Friday, February 4, 2011

Sesi men-datingkan diri bersama cousin-cousin tersayang sambil makan Kenny Roger’s! Yang penting bukan aku yang belanja ok. Orang lain yang belanja !

Assalammualaikum !

Fuhh ! Akhirnya sampai jugak dekat rumah aku ni. Memang penat nak mampos sebab melayan kerenah adik-adik aku yang kejap nak Mcd, lepas tuh bila dah nak pergi Mcd, tak nak pulak ! Tak jadi katanya. Nasib baik aku meredah bandar Seremban tuh sebab ada tujuan yang penting. Penting lah sangat kan. Sebenarnya nak melantak je. Tuh pun sebab ada orang nak belanja aku melantak dekat Kenny Roger’s. Apa orang kata? Rezeki jangan ditolakkan. So bila dah ada orang nak belanja, aku on je lah !

Actually orang yang berbaik hati nak belanja aku sebenarnya Pak Ngah and Mak Ngah aku. Nak katakan banyak kali jugaklah Mak Ngah and Pak Ngah aku ni belanja tapi baru sekarang aku nak dok cerita and publish dekat belog hitam legam ni. Ikut plan awal, mak ngah aku nak jemput aku dengan adik-adik aku yang lain dekat rumah je. Tapi plan punya plan, last-last aku pergi sendiri je naik kereta. Tuh pun sebab aku nak beli tiket bas untuk balik Melaka hari ahad ni. Nak buat macam mana kan ! Mak aku tak nak hantar aku sebab dia takut highway nak balik Seremban nanti jammed. Sob sob. Wei der ! Apahal nak emosi dekat sini kan ! Bukan kau tengah happy ke?

Oklah untuk keluar dating dengan cousin aku semua ni, aku just pakai simple je and yang penting korang dah pernah nampak shawl yang aku pakai dekat entry-entry yang sebelum ni. Takpelah nak buat macam mana kan. Tapi yang penting mak meletop nyah ! Kau hado ? Nan hado !

Dalindareen6271

Dalindareen6273

Ye kawan-kawan ! Aku pakai shawl yang sama and berulang-ulang ok. Sebabnya aku tengah tak ada mood nak beli shawl yang baru. Tengoklah nanti bila dah balik Melaka, aku borong banyak-banyak shawl yang latest !

Berbekalkan kereta Myvi aku yang berbontot besar ala-ala aku, aku bawak adik-adik aku pergi Seremban Parade. Sebabnya tempat nak ngedate nya dekat situ. Semua dah pakat nak nak jumpa dekat situ, so aku ikutkan je. Sampai-sampai je adik-adik aku nak beli aiskrim Mcd pulak. Aduiiishhh ! Terbang duit aku beli McFlurry Oreo dengan Cornetto Sundae. Takpelah nasib baik korang adik-adik den ! Kalau tak haramm aku nak belanja.

Dalindareen6299

Dalindareen6302

Ohhh senyum lebar ehh lepas dah dapat apa yang kau nak. Masa ni adik aku yang kecil ni tak habis-habis nak ayam goreng MCd tuh. Aku yang tengah tahan lapar ni tak habis-habis cakap, sabarlah kejap lagi boleh makan banyak. See macam mana baik nya aku layan adik-adik aku kan. Kalau dulu jangan harap lah aku nak layan diorang macam ni. Tapi tuhlah orang cakap. Usia dan pengalaman mematangkan kita.

So then Mak Ngah and Pak Ngah aku dah sampai and kitorang terus check in dalam Kenny Roger’s. Check in kau tau ! Kalau boleh aku nak tidur terus dekat situ. Boleh sepanjang masa aku dok melantak.

Dalindareen6307

So order punya order, makanan kitorang pun sampai. Aku biasalah mesti nak Quarter Meal punya and side dish dia mesti mashed potato, macaroni cheese and entah aapa kejadahnya nama nasi tuh ! Masa tuh memang masing-masing macam naga yang dah setahun tak makan lah. Senyap sunyi je masing-masing. Yelah masing-masing tengah syok melantak kan.

Dalindareen6304

Ok mehh sini aku kenalkan cousin aku ni. Semua cousin aku panggil dia Dikmiey. Dia baru lepas SPM and kerja dekat Parkson, Seremban Parade ni as promoter. Tapi the best part is dia baru je berhenti hari Rabu lepas. Boring katanya. Haiyo0 macam ni lah budak-budak lepas SPM kan. Tak tetap pendirian betul.

