Thursday, February 3, 2011

Resipi Nasi Ayam emak aku ! Walaupun tengah terliur pikirkan nasi ayam tapi aku tabahkan juga untuk update !

Assalammualaikum !

Fuhh ! Habis jugak kerja aku tolong mak aku masak. Biasalah kan ! I kan sorang je anak perempuan so I patut lah tolong mak I masak kan. Ekk ! Gedik pulak cakap I and you macam ni kan. Sebenarnya hari ni mak aku cadang nak masak nasi ayam sebab adik-adik aku tak habis-habis mintak dekat mak aku suruh dia masak nasi ayam. Aku pun sama jugak tapi nasib aku kira tak baiklah. Yelah adik-adik aku yang lain best je dok bantai relaks sambil tengok cerita Senario Lagi ! So aku yang kakak ni mana boleh dok relaks. Gile ! Kejap lagi mak aku tengok aku dok relaks, mahunya dia membebel lepas tuh adik aku tukang gelakkan aku lah.

Haiyo0 banyaklah pulak mukadimah aku hari ni. Ok hari ni aku nak ajar macam mana caranya nak masak nasi ayam ikut resipi mak aku. Memang sedap wei even nampak macam simple tapi aku sure lah kalau korang singgah rumah aku sekarang ni, mesti korang taknak balik. Yelah dok bantai melantak nasi ayam yang mak aku masakkan !

Ok  step yang pertama senang je, kita just cuci ayam sebab nak buat sup. Masa nak buat sup ni, kau masukkanlah segala kaki ayam, leher ayam, tongkeng ayam and lastly masukkan semua ayam untuk buat goreng nanti. Sebab apa masukkan ayam untuk nak goreng ? Sebab nak lembutkan daging dia lah wei ! Aduiishhh !

Dalindareen6257

Hah ! Kiranya macam ni lah tau. Korang masukkan segala macam jenis ayam dalam ni. Jangan kau masukkan biawak dalam ni dahlah. Kau nak bagi siapa yang makan nanti ! Lepas tuh jangan lupa tambahkan air tau. Apasal ? Yelah kata tadi nak buat sup kan. Aduhai. Cettt !

Dalindareen6258

Untuk ramuan sup ni kita just letak : bawang putih dalam 5 biji and hiris nipis, bawang merah or bawang besar sebiji and hiris nipis jugak, then halia dalam setengah ibu jari dan dihiris nipis and lastly letak rempah ratus lah macam bunga cengkih, kayu manis and whatsoever. Masukkan time air dalam periuk ni dah mendidih tau.

See see simple je kan sup mak aku tapi belum siap lagi ni. Sabar tau. Masa ni aku tengah dok hiris-hiris and bersihkan timun, tomato, daun salad, daun bawang and daun sup. Yelah aku kan anak mithali so bab hiris-hiris ni mestilah aku yang kena buatkan. Alah macam tak biasa pulak !

Dalindareen6259

Dalindareen6262

Ok sambil-sambil godek sup tuh, its time for pembikinan sos untuk nasi ayam. Wah ! Ada macam pengarah filem tak aku cakap. Siap nak bikin-bikin ni..huhu !

Untuk ramuan sos aku just letak : cili besar yang warna merah tuh dalam 6 biji and potong dua tau, lepas tuh bawang putih dalam 4 biji and cili api dalam 5 biji. Bahan ni semua untuk kisar nanti tau.

Lepas tuh dah kisar semua bahan, korang masukkan dalam periuk kecil macam gambar dekat atas ni and biarkan dia menggelegak. Bila dah menggelegak tambahkan dengan air panas sikit then tambahkan sos cili, garam and gula. Bila dah pekat tuh masukkan asam keping sikit sebab nak buat rasa dia lagi marvelous ! Dah siap tutup api and biarkan sejuk.

Sos ni aku yang buat tau ! Jangan main-main. Alah baru setakat buat sos dah nak kecoh ! Nyampah.

Dalindareen6260Hah ! Yang ni mak aku yang masak sebab aku tak pandai budget sangat. Ok ni lah proses nak buat nasi dia. Macam mak aku dia guna segala bahan yang ada and dah siap dekat dapur ni. Senang sikit kan. Jimat masa.

