Sunday, August 24, 2014

Hobi masa lapang. Part time job sebenarnya.

Assalammualaikum !

Kalau dipikirkan lah aku, aku pun tak sangka aku boleh ada minat yang satu ni. Apa lagi kalau bukan minat nak memasak. Aku ingat lagi, dulu emak aku selalu suruh tolong dia masak, lepas tuh sebab malas punya pasal aku tutup pintu bilik perlahan-lahan, lepas tuh krohh krohh. Hahaha kalau emak aku baca ni mesti dia setuju sangat lah kan. Lepas tuh, maybe sebab faktor umur, perlahan-lahan aku dah boleh adapt dengan dunia masak ni. OMG ! Nampak sangat lah kan, umur ni makin lama makin lanjut. Tak lama lagi monopous. Huahuahua ! Ok itu tipu, lambat lagi oii. Kahwin pun tak lagi haa.

Aku rasa aku ni bertuah lah sebab habis-habis belajar je, aku terus dapat offer kerja dekat tempat praktikal time study dekat politeknik dulu. So tak payahlah nak meroyan lama-lama sorang-sorang dekat rumah sebab tak ada duit nak pergi tengok wayang and beli popcorn wayang yang flavour caramel tuh. And alhamdulillah jugak aku dapat tempat kerja yang dekat dengan rumah aku and yang paling penting office hour uolls. Tak kerja hari Sabtu and Ahad. Disebabkan malam tak ada buat apa-apa, so aku merajin kan diri buat kek and esoknya mesti aku bawak pergi office.Bagi akak-akak ni rasa.

Aku pun sebenarnya tak ingat bila aku start buat bisnes kek secara serius ni, tapi yang aku paling ingat, first kek yang aku jual ialah coklat moist. Itu pun sebab aku memang gile makan kek coklat tau. Tuh yang pengembangan dan tumbesaran badan ni cepat je naik. Tak turun-turun ok. Sedih *Sob sob*

Perangai customer yang macam-macam pun aku dah boleh terima perlahan-lahan. Yelah contoh macam ni kan, aku jual 1 kg coklat moist around RM 60-70 hengget. Lepas tuh ada pulak customer yang nak half price dari harga yang aku bagi tuh but nak quantity yang sama juga, 1kg. Aku dah macam pening-pening lalat dah pikir but at last aku dapat deal dengan customer tuh dengan jayanya lepas aku bagi ayat sedih, ayat bunga-bunga sikit. Ayat macam mana, biarlah rahsia. Hehehe !

Yang paling aku tak percaya tuh kan, aku boleh buat kek dari balik kerja tuh sampailah pagi esok, nak pergi kerja balik. Tapi hati ni sikit pun tak merungut and rasa tak ikhlas. Aku rasa korang tahu kot macam mana rasa tak ikhlas tuh, yelah satu-satu kerja tuh, asal boleh je kita nak siapkan. Betul ke, tak betul ke, ada aku kisah. Gitueew lah contoh rasa tak ikhlas tuh. Huhu.Cuba kalau kena buat assignment or study untuk final exam, aku sanggup tidur sampailah ke pagi then nak masuk hall exam tuh baru kelam kabut nak baca semua chapter. Tak masuk der jepp dalam pale otak ko de. Hahaha !

Tapi sekarang ni alhamdulillah, bisnes kek aku makin lama boleh diterima orang ramai, even though aku buat as part time.


Moist chocolate cake tema Upin Ipin

Moist chocolate cake


Hello Kitty cake pop 


Hantaran tunang.


Salted caramel chocolate cupcake


Apam polkadot


Hantaran tunang



Hantaran tunang.


Moist Chocolate cake tema Upin Ipin



Tema Mickey Mouse & Minnie Mouse



Coklat cupcakes



Coklat cupcakes


Sebenarnya banyak lagi gambar nak letak, tapi cukuplah setakat ni je. Impian aku, satu hari nanti aku nak satu kafe yang serve kek at the same time ada makanan yang lain. Macam Secret recipe tuh. Insyaallah. Bila hajat tu nak termakbul, aku pun tak tahulah kan. Hanya usaha je yang boleh tentukan.

