Assalammualaikum !
Haiishhh ! Baru selesai tengok cerita Barbie. Memang best lah sangat kan even cerita tuh keluar berulang tapi aku still boleh dok melepak depan tv sampai cerita tuh habis. Entahlah kan. Even kita ni dah jadi seorang remaja or dengan kata yang lainnya telah menjadi dewasa, kita mesti akan layan benda-benda yang kita minat masa kecil dulu-dulu. Sebagai contoh, macam cerita kartun ni lah. Even aku ni dah dua puloh satu tahun tapi aku still boleh melayan Hagemaru dekat Astro Ceria, komik Sin Chan and Sailormoon, and beli pensel box Hello Kitty.
Aku tak tahulah kenapa tau, tapi memang benda ni semua aku susah nak tinggalkan. Even buku komik Sailormoon aku, habis kena bakar dengan mak aku sebab aku dok melayan komik tuh sampai tak baca buku. Aku still akan usaha untuk melayan cerita tuh dekat web-web anime. See see boleh nampak kan macam mana fanatiknya aku dekat cerita Sailormoon sampaikan ringtone handphone aku pun aku buat lagu opening Sailormoon. Emak aku pun geleng-geleng kepala tengok aku sebab aku boleh wrestling dengan adik aku sampai lebam-lebam satu badan. Macam mana aku nak cakap ehh? Bukan aku tak matang or matured tapi perasaan kanak-kanak tuh masih menguasai diri. Boleh?
So mehh sini aku nak listkan cerita apa yang aku memang layan masa time kecil-kecil dulu. Even aku dah besar godang ni pun, aku still tak sedar diri dengan melayan kartun-kartun ni semua. And jangan tak tahu, aku tak akan marah kalau time aku syok-syok tengok CSI, adik aku sesuka hati sesedap gigi dia je terus tukar Astro Ceria. Memang aku tak akan marah langsung. At last aku pun dok melayan jugak. So di bawah ni list-list kartun yang memang aku minat.
Sailormoon. Dengan kuasa bulan, bertukar !!!
Siapa tahu cerita ni ? Kalau ada yang tak tahu pasal cerita ni, mehh sini aku lempang laju-laju and jerit kat kau berkali-kali word Sailormoon, Sailormoon, and Sailormoon. Takkan lah tak tahu. Alah kalau kau lelaki pun kau mesti tahu punyalah cerita ni pasal apa. Sebab time sekolah dulu kau tak habis-habis dok kutuk kawan perempuan kau yang diorang macam budak kecil sebab layan cerita ni. Habis yang kau layan cerita Naruto tuh, tak budak-budak pulak kan ! Aishh emosi pulak aku.
Ok mehh sini aku cerita. Sailormoon ni pasal superhero yang berjantina perempuan yang bertanggungjawab untuk selamatkan dunia dari semua raksasa dan kuasa jahat. Nama superhero tuh Sailormoon and nama sebenar dia masa jadi manusia pulak Usagi. Usagi ni bercinta dengan Mamoru. Mamat yang memang dia benci gile masa time dia sekolah dulu, tapi at last dia jatuh cinta jugak dengan Mamoru sebab boipren dia tuhlah yang selama ni dok tolong dia musnahkan raksasa.
Aku memang minat gile dengan Mamoru tuh sebab nya dia handsome sangat-sangat. Kadang-kadang tuh aku bukan nak sangat tengok cerita ni, tapi disebabkan ada Mamoru, aku gagahkan jugak diri aku ni untuk tengok. Sekarang ni pun aku dah start balik tengok cerita Sailormoon start dari episod pertama. Memang ambil masa lah aku rasa sebab cerita ni ada beratus episod kot !
Barbie ! Ohh hero-hero dia memang gorgeous.
Ohh cantik nya u’olls semua. Jeles mak dengan u’olls semua nyah ! Tadi masa tengok cerita Barbie pun, aku dok memendam rasa. Bilalah aku boleh jadi cantik macam diorang. Tapi aku rasa memang tak boleh lah kan. Barbie ni pun just kartun je. Dalam tv memanglah nampak cantik sebab nak attract kanak-kanak yang besar godang macam aku ni untuk melangok depan tv. Tapi kalau jadi Barbie in real life. Memang orang pandang atas bawah and letak tangan kat dada sambil mata pandang ke atas.
Dulu masa kecil-kecil, kalau boleh semua barang sekolah aku nak gambar Barbie. Kalau tak ada, aku tak nak pergi sekolah. Memang siap ugut mak dengan ayah aku. Tapi last-last aku yang kena pulas telinga dengan mak aku sebab degil sangat. Kalau diikutkan, cerita Barbie ni ada macam-macam versi lah. Ada cerita pasal Barbie yang jadi anak raja, jadi orang miskin and jadi ikan duyung pun ada. Memang best gile. And kalau korang perasan, lelaki-lelaki yang ada dalam cerita Barbie semuanya handsome-handsome tau ! Ahh aku suka. Ekk motiff !
Detektif Conan ! CSI versi kartun Jepun.
Handsome kan si Shinichi ni kan. Tapi ni sebelum dia kena sumpahan. Then bila dia kena sumpahan lagilah comel jadinya. Just ke-handsome-an dia tuh hilang sebab dah jadi budak kecil kan. Tapi bagi aku memang comel lah.
Detektif conan ni pun memang dari kecil aku dah kumpul semua komik dia. Sama jugak nasibnya dengan Sailormoon, mak aku bakar semua komik Detektif Conan tuh. Yelah masa tuh aku nak UPSR, lepas tuh aku boleh plak dok bantai study komik Sailormoon dengan Detektif Conan. Mana mak aku tak mengamuk kan. Kalau study buku pelajaran tak apa jugak kan.
So far memang banyak lagi katun yang aku nak review but maybe next time lah sebab aku pun tak mandi lagi and bila tak mandi ni, rasa tak bersemangat je nak menaip. Ni pun aku rasa macam sikit je entry aku ni. Kalau aku bersemangat, mahu aku tulis entry seribu patah perkataan. Buat karangan english and Bahasa Melayu pun tak ada lah segigih tuh kan.
Oklah aku nak pergi main masak-masak. Lepas dah main masak-masak kita mandi !! Boleh ?
Bebboiii !
yg sailormoon tu, bukan ke camni ayat dia,
ReplyDelete"dengan kuasa bulan, akan menghukummu!"
kan? hik hik. btw, nad suke dgn sailormercury. haha
nanad:ohh ehh salah ehhh...entah...reen tgk subtitle dia bi...da lupa plak...huhuhu
ReplyDeletebarbie yang sgt shantekkkkk like2
ReplyDeletefittiariri: haah kan..memang cantik gile..like jugak !!!
ReplyDeleteyang lelaki plak digelar tuksedo bertopeng. haha..
ReplyDeletepkul 9 pagi. budak lelaki pon tgk.. sebab tunggu cerita dragon ball pkul 9.30..
jom singgah sini
warung kopi klang
haah kan...kenangan semua tuh...beshnya...huhuhu
ReplyDelete