Dalindareen6308

Dalindareen6309

See see ! Tengok lah adik aku yang dua orang ni. Memang berjiwa Melayu betul. Orang dok keletung keletang makan pakai sudu, garfu dengan pisau sampai aku rasa nak pecah lah pinggan tuh dikerjakan oleh aku. Tapi adik-adik aku boleh selamba dek je makan pakai tangan. Takpe..takpe ! Kak long berbangga dengan kamu wahai adik-adik ku. Sekurang-kurangnya korang still menerapkan unsur-unsur ke-Melayu-an ! Motif nak cakap macam ni kan. What the fat !

Dalindareen6311

Ok mehh sini aku kenalkan cousin aku lagi sorang ni. Kitorang semua panggil dia Amir padahal nama sebenar dia Naim ! Serius jauhkan beza nama dia. Ok cerita nya cenggini. Mohh mohh dengar cerita aku. Masa kecil dulu, kira time baby dulu, setiap kali orang panggil nama dia Naim, mesti dia akan menangis je sampai lah Mak Ngah aku panggil nama dia Amir. So dia start diam and nama tuh melekat sampai sekarang. Kiranya dekat situ, nama tuh macam tak sesuai lah dengan diakan. Amir ni belajar dekat Unisel. Dia ni pendiam, tak macam adik dia yang Dikmiey tuh. Memekak je kerjanya.

Dalindareen6306

So mereka ini lah yang belanja kami semua makan ! Pak Ngah dan Mak Ngah kesayangan. Ohh time diorang dah belanja barulah kau nak cakap kesayangan kan Areen. What the fat ! Serius aku memang suka tengok couple dua orang ni sebab dekat Facebook penuh dengan status Mak Ngah and Pak Ngah aku yang asyik cakap I love you, I miss youlah ! Serius jeles. Ahhhh meroyan jap !

Oklah aku dah penat dah ni. Ada masa karang, kalau rajin aku update belog hitam legam aku ni, kalau aku malas maksudnya takda lah ehh ! To Mak Ngah and Pak ngah : I love the way you treat us ! Lain kali belanja lah kitorang lagi ok. Thanks and lots of love from me. Cehh cehh ayat nak bodek kan. Oklah malas dah nak melalut and meraban.

Bebboii !

 

Contest dari Cik Alejandra Amante ! Harus gigih wei update sebab aku nak hadiah !!

Assalammualaikum !

Rajin kan aku nak update tengah-tengah malam buta ni kan. Ni semua sebab bff aku punya pasal lah ! Dia punya tagged aku dengan banyak nak mampos contest sampaikan aku dah macam ayam serama kena sula dah. Asyik termenung je dari tadi tau. Yelah malam-malam yang BLIND ni, mana lah idea nak keluar sangat kan. Tapi demi bff ku yang tersayang ye wahai Cik Atiqah Comel dot Blogspot ! , aku gagahkan diri aku ni nak join contest ni. Kalau sesiapa yang tengok ke-kreatif-an bff aku ni cerita pasal contest dia ni boleh lah tekan dekat *SiNi* ok !

Ok sebelum tuh aku nak bagitahu and kenalkan dulu siapa owner of this contest !

Photo_0003-e

Hah ni lah dia owner of this contest. Memang comel and cantik pun macam aku kan. Ekk perasan lebih lah kau ni kan Areen.  Lepas tuh kalau tak silap aku, nama dia ni Nor Hamizah kot. So sesiapa yang nak follow belog dia yang diberi nama I’m a Big Girl in a Big World ! boleh lah tekan dekat gambar header dia ni ok ! Serius dia punya header memang comel sebab aku memang minat header yang bunga-bunga ni..huhu !

Untitled

Oklah untuk contest ni Cik Alejandra ni, dia bagi hadiah yang memang menjadi idaman setiap wanita dan setiap perempuan yang muda remaja macam aku tau. Kalau nak tau ghoman ehh macam mana hadiah yang Cik Alejandra ni bagi, mehh sini aku bagi gambar hadiah dia. Biar korang jadi terkedu, terdiam, termenung,terpesona dan yang seangkatan dengannya !