So kepada sesiapa yang rasa nak order kek dengan aku boleh lah PM aku dekat facebook ehh. Priority dekat area Seremban lah, sebab senang aku nak hantar dekat korang. Hehehe. Oklah setakat tuh jelah entry simple bercampur malas ni. Next entry aku akan story dekat korang something yang aku memang obses sangat. Sekarang ni aku memang dah ada penyakit yang obses dekat something sampau tak boleh nak tidur. Ok sampai tak boleh nak tidur tuh, itu tipu...hahahaha.

Ok bye !


Thursday, August 21, 2014

Kemalasan melanda.

Assalammualaikum !

Rasa macam nak tampar and sepak-sepak je diri sendiri ni sebab apasal entah malas sangat nak update blog hitam legam yang memang comel ni. Erkkk *tangan di bahu mata ke atas* ! Mehh lah dengar cerita aku ni, aku nak mengadu sikit, sebenarnya kan, idea melambak-lambak je dalam kepala otak ni nak update apa. Tapi kan, bila time dah bukak je laptop, dah on je, terus hilang delete semua idea. Benci tau tak ! Aku pun tak tahulah kenapa, kemain susah nak update blog sekarang ni. Aku prefer lagi nak tangkap gambar then upload terus dekat instagram. Ni instagram punya pasal lah ni yang membuatkan aku menjadi semakin pemalas ya ampun.

Sejak dua menjak ni kan, aku suka sangat-sangat nak kumpul kasut tau. Padahal kena kumpul duit kahwin ni, lagi setahun nak kahwin ni oiit ! Lagi pulak ada kakak office aku ni yang memang jual macam-macam barang online. So memang secara automatik nya asyik lah dok meng-usha benda-benda yang berkaitan dengan kasut. Kalau emak aku tahu aku nak beli kasut, mesti dia buat muka pandang aku macam tak puas hati je. Yelah, kasut dekat rumah tu melambak-lambak aku beli lepas tuh tak pakai pun. Last-last selipar jepun yang ada bunga sebijik kat depan jugak yang aku sarung. Tak tahulah kenapa, rasa macam best pulak tengok banyak kotak kasut bersusun je dekat rumah tu. Gituewww ! Ehh, kotak yang ada isi ok, bukannya kosong tak ada isi tau. 

Aku tengok kakak-kakak office yang lain heboh lah dok tengok pasal handbag, yang dah ada anak asyiklah tengok baju anak, kasut anak tapi aku memang tak ada nafsu langsung nak tengok or usha-usha benda-benda yang berkaitan dengan handbag ni. Kalau kasut aku suka ! Dan hari ni, lagi sepasang kasut yang aku order dari kakak office aku dah sampai. Yeahh memang comel, aku memang suka sangat ok. Korang tak suka lantak korang lah kan, aku yang nak pakai kan. Tapi aku still nak tunjuk jugak hasil penat lelah aku usha kat internet. Chehh !


Bajet-bajet model gitueww bergaya dengan kasut baru kan. Kasut haruslah corak polkadot jugak, barulah sedondon dengan baju kan. Bolehlah pakai untuk raya haji nanti. Muahahaha !


Motif sangat kan nak pandang bawah. Tak ada motif pun sebenarnya, just masing-masing excited ber welfie dengan kasut baru masing-masing. Kasut belang-belang yang tak ada orang pakai tuh, sebenarnya kepunyaan kak loo yang pakai kasut pink tuh. Takkanlah nak pakai sebelah lain sebelah lain kan. 


Kononnya nak buat gaya macam yang pengantin selalu buat tuh. Tapi haram ! Muka tak nampak pun. Takpelah ada masa lagi aku nak berlatih kan. Hahahaha.

So kepada sesiapa yang nak beli kasut dengan harga yang berpatutan dan mampu milik, mehh lah pm aku dekat facebook. Konpom harga yang murah anda akan dapat. Gitueew lah kan, cara cakap macam nak jual rumah dah.

Oklah bye !







Tuesday, August 5, 2014

Kehidupan sekarang !

Assalammualaikum !

Selamat Hari Raya !

Even dah seminggu pun berlalu hari raya ni, still ramai lagi yang datang rumah aku tau. Aku rasa tahun ni lah paling ramai orang datang raya rumah aku tau. Tak pelah, tetamu kan bawak rezeki untuk kita, setiap kali orang call cakap nak datang rumah tuh, anggap je lah Allah nak bagi rezeki dekat kita even kaki aku dengan emak aku dah gigil-gigil sebab jalan tak henti-henti. Tangan pun dah naik kembang sebab, dekat sepuluh kali basuh cawan and pinggan mangkuk dalam masa sehari tau. Tu belum lagi sebulan, yelah raya kan sebulan, mahunya tangan iolls ni buruk tau. Tak muatlah nak pakai cincin nikah nanti tau ! Kembang-kembang gitewww !

