Friday, October 29, 2010

Adoii!! Macam mana nak pandai masak?

Assalammualaikum
Mak aku selalu cakap “kak yong, cuba tengok sikit macam mana cara mak masak bondo ni! kalau tak belajar macam mano nak pandai! kang sibuk poei mesej mak macam mana cara nak masak!”. Yes aku tersangat-sangatlah admit yang aku memang tak berapa pandai nak masak. Bukan sebab aku malas ( tapi adalah sikit malasnya), tapi sebab aku kan jenis bila tengok mak aku masak mesti tak pay attention tau. Last-last aku tengok mak aku dah siap masak dah and dah nak hidang dah pun. Apa aku buat bila dekat dapur tu eyh? Rahsianya ialah kadang-kadang sms, kadang-kadang makan biskut, kadang-kadang pergi buka peti sejuk sebab nak sejukkan badan, kadang-kadang masuk dalam bilik air then belek-belek muka dekat cermin sebab toilet dekat sangat dengan dapur.

Dalindareen3533

Paling malas bila kena balik kampung tau. Yelah sebagai kak long yang terhormat, kenalah tunjuk skill memasak and buat-buat rajin padahal malas gile kot! Last-last aku pergi tidur dalam bilik, mana tak nenek aku membebel. So bila dah duduk jauh dari mak aku kan, duduk pula rumah sewa yang dia sediakan just dapur gas tanpa periuk kejadah and dengan tak adanya mesin basuh. Lagilah aku bertambah rindu dekat mak, padahal rindu dekat rumah..haha. Dekat sini aku terpaksa merajinkan diri masak lauk yang simple-simple je. Yelah beli barang pun kongsi duit dengan bestfriend aku si wani. So masa dekat rumah sewa ni lah aku menjadi semakin pandai masak lauk-pauk yang susah sangat tau! (padahal tak susah mana pun).

Dalindareen4731

Macam hari tu aku dengan bestfriend aku pun, cadang-cadang nak masak nasi lemak sambal tumis ikan bilis. Pegilah beli barang macam santan, telur, daun pandan yang dicuri sebelah rumah boipren aku, timun and semua baranglah. Takkan buat nasi lemak pun tak tau. Cehhh!! Gambar yang atas ni hasil yang aku rebus akhirnya jadilah telur rebus yang gebu, cantik macam aku kan. Aku memang suka sangat makan nasi lemak dengan telur rebus lagi-lagi bila kita lenyek nasi dengan telur kuning campur sambal sikit. Sedapnya…

Dalindareen4732

Yang ni pula telur lagi tau tapi versi goreng pula, tadi rebus kan. Kawan aku yang wani ni memang suka sangat makan nasi lemak dengan telur dadar lepas tu mesti nak buat macam bentuk karipap yang besar tu. Nak katakan bila dengan wani ni lah aku first time makan nasi lemak dengan telur dadar tau. Kalau tak just telur rebus dengan telur mata kerbau je lah aku makan tau.   

Dalindareen4736





Mak sila bangga dengan anak mu ini mak! Even along jauh dari mak, tapi along boleh belajar masak macam-macam lagi tau, masak sendiri pula tuh. Aku memang tak suka masak, tak tau kenapa tau. Aku masuk kos yang Hotel katering ni pun sebab nak pandai masaklah tau. Mak aku selalu cakap kita kena pandai masak sebab nanti kahwin takkan nak bagi suami makan benda yang sama setiap hari kan. Hari ni makan telur masak kicap, esok makan telur masak sambal, esok lagi makan telur dengan kicap je, esok lagi makan telur dadar. Kau ulang lah sampai cukup seminggu lepas tu ulang balik menu yang first..hahaha.

Dalindareen4753

Hari ni aku teringin pula nak masak masak lemak sardin tau. Aku tak bagi langsung kawan aku yang wani tolong aku masak. Bila dah siap masak, bila aku tanya, semuanya tak pernah makan masak lemak  sardin ni ha. Haiyo0 meh sini aku perkenalkan eyh masak lemak sardin resipi mak aku ataupun yang selalu nya aku panggil gulai sardin. Untuk makluman ok ada negeri macam kedah or perlis panggil gulai tu untuk kari kan tapi dekat negeri sembilan gulai tu merujuk kepada masak lemak ok.

Dalindareen4656

See…see macam mana nak pandai masak kalau masing-masing main-main macam ni kan. Tapi bukan nak bangga ok, mostly produk yang aku hasilkan menjadi ok. So terdapat nada riak di situ ok so sila muntah sekarang ok. Rasa bangga juga bila aku mms gambar produk aku yang menjadi, mak aku puji melangit sampai kebang kempis montot aku. Siap suruh buat dekat rumah lagi tu. Ye selalunya saya akan buat juga mak kan.

Kadang- kadang aku suka tengok resipi yang ada macam-macam dekat internet tau. Tapi mostly aku tengok gambar je and paling best aku akan buka website resipi sebab aku lapar. Selalunya kalu orang nak buat sesuatu produk tu, mesti dia akan tengok dekat resipi kan. Aku tak..aku jenis yang just tengok bahan-bahan dia then ikut suka aku tak ikut amount yang sama macam dalam resipi tu. But even aku main ikut suka aku je, tapi menjadi juga benda yang aku buat tau.

Alhamdulillah!

4 comments:

Tihara said...

pandai anak mak masak..ns lemak tu mantopp :)

saya yg dipanggil aReeN said...

tihara:hihi..xdalah pandai sangat pon tau..huhu

damha said...

nasi lemak buah bidara...
sayang selasih hamba lurutkan...
pandai sungguh cik areen masak...
membuat hamba terliur rasanya...
he333

whatevergirl said...

seronok baca blog u, i follow u ok...klu sudi follow i, tapi blog i xbest pun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...