Thursday, March 10, 2011

Kau memang buat aku ketagih betul dengan kau tau. Setiap malam aku termimpi-mimpi. Tidur siang pun termimpi kau !

Assalammualaikum !

Pagi tadi bila aku baru berangan-angan nak extend tidur aku sampai pukul 12 tengah hari, dengan secara tiba-tiba tidur aku diganggu oleh bunyi lagu Sailormoon dari handphone aku. Aduh ! Siapa pulak yang call aku pagi-pagi ni tau ! Sekali boipren aku as ketua kelas aku bagitahu yang lecturer nak jumpa group aku as soon as possible. Hah ! Memang melompat terus aku bangun and terus kejut semua bff aku.

Sampai-sampai je dekat poli. Rupa-rupanya lecturer nak kitorang tolong buat kerja sikit sebab maklumlah hari Jumaat sampai Ahad ni ada konvokesyen dekat poli aku. So nak tak nak kena lah buat kerja yang disuruh. Alah bukan susah pun kerjanya. Just potong-potong kupon then stapler kan. And kerja aku pulak just kira ikut jumlah pelajar yang datang konvo then masukkan dalam envelope. Senang je kan kerja aku !

So lepas dah habis semua kerja aku and bff aku semua balik. Masa balik ni kan, aku tak habis-habis cakap, aku mengidam sangat nak makan benda masam-masam. Mengidam lah pulak kan ! Nak katakan aku pregnant, bila pulak aku kahwin kan. Tapi memang aku teringin gile lah. Ahh stress betul aku time tuh sebab tak tahu nak masak apa. Nak masak tom yam, tekak aku tak ada selera nak makan. Nak masak singgang or asam rebus, lagilah aku malas tau !

Last-last, aku yang sememangnya tak tahu nak masak apa. Aku decide untuk masak benda alah dalam gambar bawah ni. Yang dekat rumah aku pun just ada stok sardin, kobis, mihun and cili api. So apa lagi. Benda alah ni lah yang aku masak !

Dalindareen6493

Tadaaa ! Ni lah benda alah yang aku masak. Mihun goreng sardin. Semalam aku just makan mihun celur dengan lauk sardin kan. Hari ni aku ubah sikit so jadilah mihun goreng sardin. Aku tak tahulah kenapa tau. Bila aku tengok tin sardin tadi aku rasa nak termuntah sangat-sangat sebab maybe aku dah muak kot hari-hari makan sardin. Tapi dah tak ada benda lain aku nak masak. aku masak je lah sardin. Bila dah masak tuh kan, aroma sardin tuh memang menggoda betul. Terus aku tak ada rasa nak muntah langsung. Rasa nak cepat-cepat makan adalah.

Dalindareen6494

See see aku dah bahagikan dua dah mihun sardin aku ni. Saja je bahagikan dua sebenarnya. Manalah tahu aku lapar balik bila tengah online karang, boleh lah aku melahap balik mihun goreng sardin aku ni. Nyum nyum sedapnya. Aku ada dengar cerita macam-macam versi pasal sardin ni tau. Ada yang kata tulang akan mudah mereput kalau kita amalkan makan sardin sebab kalau kita tengok tulang sardin dalam tin tuh lembut gile sebab dah di awet. Ada jugak cakap makan sardin ni akan buat kita lemah-lemah badan. Senang cerita semua yang buruk-buruk je lah aku dengar. Tapi aku dah makan sardin since aku kecil kot. Tak ada pulak aku sakit-sakit badan. Ok jek ! Cehh kerek kan kau Areen. Sekali tengah jalan, tulang kaki patah padan muka !

Dalindareen6495

Serius aku cakap, sardin ni memang buat aku ketagih dengan dia. Sebabnya setiap hari aku mesti makan sardin ni. Lepas tuh aku memang peminat dengan sayur kobis, so hari-hari memang wajib aku makan kobis. Bila dicampurkan dengan sardin, pergghh ! Memang terangkat habislah. Makan sampai kenyang then pergi tidur. Hahaha ! Macam mana kau nak kurus ni Areen oiit.

Oklah aku nak pergi menikmati mihun goreng sardin aku ni. Dari tadi aku makan tak habis-habis sebab hari ni aku tahulah kenapa. Aku macam tak ada mood nak makan. Tapi aku kena paksa diri aku makan sebab diet kan tak boleh biarkan perut kosong.

Dalindareen6461

Jomlah kita menikmati kesedapan sardin ! Peace.

Bebboi !

3 comments:

  1. hehhehe

    peminat sardin tegar :)

    ReplyDelete
  2. alinac: haah...memang tegar betul lah sampaikan hari2 nak makan sardin..huhuhu

    ReplyDelete
  3. blade edge:time kasih coz dtg belog kite...huhuhuhu

    ReplyDelete