Tuesday, April 28, 2015

Konsert Jamal Abdillah yang gemilang terbilang semua lang lang dah habis ! Yeayyyy

Assalammualaikum.

Dah basi dah pun kalau nak cerita pasal Konsert Jamal Abdillah yang hotel tempat aku kerja buat Jumaat lepas. Tapi basi-basi pun aku tetap nak cerita jugak. Muahahaha biarlah tak ada orang nak baca ke, muak ke, aku tak kisah. Aku nak jugak cerita. Muahahaha psiko plak kau kan Azreen Zunairah.

Boleh dikatakan, hari-hari nak berlangsung nya konsert Jamal Abdillah ni, mood aku dengan budak-budak office yang lain untuk buat kerja dekat opis semua nya dah ke laut. Telefon tak habis-habis ringing memang tak payah nak cerita lah. Setiap masa hokay. Kalau bukan telefon aku, telefon kawan opis yang lain pulak ringing. Semua nya telefon sebab nak beli tiket abang Jamal. Pelik aku dengan orang yang senang-senang je habis duit beratus-ratus sebab nak beli tiket Jamal punya pasal. Senang je kan ! Yelah kan, dah minat kan, nak buat macam mana. Yang penting tiket semua sold out. Sampai ada orang call aku merayu-rayu minta tiket Jamal pun ada. Tiket dah habis kak oiii ! Nak buat macam mana kan. Tiba-tiba jeles Abang Jamal i ni ramai peminat fanatik.

So disebabkan mood masing-masing dah ke laut, so merayau-rayau lah kitorang semua dalam kawasan hotel. Haipp haipp nak cakap kita mengular leteww. Bukan tau ! Kitorang merayau sebab jual tiket tau. Mih mih mih. Sambil-sambil tu nak tengok jugak Jamal Abdillah dengan Ramli Sarip buat rehearsal. Ehh lupa pulak nak cakap yang Ramli Sarip datang juga. Ramli Sarip ni kiranya macam artis jemputan je lah. Just untuk memeriahkan majlis katanya. 



Kita orang semua kena tagging kerusi yang harga 350, so sambil-sambil tu saja je lah usha depan-depan pentas yang akan abang Jamal pijak. 




Before abang Jamal pijak, hakak dah rasmi kan dulu. See see ! Nampak kan muka hakak yang kebiru-biruan menahan malu. Muahahaha motif!





Hamboi Effy ! Gaya tak nak kalah, cuba jadi macam Sapura tu, sopan je tau. Mih mih. Ehh ehh hakak dah tukar hulk warna hijau lah. Kejap lagi koyak lah baju hakak tu. Motif ! hahahaha




Saja nak rasmikan tempat vip dulu. Lepas ni tak dapat dah nak rasa. Kalau rasa nak kena jeling dengan bos, boleh lah selamba je try duduk dengan VVIP sekali. Muahahaha. Kak Ayu yang dekat tengah tu kenapa? Sedih ke terharu ehh ? Sebab dapat duduk tempat VVIP.




Aku rasa tahun ni lah, konsert yang paling banyak kerusi. Sebelum-sebelum ni, buat konsert Jamal jugak. Tapi tak ada lah banyak macam ni.



Cerita pasal Ramli Sarip ni kan, memang bila dapat tahu ramli Sarip dah sampai, memang aku dengan Sapura dah berkejar-kejar nak naik lobby. Konon nak tangkap gambar cepat-cepat lah kan. Last-last kena jugak berebut dengan orang lain. Yang paling sadis, gambar aku dekat atas ni, elok je Sapura tangkapkan. Entah macam mana entah masa rebut-rebut, gambar Sapura yang aku tangkapkan getar-getar pulak. Touching Sapura dengan aku. Muahahaha sorry Sapura.



Ni lah gambar Sapura yang aku tangkapkan. Walaupun kabur Sapura, percayalah kau tetap cantik. Cehh ayat ambil hati. Hahaha

Jamal tak sempat nak selfie sama-sama. Kita orang sampai-sampai je dia dah naik bilik. So lepas dah tangkap gambar dengan Ramli Sarip puas-puas, terus naik bilik mandi siap laju-laju.



Lepas dah siap-siap. Kita welfie ramai-ramai dulu. Korang nampak tak kakak opis aku yang belah kiri sekali tu. Aku memang tak paham dengan kak Pushppa ni, tak boleh nak duduk diam. semua gambar dia gegar-gegar. Dia seorang je pulak tu. Kalau gambar kitorang semua gegar, ada jugaklah ampun nya. Hahahaha ampun kak Pushppa. Jangan marah ok sebab kutuk akak dalam blog.



Balik opis kejap, nak letak handbag dengan wallet bagai. Kesian dekat mak buyung dua orang yang tudung oren dengan gold tu sambil berdiri makan biskut. Kesian Kak Ayu dengan Kak Balqis lapar sangat ehh ? 



Nampaknya Sapura dah balas dendam. Saja je buat gambar aku dengan Effy gegar. Hahaha








Sampai-sampai dekat lobby, terus welfie ramai-ramai dengan backdrop Jamal. Lepas ni nak berpisah dah jaga kaunter masing-masing. Sob sob. Poyo je lebih. Macam lah jauh sangat, padahal kaunter masing-masing sebelah-sebelah je pun. Lupa nak cakap, kitorang semua malam tu ditugaskan untuk jaga kaunter tiket and make sure semua yang nak masuk tu ada tiket. Tak ada tiket tak boleh masuk.



Nak jugak welfie dengan abang Jamal. Walaupun.... ( sila isi kan tempat kosong )




Masa ni kitorang semua dah berpisah kena jaga kaunter masing-masing. Aku of course lah dengan Sapura jugak. BFF mana boleh berpisah. Tak lupa jugak ada kakak opis yang lain. Kak Nora dengan Kak Erna.





Dera budak banquet. Suruh dia orang tangkap gambar aku dengan Sapura banyak-banyak. Huhuhu.




Sorry Kak nora dengan kak Erna, tangan iollss getar-getar pulak bila nak welfie dengan uolls. Nervous lah katakan bergambar dengan orang yang hot-hot. Muahahaha.


Gambar masa tengah koyak-koyak tiket macam dekat wayang tak ada pulak. Seriously memang tak sempat nak bergambar langsung. Orang datang berduyun-duyun. So hakak letak gambar selepas habis koyak-koyak tiket lah ye.




Kami ada lah dewi-dewi pertiwi Finance Department. Dah kenapa dewi-dewi pulak kan.




Dengan kuasa bulan, bertukar...




Effy kemain posing sebelah bos kan ! Sorrylah gambar second bos blur lah pulak. Gambar dengan first bos, lagilah nan hado ! Busy kemain bos aku tu.



Gadis-gadis yang hot. Kononnya ! Sebenarnya jeles, muahahaha.

Balik dari hotel, aku terus pengsan tak sedar-sedar. bangun-bangun esoknya dah pukul 11 pagi. Hahahaha emak aku memekak pun aku buat bodoh je. Penat kemain. Nasiblah sesiapa yang kahwin dengan aku. Apa-apa pun memang best sangat show malam tu. Aku tengok audience pun asyik bersorak-sorak je. Alhamdulillah.



Oklah bye !