Tuesday, October 26, 2010

Saya suka pakai bulu mata palsu!

Assalammualaikum!

Memang aku nak buat pengakuan lah. Aku kalau bab mekap memang minat gilalah. Aku pun tak tau start daripada bila aku minat nak belajar benda mekap-mekap ni. Yang aku ingatlah kan aku start mekap ni semua bila time sekolah agama dululah. hehe jangan tak tau yang aku sekolah agama dulu tau. Masa tu lah yang aku baru start nak pakai eyeliner yang pensel tu dengan red powder or a.k.a blusher. Semuanya  brand avon tau.

Lepas tu masa dekat sekolah teknik lagilah makin kuat hobi aku tu yang nak mekap bagai macam mekap artis kan. Tapi time tu memang main bantai je lah conteng muka. Boleh dikatakan masa time tu perasan kau lah yang paling cantik sebab kau mekap bagai padahal…hahaha. Then bila masuk politeknik lah kan, lagilah rajin aku nak pakai mekap ni, siap aku pengaruh kawan-kawan aku especially Sabrina a.k.a Sab!

Image018 (2)

nak katakan time ni kalau dapat duit ptptn je mestilah kerja aku dengan dia menghabiskan duit je. Semuanya sebab nak mekap punya pasal lah. Time ni lah yang boleh pakai Maybeline, Bodyshop, eyeliner brand Hotmarket (hahaha), Loreal. Memang mewah dengan barang mekap je lah time ni. Tapi paling susah kan bila aku first time nak pakai eyeliner liquid, hamek kau menggigil tangan nak lukis atas mata time tuh. Terconteng sanalah, terconteng sinilah lepas tu padam balik. Mana tak membazir kan.

15837_172112684188_596799188_2602632_5318231_n

So masa semester 2, kelas aku kena arrange satu event yang ala- ala Malaysian Idol. Event kitorang pula time tu diberi nama  Poli Idol, and memerlukan kami semua dress up betul-betul macam P.Ramlee and Saloma sebab dah memang tu temanya. Masa tu lah yang aku baru nak kenal bulu mata palsu or fake eyelash tau. Tu pun pergi beli dekat Jonker walk yang terkenal dekat Melaka ni dalam se bundle. Kenapa dekat melaka, yelah aku kan belajar dekat Melaka so dekat mana lagi nak dapat barang-barang mekap dalam harga yang murah kan kalau tak dekat sana. Nak katakan masa nak pasang bulu mata ni, berapa kali jugalah tercabut, gam terlebih lah and paling best sekali aku punya gam tebal gile nak mampos!

Image2670

see..see nampak tak yang bulu mata aku macam tak sekata je. Boleh dikatakan berat jugalah bulu mata palsu ni sampai asyik tercucuk mata aku je. Takpelah first time pakai kan. Then since dari that Poli Idol moment, memang aku dah tak sentuh bulu mata palsu tau. Kadang-kadang bila keluar dating dekat Dataran Pahlawan, aku tengok amoi-amoi yang datang situ, relaks je pakai bulu mata palsu. Dah lah cantik tau, comel pulak tu. Jeles seyhh!! Nak pakai rasa macam malas je, so nak cantikkan mata just pakai contact lens je lah.

Nak katakan aku memang minat sangat pakai bulu mata palsu tau sebab bila pakai kita nampak lain tau and mata tu jadi macam lagi menawan ala-ala Rozita Che Wan you..huhu. Then aku dapat peluang lagi pakai bulu mata palsu bila time aku semester 5 sekarang, kitorang kena handle event lagi and aku pula dengan secara tiba-tiba kena jadi dayang. Seriously memang terpaksa and aku tak suka, tapi nak buat macam mana kan, semuanya dah markah kita.

Dalindareen4488

At this moment, aku kena pakai baju gaun and memang ramai orang cakap aku macam nak kawin. Semuanya sebab kesalahan aku sendiri, yelah pakai bulu mata palsu yang memang untuk time kawin. For your information, remaja macam kita ni just sesuai pakai Fake eyelash yang nipis and jarang-janrang. Bukannya tebal macam yang aku pakai time kat atas ni, eyelash ni especially untuk bride je. So bila kita pakai yang eyelash macam gambar kat atas ni ditambah pula dengan gaun bagai, memang orang yang tengok gambar kita akan cakap “eyh ko kawin tak bagitau aku kan or wei bila kau kawin?”.

Dalindareen4135

see..see aku memang suka pakai bulu mata tebal macam ni and disebabkan tak master lagi nak pakai eyelash, eyelash aku lagi tinggi dari kelopak mata..hahaha. Perasan tak eyelash aku tu. Nampak sangat lah kan tak expert lagi. Huhu.

Memang tersangat lah best tau bila aku mekap kan orang and orang tu puas hati dengan apa yang kita buat. Yess aku memang suka sangat-sangat dengan barang mekap and i am falling in love with them! So sesapa yang nak jadikan aku bini or kekasih, sila-silakan lah fikir banyak- banyak kali sebab kau akan spend banyak duit bila stay or couple dengan aku. huhu

Wassalam!

2 comments:

  1. hai...nice la u nye blog..i suka baca...last perenggan 2..ngee..mcm sama je ngan kita...hehhee...

    ReplyDelete
  2. tatamie: hehehe samalah..so kita sejiwa lah nieyh..huhu

    ReplyDelete