Ramuan untuk nasi ayam ni : Beras dalam 8 pot kecik tuh ( hahaha kitorang kan masing-masing anak naga so HARUSLAH ! 8 pot kan ), ok lepas tuh letak serbuk kunyit sikit sebab nak cantikkan warna dia, then masukkan sup ayam yang tengah mendidih tadi sampai lah sukatan dia sesuai dengan bilangan pot beras yang kau letak. Lastly letak daun pandan sebab nak wangikan bau nasi ni.

Dalindareen6263

Hah  Yang part ni memang aku suka and selalunya memang kerja aku pun. Ia adalah proses menyalutkan ayam dengan bahan perasa and kemudian menggorengnya. Wah  gile skema ayat aku kan ! Takpelah asalkan korang paham apa yang aku cakap. Tak paham sila tanya ok !

Ayam yang direbus tadi kita keluarkan tau. Biarkan sup ayam tadi mendidih. Lepas tuh biarkan ayam ni sejuk dulu tau. Yelah kau gile panas-panas nak pegang and marinate ayam tuh ! Karang melocot or melecur tangan padan muka !

Bahan yang aku guna untuk marinate ayam ni tersangatlah simple yang amat : sos tiram dalam 5 sudu besar and kicap cair lemak manis dalam 5 sudu besar jugak. Memang sedap wei sampai kan masa marinate ni aku siap ratah-ratah lagi. Tuh yang togel ghomann ehh ayam aku tuh !

Lepas tuh gorengkan lah ayam tuh sampai dia garing. Kalau macam aku, aku tak suka sangat garing-garing so aku buat macam lembab and moist sikit.

Dalindareen6264

Taraaa ! Dah siap. See senangkan resipi nasi ayam mak aku ni. Adik-adik aku tengah melantak dekat luar tuh tapi aku tengah telan air liur sebab nak update belog ni. Oklah aku nak tempek gambar lagi, biar korang terliur sampai meleleh semua air liur kau. Yelah mana aci aku je meleleh air liur kan !

Dalindareen6266

Ok aku nak pergi makan lah pulak. Aku nak melantak puas-puas. Biar sampai licin semua benda yang ada dekat rumah aku nie.

Oklah bebboiii !!!!

Mehh sini aku nak cerita pasal Junior Masterchef Australia ! Jeles betul aku tengoklah.

Assalammualaikum !

Rajinnya aku nak update tengah-tengah malam ni kan ! Tak taulah kenapa tapi dengan secara tiba-tiba aku rasa sedih sebab cuti semester aku tak lama lagi akan habis. Hari Ahad ni je aku akan balik Merlimau, Melaka kesayangan aku tuh. Ekk ! Disebabkan tuh jugaklah aku dok bantai tengok macam-macam resipi kat internet sebab nak buat untuk family aku. Masa tengah sedap-sedap tengok makanan yang sedap-sedap, sekali terkeluar gambar ni, memang saja nak sekat nafsu makan aku yang tengah membuak-buak ni.

ts

Siapa pernah tengok cerita ni ? Angkat laptop ! Sebab aku pun tengah semangat angkat laptop ni. Alah kalau korang tak pernah tengok pun, korang still boleh tengok dekat youtube pasal benda ni. Lagipun cerita dia dah habis pun so memang nasib kau lah tunggu loading yang lama-lama dekat youtube tuh.

Lagi satu kan kalau tengok dekat tajuk cerita ni, dia cakap pasal chef-chef kan. For sure punyalah korang akan ingat. Alah ni mesti pasal pertandingan antara chef-chef yang terhebat ni. Nak tengok siapa yang boleh buat makanan paling sedap. Hei ! Salah semua itu ye. Memang masa mula-mula aku tengok cerita ni pun aku rasa macam malas nak tengok. Yelah, dah naik muak kot aku tengok orang masak-masak je ni. Tapi bila starting dia dah tunjuk budak-budak sebaya adik aku yang darjah dua tuh yang masak. Aku jadi macam excited pulak nak tengok. Ok meh sini aku tunjukkan bakal-bakal chef yang sebaya dengan adik aku tuh !

