Sunday, November 28, 2010

First time pergi i-city ! Selama ni tengok dari jauh je. Aku tau korang dah pergi..so jangan gelakkan aku !

Assalammualaikum!

Lama wei aku tak dok meng-hupdate blog yang tak semenggah ni ! Bukanlah aku sengaja taknak update tapi disebabkan aku yang busy dengan agenda cuti-cuti Malaysia aku, so aku dengan rasminya meninggalkan dunia blog buat sementara waktu. Sekarang pun sebenarnya aku tak ada idea nak tulis apa so entry ni akan sedikit merepek and tersasar dari jalan yang benar. Korang nak tau ! Masa aku tak update ni kan ada jugalah kawan aku dekat facebook dok bagi mesej kat aku. Tanya aku dekat mana, kenapa tak update blog sebab dia nak baca. Wahh ! serius aku gile terharu. Blog aku yang cikai-cikai macam ni pun ada jugak orang nak baca kan.

Oklah aku nak cerita time aku hoyay-hoyay dekat i-city hari tuh. Seriously tempat dia memang cantik nak mampos ! Aku memang suka lah. Tempat ni memang orang datang semata-mata sebab nak ambil gambar je. Masa aku pergi ni hari Jumaat, malam pulak tuh, lagilah kan orang semua sibuk nak datang jugak. Wei kenapa korang tak duduk rumah and biarkan aku sorang-sorang kat sini hah ! O0ps emosi terlebih pulak, tapi memang aku geram lah, setiap kali aku nak tangkap gambar je, mesti ada jugak orang datang tempat yang aku nak tangkap gambar tuh. So berasak-asaklah dekat situ sampai basah lencun dah ketiak aku. Tu tak masuk lagi basah dekat tempat-tempat lain kan..hahaha ! so dalam entry ni memang penuh dengan gambar jelah aku letak.

Dalindareen5258

Sedikit macam wahh! cantiknya..jakun lah kiranya sebab nampak lampu yang cantik and warna warni kan. Mak aku tak habis-habis cakap.

“Alah. setakat pokok plastik macam ni, mak pun boleh buat, nanti kita buat dekat rumah eyh !”

Hahaha..gile tak gile nak buat macam ni dekat rumah. Nanti orang ingat i-city dah pindah dekat Seremban kang..naya aku ! Dekat rumah aku pulak tuh, tak berpeluh pulak ketiak kau nak layan tetamu kan..hahaha.

Dalindareen5266

Adik aku ni memang suka sangat menyibuk bila time aku nak tangkap gambar. Bila orang lain tangkap gambar tak ada pulak dia nak menyibuk sampaikan sebab aku geram sangat, aku jerit dekat dia. Adikkk !! bagi kak long tangkap gambar sorang-sorang boleh tak. Huh ! ko bayangkan lah betapa emosi tak emosi aku..hahahah !

Dalindareen5267

Hahh ! Disebabkan aku dah memekik dekat adik aku tadi, muka dia bengang semacam je dekat aku. Hahahaha..padanlah dengan muka. Suka bebenau nak sibuk bila aku tengah feeling-feeling dekat oversea ni.

Dalindareen5270

See..see memang adik aku tak makan dek saman ! Ada je dekat mana-mana yang aku ada. Mesti nak tangkap gambar dengan aku. Korang jangan nak kutuk aku pulak. aku memang gemuk pendek. Tuh sebab aku suka pakai selipar tebal-tebal or wedges. Ouupps ..kantoi pulak !

Dalindareen5271

Huhu..adik aku merajuk dengan aku ! Lantaklah malas nak layan. Kejam kan aku tak nak layan adik aku tuh. Tengok..tengok cantik kan i-city ni. Kalau pergi dengan boipren aku lagi best kan. Boleh tangkap gambar ala-ala honeymoon. Wahh ! mampus aku kalau mak aku baca blog aku ni.

Dalindareen5275

Hah ! Yang ni pun mak aku cakap dekat aku yang dia nak buat sejibik macam ni dekat rumah. Buatlah mak selagi boleh. Aku kalau protes kang macam-macam dia perli aku balik. Kata aku pemalaslah. Dah memang aku pemalas kan, nak buat macam mana ! Emosi lagi.

Dalindareen5277

Memang habis basah lenjun ketiak aku ni sebab seriusly memang tempat ni panas sangat. Even masa aku pergi ni hujan renyai-renyai tapi still panas jugak.

Dalindareen5278

See..see hujan telah membuatkan tempat dekat i-city tuh berlecak. Disebabkan itu juga kaki aku kotor nak mampos ! Berpasir-pasir kaki aku ni tambah pulak dengan melekit-lekit lagi. Euuwww !

Dalindareen5280

Adik aku si Imran ni memang moody nak mampos lah. Tak habis-habis kata tempat ni tak best. Memang tak best pun aku rasa just cantik je lah. Yelah aku ingatkan ada tempat boleh main-main ke or kita boleh lakukan aktiviti yang lagi berfaedah selain bergambo tapi tak ada pun.

Dalindareen5282

Hehe adik dah tak merajuk dengan aku dah. Masa ni masuk dekat tempat yang sejuk sikit. Tapi tak ada lah sejuk sangat. Sebab orang dah ramai kan.

Dalindareen5283

Ha ! yang ni pulak tempat jual benda yang berlampu-lampulah. tempat dahlah kecik, harga mahal pulak tuh. Aku fikir aku nak beli lah apa-apa yang cantik tapi terus hilang mood aku sebab ramai sangat orang. Adik aku jelah beli permainan yang macam gasing tuh then bila dia berpusing dia keluar lampu warna warni. Cantik !

