Monday, November 15, 2010

Wishlist yang amat diharapkan!

Assalammualaikum

Fazreen!035

Motif nak tempek gambar besar-besar macam ni waktu malam-malam kan. Gile ke apa hah! Macam ni lah jadinya bila dah cuti semester and tak ada apa yang nak dibuat bila dekat rumah ibunda and ayahanda tercinta ni. Kalau dekat Melaka tu sibuk malam-malam nak goreng roti telur lah, pergi sewa kereta semata-mata nak pegi beli Mcd lah and macam-macam lagilah. Sebenarnya aku bukan tak ada benda nak buat dekat rumah ni tapi tadi oleh sebab aku yang tiba-tiba lah terajin, aku pergilah cuci segala pinggan mangkuk dekat dapur then at last sinki dapur aku tersumbat. terus malas aku nak habiskan. Hahaha..jahatkan aku! Gile aku meroyan malam-malam merepek kan!

Sebenarnya tak ada motif pun hupdate tengah-tengah malam ni just disebabkan memang dah takda kerja nak buat, nak tak nak aku gagahkan juga tangan ni menulis. (Padahal memang dari tadi kau rancang nak hupdate kan siap dah buat rangka lagi untuk hupdate blog!)

Tadi aku saja-sajalah kan tengok barang-barang yang berwarna pink. Dengan secara tiba-tiba jugaklah aku rasa nak update blog and list kan wishlist item aku yang aku harapkan akan dapat satu hari nanti. Wishlist aku yang pertama ialah..jeng..jeng…:

2003_Toyota_Harrier_01 Toyota Harrier

Aiishhh kereta ni kalau aku nampak dekat luar sana tu memang aku bantai jerit-jerit lah. Kalau dekat Melaka aku jerit dekat boyfie aku. Yang tak bestnya dia pulak tak suka langsung dengan kereta ni. Aku pun tak tau macam mana aku oleh minat dengan kereta besar gedabak macam ni padahal kereta Myvi aku ada bertenggek dekat luar rrumah tu. Setiap kali aku menjerit, setiap kali tu jugaklah boyfie aku dok mengutuk kata taste aku macam orang tua. Aku bukan apa, aku rasa kereta ni semart sebab bila aku tengok dalam cerita Jepun or Korea, nampak cantik je padahal bukan kau pandang kat kereta pun sebenarnya. Pandang dekat pelakon dia yang handsome tu. Tapi memang aku dah cakap awal-awal dengan mak aku yang walau macam mana pun. Aku HARUS dapatkan kereta ni. Mak aku biasalah ayat dia bila aku cakap, “along belajarlah rajin-rajin, baru boleh beli kereta mahal”. Ok fine mak!

Item yang ke-2 ialah:

nec_hello_kitty_lavie_2x

Laptop warna pink!

Sila jerit ramai-ramai wei! Manalah taukan bila korang tolong aku jerit, aku dapat sebijik laptop ni kan. Aduiishh kenapalah cantik sangat kau laptop, lagi-lagi bila ada cartoon Hello Kitty dekat badan kau tuh! Aku bab jenama memang aku tak kisah sangat as long as that lappy cute, ringan, boleh siapkan assignment aku, boleh online..cukuplah kan! Laptop aku yang sekarang ni pun dulu bukan aku yang pilih. Aku tau tau bila ada dekat rumah dah memang ada laptop ayah aku hadiahkan. Untuk belajar katanya, tapi tengok sekarang kerja aku asyik online je. Siap hupdate belog lagi kan. Aku berharap sangatlah, bila time aku kahwin nanti, boyfie aku bagi hantaran laptop pink ni. Tak payah duit hantaran pun takpe. Cukup laptop je!

Item yang ke-3 ialah:

victoria-secret-pink-perfume-victorias-secret-eau-parfum-spray-women571343

Victoria Secret Pink Perfume

Haiyoo aku kalau dapat perfume ni, maunya aku pakai sebulan sekali je. Sanggup aku pakai minyak attar hari-hari kan. Yelah sebab duit dah takda coz dok beli benda ni je. Aku memang dulu lagi mengharap nak perfume ni. By the time aku beli perfume boyfie aku dulu dekat kiosk perfume, tak ada pulak aku perasan ada jual perfume ni. Kalau ada, sila-silalah merajinkan diri nak bagitau aku dekat mana aku boleh dapatkan perfume ni. Aku suka perfume ni mestilah sebab warna dia yang pink tu and aku rasa mesti bau dia seksi kan. Ye lah sapa yang tak kenal jenama Victoria Secret wei!

Item yang ke-4:

hello-kitty-mac-cosmetics2

Hello Kitty Make up by MAC

Benda ni adalah antara item yang wajib ada even aku tengah sesak. Dekat Melaka memang banyak sangat mekap-mekap Hello Kitty ni lagi-lagi dekat Jonker Walk. Tapi dia punya mekap tak original lah. Tuh sebab aku macam takut nak beli. Yelah nanti tak pasal-pasal kulit aku yang memang menggerutu ni jadi lagi menggerutu sebab kan mekap yang dah expired. Bukan boleh caya! tapi walau macam mana pun aku akan dapat kan juga. Mana tau kecantikkan aku akan bertambah dengan pakai mekap Hello Kitty nie..uweekk tak boleh blah!

Item ke-5:

20090519-Pink-shoes

Pink Gladiator!

Aku baru dapat tau yang kasut idaman aku ni adalah salah satu kasut yang Megan Fox pakai. Auwww.. lagi lah aku berkobar-kobar nak dapatkan kasut nie. Memang dengan saiz badan aku yang agak besar ni macam tak sesuai nak pakai heels kan. But very common words lah yang perempuan sanggup sakit sebab nak cantik kan. So do i..hehe!

Aku memang dah list kan macam-macam barang untuk aku beli bila dapt duit ptptn nanti. Yelah sementara sem belum berakhir ni, baik aku kumpul harta dulu. Nanti tak ada duit, ternganga lah kau tengok orang lain beli macam-macam kan. Kan dah kempunan tuh! Oklah sampai sini je lah aku merepet malam-malam buta ni. Memang tak ada kerja langsung!

2 comments: