Sunday, August 24, 2014

Hobi masa lapang. Part time job sebenarnya.

Assalammualaikum !

Kalau dipikirkan lah aku, aku pun tak sangka aku boleh ada minat yang satu ni. Apa lagi kalau bukan minat nak memasak. Aku ingat lagi, dulu emak aku selalu suruh tolong dia masak, lepas tuh sebab malas punya pasal aku tutup pintu bilik perlahan-lahan, lepas tuh krohh krohh. Hahaha kalau emak aku baca ni mesti dia setuju sangat lah kan. Lepas tuh, maybe sebab faktor umur, perlahan-lahan aku dah boleh adapt dengan dunia masak ni. OMG ! Nampak sangat lah kan, umur ni makin lama makin lanjut. Tak lama lagi monopous. Huahuahua ! Ok itu tipu, lambat lagi oii. Kahwin pun tak lagi haa.

Aku rasa aku ni bertuah lah sebab habis-habis belajar je, aku terus dapat offer kerja dekat tempat praktikal time study dekat politeknik dulu. So tak payahlah nak meroyan lama-lama sorang-sorang dekat rumah sebab tak ada duit nak pergi tengok wayang and beli popcorn wayang yang flavour caramel tuh. And alhamdulillah jugak aku dapat tempat kerja yang dekat dengan rumah aku and yang paling penting office hour uolls. Tak kerja hari Sabtu and Ahad. Disebabkan malam tak ada buat apa-apa, so aku merajin kan diri buat kek and esoknya mesti aku bawak pergi office.Bagi akak-akak ni rasa.

Aku pun sebenarnya tak ingat bila aku start buat bisnes kek secara serius ni, tapi yang aku paling ingat, first kek yang aku jual ialah coklat moist. Itu pun sebab aku memang gile makan kek coklat tau. Tuh yang pengembangan dan tumbesaran badan ni cepat je naik. Tak turun-turun ok. Sedih *Sob sob*

Perangai customer yang macam-macam pun aku dah boleh terima perlahan-lahan. Yelah contoh macam ni kan, aku jual 1 kg coklat moist around RM 60-70 hengget. Lepas tuh ada pulak customer yang nak half price dari harga yang aku bagi tuh but nak quantity yang sama juga, 1kg. Aku dah macam pening-pening lalat dah pikir but at last aku dapat deal dengan customer tuh dengan jayanya lepas aku bagi ayat sedih, ayat bunga-bunga sikit. Ayat macam mana, biarlah rahsia. Hehehe !

Yang paling aku tak percaya tuh kan, aku boleh buat kek dari balik kerja tuh sampailah pagi esok, nak pergi kerja balik. Tapi hati ni sikit pun tak merungut and rasa tak ikhlas. Aku rasa korang tahu kot macam mana rasa tak ikhlas tuh, yelah satu-satu kerja tuh, asal boleh je kita nak siapkan. Betul ke, tak betul ke, ada aku kisah. Gitueew lah contoh rasa tak ikhlas tuh. Huhu.Cuba kalau kena buat assignment or study untuk final exam, aku sanggup tidur sampailah ke pagi then nak masuk hall exam tuh baru kelam kabut nak baca semua chapter. Tak masuk der jepp dalam pale otak ko de. Hahaha !

Tapi sekarang ni alhamdulillah, bisnes kek aku makin lama boleh diterima orang ramai, even though aku buat as part time.


Moist chocolate cake tema Upin Ipin

Moist chocolate cake


Hello Kitty cake pop 


Hantaran tunang.


Salted caramel chocolate cupcake


Apam polkadot


Hantaran tunang



Hantaran tunang.


Moist Chocolate cake tema Upin Ipin



Tema Mickey Mouse & Minnie Mouse



Coklat cupcakes



Coklat cupcakes


Sebenarnya banyak lagi gambar nak letak, tapi cukuplah setakat ni je. Impian aku, satu hari nanti aku nak satu kafe yang serve kek at the same time ada makanan yang lain. Macam Secret recipe tuh. Insyaallah. Bila hajat tu nak termakbul, aku pun tak tahulah kan. Hanya usaha je yang boleh tentukan.

So kepada sesiapa yang rasa nak order kek dengan aku boleh lah PM aku dekat facebook ehh. Priority dekat area Seremban lah, sebab senang aku nak hantar dekat korang. Hehehe. Oklah setakat tuh jelah entry simple bercampur malas ni. Next entry aku akan story dekat korang something yang aku memang obses sangat. Sekarang ni aku memang dah ada penyakit yang obses dekat something sampau tak boleh nak tidur. Ok sampai tak boleh nak tidur tuh, itu tipu...hahahaha.

Ok bye !


No comments:

Post a Comment