Assalammualaikum !
Setelah dua bulan kan ! Baru terhegeh-hegeh nak rajin kan diri menaip pasal engagement day kalau kata orang putih tu. Huhu ! Kemain sangat lah kan, siap nak ber part- part bagai. Ingat retis lah sangat. Tak ada lah, bukannya nak anggap diri tuh retis ke, hot ke. Just nak share moment diri sendiri dekat blog hitam tercinta ni. At least bila dah tua nanti, aku boleh lah cerita dekat anak cucu aku yang aku ni dulu ikut perkembangan teknologi kan. Masa tu kalau dorang nak kutuk gaya penulisan aku ke, aku tak kisah pun. Kisah lah sangat kan ! Nenek dah tua cuuu, nak maki pun tak larat dah, jangan lupa ye tinggalkan komen dekat setiap entry nenek ye. Haaa bangga lah cucu aku nanti sebab nenek dia seorang yang amat setia dengan social media ni. Hehehehe. Ok dah melalut meraban bagilah dekat kau kan !
Ok masa plan nak buat majlis tunang ni, aku rasa macam main-main je. Yelah masa tuh kebetulan selepas engagement day office mate aku, aku terus je pergi Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Alah sekangkang kera je pun dari rumah aku tu, tak sampai setengah jam pun. Haa dekat kan. Yelah masa tuh kan orang dok heboh pasal bom bom tuh, so harga emas turun dengan mendadak termasuklah kat Kuala Pilah ni. Masa tuh niat nak tengok-tengok and nak ikut office mate aku dengan bakal tunang dia. Masa tuh pun aku pergi dengan bestfriend merangkap tunang aku sekarang. Heheheh.
So nak dijadikan cerita, lepas dah sampai Kuala Pilah, rasa macam nak pengsan sebab Ya Allah orang terlampaulah ramainya, and masing-masing beli emas macam beli ikan dekat pasar tuh. Berebut-rebut i tell you know ! Aku pun rasa rimas and at the same time rasa kesian dengan uncle yang jual emas tuh, kejap berlari ke kanan, kejap berlari ke kiri nak layan orang yang sungguh ramai. Aku pun duduk je lah diam-diam dekat tepi kedai tu tengok semua cincin yang ada dekat situ. Sekali tunang aku cakap, nak beli tak, kalau nak beli sekarang ok je sebab emas tengah murah. Aku pun macam terpaku, terkesiam and segala ter-ter lah sebab tak sangka dia boleh cakap macam tuh. So aku dengan penuh sopan pun cakaplah, i tak kisah, ikut you lah. Dalam hati dah pelik, cincin ni untuk apa walaupun dah tau sebenanrnya untuk tunang kan. Hehehe ! So masa tuh gigih kan lah diri ikut tunang aku ni cari bank nak cucuk duit. Takpe i sanggup, i tak kisah. Hahahaha !
Lepas dah berebut-rebut ikan kat pasar, ehh salah berebut cincin dekat kedai emas tuh. Terus balik rumah and suruh tunang bagi dekat mak dia untuk simpan kan. Masa tuh yang first tau mak tunang ok. Mak aku dengan ayah aku pun tak tau lagi tau. Haaa over tak. Bila mak tunang aku dah call semua mak aku, barulah mak aku plan dengan mak tunang aku bila nak datang risik. Masa tuh dorang dah plan untuk datang risik masa hari raya. Yeahhhhh !Time tuh bukan excited nak tunang sangat pun,just excited nak pakai cincin je.
So masa yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jugak. Time tuh nasib baik ada bff aku yang temankan, so masa tuh dia lah yang tenang kan perasaan aku ni, dia lah yang tolong pilih baju apa yang nak kena pakai. Wei nervous gile kot. Memang lah orang kata nak datang raya tapi disebalik datang raya tu ada benda lain yang tersirat tau. Masa tuh jugaklah tiba-tiba je rajin gile nak tolong mak aku masak. Hahahaha !
Ok abaikan muka tembam. Adik aku si imran yang sebelah aku tu, kerja dia tak habis-habis gelakkan aku. Konon nampak nya aku sopan habis lah time tuh kan. Tak tau hati tuh rasa berdebar sampai nak pecah padahal orang kat luar tuh elok je sembang-sembang sambil gelak-gelak lagi tuh. Masa ni muka aku memang bogel habislah. Malas aku nak mekap bagai. Yelah kononnya biarlah bakal mak mentua aku nampak muka aku yang suci bersih tanpa mekap tuh kan. Padahal kan berkali-kali lah jugak aku tanya bff dengan adik-adik aku, ok tak muka aku togel je macam ni. Huhuhu !
Sebab dah nervous punya pasal, aku siap baring-baring lagi tau dalam bilik adik aku sambil tengok dia main game. Masa sedap-sedap golek, mak aku boleh pulak panggil suruh siapkan meja makan. Dorang dah nak makan dah. Masa tuh aku dah gigil-gigil dah tau. tak tau nak buat yang mana satu. Lepas dah siap semua, terus aku masuk balik dalam bilik adik aku. Masa tuh lah mak aku bagi aku tengok cincin. Apa lagi terus pakailah kan. Huhuhu !
Then bila dorang dah habis makan, mak tunang aku beria panggil nak jumpa aku. Aiishhh masa tuh tak payah cakaplah kan malunya macam mana. Rasa nak sorok je muka disebalik langsir. Lepas dah salam-salam and cium pipi semua, dorang minta izin nak balik and dah tetapkan nak buat majlis tunang bulan 12. Aku time tuh tersangatlah happy. Happy bukan sebab excited nak tunang, tapi sebab dorang nak balik dah. So tak payah lah aku nak control cun lagi dah. Jahat tak guwe ? Kan gua dah cakap gua havoc ! Tetibe kan.
Apa-apa pun alhamdulillah, time merisik tuh berjalan dengan sangat lancar. Many thanks to bff aku si Furzanne sebab sanggup temankan and layan kerenah kawan kau ni kan. Love u so much.
So untuk majlis tunang nanti aku akan update kemudian ok sebab banyak part-part untuk majlis tunang aku ni. Banyak sangat benda aku nak cerita. Hehehehe !
Oklah bye !
No comments:
Post a Comment