6503398431 Brand : Polo Benediti Handbag

Price : RM120.00

Sebab apa aku nak sangat-sangat menang contest ni ? Of course lah sebab aku nak handbag yang macam dekat dalam gambar atas nie tau ! Gile kau taknak. Yelah tugas kau just update entry yang kebabomm ! Then kau melalut and merabanlah kenapa kau nak sangat handbag ni. See ! Memang senang sangat rules diakan. And sebab tuh jugak aku join sebab aku mana lah banyak sangat koleksi handbag ni. Tolak tambah darab bahagi, boleh dikatakan baru dua kot handbag aku. Bayangkan lah betapa kesiannya dekat aku kan, bilangan handbag pun sampai nak kira guna calculator saintifik padahal total up semua dapat dua je. What the fat !

The reason why kenapa aku nak handbag ni semua adalah… Hah ! Hamek kau. Macam nak jawab karangan time UPSR dulu dah. Yang kena lengkapkan sampai cukup 100 perkataan tuh. Ok ok sebab aku nak handbag ni sangat adalah kerana aku nak tambah koleksi aku yang teramatlah sedikit itu.

Serius masa time sekolah dulu aku memang tak minat sangat nak pakai handbag. Bukan tak minat sangat tapi memang tak minat langsung dengan handbag ni. Setiap kali mak aku nak belikan handbag untuk aku, mesti aku akan cakap macam ni :

“Alah tak nak lah mak, macam mak orang je. Dah tua bebeno dah nampaknya along ni !”

Tak pun aku akan cakap macam ni :

“Mak along ni budak sekolah lagi, mana sesuai nak pakai handbag, bukan banyak sangat pun barang yang along nak bawak tiap kali nak keluar jalan”

Hah ! Kesudahannya dekat handbag mak aku lah aku sumbatkan wallet aku yang memang besar gedabak tuh ! Sebenarnya besar bukan sebab duit banyak sangat pun, tapi biasa lah kan, time sekolah dulu, heboh budak-budak ni bagi name card yang comel-comel tuh kan. Yang siap ada gambar-gambar tuh. So aku ni yang memang terlampau rajin kumpulkan name card yang dapat dari kawan aku terus aku letak semuanya dalam wallet.

DSCN1278

Lebih kurang macam ni lah banyaknya name card yang aku dapat dari kawan-kawan aku yang sangat baik hati nak bagi aku name card tuh. Last-last mak aku dah malas nak bawakkan wallet aku and aku pun jinjing je lah wallet aku tuh.

Tapikan bila dah masuk poli kan, aku tengok budak-budak poli semuanya bawak handbag. Aku je yang still teruskan tradisi aku iaitu jinjing wallet walau kemana pun aku pergi. Package sekali dengan handphone lah aku pegang. Memang penuh tangan aku and disebabkan dah malas nak bawak wallet, poket jeans boipren aku lah yang selalu jadi mansa untuk aku sumbatkan wallet aku.

So bila macam dah rasa macam banyak barang yang aku kena bawak. Yelah perempuan kan, mesti nak bawak make up bagai, senang nak touch up kan. Aku decide nak beli handbag. Tuh pun beli dekat kedai siam yang jual handbag murah tuh. Serius masa first time aku pakai handbag, macam malu sikit sebab boipren aku dah cakap aku macam wanita berkerjaya. What the fat ! Last-last hah hamek kau. Aku bagi boipren aku je kendong handbag aku.

Lagi satu reason yang buatkan aku nak sangat menang handbag ni sebab menurut firasat aku, handbag ni macam besar je macam aku tengok dalam gambar so memang amatlah sesuai dengan aku. Yelah nanti senang aku nak sumbatkan barang mekap aku and sumbatkan sekali perfume and wax boipren aku. Jangan main-main yaww ! Boipren aku memang dah bawak siap-siap tau perfume dengan wax dia dari rumah tau..hahaha !

Walaupun Cik Alejandra ni tak suruh pun aku tempek gambar dengan handbag kesayangan aku. Tapi aku nak tempek jugak. Yelah manalah tau kot-kot Cik Alejandra boleh jadi kesian and terus pilih aku sebagai pemenang sebab tengok handbag aku yang memang murah ni.

Dalindareen6187

Sori ye Cik Alejandra sebab handbag saya tak nampak sangat lah. Tapi aku memang harap lah Cik Alejandra kesian dengan aku. By the way, jangan tanya aku kenapa aku pendek ! Sebelum terlupa, aku nak tagged the one of the most beautifel blogger yang boleh dikatakan aku minat sangat sebab dia comel ! It’s Nanad .