Ok sekarang ni, aku sangatlah busy survey macam-macam benda nak kahwin ni. Memanglah nak kahwin nya tahun depan. Macam mak aku cakap, bulan January pun boleh start jugak. Tapi aku kalau boleh tak nak lah kelam kabut di kemudian hari. Sebab tarikh aku kahwin ni boleh tahan hot date jugaklah. Takut nanti bila aku nak book segala-galanya, semua dah fully book. Menangis guling-guling nanti tau. Memang lepas tunang hari tu memang kerja aku tak habis-habis dok survey photographer. Sebab bagi aku lah kan, pelamin pakai sekejap je, tapi gambar kenangan masa kahwin, sampai ke tua boleh tengok. Boleh tunjuk dekat anak cucu betapa cantik dan kurus nya aku masa tuh. Ok itu tipu. Sebab sekarang ni belum nak cantik and nak kurus lagi. Still berusaha ke arah itu lagi. Nanti aku cerita pulak progress diet aku ehh ! 

Alhamdulillah sekarang ni dah settle bab photographer dengan pelamin. So aku tak payah nak pening kepala lagi bukak internet survey macam-macam. Sekarang ni kena pening bab cari duit pulak. Aku plan nak kerja part-time. Yelah sekarang ni kan aku kerja office hour, then balik kerja tuh aku plan nak buat part-time dekat tempat lain pulak. Bila aku bagi tahu plan aku ni dekat mak and tunang aku, masing-masing tanya benda yang sama, larat ke ? Mana dengan kerja time siang lagi, dengan study lagi. Boleh ke? Aku pun still ragu-ragu lagi and still mencari peluang nak buat bisnes. 

Nasihat aku untuk sesiapa yang dah plan nak tunang and nak kahwin tuh. Silalah simpan duit dari awal ye. Sekarang ni memang aku baru nak start ada saving balik, sebab saving aku yang dulu dah habis untuk tunang dulu. Kalau yang gaji atas 3k tuh memang sangat-sangat senanglah nak menyimpan. Macam aku ni haa, gaji kecik pun aku try korek-korek apa yang patut untuk buat saving. Sikit pun jadilah kan. At least bila time kecemasan tuh, lagi-lagi nak kena bayar deposit itu lah, inilah, kau memang dah ada duit nak bayar. Memang masa dulu aku rasa macam stress sangat nak simpan duit, yelah dengan gaji kecil, belajar lagi, macam mana lah kan nak simpan banyak-banyak. Tapi lama-lama tuh aku dah selesa dengan keadaan sekarang ni, sebab kita nampaklah saving kita makin lama makin banyak even tiap-tiap bulan pun kau masukkan 50 hengget.

Untuk kahwin aku ni, kalau boleh aku nak buat simple yang boleh. Yang paling penting aku rasa, aku nak pakai baju songket and cucuk sanggul. Sebab memang benda tuh dah lama jadi impian mak ayah aku. Apalah salahnya kan sesekali kita ikut apa yang mak ayah kita nak kan. Huhuhu. Ikutkan hati aku ni, aku nak buat nikah je, tak payah nak buat pelamin sanding bagai. 

Aku selalu cakap dekat tunang aku, banyaknya nak guna duit bila nak kahwin ni. Macam-macam nak kena bayar. Tapi alhamdulillah aku dapat tunang yang memang positif selalu. Dia selalu cakap, kita ni nak dirikan masjid, nak buat hubungan kita jadi halal, Insyaallah mesti Allah akan tolong punya. Yang penting usaha je. Betul jugak cakap dia kan. Yelah, kalau kau dok berdoa banyak-banyak tapi satu benda pun kau tak usaha nak buat pun tak ada gunanya jugak kan. Aku just berdoa segaanya dipermudahkan lah. Orang lain pun ramai je gaji kecil, tapi boleh je kahwin kan. Dorang boleh, aku pun mesti boleh ! Semangat semangat. Fighting !

Sekarang ni, pelamin sanding dah booking, photographer pun in progress nak booking. Lepas ni fikir nak DIY pelamin nikah and goodies bag pulak. Semoga dikuatkan semangat ! Amin. 


Cantik kan !


Bye.