Assalammualaikum!
Sebelum tuh meh aku tempek dulu gambar aku keluar dengan adik aku hari ni. Takda motif pun sebenarnya tempek gambar ni just aku nak cakap yang adik aku sorang ni memang dengki kalau aku tangkap gambar. Dia mesti nak kacau aku lepas tu tolak muka aku kuat-kuat dengan kepala dia untuk nak pastikan dia boleh masuk dalam gambar. Haa! Mak aku ada dekat belakang tu. Jadi mem besar. Sementara aku ada dekat rumah ni kerja aku jadi driver je lah. Mana mak aku nak pergi aku bawakkan je. Yelah bila lagi nak berbakti kat mak kita kan. Ceyhh ayat ! Kalau ada pertandingan yang khas untuk orang-orang yang berbakti kat parents mesti aku boleh dapat nombor satu kan! Mimpilah kau.
Tadi masa nak pergi beli pizza dengan mak aku, aku pergi lah teman adik aku main playstation. Tah pebenda haram jadahnya tuh! Budak-budak sekarang ni kalau bab main games memang expert nak mampus. Cuba kau suruh dia mengaji, merangkak-rangkak nak mengeja. And sebab tu jugaklah PS2 adik-adik aku yang rosak, mak aku tanak repair langsung sebabnya adik aku masing-masing malas gile nak belajar bila ada playstation ni.
Hahaha padan muka. Setiap kali nak teringin nak main playstation, adik aku pergilah rumah kawan-kawan dia. Tak pun pergilah dekat tempat main game mana-mana, main lah berejam-jam. Sejam 4 hengget! Mahal tak mahal aku cakap ngan kau. Boleh beli nasi ayam sepinggan kalau makan dekat kedai. Alah tu pun kalau mak aku baik nak bagi 4 hengget. Kalau tak jangan haraplah. Tapi selalunya mak aku memanglah tersangat baik. Bila dengan aku je dia jadi tak baik jap !
Aku kalau setakat nak main playstation ni memang macam failed sikitlah. Yelah game yang aku main pun mesti game fashion-fashion ni. Mana aku reti nak main game yang lawan-lawan ni. Yang aku reti main ialah:-
Ohh sangat best nak mampus bila dapat main benda ni balik. Dulu kalau time kecik-kecik, kalau ada permainan masak-masak macam ni memang dah kembang semangkuk lah. Bangga je tunjuk kat anak jiran sebelah yang ayah aku belikan benda ni. Ko ado? Masa ni kawan-kawan mulalah mainkan peranan. Yang budak lelaki jadi suami tak pun anak. Yang budak perempuan pulak jadi isteri tak pun jiran sebelah rumah. Masa ni lah masing-masing dok panggil-panggil watak masing-masing macam ayahnya….mak nya..anaknya…jirannya..(eh ada ke jiran! ). Mak aku paling marah kalau setiap kali aku main masak-masak. Yelah habis bunga mak aku, aku pergi petik sebabnya nak buat sayurlah konon. Budak-budak sekarang tak pandang permainan macam ni. Kalau budak perempuan, patung barbie lah yang dipandangnya. takpun plastisin yang playdoh tuh! Mahal kot benda tu.
Mahal kot benda-benda ni semua. Aku pernah tengok harga dia. Memang macam nak menangis lah aku bila tengok. Rasa macam nak hentak-hentak kepala dekat dinding. Yelah permainan je dah sama harga dengan baju aku sehelai. Gile ahh! Haishh macam mana lah budak-budak masa depan nanti. Entah hape lah permainan yang dorang nak pulak kan.
Dulu zaman aku kecik-kecik aku memang suka lah main benda alah dua ekor ni. Satu Ding Dang satu lagi Tora. Iklan dekat tv lagilah. Semua nak gempak-gempak je and membuatkan aku nak sangat beli tau. Lagi satu yang bestnya permainan yang ada dalam kotak dia ni, kita kena pasang sendiri tau. Kira adventure lah jugak. Dulu aku selalu suruh ayah aku je pasangkan sebab setiap kali aku try nak pasang mesti tak jadi macam dalam gambar. Menyumpah-nyumpah aku tak dapat pasang lepas tuh mesti nangis-nangis dekat ayah aku suruh ayah aku pasangkan. Mainan paling best yang pernah aku dapat masa beli kotak-kotak ni adalah burung yang boleh tergantung kat hujung paruh dia tu. Ala...kalau korang ingat, bila letak paruh burung tu kat hujung jari ke, pensil ke die boleh tergantung(macam tengah terbang). Ingat tak?
Tapi serius wei aku nak main kawin-kawin lagi. Sebabnya rasa time tuh macam malu-malulah dengan budak lelaki yang jadi pengantin lelaki untuk kita tuh, padahal kawan ko sendiri je. Masa tuh lah habis alas meja mak aku, aku jadikan bajulah,letak atas kepalalah..macam-macam. Oklah penat dah aku meraban tulis tah hape-hape. Bebboiii…
tora datang lagi ! my faveret too. ;)
ReplyDeleteMy latest entry : Invisible Man Memang Wujud !
shaffique: yeah marilah bermain ding dang!! hahaha
ReplyDeletedulu2 semua permainan tradisional menggunakan bahan2 yg terbuang n sedia ada...x payah beli...buat pondok sendiri beratapkan daun kelapa...tempurung dijadikan mangkuk....dedaun n bunga2 dijadikan sayur2an....aduhai indahnya kenangan dulu yg menjadi satu memori...
ReplyDelete