Best memang best pergi sini. Yelah aku dengan family aku pun dah lama tak pergi jalan-jalan semanjak ayah aku sakit. Tapi yang aku tak puas hati lah, korang bayangkanlah aku beli air 100 plus botol kecik, harga dia RM 3.50. Mahal tak mahal harga dia. Boleh dapat air 100 plus sebotol besar tau tak! Mak aku boleh relaks je cakap,  alah biasalah tu orang nak cari untung. Watever lah mak ! Yang penting bukan duit aku pun aku pakai..hehehe. Oklah aku nak pergi ronggeng-ronggeng jap. Bebboiiii.

Monday, November 22, 2010

Tips nak dapatkan kulit putih melepak yang cantik!

Assalammualaikum!
Tadi bila aku dok bantai belek-belek muka aku dekat cermin, aku tanya lah dekat cermin:-
“mirror mirror on the wall, sapa yang paling cantik dekat dunia ni?”
mirror tu balas balik apa yang aku cakap, ohh aku memang tersangat terkejut lepas tu tercekik pisang yang aku tengah makan bila dapat tahu jawapan dia yang berbunyi macam ni:
“ Buat masa ni aku rasa Megan Fox sebab bagi aku dia yang paling seksi and cantiklah! Nah..plinggg ! Aku bagi gambar Megan Fox sekeping dekat kau. Jangan kecik hati pulak dengan apa yang aku cakap tadi !”
megan-fox-red-04
Pebenda aku meraban tak tentu hala ni. Gila ke hape cermin dalam bilik aku ni nak bercakap. Kalau memang betul lah cermin dalam bilik aku ni bercakap, aku lah orang first yang meraung-raung and lepas tu tergelak lepas tu diam pulak. Sebabnya memang gile lah kalau cermin aku bercakap. Dahlah cermin dalam bilik aku ni da macam-macam tanda ada. dari tanda taik hidung yang aku lekat-lekatkan sampailah kesan lipstik aku. Semua adalah. Lama dah tak polish !
Sebenarnya aku tengah kecewa sebab muka aku ni berlambaklah jerawat lepas tu punyalah nampak malap semacam. Aku pun tak tau kenapa. Nak katakan aku berjemur dekat luar, tak ada pun. Nak jemur kain kat luar pun susah apalagi kalau nak berjemur kat luar tau. Tadi sebab nak sangat tau petua yang boleh putihkan muka, aku bantai google merata tempat. Dekat bawah katil pun aku bantai cari petua. Jangan fikir bukan-bukan pulak, aku cari balik majalah-majalah yang ada banyak petua bawah katil aku lah ! Aissssshh suka nak fikir macam-macam tau !
gambar timun
Eh apasal aku tempek gambar timun tiba-tiba ! Nak tau tak sebenarnya timun ni salah satu bahan untuk memutihkan kulit tau. Kalau korang nak try, bolehlah try petua ni. Memang aku pernah tru dulu tapi tak konsisten kan so hasil dia macam tak memuaskan sangat. Tapi putih jugaklah kulit aku ni nak dibandingkan dengan time sekolah dulu. Ok petua dia ialah:-
  • Isi timun diparut or dicincang or dihancurkan or apa-apa jelah. Asalkan jangan sebiji terus kau pergi tempek dekat muka kau tu. Apa pulak rupa nya kang!
  • Lepas tuh, campurkan isi timun tadi dengan air perahan limau. Jangan pulak orange sunquick kau pergi bubuh dekat dalam isi timun ni..hahaha.
  • Then tunggu dia sampai kering lepas tu bolehlah bilas dengan air bersih or air suam.
  • Buat setiap malam kalau nak cepat hasil dia.
Aku memang suka kalau bab-bab petua ni. Semua kalau boleh aku nak buat. tapi kadang-kadang tu macam malas jugak. Yelah dah namanya petua orang-orang lama kan, so nak buat semua manual. Takda yang express!
st_colgate_f
Hah ! Apahal pulak dengan gambar colgate ni ? nak tau tak sebenarnya colgate boleh hilangkan jerawat tau. Serius tak tipu. Ni semua mak aku yang suruh bila aku dok bising-bising dekat dia yang muka aku dah banyak jerawat. Aku dengan rasa tak percaya lagi ni pergilah try. Wei pedih nak mampus kot ! Berair-air mata aku tahan beranngin dia. Mana lagi dengan muka aku yang pedih. Tapi best wei, esoknya jerawat aku terus kecut and hilang. And lepas tu heboh mak aku bising sebab colgate dekat rumah cepat nau habis ! Hahaha sapa suruh kan aku tpek colgate. So korang bolehlah try semua petua yang aku bagi ni. Memang aku sure mujarab. Tak tipu punya. Oklah tu je kot tips yang aku nak share kat korang. Aku nak pergi tepek colgate kat jerawat aku jap sebab besok nak dating ngan boipren aku. dan dan time ni nak tumbuh banyak pulak jerawat ni. Bebboiii

Kau suka main apa masa kecik-kecik dulu? Aku suka main masak-masak!

Assalammualaikum!