696903-junior-masterchef

See see ! Comelkan budak-budak ni semua. Masa baru nak starting cerita, aku ni punyalah kedengki siap cakap “ Boleh ke diorang semua ni masak ? Eleh ! Setakat masak telur mata dekat pan pastuh lambung-lambung, aku pun boleh ! Aku siap pakai kuali lagi tuh !” Gile kerek tak kerek aku kan ! Tapi bila dah tengok apa benda yang diorang nak buat. Aku terdiam terus. Malas nak cakap apa-apa dah.

056049-tayla

Dalam banyak-banyak budak yang ada dalam cerita Junior Masterchef ni, aku paling suka si Lucy ni. Tak tahu lah kenapa tapi yang penting memang sangat-sangat best bila dengar dia bercakap. Even benda yang dia masak tuh simple je and tak adalah menarik perhatian juri sangat, tapi the way she talk buatkan juri suka sangat-sangat dengan dia. Kau tengoklah cara dia pakai mesin dekat atas ni. Even aku yang budak hotel katering ni pun terkial-kial masa first time guna mesin ni. Tapi Lucy relaks je. Kau hado? Nan hado !

557611-junior-masterchef

Kalau yang boy pulak, aku memang minat sangat dengan Piere ni. Macam mana ehh nak pronouce nama dia ni betul-betul ehh. Ok ikut aku cakap tau. Piiii-Yea !!! Ok dah pandaikan nak sebut. Kalau Pii-Yea ni, dia memang suka sangat masak makanan tradisional dari negara dia. Dia dok negara mana ? Aku tak ingat pulak. And faktor yang sebab kan aku minat dekat dia ni sangat mungkin kerana Piii-Yea ni handsome kot ! Hadoii, dengan budak-budak pun jadi ehh kau ni Areen. Tapi serius kalau kau tengok muka dia, memang cair beb aku cakap. Lagi-lagi kalau pandang betul-betul dekat mata dia. Ahh meroyan aku !

junior

Comel dan hot kan mereka. Aku tak pandang sangat kat budak-budak perempuan sebab yelah nafsu perempuan kan. Mesti nak pandang kat budak lelaki yang comel-comel je. Empat orang ni memang pandai masak gile lah ! Kalau aku join competition pun aku rasa memang tak layak kot ! Yelah first sebab aku ni dah terlebih umur walaupun masih nampak macam muda-muda gituu ! Second pulak, aku ni manalah reti sangat nak masak, so layak ke nak join competition? Masak kat dapur pun tergagap-gagap lagi, ni nak join competition !

8708237

Lastly, budak perempuan yang belah kanan tuh jugak yang menang. Isabella nama dia. Dia umur 2 tahun kot, kalau tak silap aku lah. Kan aku dah cakap tadi aku tak ambik tahu sangat pun pasal budak-budak perempuan. Korang tak percaya kan ! Tapi apa-apa pun aku tak sabar nak tunggu second season Junior Masterchef ni keluar kat tv. Boleh lah aku try test apa yang diorang masak kan. First season ni aku tak dapat nak follow sangat, yelah dah balik Seremban baru aku tengok Astro so aku harap second season ni, aku dapat lah tengok sepenuhnya.

page

So inilah antara hidangan yang budak-budak cinonet tuh semua buat. Nampak bestkan and nampak simple je. Tapi bila tengok diorang buat macam susah je. Apa-apa pun memang nampak sedap semua benda yang diorang buat. Aku suka and rasa nak masuk dalam tv tuh then pergi cekup satu-satu semua makanan yang ada. Ekk motif !

Oklah kepala aku pun dah pening melalut and meraban dari siang tadi. Lepas tuh tadi masa tengah syiokk tengok tv dengan family aku, aku sedap je kentut. Kalau tak ada bau tak apa jugak, ni bau dah lah macam belacan basi, Lepas tuh bau dia lama pulak tuh. Aduhai !

Oklah bebboiii !