Friday, September 9, 2016

Pengalaman Pertama Kali Bawa Anak Keluar Selepas Pantang.


Assalammualaikum.

Malam-malam buta cenggini mata tak boleh nak lelap pulak. Padahal masa maghrib tadi mata ni bagaikan di gam-gam. Ehh lupa pula nak bagitahu, alhamdulillah aku dah selamat bersalin baby boy secara czer. Nak bersalin normal tapi tak ada rezeki pulak. Takpelah aku tak kisah pun. Yang paling penting anak aku selamat and sihat walafiat. Nanti pengalaman aku bersalin secara czer nanti aku cerita ye. Tapi next entry lah. Bukan sekarang ye kawan-kawan. Itu pun ikut kerajinan jugak. Hehehe.

Ok berbalik dengan kisah pengalaman pertama kali bawak anak keluar ni, jujur aku cakap, sangat huru hara ye. Itu pun huru-hara sebab nak cari tempat menyusu punya pasal. Last-last aku buat muka tak malu je menyusu dekat public. Cuak wei dengar anak melalak ni. Lepas ni kena beli nursing cover, so barulah boleh menyusu dengan confident depan public. khennn !

Masa nak menyusu kan anak aku ni cerita lain pulak. Yelah mana taknya aku rasa semua orang dok pandang je aku. Aku pulak rasa segan. Nasib baik aku ada baca tips tips dekat google. Ada akak tu cakap kalau ada orang pandang, kita tenung dia balik. For sure dia akan menundukkan pandangan. Tapi memang menjadilah tips ni. Aku dengan confident je tenung setiap orang yang lalu lalang. Lepas tu semua buat-buat pandang tempat lain. Hehehehe.

Time makan lain pulak ceritanya, haaa macam macam cerita kan dalam ni. Bila dah ada anak ni, nak tak nak memang kena buat sistem giliran ye. Macam aku hari tu, time nak makan tu lah baby nak yakk yakk, nak nangis. Memang dah tak ada perasaan nak makan langsung dah. Memang mencabar betul. First time lah katakan. Padan lah muka kan. Nak sangat jalan jalan lepas habis pantang kan. Shuben aku lah yang gigih menyuap makanan dekat aku. Hehehe. Last-last 2 jam je kitorang keluar jalan-jalan. pecah rekod kot. Huahuahua gile kejap kan.



Budak rambut kinting-kinting ni memang tak boleh behave ye kalau panas-panas dekat luar. Nasiblah kan, nak buat macam mana time mengandung memang panas je badan ni. Cuba lah tengok dalam gambar tu, time ni dia tengah goyang-goyang kan kepala kiri kanan sebab dah rimas peluh-peluh. Cian budak kinting kinting.



Yeahh dia dah start melalak. Orang baru nak bergambar. Aishhh !





Cuba kalau duduk dalam kereta, memang behave je tidur senyap-senyap. Yelah aircond kan. 

Oklah budak kinting-kinting dah melalak. Bebboiiiii.