Dalindareen5124

Sebelum tuh meh aku tempek dulu gambar aku keluar dengan adik aku hari ni. Takda motif pun sebenarnya tempek gambar ni just aku nak cakap yang adik aku sorang ni memang dengki kalau aku tangkap gambar. Dia mesti nak kacau aku lepas tu tolak muka aku kuat-kuat dengan kepala dia untuk nak pastikan dia boleh masuk dalam gambar. Haa! Mak aku ada dekat belakang tu. Jadi mem besar. Sementara aku ada dekat rumah ni kerja aku jadi driver je lah. Mana mak aku nak pergi aku bawakkan je. Yelah bila lagi nak berbakti kat mak kita kan. Ceyhh ayat ! Kalau ada pertandingan yang khas untuk orang-orang yang berbakti kat parents mesti aku boleh dapat nombor satu kan! Mimpilah kau.

Tadi masa nak pergi beli pizza dengan mak aku, aku pergi lah teman adik aku main playstation. Tah pebenda haram jadahnya tuh! Budak-budak sekarang ni kalau bab main games memang expert nak mampus. Cuba kau suruh dia mengaji, merangkak-rangkak nak mengeja. And sebab tu jugaklah PS2 adik-adik aku yang rosak, mak aku tanak repair langsung sebabnya adik aku masing-masing malas gile nak belajar bila ada playstation ni.

Dalindareen5136

Hahaha padan muka. Setiap kali nak teringin nak main playstation, adik aku pergilah rumah kawan-kawan dia. Tak pun pergilah dekat tempat main game mana-mana, main lah berejam-jam. Sejam 4 hengget! Mahal tak mahal aku cakap ngan kau. Boleh beli nasi ayam sepinggan kalau makan dekat kedai. Alah tu pun kalau mak aku baik nak bagi 4 hengget. Kalau tak jangan haraplah. Tapi selalunya mak aku memanglah tersangat baik. Bila dengan aku je dia jadi tak baik jap !

Aku kalau setakat nak main playstation ni memang macam failed sikitlah. Yelah game yang aku main pun mesti game fashion-fashion ni. Mana aku reti nak main game yang lawan-lawan ni. Yang aku reti main ialah:-

Dalindareen5138

Ohh sangat best nak mampus bila dapat main benda ni balik. Dulu kalau time kecik-kecik, kalau ada permainan masak-masak macam ni memang dah kembang semangkuk lah. Bangga je tunjuk kat anak jiran sebelah yang ayah aku belikan benda ni. Ko ado? Masa ni kawan-kawan mulalah mainkan peranan. Yang budak lelaki jadi suami tak pun anak. Yang budak perempuan pulak jadi isteri tak pun jiran sebelah rumah. Masa ni lah masing-masing dok panggil-panggil watak masing-masing macam ayahnya….mak nya..anaknya…jirannya..(eh ada ke jiran! ). Mak aku paling marah kalau setiap kali aku main masak-masak. Yelah habis bunga mak aku, aku pergi petik sebabnya nak buat sayurlah konon. Budak-budak sekarang tak pandang permainan macam ni. Kalau budak perempuan, patung barbie lah yang dipandangnya. takpun plastisin yang playdoh tuh! Mahal kot benda tu.

playdough

Mahal kot benda-benda ni semua. Aku pernah tengok harga dia. Memang macam nak menangis lah aku bila tengok. Rasa macam nak hentak-hentak kepala dekat dinding. Yelah permainan je dah sama harga dengan baju aku sehelai. Gile ahh! Haishh macam mana lah budak-budak masa depan nanti. Entah hape lah permainan yang dorang nak pulak kan. 

TAH wedding 2007 003

Dulu zaman aku kecik-kecik aku memang suka lah main benda alah dua ekor ni. Satu Ding Dang satu lagi Tora. Iklan dekat tv lagilah. Semua nak gempak-gempak je and membuatkan aku nak sangat beli tau. Lagi satu yang bestnya permainan yang ada dalam kotak dia ni, kita kena pasang sendiri tau. Kira adventure lah jugak. Dulu aku selalu suruh ayah aku je pasangkan sebab setiap kali aku try nak pasang mesti tak jadi macam dalam gambar. Menyumpah-nyumpah aku tak dapat pasang lepas tuh mesti nangis-nangis dekat ayah aku suruh ayah aku pasangkan.  Mainan paling best yang pernah aku dapat masa beli kotak-kotak ni adalah burung yang boleh tergantung kat hujung paruh dia tu. Ala...kalau korang ingat, bila letak paruh burung tu kat hujung jari ke, pensil ke die boleh tergantung(macam tengah terbang). Ingat tak?

Tapi serius wei aku nak main kawin-kawin lagi. Sebabnya rasa time tuh macam malu-malulah dengan budak lelaki yang jadi pengantin lelaki untuk kita tuh, padahal kawan ko sendiri je. Masa tuh lah habis alas meja mak aku, aku jadikan bajulah,letak atas kepalalah..macam-macam. Oklah penat dah aku meraban tulis tah hape-hape. Bebboiii…

 

Sunday, November 21, 2010

Aku suka betul dengan perempuan cantik!

Assalammualaikum!
Hari ni kepala aku rasa macam mengong-mengong sikit. Sebab apa? Sebab aku dah tidur punyalah lama dari petang sampailah ke maghrib. Haiyo0 apa nak jadilah dengan kau ni. Kalau bakal mak mentua aku ada blog, naya aku kena reject dalam diam-diam. Kalau dia ada facebook pun terus di delete nya aku dari friend dia. Lagi kejam dia terus blog aku. Haiishhh mintak-mintak lah bakal mak mentua aku takde semua ni..huhu. Lagi satu heboh nak kurus, tapi tidur tak hengat dunia jugak. Konon nak exercise nak buat sit up 100 kali..lupakan je lah !

Oklah dah penat aku meraban tak tentu hala ni, update blog pun macam dah malas-malas sikit sebab tak ada idea nak tulis apa so sementara aku dapat point nak update ni, aku nak hupdate banyak-banyak. tadi time boring-boring aku tengoklah blog yang memang best nak mampus tahap cipan mati terkejut, sapa lagi kalau bukan Cik Epal. suka aku tengok dia ni tau sebab dia comel tau. Bila dia dah kurus ni lagilah cantik je aku tengok. Aku kadang-kadang jeles je tengok orang comel lote ni tau. Rasa macam aku ni spesis terancam sebab aku tak cantik kan, so bila ramai sangat perempuan cantik, aku rasa terancam..hahaha..bley macam tuh!

Lagi satu aku minat gile dengan Fatin Liyana, sebabnya bagi aku dia memang tersangatlah cantik. Aku rasa kalau dia masuk Miss World ke hape mesti dia boleh menang punya. Gigit jarilah pompuan-pompuan yang lain tengok dia pakai crown. Even dia bertudung, tapi dia memang fashionable gilelah sebab kadang-kadang apa yang dia pakai aku tak penah tengok pun tapi cantik! 

DSC02514

Kalau sesapa yang teringin bebeno nak tengok betapa cantiknya Fatin Liyana ni, klik lah dekat link yang aku bagi ni Fatin Liyana ! Mak aku pun suka tengok dia ni sebab mak aku cakap dia kiut miut. Kecik hati jap! Then kadang-kadang tu mak aku suruh aku pakai macam si Fatin ni. Bayangkanlah betapa kuatnya pengaruh si Fatin ni dekat mak aku..hehe

Memang aku jeleslah dengan semua pompuan yang cantik-cantik. Kadang-kadang tu aku sampai mimpi-mimpi nak jadi pompuan cantik tau. Pompuan cantik lain yang aku minat sangat-sangat ialah:-

32

Sapa yang nak pergi blog dia bolehlah klik nama dia ni Nurul Ain. memang bagi aku dia tersangatlah cantik. Aku rasa kalau dia lalu dekat tempat yang ramai orang, memang tak berkeliplah mata orang tengok dia ni. Kalau aku pun tengok dia, mau sampai terpusing 360 darjah tengok dia ni. bagi aku muka dia ada iras-iras macam Lisa surihani sikit. Alah takkan tak kenal kot. Pompuan cantikkan, mestilah korang kenal, lainlah kalau aku ni ! Dia ni pun spesies yang memang fashionable macam Fatin Liyana lah. Ohh Goshh aku memang teringin sangat nak putih melepak macam kak ain ni, lagi satu aku nak mata yang cantik and glowing macam dia tau!

Haa! Dah sebut pasal Lisa Surihani, meh sini aku cerita pasal dia jugak! Lisa ni bagi aku, one of the most beutiful face. Muka dia even neutral tanpa mekap memang cantik. Bila dah mekap lagilah cantikkan..huhu



74462_494897308803_47778883803_7016130_8358635_n (1)

Ohh kenapalah cantik sangat kau ni kak lisa ! Kalau aku lelaki memang aku sanggup lah tunggu kau sampai bila-bila even kak lisa memang tak kenal aku pun. Wahh! Statement aku ni bukanlah menunujukkan yang aku ni lesbo ke hape! tapi memang aku suka sangat tengok perempuan cantik tau.

Ok this is the time for kakak comel kita yang ada mata besar bulat-bulat, sapa lagi kalau bukan kak heliza or kak ija kita.

65995_436143784190_651054190_5201505_7425042_n 
Ohh cantiknya mata kak ija ni. taknak kongsi rahsia ke beli contact lens dekat mana. Share-share lah kan..huhu! Eii rasa macam nak gigit-gigit pipi dia ni sebab comel sangat. Kalau dia update gambar dia dekat facebook, akulah orang first yang dok tenung lama-lama lepas tu konon-konon berazam nak jadi macam dia. Comel wei dia ! Lantak koranglah nak marah aku sebab banyak kali aku cakap dia comel, tapi memang serius, dia ni memang comel and cantik lah! I love u lah kak ija!
Rasanya dah terlampau banyak aku cerita pasal pompuan cantik nie! Aku harap-harap satu hari nanti aku akan jadi cantik macam dorang gak kan.

Dalindareen5082Dalindareen5081


See .. see aku memang nak jadi cantik macam dorang. Sebab aku tembam lah oiit. Motif berkata begini kan ! Sebenarnya tak tau nak masukkan gambar apa, aku masukkan je lah gambar aku yang ni. Oklah basah ketiak aku dah dari tadi dok menaip. Lepas ni maybe aku akan jadi rajin kot nak hupdate! Tengok je lah. Tunggu dan lihat..huhu !

Thursday, November 18, 2010

Entry menggedik untuk hari ini !

 

Assalammualaikum!

Untitled

Kuang hajo kan kawan aku ni..hahaha! Aku saja je lah update status macam ni then di komennya macam ni. Orang yang betul-betul kenal aku je yang aku akan terima bila dia cakap aku gedik. Orang yang tak kenal aku, tengok diri ko sendirilah sebelum nak cakap aku gedik kan. Huh! Emo sekejap. Entah kenapa entah asyik nak emosi je aku hari ni. Maybe sebab aku baru dapat tahu yang boipren aku sakit kot. Sedih sangat aku rasa, macam nak pakai pintu suka hati yang doraemon punya. Terus ada depan boipren aku. Penatlah taip laju-laju and takda mood pun sebenarnya nak menaip. Just aku nak yang aku sangat merindui Muhamad Fazrul Hisham bin Zainol Rasid. Fuhh..semput aku sebut nama dia panjang-panjang. Tipu je areen, ko menaip je bukannya sebut laju-laju pon.

