Friday, April 8, 2011

Cerita pasal semalam. Walaupun dah ketinggalan zaman. Tapi aku still nak cerita jugak !

Assalammualaikum !

Punyalah berkurun abad dah lepas, baru aku nak cerita apa yang terjadi semalam kan. Sebenarnya tak adalah berabad sangat pun. Baru semalam jek kot. Kau nak kecoh lebih je kan Areen ! Betul lah kan. Ingat orang nak baca sangat ke kalau kita cerita pasal semalam. Tak ada maknanya lah tau. Tapi apa aku peduli. Aku nak cerita jugak apa yang terjadi  semalam.

So untuk pengetahuan semua, semalam aku ambil test speaking untuk MUET. Untuk test speaking ni aku macam frust sikitlah sebabnya aku ada sedikit gagap even masa aku speaking tuh, aku dok pung pang pung pang cakap semua point aku. Berkali-kali aku practice dekat rumah pun still gagap-gagap jugak. Ahhh frustnya ! Nak buat speaking test lagi sekali boleh tak ?

Dalindareen6888

* Muka sebelum dipanggil examiner ! Serius takut wei. Nasib baik ‘Bestfriend’ aku ada temankan. Hehehe

Tajuk yang aku dapat pun a bit tough jugak lah. It’s about education that should be made compulsory in pre-level university. Hadoi ! Mengangkang lah aku cari point dalam masa dua minit. Nasib baik aku candidate D. So boleh lagi lah nak letak point banyak-banyak. Tapi aku still nak cakap aku frust sangat sebab aku ada sedikit gagap. Ahhh tension ! Sekarang ni aku nak tumpukan dekat test listening, writing and reading aku pulak. Hopefully aku dapat buat dengan sebaik-sebaiknya 16 April ni.

Dalindareen6891

* Muka yang frust menonggeng sebab tergagap. Sila abaikan segala-segala yang tembam ok !

Masa lepas speaking test ni pulak aku turun naik office lecturer sebab nak dapatkan permission lecturer untuk pinjam peralatan kitchen dengan “bestfriend’ aku. Tak pasal-pasal aku pulak yang kena slow talk dengan lecturer yang in charge bahagian ni. Nasib baiklah benda ni semua untuk BBQ night dengan budak-budak kelas aku. Kalau tak, tak ada maknanya aku nak buat semua benda ni tau. Entry pasal BBQ night nanti lah aku update. Sekarang pun aku asyik mengantuk je. Cepat sangat nak ngantuk sejak dua menjak ni. Apasal entah. Adakah ini simptom-simptom yang disebabkan oleh gejala frust menonggeng kerana tergagap dalam speaking test MUET ? Ekkkk motif sangat ! So kawan-kawan, oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi.

Bebboiii !

4 comments:

  1. semoga berjaya mengharungi test MUET..^^,

    ReplyDelete
  2. zack: terima kasih kerana wish..huhuhu

    ReplyDelete
  3. wish u all the best taw .
    yana ad tagged nme kak . join 1 contest .

    http://ciksaraspalela.blogspot.com/2011/04/sara-pari-our-1st-giveaway.html

    klik link tuh , huhuhu

    ReplyDelete