Thursday, July 31, 2014

Dah lama tak update cerita pasal diri sendiri.

Assalammualaikum.

Ok fine sekarang hingus tengah meleleh-leleh and telinga pun dah sakit sebab batuk kuat-kuat. Sesuatu sangat kan tetibe je nak bagitau yang sekarang ni aku tengah sakit-sakit kan. Alasan nak mc sebenarnya tuh. Uwaaa esok nak kerja dah. Lepas tuh sabtu ahad cuti balik. Esok mesti aku rushing buat kerja. Yelah kalau boleh tak nak lah perasaan aku jadi tak tenteram je bila sabtu ahad ni. Yang paling penting tak nak ada call call yang tak diperlukan ganggu cuti sabtu ahad aku nanti. Macam aku tak tahu kan ! Ok stop pasal kerja kat sini.

Ok sebelum terlambat, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ! Harap diampunkan segala kesilapan yang pernah aku buat sepanjang aku dalam dunia blog ni. Salam kosong kosong ye ! Eleh nak tiru Astro letewww. Mihmihmih. Ok cerita pasal raya aku tahun ni, tak ada beza pun dengan hari-hari yang biasa cuma masa puasa hari tuh, malam-malam aku terisi dengan aktiviti beriadah kaki dekat bazar Senawang and Ampangan, Seremban. Sesiapa yang duduk dekat Seremban tuh tahulah bazar-bazar ni macam mana. Macam biasalah kan, jual baju raya, kuih raya, monopod, air botol long chan, bunga api mercun and macam-macam lagilah. Tapi yang paling best lah kan, aku rasa tahun ni lah tiap-tiap malam aku pergi merayap kat bazar-bazar ni semua dengan mak iolls tau.Yang peliknya aku yang beria sakit kaki, mak aku tak ada pulak sakit kaki. Ok ni memang dah terbalik.

Then raya ni decide nak balik one day before raya, selalunya mesti dua hari sebelum wajib balik kampung. So bertungkus-lumus lah emak aku masak rendang dengan kuah kacang siap-siap. Jalan nak balik kampung aku dekat Kuala Pilah pun clean and clear je tau. Tak ada jammed langsung. Yelah kan oang ramai dah balik awal kan. Bajet-bajet lambat sampailah kan dekat kampung sampai letak kurma dalam handbag, yelah ingat kan jammed sampai tak sempat sampai sebelum waktu berbuka, tapi tengok-tengok 20 minit je masa yang di ambil untuk balik kampung. Haaa dekat kan ! Malam raya tuh pulak teringin nak minum milo ais mamak. Orang nak raya patutnya teringin nak makan nasi himpit ngan kuah kacang ke, lemang ke, rendang ke. Tapi tekak ni teringin sangat nak minum milo yang mamak buatkan. Entah apa yang dimandremnya entah.

DSC_0384

Haaa nampak tak tangan mamak tuh hantar milo ais kitorang. Huhuhu ! Hensem dah adik aku sorang ni. Sebijik rupa ayah aku. Disebabkan milo mamak ni jugaklah, malam tuh yang aku start batuk-batuk demam whatsoever lah. Sampailah sekarang. Wuwuwuwuwu macam nak mc je esok. Alasan sangat. Huahuahuahua !

Di pagi raya, terkenang daku kepada si dia. Ehh tiba-tiba sangat. Masa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam pun datang. Pagi-pagi biasalah kan, semua mesti nak peluk cium kan. Mintak maaf then lepas tuh buat balik. Tahun depan raya mintak maaf balik. Lepas tuh mestilah sesi berfotografi and berselfie bagai. Jom nak belanja gambar raya kejap.

DSC_0414

DSC_0413

Tahun ni dah masuk tahun kedua kitorang raya ada warna tema tau. Before this memang tak pernah langsung tau, semua mesti masing-masing nak warna sendiri. Colour block lah kononnya. Tapi adik aku sorang tuh je lah yang memang tiap-tiap tahun tak nak pakai baju melayu. Aku pun tak tahulah kenapa tau ! Geram pun ada jugak.

DSC_0415

DSC_0418

Berselfie dengan cousin pulak. Tahun ni raya first tak ramai pun yang ada dekat kampung. So semangat nak selfie pun dah tak ada. Memang tak banyak pun gambar hari raya pertama dalam handphone tau.

DSC_0402

DSC_0401

Haa sempat lagi kan mak aku cukur janggut ayah aku. Masa ni kitorang nak jalan raya keliling kampung. Tuh yang mak aku cepat-cepat touch up apa yang patut. Huhuhu.

Cerita raya yang kedua pulak lebih kepada berjalan-jalan dekat sekitar Kuala Pilah. Tak da apa-apa yang best pun bagi aku. Biasa je aku rasa. Boleh? Hahaha. Kecik-kecik dulu boleh lah cerita raya lah yang paling best sebab time tuh boleh tidur ramai-ramai dengan saudara, boleh main mercun, boleh keliling kampung kumpul duit raya. Dah besar ni rasa macam malas pulak. Sebenarnya malas tuh lebih kepada memasak and kemas rumah sebenarnya. Huahuahua !

DSC_0439

Tengok apa adik aku dah buat dengan monopod aku. Memang kong hajo sangat ! Rosak tengoklah aku kejar kan macam mana. Tuh pun kalau larat nak kejar. Huahuahua. Oklah dah ngantok. Esok nak kerja.

 

SELAMAT HARI RAYA !

No comments:

Post a Comment