Assalammualaikum !
Hari ni aku nak merajinkan diri aku untuk update belog yang tak semenggah ni lagi. Even exam memang dah due tak lama je lagi, tapi belog ni memang kuat pengaruh dia sampaikan buku-buku pun kejap je aku pandang. Haissh apa nak jadilah ni kan. So kawan-kawan, bagi sesiapa yang boring tahap nak gigit karpet yang bangla jual tuh, mehh sini join aku buat segmen dekat bawah ni okey :
* sesiapa yang nak join boleh klik dekat gambar atas ni ok !
5 perkara nakal yang dilakukan semasa korang kecil dulu!
- Masa darjah tiga, aku kena puasa penuh, tapi sebenarnya tak puasa penuh pun sebab setiap masa nak masuk dalam bilik air untuk minum air paip. Gile heaven !
- Masa darjah lima, baru start pakai tudung pergi sekolah, but then sampai sekolah je terus bukak. Alasan sebab panas and nampak buruk.
- Pergi kejar anak kucing and pukul-pukul dia. Memang gile kejam aku dulu. Lepas tuh kena cakar dengan ibu kucing and sampai sekarang aku trauma dengan kucing. Huahuahua !
- Masukkan kasut sekolah dalam washing machine mak aku. Lepas tuh stuck and rosak, aku buat dek je.
- Masa lima tahun, masa tengah main-main dengan member taman, ada seorang pakcik motor ni buang puntung rokok then aku dengan kawan-kawan aku berkejar dekat puntung rokok tuh and hisap ramai-ramai. Lepas tuh batuk pun ramai-ramai. Serius tak sedap ! Sebab tuh aku tak suka orang merokok.
5 permainan yang dimain masa korang kecil dulu!
- Of course main baling selipar, and aku selalu jadi orang first yang out dari game tuh sebab aku tak kuat lari. Huahua !
- Masa darjah enam, baru pandai bawak motor then aku jadi rider kawan-kawan lelaki aku yang nak pergi dating dengan awek dia. Aku pun dating dengan boipren sekolah rendah aku sambil naik motor.
- Main batu seremban yang buat dari bantal kecil yang isi kacang or beras tuh. Lawan dengan budak lelaki sampai bantal kecil tuh koyak-koyak.
- Masa darjah satu, main kahwin-kahwin dengan member taman aku and of course aku jadi pengantin perempuan. Kain veil aku yang letak atas kepala tuh pulak, alas meja rambu-ramba mak aku.
- Main mekap-mekap dengan kawan-kawan aku. Penyudahnya, muka aku berjerawat batu masa darjah enam.
Pengalaman pahit semasa korang kecil?
- Kena rotan dengan mak pakai hanger besi sampai bengok-bengkok hanger tuh. Sebabnya adalah aku balik rumah lepas Maghrib.
- Mak aku tak bagi masuk rumah sebab pun balik lepas senja. So sampai ke tengah malam lah aku duduk menangis dekat luar.
- Pernah buat adik aku lemas and gelak dengan gembira bila tengok adik aku tecungap-cungap dekat pantai Pangkor. Penyudahnya, aku pun lemas jugak. Cett !
- Jatuh pokok sebab nak ambil buah rambutan dekat kampung. Masa tuh badan aku gile sakit tapi cousin aku semua gelakkan je aku.
- Kena rembat dengan tongkat onyang aku sebab pergi sorokkan makanan dia. Sekarang onyang aku pun dah meninggal. Tiba-tiba rasa menyesal yang amat.
Bebboii !
serioa lawak sangat baca tapi terimbas kembali cerita masa kecik2..
ReplyDeletehahaha ye ke lawok..plawok..plawok..hahahaha
ReplyDeletefuyoo nakalnyer azreen masa kecik2 dulu...apa2 pun itu semua jadi kenangan manis utk dikenangkan...kenangan mengusik jiwa...tersenyum sendirian bila mengenangkan itu semua...
ReplyDeletedamha: heheh biasalah kan..sorg je anak perempuan..tuh yg nakal nak mampos tuh...huhuhu
ReplyDelete