Sunday, April 10, 2011

Bread Butter Pudding yang memang senang nak mampos ! Buat siang tadi tapi baru sekarang nak bagitahu.

Assalammualaikum !
Tengah-tengah malam macam ni baru ada mood nak update entry tau ! Kalau tak tuh, memang berabad lah belog aku yang tak semenggah ni dok tunjuk entry yang sama jek. Bila tengok follower tak beranjak langsung bilangannya, baru aku sedar. Haiisshh ! Ni tak boleh jadi ni. Kena update selalu baru orang nak follow and baca belog kau tau ! Ingat senang ke nak tambah follower ni. Memang susah yang amat.

So minggu ni aku balik rumah parents aku dekat Seremban sebab next week aku dah start final exam. Bila tolak tambah darab bahagi, tinggal lagi tiga minggu je aku duduk dekat bumi Melaka yang terindah tuh. Kalau difikirkan balik, dekat sana lah aku betul-betul kenal hidup ni macam mana. Kadang-kadang kita ada dekat atas and kadang-kadang kita ada dekat bawah. Rasa sedih bila fikirkan pasal ni. Dengan secara tiba-tiba mood sedih muncul pulak. Yelah, mana tak nya. Sedih kot nak tinggalkan kawan-kawan yang gelak ketawa dengan kita, nangis dengan kita, and yang paling penting sentiasa ada dengan kita walau apa yang terjadi. Uwaaaa ! Sedihnya.

So aku malas nak layan mood sedih malam-malam ni. Mehh lah aku cerita apa benda yang buat dekat Seremban ni. Aku kalau balik Seremban kan, mesti ada je benda yang aku nak buat tau. Yang penting something yang jarang family aku nak makan. Macam petang tadi, aku dah berjaya buat Bread Butter Pudding or nama kampungnya puding roti. Memang senang je benda alah ni. Tapi tuhlah, malas je sebenarnya. Aku buat benda alah ni pun sebab dah lama teringin nak makan. Macam hari tuh bff aku si Wani bawak balik rumah sewa, memang melahap lah aku benda alah ni. So bila dah balik rumah Seremban ni, apa lagi ! Aku pun nak lah tunjuk skill-skill yang aku adakan. Ekk motif !

Dalindareen6912

Ni lah ghupenya before nak bakar ehh kawan-kawan. Actually nak buat benda ni memang tersangatlah senang nak mampos. So mehh sini aku bagi cara-cara nak buat:

Mula-mula korang carik-carikkan roti and susun dalam loyang. Lepas dah susun, tuangkan pulak susu segar samapai roti tuh terendam tau. Biarkan setengah jam.  Sementara nak tunggu setengah jam tuh habis, boleh lah kau dok gelek-gelek kat dapur. Ehh salah-salah ! Korang cairkan butter and sejukkan. Lepas dah sejuk campur pulak dengan gula, telur dua biji and esen vanilla. Pukul sampai dia jadi kembang macam aku tau. Ekkk !

Dah kembang benda alah tuh semua, tuangkan dekat roti yang yang dah kembang semangkuk dek air susu tadi. Taburlah segala jenis buah-buahan or coklat dengan rasa gelojoh. Then bakar pada suhu 180 celcius selama 30 minit. Dah siap !

Dalindareen6914
Dah macam roti bakar pun ada jugak rupanya kan. Ouuhh ! Lupa pulak aku nak bagitahu cara nak buat sos custard dia. Actually benda ni sedap kalau makan dengan sos tau. Jangan lah dek kerana terdesak and malas sangat kau dok pulun letak sos cili. Boleh tuh memang boleh. Tapi sanggup ke kau nak telan. Hahaha. Kalau dalam peti ais korang ada aiskrim vanila boleh jugak makan dengan puding ni. Gerenti sodap !

So cara-cara nak buat sos custard ni senang je. Panaskan satu tin susu cair dalam periuk kecil then masukkan dua sudu tepung custard and dua sudu gula. Ikut dekat korang lah. Kalau nak manis. Boleh tambah gula banyak sikit. Aku tak suka manis sangat. Tuh yang sikit je aku letak. Kacau sos tuh tau. Kacau sampai dia jadi smooth je. Lepas tuh tutup api and masukkan dalam peti sejuk.

Dalindareen6916

So macam ni lah ghupenya bila dah siap and sedia dimasukkan kedalam perut. Serius sodap ! Hehehe. Motif nak puji diri sendiri kanzzz ! Alah biarlah aku puji diri sendiri, tapi kalau korang nak puji, aku tak kisah pun. Lagi suka adalah.

Oklah aku pun nak siap-siapkan barang aku untuk balik esok. Serius malas nak balik, tak tahu kenapa. Maybe sebab nak final exam kot. Kawan-kawan ku di rumah sewa, nantikan kepulangan ku ini. Rindulah dengan korang. Hehehe.

Dalindareen5792

Serius sedih nak tinggalkan kawan-kawan kelas, bff di rumah sewa and most important is kawasan poli yang tercinta. Ahhh perasaan sedih muncul kembali.
Bebboii !

6 comments:

  1. chegu zubir: kan ada reen bagi tuh..huhuhu..reen pakai common sense je wat benda alah ni..so x da actual recipe dia..huhuhu

    ReplyDelete
  2. macam sedap jer ..adehh ..nak jugakkkk..

    ReplyDelete
  3. jerung: nak jugak ehh..meh sini datng umah...huhuhu

    ReplyDelete