Friday, March 13, 2015

Gurau-gurau senda di petang hari. Senda ke sendu ?

Assalammualaikum.

Yeahhh baru balik dari training GST. Before this dah pernah jugak pergi tapi tak pernah-pernah lah aku nak paham. Tapi nasib baik hari ni paham jugak lah. Alhamdulillah. Apa-apa pun yang aku boleh simpulkan, lepas ni semua orang yang kerja dalam bidang account memang akan ada sangat-sangat banyak kerja ok. Hehehe bertabahlah ye semua ye. Aku tujukan benda ni dekat kakak-kakak opis aku sebenarnya. Muahahahaha.

So jangan stress-stress hari ni, jom kita relax kan kepala baca cerita dekat bawah ni. Jom jom.


Seorang isteri , ingin menguji suami nya ,apakah tindakan suaminya andai dia meninggalkan suami begitu sahaja tanpa apa2 sebab .Lalu si isteri menulis surat untuk si suami. 
"abang , saya dapat merasakan abang curang, dan saya ingin keluar dari rumah ini . selamat tinggal, halalkan makan minum saya. ampuni segala dosa saya." 
Selepas menulis surat dan meletak nya dibirai katil, si isteri cepat-cepat menyorok di belakang almari di bilik nya. Ingin mengintai reaksi suami nya membaca surat tersebut.
Tidak lama kemudian, suami nya pulang dan membaca surat tersebut. Namun setelah membaca surat tersebut, suaminya kelihatan begitu gembira, membalas balik surat nya dengan menulis sesuatu dibelakang kertas yang telah ditulis tadi. Bersiulan sambil mandi dan terus memakai baju serta wangi-wangian. Suami nya mendail dan bercakap dengan seseorang.
"hey sayang, akhirnya perempuan itu sedar bahawa aku curang terhadap nya. bagus dia dah keluar dari rumah ini kerana aku tak sepatutnya menikahi dia. jom, kita berjumpa ditempat biasa sekarang."
Lalu suami nya melangkah keluar dari bilik nya, dan terus keluar dengan kereta nya. Semasa isteri nya mendengar percakapan nya, isterinya menangis dan tersangat sedih, dan apabila suami keluar, dia keluar dari belakang almari untuk melihat apa yang ditulis suaminya. Lalu ia membaca, "aku nampak kaki kau, bongok. aku keluar sekejap, beli roti. " " hahahaha !!!!






Muahahaha giloss !

Oklah bye !


No comments:

Post a Comment