Dalindareen4912

Sekian entry menggedik saya untuk hari ini. Bebboii..

Dating Untuk Makan??

Assalammualaikum!

First, aku nak cakap selamat hari ghaye aidiladha! Aku benci betul kalau time raya or open house. Yelah masa tu mesti nafsu aku mebuak-buak nak rasa semua makanan yang ada. Macam esok dah takda makanan dah kat dunia ni so misi ko kena rasa jugak semua makanan yang ada kat depan mata kau arini. Lepas tu heboh menyesal sebab dah termakan banyak. Ter.. ok. Tu yang tak tahan. Lepas tu puas merungut badan dah naik and berazam macam-macam lah masa dalam bilik air or sebelum tidur konon-kononnya lepas ni dah tak nak makan nasi, nak makan buah je and minum air suam. Lepas tu dengan secara tiba-tiba terbau mak masak ikan masin dengan telur dadar. Terus berdessup keluar bilik ambil pinggan and tambah nasi berkali-kali. Kalau boleh nak letak lauk dalam periuk nasi. Terus makan dari periuk. Baru feel orang kata kan..hahaha!

ENOUGH wei! Apa kau merepek ni?!!

Aku kan ada satu habit tau. Kalu nak keluar dating mesti aku fikir dulu nak makan apa hari ni, dekat mana nak makan. Bukannya nak fikir nak pakai baju apa, nak mekap macam mana, nak buat apa ngan boipren aku nanti. Kira takda langsunglah. Mesti yang aku fikirkan makan..makan..dan makan. Mana taknya boipren aku yang aku kenal dari semester 1 punya lah cekeding tapi disebabkan ada awek yang tersangatlah kuat makan, boipren aku dah jadi macam ala-ala Garfield gumuk yang cute miut tu.

Dalindareen2365 

See..see..kan aku dah cakap macam garfield dah dia. Dulu masa mula-mula aku ajar makan sushi, punyalah kata wekk tak boleh terimalah, tak pedas lah, apa rasa macam tapai basi ni. Gila apa kata macam tapai basi. Sedap tau sushi ni kalau kita makan betul-betul. Tapi disebabkan pengaruh awek dia ni yang kuat sangat terhadap makanan-makanan eksotik..err eksotik ke? Boipren aku sekarang ni kalau nampak mana-mana kedai Sushi especially Shibaraku or Sushi King mesti nak singgah. Dah mengalahkan aku dah kempunannya kalau tak dapat. Gambar dekat atas ni masa kita orang makan dekat Sushi Boat kat Dataran Pahlawan. Melayang jugaklah duit aku. Eh bukan, duit boipren aku..hahaha!

Dalindareen2950

Tengoklah sebab pelahap sangat sampaikan comot nak mampus mulut and muka aku. Boipren aku pun sengal, suka nak tangkap gambar aku time aku buruk-buruk. Bukannya nak tangkap time aku cantik pun. Kadang-kadang tu kan rasa macam dah boring tau makan dekat melaka ni. Semua tempat kitorang dah rasa. Bila dah macam betul-betul tak tau nak makan kat mana kan, KFC or Mcd juga yang jadi pilihan terakhir. Bayangkanlah betapa kuatnya makan kitorang ni sampai semua tempat makan kat Melaka ni kitorang dah try tau.

Dalindareen3057

Lepas tu kan aku tak taulah Cool Blog dekat Melaka ni bagi jampi apa kat boipren aku sampaikan setiap kali pergi dating dekat bandar Melaka mesti nak beli Cool Blog ni. Aku yang kadang-kadang macam muak ni, ikutkan je dia nak beli apa. Yelah sebabnya bukan duit aku yang keluar pun. So orang dah nak belanja, kita terima je lah kan. Bak kata pepatah, Orang memberi kita merasa. Bila dah ada dekat depan Cool blog ni mulalah aku dengan dia macam tak tentu arah pilih macam-macam. Tapi selalunya yang jadi minuman utama aku perisa oreo, yang boipren aku pula perisa cokolat. Sebut betul-betul sambil buat muka comel..CO-KO-LAT..huhu.

Dalindareen3071

Aku kalau pergi dating HARUS pergi kedai mamak okies! Rasa macam tak lengkap per-dating-an aku bila tak pergi kedai mamak tau. Lepas tu mesti nak order Megi goreng tambah pulak dengan ayam goreng dia. Fuhh..bila teringat megi goreng dia. Dengan secara tiba-tiba aku boleh pengsan! Bleyy..hahaha. Kesian boipren aku dapat aku kan. Yelah nak layan kerenah awek dia yang tersangat lah kuat makan ya rabbi. Mesti boipren aku takut nak kawin dengan aku kan, yelah nanti mesti bankrap bila dah kawin dengan aku. Kerja aku asyik nak makan je.

Dalindareen3062

Haa! kan aku dah cakap yang boipren aku tak boleh terima kenyataan sebab dia akan bankrap bila dah kawin dengan aku nanti. Hei you! jangan risaulah ok sebab i kikis duit you beli benda yang berfaedah tau. Bukannya beli handbag yang beribu raban tuh! Takpe masa dating je i kikis duit u nanti dah kawin i simpan kad bank u pula. Senang i nak keluarkan duit u kan sayang..hahaha.

