Sunday, February 20, 2011

Dah lama tak mekapkan orang barulah sekarang aku mekapkan ramai orang balik ! So kepada sesiapa nak aku mekapkan, boleh saja !

Assalammualaikum !

Fuhh ! Penat sungguh hari ni tau. Yelah bayangkanlah dari pagi and sampai sekarang aku tak makan apa-apa. Just minum air mineral je. Lepas tuh room mate aku masa semester satu pulak request untuk mekapkan dia sempena Malam Pra Graduan dia, so memang perut aku kosong je lah sepanjang hari ni. Boleh dikatakan 4 jam jugak lah aku berdiri lamanya sebab nak mekapkan room mate aku si Awien and kawan-kawan dia. Hah ! Ambek kau. Perhimpunan pun tak ada lama macam ni tau aku berdiri.

Nak katakan pengalaman mekap orang ni just ada sekali je lah. Mekap untuk orang bertunang. Tuh pun member rapat aku je. Lepas tuh dah tak ada dah nak mekap orang secara serius ni sebab aku pun dah sambung study so macam malas dah nak buat kerja mekapkan orang ni. Kalau aku dah gian sangat nak mekapkan orang pun, kawan-kawan dekat rumah sewa aku lah yang jadi mangsa muka kena conteng dengan aku.

Mula-mula aku macam berat hati juga nak mekap kan Awien and kawan-kawan rumah dia sebab aku tak adalah sehebat mana pun nak mekapkan orang. Tapi disebabkan mulut cakap tak nak but hati kata nak, aku pun ikutkan je lah request si Awien ni. Lagi-lagi tema Malam Pra Garduan diorang, Glamorous ! Hurmm, lagi sukalah aku nak menconteng muka Awien dengan kwan-kawan dia yang lain.

Sampai-sampai je dekat rumah Awien, aku terus mekapkan member dia yang si Yana ni. Yana ni pulak request nak buat smokey eyes. Aku pun dengan berbekalkan pengalaman yang entah seberapa ni, startlah menconteng muka dia. Tapi untuk Yana ni aku lupa nak ambil gambar dia sebelum mekap so aku bagi korang tengok muka dia lepas mekap je lah.

Dalindareen6394

Orang dia memang comel. Kecil jek. Apa ! Tak nampak smokey eyes yang aku buat ni ! Kan aku dah cakap tadi, aku mana lah hebat sangat kalau nak mekapkan orang ni. Setakat nak nampak lain daripada yang lain, bolehlah. Si Yana ni siap dengan tudung dia ni, aku dok belit-belit. Mula-mula kononnya nak buat bunga dekat tepi. Lepas tuh asyik terjatuh je bunganya. Last-last aku terus belit dekat sanggul dia, lagi senang. Auwww merah nyah !

Lepas dah habis mekapkan si Yana ni, aku mekap kan member awien si Eha pulak ! Untuk si Eha ni, kiranya korang bolehlah tengok gambar sebelum dan selepas dia mekap. Yang Eha ni dia mintak buatkan je macam mana pun asalkan dia nampak lain dari yang lain. So aku pun ikut suka hati aku je lah nak buat macam mana pun kan. Huhuhuhu !

Dalindareen6387

Sebelum !

Dalindareen6393

Kira oklah kot ! Simple je aku mekapkan untuk si Eha ni. Tapi simple macam mana pun Eha ni still nampak sweet sebab dia dah memang sweet sejak azali lagi. Untuk tudung pulak, mula-mula aku suruh Eha letakkan batu untuk shawl gipsi ni dekat telinga macam yang aku selalu buat. Tapi segan katanya so simple je lah belitan shawl si Eha ni.

So next ! Aku mekapkan si Suzie pulal. Dia ni classmate si Awien. Masa mula-mula punya lah berapi-rapi tak nak mekap. Last-last mekap jugak dia sebab  dah tengok kawan-kawan dia cantik je so dia pun nak jugaklah mekap. So mehh sini tengok muka Suzi sebelum mekap dan selepas mekap.

Dalindareen6388

Sebelum !

Dalindareen6391

Kira oraitlah jugak kot sebab si Suzie ni request untuk letak purple and black eyeshadow. So aku buatkan je lah. Yang kesiannya Suzie ni, mata dia berair-air masa aku mekapkan. Meleleh-leleh air mata dia sebab dia tak biasa mekap. Sampaikan aku suruh dia relax dulu and lap kan air mata dia. Huhu macam mana nak kahwin nanti ni Suzie !

So inilah masanya untuk aku mekapkan roommate or bff aku ni siapa lagi kalau bukan Awien ! Untuk Awien ni sorilah sebab aku lupa nak tangkapkan gambar dia sebelum mekap. Memang lupa gile lah ! Tapi korang boleh tengoklah gambar dia selepas mekap. Aku mekapkan si Awien ni pun warna purple jugak sebab nak samakan dengan warna dress dia. Tapi aku mix and match dengan warna pink lah. Barulah cantik kan.

Dalindareen6390

Yang si Awien ni aku memang suka sangat dengan bibir dia sebab bibir dia bentuk love. So memang cantiklah kalau pakai lipstik.

So selesai sudah tugas aku mekapkan diorang. Boleh dikatakan sengal-sengal jugaklah kaki aku ni sebab berdiri lama sangat. Tapi aku puas hati sebab diorang nampak cantik di pandangan mata aku. Kat mata aku lah. Kat mata korang aku tak tahu.

Dalindareen6395

Dalindareen6396

So kepada sesiapa nak aku mekapkan dia. Bolehlah PM aku dekat facebook ok. Aku ni baru je start nak mekapkan orang and bayaran yang aku kenalkan murah je. Just dua puluh lima hengget jek ! Murah tak murah. Tak adalah aku gurau je. Aku ni tak adalah sehebat mana lepas tuh nak berangan nak jadi mak andam konon.

Tapi pada sesiapa lah yang nak aku mekapkan, aku on je. Tapi kalau tak cantik jangan marah aku ok ! Huhu. Oklah aku pun nak meregangkan urat kaki aku yang tengah tegang ni. Ada masa aku update lagi ok !

Bebboiii !!!

7 comments:

alinac lover said...

hehe nice :)

bgus lah ada cuba mekap2 org ek~

Azreen Zunairah said...

alinac lover:
hehehe just try sikit2 jek...huhuhu

d_tieah said...

Hebat owh..
Cantik..


Entry Terbaru 1 : Calon Pilihanraya UM, Mastura Abu Bakar Hilang dan Telah Dijumpai
Entry Terbaru 2 : "Saya Mahu Karya Seni Dari Blog Fynn Jamal"
Entry Terbaru 3 : "Saya Mahu Ilmu Agama Dari Blog Ustaz Zaharuddin"

cik EPAL said...

waa leh jd mekap artis ni =)

Azreen Zunairah said...

d_tieah:
time kasih ohh...x lah hebat mana pon !!!

Azreen Zunairah said...

cik epal:
time kasih cik epal...pengsan tibe2 coz cik epal komen kat sini

damha said...

leh wat part time job ni...he333

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...