2 reen tu yg memeriahkan suasana..menghangat kan keadaan..mengecohkan tempat tu..he333.abis anak buah reen kena gigit n mengusung kesana kemari...pengapit tu amik berkat drp tema bilik pengantin tu...huhuhuhu

Azreen Zunairah said...

damha: amboi banyak nya komen..huhuhu

damha said...

kenduri kawin kat n9 area mana tu...kg reen ka...

Azreen Zunairah said...

damha: kat kuala pilah..haah kampung reen..ayah ngan mak asal sini..hehehe

damha said...

jln nk gi bahau ke...saya dah sampai kat bahau....he333

Azreen Zunairah said...

yelah tuh..btul lah tuh..huhuhu

NormaLiza Mah said...

drop by baca entry n klik klik....
singgah2 lah n klik2.....

Cik Kamoo said...

Baju pengantin nie lawa jew

JaLi AshBurn said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...