Dalindareen3523

Kadang-kadang tu aku kesian kat boipren aku. Yelah sebabkan aku dia jadi comel macam garfield gituu! Kadang-kadang aku ada cakap juga kat dia yang aku rasa bersalah sangat sebab ajak dia makan and rasa semua makanan yang ada. Tapi boipren aku ni baik. Bila aku dah cakap macam tu, secepuukk..aiskrim kon mcd dia bagi kat. Sebabnya nak suruh aku diam and tak cakap benda-benda yang merepek lagi. I love u lah!

Dalindareen4898

Sian boipren aku tau, setiap kali keluar dengan aku mesti duit dia habis beratus-ratus. Bukan aku tak nak belanja dia tapi setiap kali aku nak belanja mesti dia tak nak. Katanya malu sebab guna duit perempuan. So dah kau cakap macam tu kan, aku apalagi. Manggunakan sebanyak mungkin duit yang diberi dengan membeli pelbagai jenis makanan yang sangat-sangatlah sedap. 

Dalindareen4924

Nak katakan, macam-macam aku akan beli and semuanya adalah makanan. Bagi aku dating itu untuk makan. Tak taulah, memang dah set mind macam tu so setiap kali nak dating mesti aku rasa lapar padahal pagi tadi dah bedal mihun goreng dengan bergedil. Lepas tu lagi satu masalah, aku ni setiap kali makan mesti takkan habis makanan aku tuh. So terpaksalah boipren aku makan makanan aku and sebab tuhlah jugak salah satu faktor yang dia jadi comel lote tuh..hahaha!

Dalindareen4927

Setiap kali beli makanan mesti nak beli sorang satu. Takdalah macam couple-couple lain yang sebok nak share makanan and last-last lapar..hahaha. Kesian boipren aku, dahlah kena bawakkan beg aku, lepas tu dia belanja aku. Motif !! nak kesian pulak kan..huhu. Tapi apa pun aku memang suka sangat keluar dengan boipren aku ni sebab dia ikut je apa yang aku nak. Dia pun murah hati and kaya sebab tuh dia suka belanja aku. Aku memang sukalah dengan boipren aku ni. Oklah dah panjang lebar aku merepet, beebboiii!!!

notakaki :

sebenarnya tulis entry ni dalam keadaan yang tak boleh terima hakikat sebab mak sedara aku semua cakap badan aku dah tembam..haiyo0o! Frusttt !! Lepas ni tak nak makan nasi lah..!     

Monday, November 15, 2010

Siblings =))

Assalammualaikum!

babywb20100814072408f4teb02i8mk5mcv6rqnd9cgi51

Gile kan tiba-tiba je upload gambar baby yang gendul ya rabbi ni! Tak betul agak eyh internet sekarang ni, ada ke rupa future anak aku nanti macam ni. Lain macam je aku tengok. Dahi luas macam dah boleh tulis peta je atas tu. Nak salahkan aku yang cantik and boyfie aku yang hensem tuh tak boleh jugak! (hensem ke? cantik ke?). Kalau tak mesti anak aku dah jadi comel macam ala-ala budak yang dalam iklan pampers yang mana-mana lah. Yelah kan baby yang dalam iklan tuh semua comel-comel. Tapi walau macam mana pun aku still nak salahkan internet jugak! Baby girl dah macam rupa baby boy aku tengok! Arrgghh.. tak boleh terima!

Ok ok tadi aku bergaduh dengan adik-adik aku. Sebabnya aku juga! Aku yang saja cari pasal. Saja nak usik adik-adik aku yang lain. Dorang diam, aku dok cubit-cubit peha dorang lah. Bila dorang bising tau pula aku nak marah kan. Tapi marah-marah dorang pun, kak long dorang ni jugaklah yang dorang akan cari bila nak ajak tengok wayang, nak beli cd game, nak ajak jalan-jalan dekat Jusco. Memang semua aku lah!

 

Dalindareen1785

Bawah aku ada tiga orang adik lelaki yang memang tahap degil dorang tuh aku memang tak sanggup nak cerita.  Tak sanggup wei ! Kalu aku cerita mesti aku rasa nak gigit-gigit kaki meja, nak tumbuk setiap perut kucing yang lalu, nak makan semua makanan yang ada depan mata aku, nak semualah! Sebab kadang-kadang bila aku tak tahan bergaduh mesti aku lari dalam bilik lepas tu menangis. Ko bayangkanlah emosi tak emosi aku kan. Bawah aku ialah adik yang paling special dalam hidup aku. Family aku, cikgu-cikgu dia, kawan-kawan dia semua panggil dia angah. Kalau orang panggil nama dia memang dia buat dek je lah. Adik aku yang namanya Mohd Asyraf Firdaus ni, kanak-kanak istimewa. Umur dah 18 tahun dah tapi perangai macam budak-budak.

 

Dalindareen1797

Bawah angah pula adik aku yang sekarang ni Form 2. Budak nama Mohd Amir Imran ni memang tersangat ramai lah aweknya. Sebab apa aku cakap macam tu, sebab status dekat facebook mesti setiap bulan nak bertukar. Mula-mula in relationship dengan dot dot then lepas sebulan single pula. Lepas tu in relationship balik tapi dengan perempuan lain pula. Haiyo0 aku tak taulah apa nak jadi dengan adik aku sorang ni. tapi aku suka kalau jalan-jalan dengan dia sebab dia mesti jaga aku gila-gila lah. Lagi-lagi bila ada lelaki yang try nak usha-usha aku yang tak cantik ni, dia mesti pergi sound. Kesian lelaki tu, dia tak bersalah pun! Aku baru nak test market tau masa boyfie aku tak ada disisi..huahuahua!

 

Dalindareen1796

 

Adik aku yang last sekali ni pula baru darjah satu. Tahun depan nak masuk darjah dua. Adik aku yang ni memang mewarisi perangai adik aku yang Imran tuh. Yelah sebab bayangkanlah kecik-kecik dah pandai tulis surat and berbalas-balas surat dengan awek dia. Nasib baiklah awek dia comel macam aku time kecik-kecik. What the..hahaha! Aku lain sikit tau dengan dia ni. Time dia kecil-kecil aku suka sangat dekat dia sebab dia comel gile tapi bila besar aku tengok makin lama makin tak comel pula. Dia ni aku tengok ada harapan nak jadi budak-budak yang bijak sebab setiap kali periksa mesti nak dapat no 1. Harap-harap benda ni berterusan lah.

 

Dalindareen1777   

Dalindareen1790

 

Dalindareen1798

Apa-apa pun memang aku sayang sangat kat dorang. Even aku seorang yang perempuan tapi aku rasa hepi sebab adik-adik lelaki aku ni semualah yang akan jaga aku bila dorang dah besar nanti. Nak katakan time kecik-kecik dulu aku memang kasar yang amat. Nak kawan dengan budak-budak lelaki je. Maybe sebab adik beradik aku lelaki so aku lebih selesa dengan kawan-kawan lelaki je. But now, i’m totally change. Yelah aku dajh jadi perempuan melayu terakhir tau. Tapi tak lama lagi maybe adik beradik lelaki akan bertambah lagi. Nak tau sapa? ni lah orangnya..huhu!

Dalindareen4524

Hahahaha..jangan marah eyh! Ni lah orang yang akan jadi abang untuk adik-adik aku nanti. Ouppsss mesti mak aku marah. Yelah dia kata jangan over expose boyfie aku. Alah takpelah mak. Sekali-sekala kan. Mak pun suka dia kan.huhu!

Beebbooii !

Selamat Hari tua!

Assalammualaikum!

Tadi aku perasan dekat facebook yang one of the staff dekat tempat yang aku praktikal, bezday dia hari ni. Tuh pun nasib baik aku perasan, kalau tak memang membazir lah facebook senaraikan nama-nama orang yang bezday hari ni. On ok meh sini aku perkenalkan Abang yang memang tahap kesengalan da memang gile nak mampos sapa lagi kalau bukan Abang Latip! Apa korang tak kenal langsung? Hahaha nampak sangat lah dia memang tak popular langsung kan. Tapi memang aku akui dia memang tak popular pun ye lah sebab dia tak berani test market..hehehe!

36991_131668850190504_100000421693547_256424_5513606_n 

Alkisahnya macam mana aku kenal mamat sekor ni, bila aku praktikal dekat hotel dulu. Mula-mula muka dia macam kerek je aku tengok. Rasa macam nak pergi dekat dia then lempang dia laju-laju sambil cakap “hoi! Apasal kau kerek sangat hah? Kau fikir kau hensem?” hahaha. Korang bayangkan lah betapa kereknya muka dia sampai aku nak lempang laju-laju kan. Tapi bila aku slowly slowly kenal dia, aku tengok dia ni senang nak buat kawan. Kiranya senang nak buat stok gurau-gurau kasar lah.

32284_128862417137814_100000421693547_243158_2869500_n

Bayangkanlah tahap sengal dia macam mana sampaikan sampai nak bawa bas pergi Royale Bintang KL. Lagi satu aku suka dengan dia ni sebab dia memang suka sangat cakap nogori dengan staf-staf yang lain sampai kan kadang-kadang aku jadi tak paham dia cakap nogori even aku pun orang Seremban kan. Hah lepas tu dia ni suka sangat lah nak melepak dekat security guard dekat hotel aku ni. Dah takda kerja lain agaknya..huhu.

Oklah aku pun tak tau nak tulis apa sebenarnya. Aku buat blog ni pun atas permintaan dia. Kira tak ikhlas lah buat entry untuk dia ni kan..hahaha. Anggaplah entry yang reen buat untuk abang Latip ni as present eyh! Bukan senang tau aku nak buat entry pasal bezday ni. Kalau mood aku baik bolehlah and nasib baik abang Latip mintak time mood tengah baik kan. Ok lah, last but not least reen ada ucapan khas untuk abang Latip:-

Dalindareen4143

Song for you:

Hepi Bezday To You..

Hepi Bezday To you..

Hepi Bezday To Abg Latip!

Hepi Bezday To you..

 

Wishlist yang amat diharapkan!

Assalammualaikum

Fazreen!035

Motif nak tempek gambar besar-besar macam ni waktu malam-malam kan. Gile ke apa hah! Macam ni lah jadinya bila dah cuti semester and tak ada apa yang nak dibuat bila dekat rumah ibunda and ayahanda tercinta ni. Kalau dekat Melaka tu sibuk malam-malam nak goreng roti telur lah, pergi sewa kereta semata-mata nak pegi beli Mcd lah and macam-macam lagilah. Sebenarnya aku bukan tak ada benda nak buat dekat rumah ni tapi tadi oleh sebab aku yang tiba-tiba lah terajin, aku pergilah cuci segala pinggan mangkuk dekat dapur then at last sinki dapur aku tersumbat. terus malas aku nak habiskan. Hahaha..jahatkan aku! Gile aku meroyan malam-malam merepek kan!

Sebenarnya tak ada motif pun hupdate tengah-tengah malam ni just disebabkan memang dah takda kerja nak buat, nak tak nak aku gagahkan juga tangan ni menulis. (Padahal memang dari tadi kau rancang nak hupdate kan siap dah buat rangka lagi untuk hupdate blog!)

Tadi aku saja-sajalah kan tengok barang-barang yang berwarna pink. Dengan secara tiba-tiba jugaklah aku rasa nak update blog and list kan wishlist item aku yang aku harapkan akan dapat satu hari nanti. Wishlist aku yang pertama ialah..jeng..jeng…:

2003_Toyota_Harrier_01 Toyota Harrier

Aiishhh kereta ni kalau aku nampak dekat luar sana tu memang aku bantai jerit-jerit lah. Kalau dekat Melaka aku jerit dekat boyfie aku. Yang tak bestnya dia pulak tak suka langsung dengan kereta ni. Aku pun tak tau macam mana aku oleh minat dengan kereta besar gedabak macam ni padahal kereta Myvi aku ada bertenggek dekat luar rrumah tu. Setiap kali aku menjerit, setiap kali tu jugaklah boyfie aku dok mengutuk kata taste aku macam orang tua. Aku bukan apa, aku rasa kereta ni semart sebab bila aku tengok dalam cerita Jepun or Korea, nampak cantik je padahal bukan kau pandang kat kereta pun sebenarnya. Pandang dekat pelakon dia yang handsome tu. Tapi memang aku dah cakap awal-awal dengan mak aku yang walau macam mana pun. Aku HARUS dapatkan kereta ni. Mak aku biasalah ayat dia bila aku cakap, “along belajarlah rajin-rajin, baru boleh beli kereta mahal”. Ok fine mak!

Item yang ke-2 ialah:

nec_hello_kitty_lavie_2x

Laptop warna pink!

Sila jerit ramai-ramai wei! Manalah taukan bila korang tolong aku jerit, aku dapat sebijik laptop ni kan. Aduiishh kenapalah cantik sangat kau laptop, lagi-lagi bila ada cartoon Hello Kitty dekat badan kau tuh! Aku bab jenama memang aku tak kisah sangat as long as that lappy cute, ringan, boleh siapkan assignment aku, boleh online..cukuplah kan! Laptop aku yang sekarang ni pun dulu bukan aku yang pilih. Aku tau tau bila ada dekat rumah dah memang ada laptop ayah aku hadiahkan. Untuk belajar katanya, tapi tengok sekarang kerja aku asyik online je. Siap hupdate belog lagi kan. Aku berharap sangatlah, bila time aku kahwin nanti, boyfie aku bagi hantaran laptop pink ni. Tak payah duit hantaran pun takpe. Cukup laptop je!

Item yang ke-3 ialah:

victoria-secret-pink-perfume-victorias-secret-eau-parfum-spray-women571343

Victoria Secret Pink Perfume

Haiyoo aku kalau dapat perfume ni, maunya aku pakai sebulan sekali je. Sanggup aku pakai minyak attar hari-hari kan. Yelah sebab duit dah takda coz dok beli benda ni je. Aku memang dulu lagi mengharap nak perfume ni. By the time aku beli perfume boyfie aku dulu dekat kiosk perfume, tak ada pulak aku perasan ada jual perfume ni. Kalau ada, sila-silalah merajinkan diri nak bagitau aku dekat mana aku boleh dapatkan perfume ni. Aku suka perfume ni mestilah sebab warna dia yang pink tu and aku rasa mesti bau dia seksi kan. Ye lah sapa yang tak kenal jenama Victoria Secret wei!

Item yang ke-4:

hello-kitty-mac-cosmetics2

Hello Kitty Make up by MAC

Benda ni adalah antara item yang wajib ada even aku tengah sesak. Dekat Melaka memang banyak sangat mekap-mekap Hello Kitty ni lagi-lagi dekat Jonker Walk. Tapi dia punya mekap tak original lah. Tuh sebab aku macam takut nak beli. Yelah nanti tak pasal-pasal kulit aku yang memang menggerutu ni jadi lagi menggerutu sebab kan mekap yang dah expired. Bukan boleh caya! tapi walau macam mana pun aku akan dapat kan juga. Mana tau kecantikkan aku akan bertambah dengan pakai mekap Hello Kitty nie..uweekk tak boleh blah!

Item ke-5:

20090519-Pink-shoes

Pink Gladiator!

Aku baru dapat tau yang kasut idaman aku ni adalah salah satu kasut yang Megan Fox pakai. Auwww.. lagi lah aku berkobar-kobar nak dapatkan kasut nie. Memang dengan saiz badan aku yang agak besar ni macam tak sesuai nak pakai heels kan. But very common words lah yang perempuan sanggup sakit sebab nak cantik kan. So do i..hehe!

Aku memang dah list kan macam-macam barang untuk aku beli bila dapt duit ptptn nanti. Yelah sementara sem belum berakhir ni, baik aku kumpul harta dulu. Nanti tak ada duit, ternganga lah kau tengok orang lain beli macam-macam kan. Kan dah kempunan tuh! Oklah sampai sini je lah aku merepet malam-malam buta ni. Memang tak ada kerja langsung!